Halaman

31 Oktober 2011

Jaga Barang I

Salam, 




Ini cerita lama, 5 tahun lepas semasa saya di matrik, papa belikan saya laptop. Aspire 5570 je, bukan Mac Book mahupun Sony Vaio. Zaman tu laptop sangat mahal. Sama harga dengan 2 bijik laptop zaman sekarang. Over tak ayat ni? Setahun kemudian, saya masuk U, semua orang tercari-cari laptop, saya dah ada, weet weet! Tapi orang lain dapat model baru, murah pulak tu, saya masih dengan Aspire 5570 je.  Tak pe tak pe..




Masa first year di U, laptop sangat diperlukan untuk tugasan kelas studio, dan masih ada rakan-rakan yang tak mampu membelinya. Mungkin atas sebab kewangan atau pun mereka sudah ada PC di bilik asrama. So tak kan nak angkut PC ke studio tetiap malam kan. Kekdahnya, ada yang pinjam meminjam masa buat tugasan group.




Maklumlah masa tu musim semua beli laptop, ada yang pernah menggunakan laptop saya, menegur, 


"wah azza baru beli laptop..."
 "taklah dah lama...". Saya jawab.


Dia cakap saya tipu, tapi sebab dia pakar dalam bidang IT, dia cek tarikh laptop saya.
Jangan tanya saya macamana, saya tak pandai huhu. 


"eh betullah, dah setahun laptop ni, tapi nampak macam baru"


Saya tersengih, bangga jugak. Rasa macam erm pandai jaga barang. Huhu perasan.




Semasa buat kerja, sorang kawan,nama tipunya - Nizam menggunakan laptop saya bila tugas saya dah habis. Boleh rujuk entry ini untuk gambaran kerja saya. Buat kerja sampai dinihari, akibat saya terlalu mengantuk, saya balik dulu nak tidur. Dapat sejam dua pun jadi lah. Laptop saya tinggalkan. Hey readers, jangan marah dulu.. keadaan masa tu sangat terdesak. Terpaksa tinggalkan. Kesian kat Nizam. Lagi berapa jam kena hantar report, kalau sorang tak siap semua kena fail.




Esoknya saya datang studio awal, risaukan laptop tu. Saya telepon Nizam, Nizam on the way to studio. Lega. Bila dia sampai je, dia bagi saya beg laptop saya. Saya rasa berat semacam. Then dia ambil balik beg tu dan keluarkan satu lagi laptop tah tak tau kepunyaan siapa. Saya rasa geram sangat. Macam tak ambil pusing dan tak amanah.




Saya cepat cepat bukak beg dan ambil laptop saya, saya tengok permukaan luar dia sudah bercalar. Calar habis. Mungkin akibat bergeser dengan laptop satu lagi. Saya usap laptop tu dengan rasa bercampur baur. Saya tanya mana sarung laptop ni? Nizam jawab, "tah ada kat kawan", ahli group lelaki yang lain. Saya cek charger laptop pulak, sarung dia koyak.... tsk tsk tsk.




Masa tu saya dah tak tahan. Rasa macam dibuli. Rasa saya tak dihargai. Rasa macam saya ni anak kucing. Rasa macam laptop papa beli dengan harga RM2. Beli 2 free satu. Bodoh. Saya rasa bodoh. Pertama kali meminjankan barang berharga dan ia tercalar as simple as that. Dalam beberapa jam sahaja.




Marah pun tak guna. Dia lelaki. Saya bersumpah saya takkan meninggalkan laptop saya lagi. Biar mengantuk macamana pun. Saya tunggu.




p/s : saya masih guna laptop tu sekarang, bulan lepas  masa daftar wireless universiti, abang technician tu tegur, "eh ni model lama ni, tapi nampak baru". Then saya sengih je macam 4 tahun lepas di tahun pertama universiti.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

25 ulasan:

  1. Sifat Amanah macam 2 x amik kesah. Manusia

    huhu

    BalasPadam
  2. bgs la jg brg cermat. ssh nk jmp sbb org skrg fikir sng dpt.

