28 Februari 2011

10 Sebab Kenapa Aku nak Tengok Filem Azura Versi 2011

Aku akan buat research jap lg. tgguu...


Okay aku dah bace review tentang filem melayu romantik terbaru, Azura. Filem ni jalan ceritanya sama dengan filem Azura yang dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud & Jamal Abdillah tu. Cuma yang baru ni moden la skit, up la skit, cara la skit. Rakaman pun buat kat London & Paris kau. Cerita yang dolu-dolu tu buat kat Sabah je paling jauh. Huhu 'bias' lak aku. Inilah sebab2 yang aku senaraikan kenapa macam perlu jek aku tengok cerita ni.




1. Hey,come on yo! Open up ur eyes yo! Shahz Jaszle (dulu dia tak private kan pun photo FB dia, la ni da terkenal kedek kau)tu sangat-sangat lah handsome tahap gaban. Mesti la aku nak tengok cerita ni sebab dia berlakon, hik hik hik! Gatai!


Amacam? handsome tak? ala tak la tu.. Tapi serius macam Chuck Bass dalam Gossip Girl kan? Tak caya korang klik la kat sini > Chuck Bass (malas nak letak gambar nanti serabut diari aku ni)







2. Ramai gak la pelakon yang akan berlakon dalam cerita ni. Afida Es pun ada, ala mak kepada pengarah cerita ni lah, Aziz M Osman. M Osman tu mesti suami Afida Es kan? Erma Fatima ada, kononnya Ogy dan Jamal Abdillah pun blakon jugak jadi mak bapak Shahz Jaszle.








3. Filem ni berlatar belakangkan Kota London dan Paris. Sweet je tengok Neelofa dan si Jaszle ni berjalan berdua-duaan ditemani chipmunks dan pepohon maple. Adus, inilah negara2 yang aku nak pergi sangat. London dah jejak, Paris bila lagi? Mama Papa nak duit...








4. Walaupun aku tak suka sangat dengan Neelofa mase dia dalam Remaja kt Astro dulu, tapi sejak kebelakangan ni aku rasa dia macam cantik plak. Dulu ingat Anzalna menang sebab dia sangat cantik. Tapi bila dah tau kehidupan sosial dia, siap ada gambar peluk-peluk dengan pelakon handsome Si Jaszle ni, aku dah tak suka. Jealous? Mungkin.






5. Aku teringin nak tengok Si Jaszle main paintball. Kalau cerita lama, Jamal Abdillah jadi mat rempit eh eh penunggang motorsikal berkuasa kuda, yang moden ni si Jaszle main paintball. Isn’t that cute enough huh? Mesti comey dia pegang pistol. Iya pistol, sebab aku tak tau nama2 khas dalam bidang paintball sori.








6. Rasanya memang patut remake cerita ni sebab bagi penonton-penontong muda dapat merasakan dan menjiwai kisah percintaan Zack & Azura. Kalau disuruh tengok cerita versi filem yang pernah diterbitkan pada 1984 memang sebelah mata depa tak layan. Muda-mudi la ni depa suka sangat tengok Baim Wong & Marshanda je. Tak Satu Malaysia langsung.








7.Sebab kita mesti support filem Malaysia ok?




8.  .......Tengah fikir...




9. Ok aku dah tau!


10. Sebab aku tak suka sangat Azura 1980an tu. Eii pesen lame hueh hueh hueh sila ketawa dengan suara bajet sengau.






Comey kan? cute kan? romantik kan?

Comey ke? cute ke? romantik ke?


Jap gambar Chuck Bass tersesat




p/s: kepada peminat filem2 otai jangan lah marah, makan hati & berduka lara ok,serius aku gurau je.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Okay Jom LIKE 

SIAPA BERTUAH DAPAT BAJU RAYA DARI Art Z'Zone


SALAM

BAJU HARI RAYA  DARI Art Z'Zone!!


