Halaman

10 Jun 2011

Kenapa Susah Nak Jumpa Orang Baik?

Salam,




Kenapa suka sedihkan diri sendiri? Kenapa suka marah-marah dan rengus? Kenapa suka salah anggap buruk pada orang lain dan kenapa suka fikir diri sendiri je betul? Disebabkan terlalu marah, fikiran dah tak jadi rasional lagi. Lalu apa tindakan nya semua dirasakan betul walaupun salah.




Orang begini sangat berbahaya. Berbahaya pada siapa? Pada diri sendiri lah. Bayangkan semua benda di sekelilingnya menjadi mangsa kerakusan amarah. Nescaya dia susah merasa bahagia. Dia amat mengharapkan semua orang akan menyenangkan dia sahaja. Tetapi dia?


Domo: Hishh!!! Kenapa letak buku atas kerusi ni?? Sape punya kerja ni, aku nak duduk mana..
Tweety : Ala sorrylah tadi kan kau jugak yang nak buku-buku tu.
Domo : Abes tu kenapa letak atas kerusi? Kalau aku terduduk macamne!
Tweety : Kan meja kau bersepah tu. Aku tak tau nak letak mana buku tu.
Domo : Huh alasan, kau saje kan nak cakap meja aku bersepah nak burukkan aku!
Tweety : Eh tak lah. Bukan macam tu. Aku memang tak tau nak letak mana.
Domo : Arh bencinya, semua benda nak merimaskan aku je! Aku la paling teruk. Puas hati korang.

Domo: Yang laptop ni pun satu bengong asal lambat sangat bukak ni? Hah mouse ni pulak berbelit pahal ! Semuanya sama macam $%**^^ (lantas melemparkan mouse ke peti ais panasonic)




Saya tak pelik kalau ramai orang menjauhi orang begini, bukan benci atau tak suka. Cuma tak nak buat dia rasa sedih lagi. Kalau ada kita, tentu merimaskan dia. Jadi tak pe, kita jauhkan diri dulu. Tapi yang rugi dia lah, orang lain senang je nak berbahagia. Even ditimpa bala atau masalah pun masih boleh tersenyum kerana kita dikelilingi orang-orang yang bahagia.




Orang yang selalu marah ni bukan sahaja mengusarkan hati orang lain tapi seperti yang saya ulang tadi, mengusarkan DIRI SENDIRI. Diri sendiri yang sakit. Diri sendiri susah nak jumpa orang yang baik. Susah nak jumpa orang yang buat dia rasa seronok. Susah nak jumpa orang yang sayangkan dia, susah nak jumpa orang yang sanggup berkorban untuk dia.




Nasihat saya, selalulah bersangka baik dengan orang. Ikhlas berkawan, ikhlas menggembirakan orang lain dan ikhlas dalam sesuatu hubungan. InsyaAllah awak akan selalu bahagia. Pesanan ini khas untuk diri Chempaka Sari sendiri supaya beringat selalu.




**Percayalah yang boleh buat kita bahagia hanyalah manusia sahaja. Tv, Radio, Facebook, Twitter, Karaoke, Shopping, terjun lombong, dan panjat pokok hanya sementara. Berkawan dan ciptalah hubungan yang baik sesama manusia. 




XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE

24 ulasan:

  1. huhuhu.. biasa la manusia.. da tau salah, nk tutup kesalahan sendiri

    BalasPadam
  2. huuuuuuuuuuuuuuuuuuu!mcm terasa je...

    BalasPadam
  3. yes....the point is selalu besangka baik..jum la geli-geli

    http://takkeciksgtpown.blogspot.com/2011/06/geli-geli-je-aku-baca.html

    BalasPadam
  4. suka entri ni.. da'besh!!

    anyway tahniah dear.. jadi blog pilihan abang Ben hari ni :)

    BalasPadam
  5. orang baik kat masjid banyak kot...hehe

    BalasPadam
  6. thanks cik ida, saya tau pun dari email terkejut jugak...

    Mr. Ben selalu buat benda tak disangka... hehe

    BalasPadam
  7. sy memang benci klu jumpa org cmtu...

    BalasPadam
  8. entry yg best. tahniah jd blog pilihan abg ben arini..dah folllow jom follow sy balik dan komen disini
    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/06/nak-tahu-pasal-saya.html

    BalasPadam
  9. wow thanks sbb terus follow saya balik..hehe...congrats sekali lagi..

    BalasPadam
  10. kat masjid memang byk orang yang baik...tapi kita kena lah cipta hubungan dengan mereka jugak, baru dapat manfaatnya...

    Effort tu penting...tanam niat tak mau bermusuh dengan orang baru lah bahagia..

    BalasPadam
  11. heheeh same2 afiekjibril


    and thank semua yang lain!

    BalasPadam
  12. kalau orang macam tuh, kasi lempang jer.. tak pon *LANTAK KAULAH!!* balas gituh. HAHAHA. tapi lebih baik bdiam senyap. hehe

    BalasPadam
  13. kalau org tu marah jgn larikan diri..cuba kita layan elok2..insyallah akan tenang jiwa org itu..tahniah cik chemp dah jd blog pilihan Bro Ben..Jay ni bila lah pulak ye..hehehe

    BalasPadam
  14. hye...setuju sangat2..tapi sebagai kawan yang baik,kita nak tak nak kenalah nasihatkan dia...if dia tak terima nasihat kita,terpulanglah pada dia hendak buat apa..one day dia akan insaf gak..

    BalasPadam
  15. Jay: saya pun terkejut padahal dah lama tak join segment dia. Yg last yg cerita keretapi dulu je lah. Hehe nasib je ni. Mr. Ben buat kejutan hehe.

    BalasPadam
  16. alhamdulillah..rezeki cik chemplah tu..hehehe..bukan senang nak dpt peluang macam tu kan..hehehe

    BalasPadam
  17. mungkin belum rezeki nak jumpa orang baik.

    BalasPadam
  18. like this entry, yg penting kena ikhlas.. :)

    BalasPadam
  19. yang boleh buat kita bahagia hnyalah diri kita sahaja...bukan manusia lain...sori tak setuju dengan perenggan last...

    BalasPadam
  20. bukan kah kita ini manusia, TAMLEGEND? oh ke awak alien heheh...

    BalasPadam
  21. betullah tu diri sendiri. isu ini pun dikupas tentang diri sendiri punca tak happy. Cuba lah bawak tenang ye tak?

    BalasPadam

Sesiapa boleh dijemput beri komen. Tapi jangan sampai menyentuh sensitiviti orang lain tau.Hehe, Janji? Bagus. (>__<)