    BalasPadam
  3. wah bagusnya...sy pakar rosak brg. adeh ><"

    BalasPadam
  4. wah pandainya azza jaga barang. selama nelajar kt uia namee dah beli 3 kali laptop, semua pecah. sbb baling bila tengah marah. hancur. hp pun sama. tp skang ni dah kurang lah baran tu..takde la baling2 dah. hehehehhe

    BalasPadam
  5. laptop aku dh tak nampak rupa dah.. dibalut dengan habuk je.. huhu

    BalasPadam
  6. baguihhnya. hee.
    kita ada laptop kesayangan kot masa kt metrik.

    lepastu, hilang kena rompak org pecah kereta. sedih gilerr T__T

    trauma. lepas tu mmg jaga laptop baik2. tp tak sedasyat akak la sebab kite ni ganas jugak XD

    BalasPadam
  7. MODEL LAMA PON TAPI TETAP MCM BARU KANNN. BAGUS BAGUS!

    BalasPadam
  8. wow!
    sgt bagusss nyelaa budak ni kan
    aduhaiii

    mimi dah 4 kali tukar lappy
    lappy yg 1st asenye sama brand dgn kamu

    dah kene rompak
    waaa..
    sedihnyelaaa

    sgt cermat kamu ni
    gud2 =)

    BalasPadam
  9. pandainyaaa jaga barang.. laptop i baru setahun dah rosak macam2 :(

    BalasPadam
  10. perempuan memang ramai yang pandai jage barang.macam aku ni,tak pernah jangka hayat phone lebih dari setahun.adehhh.sedih gila.

    BalasPadam
  11. azza mmg pandai jaga barang...akk tak smpi setahun pun dl calar takyah cakap...

    Brg yg bharga akk takkan bagi org pinjam. :)

    BalasPadam
  12. haha ~ pandai jaga barang
    bagus2

    BalasPadam
  13. bagussnya cermat guna barang..:D

    xpe kita guna y lama janji boleh guna lg..kan2..:D

    BalasPadam
  14. @naim Naim... betul tu, bila ajaran islam yang simple tu pun tak reti nak jaga.. hubungan sesama manusia juga mendapat kesannya.

    BalasPadam
  15. @Rosalia hmm tak de lah cermat sangat, cuma mungkin rasa laptop ni mahal so jaga elok2. barang lain pun ada jugak hilang, kene curi, rosak... macam orang lain.heheh.

    BalasPadam
  16. @Namee Roslan seriusly dah tiga laptop? perghhh banyaknya....

    BalasPadam
  17. @FaKArePa!n samalah kita, tapi bila habuk tu dicuci, pasti nampak baru hohoh!!

    BalasPadam
  18. @syakey la yeke kesiannya.... saya pun tak tau lah nasib laptop ni akan datang, harap tahan dua tahun lagi... amin...

    BalasPadam
  19. @aimie amalina MasyaAllah, 4 laptop? huhu Ayah azza punya laptop dah 6 tahun, lagi nampak baru dari azza punya 5 tahun. Huhu...

    BalasPadam
  20. @Niza Romli bagus tu tok sah nak buat baik kat orang kan kalau orang tak pandai nak jaga barang kita..

    BalasPadam
  21. @Juliet_iRa~" yang lama tu lah lagi tinggi nilai sentimentalnya...

    BalasPadam
  22. waa~pndai akk jagr barang..lappy saye x smpai staon da mental..huhu

    BalasPadam
  23. bagusnya.. pandai jaga barang. kalau saya, kejap je saya jaga betul-betul. lepas tu memang calar balar dia! ahaha :)

    BalasPadam
  24. bagus lahhh akak pandai jage barang :)

    BalasPadam

Sesiapa boleh dijemput beri komen. Tapi jangan sampai menyentuh sensitiviti orang lain tau.Hehe, Janji? Bagus. (>__<)