Salam guys. Happy june. Awak semua oakay ke tak dengan blog saya ni? Hopefully semua nya sihat and happy ok. Ehem..ehemm.. ketaq juga nak masuk contest kali ini. Ape yang awak fikir tengok tajuk entry di atas? "SIAPA BERTUAH DAPAT BAJU RAYA DARI Art Z'Zone". Ofdecos la dapat hadiah atau ini adalah giveaway rite? Yes u are. Dengan rasa berbesar hati nya saya nak ajak rakan-rakan yang berblog, berfacebook untuk join giveaway yg Art Z'Zone buat ini. 


Who is lucky can gets JUBAH, KAIN PASANG, and shawls yg diterbangkan jauh dari INDONESIA. (sebab products diorang memang diimport dari sana). First batch yg join giveaway ini sudah tahu siape pemenang nya. Next utk 2nd batch and 3rd batch. So, apa tunggu lagi rakan-rakan, jom meriahkan giveway ini. Mana tahu awak mungkin pemenang yang bertuah yang diorang cari. Tapi, nak join kena lah ada syarat kan. Mudah sahaja, 


1. Like page Art Z'Zone . AND follow sangselembai.blogspot.com
2. Buat simple entry pasal giveawy ni. letak banner SANGSELEMBAI.BLOGSPOT dan link kan pada page Art Z'Zone. 
3. Tajuk entry haruslah "SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone" .
4. Tinggal url entry korang di ruangan komen ini.
5. Awak hendaklah tag entri ini kepada 3 orang rakan (lebih pun tak apa).

chempaka sari akan start tag,

1. Teha
3. Iera

habis...saya harap saya dapat memiliki baju kurung idaman saya tahun ini. Nak sangat baju kurung kain cotton color hijau pekat atau biru pekat motif polka dot. Grr plz plz plz i want that free kurung! Kalau tak dapat saya terpaksa beli sendiri di jalan tar dengan harga yang mahal RM90 sepasang itupun bukan japanese cotton. Hmm okay lah, tu je yang boleh cakap. Jom join jugak, assalam..



XOXO, Chempaka Sari 
 Jika Suka Jom LIKE


25 Februari 2011

Kejadian Dasyat Yang Membawa Trauma Semasa Blogwalking


Salam,


Tadi sedang saya berjalan-jalan di blog kawan-kawan di serata tempat berbekalkan link link yang diraih di shout mix blog Chempaka Sari, saya amat terkejut macam beruk yang terkejut tengok diri sendiri dalam cermin tu (video popular kat youtube). Nasib baik tak sakit jantung. Ni salah saya jugak sebab bukak link banyak sekaligus. Tamak persis tak pernah guna internet 12 purnama. Tengah syok tengok video Mat Luthfi kat youtube, tetiba ada sesuatu yang menyakitkan di pendengaran telingaku ni. Puas kucari di mana datang nya 'Radio Free' itu sampai ke sudah tidakku jumpa. Dengan kelam kabut, saya terus tutup semua blog-blog yang saya dah bukak tadi kecuali video Mat Luthfi.






Begitulah pengalaman 'berjalan-jalan' saya hari ini. Tak sempat nak follow dan bagi komen kat blog diorang, isk isk isk... mungkin satu je blog pasang lagu tu, tapi saya tertutup semua sebab tak tahan. Cari jugak dimana punca, tapi sebab tak ketahuan hala, tutup semua. Begitulah betapa dasyatnya kesan sampingan dari blog yang pasang lagu ni terhadap tuan blog Chempaka Sari. Jangan marah ya.




Tak mau cakap banyak dah, kalau nak join segment ben ashaari jom ke sini. Tengah sedih ni tengok video Mat Luthfi tu, tak mau dah buang sampah merata. Nanti penyu comel ingat plastik yang terapung dilautan tu obor-obor, lalu dimakannya dengan lahap. Nanti burung gagak ingat botol kosong tu sama dengan botol yang dalam cerita "Burung Gagak Yang Bijak". Dimana dia memasukkan batu kedalam botol supaya paras air naik keatas. Tapi bila dia buat kat sampah botol kosong, air tak naik pun. Kesian bukan?




