Halaman

29 September 2011

Pertunangan Idaman

Salam, 


Lega, selesai agenda untuk malam ni, Yasin dah, Isyak pun dah. Lepas tu barulah boleh berangan. Berangan tentang pertunangan impian. Orang lain semua duk sibuk berangan pasal majlis kawin, saya duk terbayang majlis pertunangan saya. Hoho.


Tahun lepas, dengar cerita kakak kawan saya buat majlis tunang sampai 6 khemah. Gempak tak gempak. Tengok facebok pulak, kawan-kawan tunang siap ada pelamin. Plus make-up heavy dan ada bunga tangan lagi. Keliru jap ni tunang ke kawen? Pastu tengok kat tenet, ada pulak photoshoot Pre-Engage. Amboi kemain kau. Belum kawen dah peluk peluk tayang kat family hehe.


Gambar hiasan masa muda muda


Tapi pertunangan impian saya bukan macam tu. Nak yang se-simple yang boleh. Buat makan-makan je sesama sedara-mara. Pelamin tak mau, kemas bilik je sikit sikit. Calon suami tak payah dok gedik nak bergambar sekali. Duk luar rumah je huhu.

Baju tunang, maybe nak recycle je baru kurung putih yang dibeli masa jamuan All White Party tahun lepas. Cantik lagi baju tu. Dalam 3 tahun akan datang, harap-harap tak out to date lagi design nya. Cuma kene beli tudung lip lap sikit. Eh mesti ada beza sikit kan dari hari biasa. Sekali sekala tudung ada berlian-berlian tak ke meriah gitu.


Gambar hiasan masa muda muda


Apa-apa pun nak berjimat je. Baik duit simpan buat downpayment beli landed property. Berhabis untuk kehidupan selepas kawen lagi baik. Dari nak berhempas pulas kat majlis yang tak sampai 24 jam tu. Kalau majlis kawen baru buat betul-betul. Maksudnya baru beriya-riya tempah kek, photography, bunga tangan, set bilik baru dan pelamin.


Kesimpulannya, majlis pertunangan saya nak buat simple je, tak mewah tapi tak lah buruk. Just nice je. Yang penting kene buat manicure pedicure. Mak mentua nak sarung cincin kang terkejut lak tengok ni tangan pompuan ke jantan ni?





XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

18 ulasan:

  1. Nak Bertunang jugakk...... Tapi takde yang nak masuk meminang pun, Hik3.. sekolah pun tak habis gih.

    BalasPadam
  2. eh tak lah... xde plan pun lagi, calon pun xde. Cuma terpikir je bila tengok blog orang lain tunang mewah mewah...

    BalasPadam
  3. sangat sangat setuju! kalau buat meriah n mewah sgt, maunya makan dalam beribu riban jgk. baik simpan duit tu utk kahwin nanti kan?

    BalasPadam
  4. huhu..xpe..biaq bertunang n kahwin xberapa meriah..asalkan hidup selepas tu meriah smpai bila2..baru berkat..:D

    BalasPadam
  5. sgt sgt betul tu atiqah dan cik nuwairah.... berkat tu penting kan.

    BalasPadam
  6. so sweet...ingatkan azza yg bertunang td...

    BalasPadam
  7. pertunangan ni x pyah la nk buat grand2 sgt.. nnti jd mcm orang tu.. malu bsar woo..

    BalasPadam
  8. dh smpi masa ke? jgn lpe jemput ye.hihi. :)

    BalasPadam
  9. ya. saya setujup! saya bertunang dl pun dengan persiapan yang ringkas tapi meriah!!

    BalasPadam
  10. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Tutuplah majlis pertunangan dan hebahkanlah majlis pekahwinan".

    (HR Ad-Dailami dan dinilai dhoif oleh Albani)

    BalasPadam
  11. mine dulu pun simple yg penting memorable ^_^

    BalasPadam
  12. majlis tunang dengan kahwin buat sederhana je..insyaAllah lebih berkat.

    BalasPadam
  13. skrg pra pra perkahwinan dh jadi trend kn.

    kawen kena menyimpan banyak kot. mmg macam2 kita nak buat, tak kan nk guna duit mak ayah je kan. ;)

    BalasPadam
  14. huyooooo..kite pon nk tung jgk ....tp xde calon...crikan muleh>>> hukkkk

    BalasPadam

Sesiapa boleh dijemput beri komen. Tapi jangan sampai menyentuh sensitiviti orang lain tau.Hehe, Janji? Bagus. (>__<)