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

10 Sebab Anda Mesti Tonton Merong Mahawangsa

1.Sebab ini cerita anak malaysia, jomlah support filem malaysia!



2.Filem ni tayangan serentak 25negara. Hebat tuh.. Eh jap tadi aku bace paper 70 lebih jugak la negara yang nak tayang cerita ni. Banyak gak tu weh. Kalau betul, popularlah nagara kita. Sejarah kuno negara kita pasti diketahui satu dunia. (Fakta ni selalu berubah, harap maaf kalau tak tepat)



3.Hikayat Merong Mahawangsa ni telah menggagumkan banyak pihak termasuklah para pengedar filem di luar negara, Brad Pitt pun nak tgk tau citer ni ceh ceh ceh.. Ada kata filem ni ala-ala Pirate of Caribbean. Iye ke ni bai...



4.Produk bertaraf Hollywood yang sepatutnya mencecah ratusan juta ringgit tp filem ni 8juta je. Bagus tu tak la membazir. Yelah ada sesetengah produksi yang tamak haloba nak heboh cerita dia paling bagus paling banyak guna kos, paling banyak untung samapi 40 juta pun ada. LOL~~



5.Boleh belajar sejarah, sebab Hikayat Merong Mahawangsa ni menerangkan asal usul raja-raja Kedah. Berdasarkan mitos dan lagenda,cerita ni menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu tau.



6.Boleh tengok salji turun macam real je. hehe. Tak pasti plak diorang buat penggambaran kat mana.Yusri tak cakap pun. Entah2 dia cakap tapi aku yang degil tak mau dengar time kami bergayut semalam. (percayalah!!)



7.Satu-satunya filem malaysia yang ada dokumentari, bukan di sebalik tabir macam filem lain. Baru tayang td kt TV3. KAu tengok? Aku tak tengok sebab kat hostel ni mana ada TV. nanti la download kat mane2. Mediafire ke..



8.Kalau korang dah tengok Queen of Langkasuka, korang kenelah tengok cerita ni pulak. Tapi cerita Merong Mahawanhsa ni berlatar belakangkan kurun ke-2. Yang Queen of Langkasuka tu kurun ke... erm jap aku xtau lah. bodos nya aku.



9.Ramai yang beranggapan ia didatangkan 100 peratus dari Hollywood hokayy. Tapi rupenya tidak. Tak sangka ia dari Malaysia. Maklumlah para pelakon pun ada yang dari luar seperti Hongkong misalnya. Alasan sebab pelakon cina kat Malaysia cakap English versi American & British. Tapi Yusri KRU nak versi China-English gamaknya.



10. Alasan paling tak kuat ~~ dapat tengok Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam berlakon. hahaha..


*** Ulasan selanjutnya silalah klik sini Review Merong Mahawangsa dari AkuKopi
** Kalau tak puas hati boleh lihat disini jugak Review Merong Mahawangsa Cik Epal
*Jom layan gambar behind the scene




Boypren Sharifah Amani jadi orang Rom

Pelakon berwajah Melayu asli, Ummi Nazira

Kebaboom!! amik kau rasakan penumbuk saktiku!

Antara kapal/tongkang yang diubahsuai menjadi props.

Kostum yang diimaginasikan bagi menggambarkan 
peradaban kurun ke-2 di Tanah Melayu


XOXO, Chempaka Sari.



________________________

Adik Tiz Zakiah Yang Cantik Menawan

Tadi ada godek-godek facebook, pastu terjumpa lah gambar shooting yang cantik iaitu modelnya adik kepada Tiz Zakiah. Tak tau la betul atau tak.... cube tengok sendiri Zul Cavalera


Cantik kan?

XOXO, Azza Azman




_________________________________

23 Februari 2011

Karaoke 3 Jam Tak Hengat Dunia

Benda yang tak bermanfaat ni memang dah lama kami bincang. Bincang punya bincang punya bincang, last-last menjadi jugak program berkaraoke ni. Pukul 10.50pg kami bertolak dari hostel, berkobar-kobar tapi yang tak syoknya sampai-sampai je kene tunggu pulak sebab kedai tak bukak lg.Cakap pukul 11.00 tiba2 dia kata 11.30, Apa ni bang? Kami memang pelanggan paling awal kot untuk hari ni. Bertempat di Superstar Wangsa Walk, kami ambil pakej rm56 untuk 2jam + 1jam free. Ok lah tu kan? Murah jugak.

Kami dengan jayanya telah pun men’sumbang’kan lagu-lagu seperti Taman Rashidah Utama, Gagap dan Madah Berhelah. Terjerit-terit, telolong-lolong, melalak-lalak jugak lah menyanyi lagu Bunga-bunga Cinta. Siap angkat-angkat kaki ala-ala Misha Omar gitu. Datin Farah lah paling mantap, (ceh ko dah biasa karok boleh ar) Aku pun tak nak kalah dengan menyanyikan lagu Keabadian Cinta. Feeling woo….









XOXO, Azza Azman.




_________________________________

Eh betul ke Prince William Dah Bercerai

Salam..





Hahah nak gelak dulu boleh. Ini kelakar okay. Nampak benor menipunya. Kat SINI cakap diorang dah bercerai selepas 5 minggu...


LONDON—Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2 billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace.

Kat SINI cakap diorang tak boleh bercerai. Eh macam tak percaya je. Putera William ni bergurau je kot. Die tersengih je time cakap macam ni. Bergurau lah tu. Kalau betul, tak tau la nak cakap apa. No komen.


Journalist Tom Bradby, who interviewed the couple after they announced their engagement yesterday, basically said they'll never get a divorce.


Ape kes? tipu je ni... laman web onion tu memang selalu tipu hehehe....






XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE





22 Februari 2011

RM338 Room Cash Voucher Equatorial Cameron Highland

Salam, 



Siapa nak "RM338 Room Cash Voucher" kat Equatorial Cameron Highland? Kalu nak, syarat utama mesti ada ID Facebook dan syarat-syarat yang lain sepertt dibawah.

(Sape nak join klik je pada banner ni)

Pertama, letak banner di atas dan buat satu entry letak tajuk 
"RM338 ROOM CASH VOUCHER EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND"

Kedua, LIKE page di facebook ini dulu 
http://www.facebook.com/pages/Permata-Sofea/111692082213724

Kemudian bolehlah LIKE gambar pertama di 

Dan LIKE gambar yang kedua milik Cik Kyra ni. Senang kan? 

Tag 2 orang kawan dan pastikan mereka tahu anda tag mereka :)
Saya nak tag Zarain dan Nur Syamira

Tingggalkan link entry kat ruang komen entry ni beserta id Facebook. 
Maksudnya entry asal di SINI.


GA berlangsung selama seminggu shj dari 22hb - 29hb Julai 2011
Tarikh tutup ~30 Julai 2011~

Cabutan undi akan dibuat oleh my cute princess "Cik Kyra". 
Dua orang yg bertuah sahaja akan dipilih.
Good luck dan TQ for join :)


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

21 Februari 2011

10 Sebab Aku Bad Mood Hari Ini

1. Rumet aku selalu tolak baju aku ketepi tepi kat ampaian. Sedih baju2 aku selalu "diketepikan". aku pun bayar yuran jugak kot.


2. Kedua, tak dapat internet. Dah lah wireless kt U ni mmg susah nak dapat. Broadband xdapat2 lagi. Padahal broadband tu murah je. Kawin lagi satu lagi mahal tau dari nak belikan aku brodband. Ceh tak ada kena-mengena.


3. Assingment xsiap2 lagi esok nak hantar. Boring la prof ni asik bg tajuk yang lebih kurang sama jer. Aduh dah hilang idea la nk bagi isi ape.


4. 50 Questionnaire xedarkan lagi untuk project thesis aku. mau aku xgrad sem ni. Hadoi! malasnya nak fikir...


5. Kawan aku Cik Joyah (bukan nama sebenar) dulu rapat giler dengan aku. Kalu nk makan msg aku, walaupun die duk asrama yang jauh. kalau nk datang makan kt asrama aku, pasti msg aku. Kalau nk makan kt luar mesti ajak aku. yela time aku bawak kereta dulu, rapat la, sekaramg msg aku pun susah nak jawab.


6. Duit banyak abes untuk dinner yang tahape2+xbest+kelam+xglamour. baju rm170, accessory bagai, alat make up la.... last aku xdipanggil pun naik atas pentas untuk amik anugerah. Alasan sebab nama aku tertinggal. SEDIH!!! aku bayar awal kot.


7. Pastu aku xboleh nk pinjam buku kt library. Dia kata aku xpulangkan lg 2buah buku. padahal aku dah pulangkan semua. sedihlah... satu daripada 2buah buku diorang dah jumpa kat kiosk photostat kt dalam library. SEE? diorg xnampak ke tu bukti yang aku dah pulangkan semua buku2 tu..


8. Laptop Xboleh log on, sebab guna microsoft copy je. die dah dapat detect so aku xboleh guna dah la laptop aku nk nbuat kerja. Aku dah anta kt kawan mintak repair kan tapi dah 2 minggu xsiap2 lagi. Mak aku dah mintak laptop die yang aku pinjam ni. katanya nk buat kerja jugak.

Inilah laptop yang aku pinjam tu...
bajet buat desktop background gambar sendiri macam laptop sendiri pulak


9. Kamera aku hilang, mase tu adik aku pinjam then rumah sewa die kene rampok eh rompak. Sampai sekarang aku menagih simpati ayah aku untuk pinjam camera die huhuhu


10. Masalah paling besar yang membuat aku rasa nk tulis kt blog ni adalah : aku dah mengadu sume masalah ni kat orang yanag paling aku sayang, orang yang aku harap dapat mendengar masalh aku. Tp belum abes cerita lagi aku dah kene tembak blah bla bal dengan die, dok menyalahkan aku. Eh bosannya...aku dah tak tau nk ngadu kat sape lagi.



Sob sob Sob....



XOXO, Azza Azman




________________________________

Bermain-main Di Sekitar Zoo Negara

Assalamualaikum


Orang sambut Maulidur Rasul, aku plak buat kerja2 sukarelawan kt zoo negara. 
Kecewa mama bila dia tau, ampunkan akak mama.
Ingat dapat lah berbual2 dengan gajah je, kuda ke tak pun mengkarung.
Tapi aku dapat menyapu daun2 kering je kt depan kandang gajah. 
Ceh! gajah tersebut bapaklah sombong 
Tak pandang pun aku penat2 bersihkan kawasan sekitar kandang die. 
Xpe kau cik jah!


Sape sape nak buat aktiviti macam ni bagi la nama kat pihak zoo.
Kalau depa approve, sebab takut la penuh ke apa kan.
Nanti datang la pepagi kat zoo tu ikut pintu belakang.
Dia akan bagi briefing sikit dan air kotak dgn karipap.
Eh yeke? tak ingat la. Ke grop lagi satu tu je yang dapat?
 

Dah macam orang Indonesia je nak pg sempadan, permisi ya pak!

Kalau ada sticker ni,rase macam VIP je, huhu! (padahal kene wat keje)

Beramai keletihan atas lori, ceh padahal tak buat kerja lagi

Bersama pencakar yang sengat besar, punya la berat rase macam kayuh sampan jek masa menyapu sampah.

Gajah yang tak sopan, kau memang tak bersyukur hokayy


Takut-takut nak pegang ular. siot je...
Tapi pakcik ni cakap tak apa, ular ni manja sangat macam kucen je
Motipp cakap ular macam kucen? 
Even dia cakap macam hamster pun tak koser mak nak pegang.


Pastu petang tu balik, singgah Tropikana Corner kat Melati Utama
Kengkonon nak buat surprise birtday parti la kat Jiji.
Awek dia Ann yang organizekan.
Even last minit, menjadi kot.
Jiji memang tak sangkat kot.
Mengomel ngomel dia time tiup lilin.
Dia tak suka surprise surprise ni katanya.


So sweet to both of them.
Aku doakan korang sampai je jinjang pelamin.
Then hingga ke akhir hayat la. Amen.


XOXO, Azza Azman
Jom la share ke hape

Down to Memory Lane White Dinner

Assalamualaikum,




Baru-baru ni saya baru je men'join'kan diri ke parti bunian eh tak tak, dinner Down To Memory Lane 2011 Annual Graduation Dinner khas untuk batch saya, senior yang konon nya nak graduate sem ni. Ceh...temanya putih.




Bersama Atul, rumet tercinta

 Cam bangang mata terkatup

 Dengan DJ Lin, pandai dia bergaya kan..

 Dengan Wani, love your dress!

 Jangan silap, gambar ni bukan cantum, memang kebetulan jadi macam ni.

 Dengan Aida dan Raihan. Rasa macam seksi sangat Ann masa ni. Cantik!

 Bolatnya muka saya. Lantakkk...

 Hehe, dengan Sha Nour dan Aini Gediksss... sorry Aini!

 Macam ni ke Ustaz? huhu gurau jer..

 Saje buat muka sedih. Macam gambar cina mati plak..

 Saje interprem, sure diorang bengang!

 Toleh belakang, snap!

 Bersama geng-geng Komuniti Brother Ali. Jai yang gelar macam ni.

Gambar zaman first year diorang lekat lekat.


Ni Dr. Ali, supervisor untuk thesis saya yang baik hati.


So okay lah dinner budak junior buat ni. Walaupunnnn....
Ada la kontroversi sikit. Ramai yang tak nak pergi sebab tak suka tema la apa la kan.
Saya, biar saja. Sempoi. Bukan kan dinner ni untuk raikan kita kan? Layannn...




XOXO, Azza Azman.
Jom LIKE or SHARE boleh?

Neraka Yang Sejuk? Grr gr grr....

Salam,






Musim Gugur, 11 pm, Epping, London. 
Semasa saya keluar dari pintu tren yang terbuka luas,
udara dingin menyerbu menusuk terasa sampai ke tulang.
Masa ni sejuk kemain rasanya. Mengigil.


Tak larat nak jalan kaki ke bilik.
Lantas kaki dihayun ke pondok teksi untuk booking.
Rehat dalam kiosk tu sekejap sementara teksi datang.
Pintu kiosk terbuka bila ada pelanggan lain datang.
Sejuknya kian terasa. Rasa nak peluk Atul rumate saya.



Tapi sejuknya mungkin paling paling pun 0 hingga -2 celcius je.
Tak terjangkau pula sejuk di neraka jahanam macamana.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku selama ini.
Sesungguhnya aku tak sanggup menahan kesejukan nerakamu.


Ameen......


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Neraka mengadu kepada Tuhan, lalu berkata : "Tuhan, sebahagianku makan sebahagian yang lain". Maka Tuhan mengizinkan bagi neraka dua nafas yaitu : Nafas pada musim dingin dan nafas pada musim panas, maka itulah panas yang sangat panas yang kamu dapati, dan itulah dingin yang sangat dingin yang kamu dapati". [Sunan al-Tirmiz, katanya: Hasan Shahih]

XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE