30 Mei 2011

Student Sekarang Bajet Bagus



Salam, post kali ini akan dimulaikan dengan dialog untuk menggambarkan situasi yang dimaksudkan seperti tajuk di atas, contoh:

Cik Chemp     : Alamak sok pg exam weh mcmne ni, ko da studi?Kawan             : Rilex r..aku pun belum study lagi. 
Cik Chemp       : Ko boleh la, ko pandai, aku satu buku xsentuh lagi.Kawan             : Aku lagilah, note baru nak photostat ni jap lagi. 
Cik Chemp       : La yeke, aku plak baru nk mintak soft copy kat kawan.Kawan             : oh yeke, xpe2 ko terror…ko kan hebat lagi bijaksana




Dialog ni sering kali kedengaran bila exam is just around the corner, ceh cakap omputeh lak aku. Tapi iyelah mmg betul, kan? Memasing nk tunjuk yang mereka belum study lagi. Padahal bile result kuar memasing dapat pass dgn jayanya. Antara lain situasi biasa yang aku selalu tengok sepanjang persekolahan (termasuk kt U ) aku ni adalah seperti di bawah.



Firstly, kalau dalam kelas la kan, yang lelaki mesti tak bawak buku atau pun pen. Dah la datang lambat pastu berlenggang je, Lecturer tak marah pun , buat ape nk marah sbb lecturer tau diorg mmg genius! Tak payah belajar, tak payah salin nota. Biar pompuan dok terhendap2 kepala nk tengok skrin kat depan sebab nak salin note.



Second, nak cakap pasal dak laki jugak, yang selalu duduk belakang. Kalau ada kerusi kat luar kelas pun depa boleh je duduk kat luar kot, hehe gurau je. Mereka sangat lah humble, tak nak tunjuk sangat kesungguhan mereka nak belajar. Tak pun sebab tak nak tunjuk skema/sivik sangat kot, tak macho lah kan!



Thirdly, ni untuk laki pompuan aku tengok sesetengahnya bila kita tak faham tentang sesuatu topic. Kita pun Tanya lah dia sebab dia nampak macam faham je, laju je buat jawapan bile cikgu bagi soalan. Tapi bila kita suruh ajar, dia pun buat2 la garu kepala konon-konon tak paham jugak. Ish malu lah kan kalau orang tau dia pandai. Tak pun ada sebahagiannya mmg nak tolong ajarkan tapi mesti cakap macam ni…



Contoh 1   : Sebenarnya aku pun tak tau sangat…( ni kira ok lagi)
Contoh 2   : Er, kau cube tanya Emran, Emran ni lagi pandai… (mengelak)
Contoh 3   : Eh susah lah aku nk terangkan… topic ni memang susah tau..(sambil mengerutkan dahi, memang tak boleh blah haha)



Sekian, cerita keluh kesah Cik Chemp tentang Pelajar Tunjuk Genius, Situasi di Sekolah & Universiti. Terima Kaseh!




XOXO, Chempaka Sari
 Jika Suka Sila LIKE



Terima Kasih Buat Pembaca Yang Cool Tak Hengat!



Salam,



Saya sangat sibuk sekarang ni. Sob sob..
Tak sempat nak balas komen kat siapa-siapa yang sudi komen.
Tak sempat nak follow yang sudi follow blog Chempaka Sari ni.
InsyaAllah dah free nanti saya follow balik ye
mana mana yang tertinggal...maaf tau.
Terima kasih banyak-banyak, sangat.

Sedang busy memasukkan data project paper saya ke dalam program SPSS, saya terfikir sejenak lantas membuat entry ni. Entry ni nak mengucapkan ribuan terima dan jutaan kasih buat semua 260 followers yang sudi follow blog picisan ni. Sejak blog ni dibuka, 3 Febuari 2011,  dari post "pertama" saya hinggalah post saya tentang "lagi isu tudungsebanyak 26 169 pageview telah membuatkan saya semakin bersemangat untuk menulis lagi. 


Kebanyakan yang saya tulis adalah berdasarkan keadaan sekeliling dan pendapat saya sendiri. Kalau ada terkasar bahasa, dari hujung rambut ke hujung kaki saya memohon ampun. Ceh macam hari raya pulak. Mana-mana saya terCopy, terPaste, terLupa Credit.... maaf banyak banyak. Salam blogging dari saya. Sekian.


Jangan lupa clik sini untuk tengok post pertama saya yang 


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Sila LIKE


28 Mei 2011

Saya Pemilik Nombor 55555 Blog Chegu Zubir

Salam,


Chegu zubir ni semangat betul nak orang print skrin kan pageview dia yang ke 55,555.
Hey jangan cabar la, ini Chemp okay!

Memula bukak kat 55,050
Tak pe saya sabar...

Pastu sambil buat thesis...
Belek belek kat 55,055 !
Ala cepat lah cepat lah!

Tadi duk lepak lepak dengan Teha kat OLd town...
Teringat nak bukak blog chegu zubir ni.

Hah amekau! Tu dia kat 55,555!
Tahniah lah kat saya yang berjaya heheh!
Selamat hari jadi Chegu Zubir 5 Mei 2001

Disamping itu saya juga nak kongsi satu gambar saya dan TEHA masa kecik.
Penat penat scan buat apa lagi kalu tak upload kan?
Jom!

Comel kan kitorang? Ala cakap je comel..
Tak yah nak memalu sangat lah.
Okay babai.


Untuk info lebih lanjut klik SINI
Kredit juga kat TEHA yang sudi print skrin.
Anda sangat menurut perintah.


XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE

27 Mei 2011

Berlakon Baik Jalan Pun Tunduk Menjilat Lantai

Salam, 



" Nampak je baik, jalan pun tunduk konon sampai kau nak jilat lantai....! "
" Amboi gatal miang yang kau jumpa dah jantan memalam apehal dah gatal sangat bur** tu?" 

Wuwuwu sob sob isk isk....Sedih tak kalau ada orang cakap macam tu kat awak semua? Kata-kata ni bukan ditujukan kat saya pun tapi pada kawan saya. Tapi sentap beb, siapa tak sentap. Inilah kisah kejam kami satu batch tahun 2002 dulu. 


Saya dulu sekolah asrama. Tapi bukan asrama penuh pun. Sekolah kampung yang student pun budak-budak felda dan kampung yang laki SUKA-SEPAK-BUDAK yang kakak-kakak SUKA-BULI-MAKI-CACI-JUNIOR macam bagus. Saya pun tak tau kenapa saya nak masuk sangat asrama neraka tu walhal rumah sekangkang kera je. Kawan-kawan cikgu-cikgu best tapi senior macam #$^&!


Semasa kami memula masuk sekolah tu tahun 2001 kami selalu kena buli. Tapi ada warden yang sangat sayang batch kami. Kami pun beritahu lah cerita yang sepatutnya kat warden kami tu semasa dia mengajar di dalam kelas. Contohnya, senior form 4 selalu paksa kami:


ambilkan makanan>  pemalas berat punggung bukan sakit pun
memotong barisan di dewan makan>  bayangkan form 2,3,4,5 tak beratur pun
conteng cadar kami >  semata-mata nak buat kira-kira math
marah tak tentu pasal>  misalnya sebab kami tak pandang muka bila bertembung
dan paling sob sob raba salah satu kawan kami > nafsu binatang

Lepas tu ada perjumpaan tergempar, warden yang hebat pun panggil sorang-sorang yang selalu buat onar kat kami. Kecut jugak muka diorang. Batch form4 la watak jahatnya. Siap warden tu raba balik diorang depan semua orang. Masa tu saya puas sangat tapi tahan je senyum. Takut! Tapi hah puas!


Malangnya tahun seterusnya warden kami pindah. Tak de warden nak ganti pun. Form 4 pun naik form 5, tahta meraka semakin berkuasa. Awal-awal tahun batch kejam tu buat post-mortem ke pebende tah. Kami memang ketar kepala tak tau nak cakap. Petang tu diorang panggil kami semua then maki caci tanda tak puas hati dengan kami dari tahun lepas. Macam-macam diorang bagi tohmahan yang tak sopan. Memang tersebak tersedak jugaklah kami. Meleleh air mata wa tak tau nak cakap.


Sorang-sorang dari kami dipanggil duduk melutut depan diorang. Diorang reramai memang dah plan yang setiap sorang dari mereka akan diberi peluang nak cakap ape tak puas hati dari tahun lepas kat kami. 


Pastu dia bukak satu-satu kesalahan, aib kami. Hal dalam kain pun semua diorang ungkit. Hal pakwe, hal basuh kain, hal kedekut biskut, hal tak bagi diorang potong line kat dewan makan semua diorang marah. Ayat saya ingat sampai sekarang ayat kat atas tu lah. Meh saya taip balik ye perkataan yang kakak-kakak tu guna:


pund**, bur**
puki**k
selenge
capup                   <Ni semua bahasa kasar yang popular kat Bentong masa tu>
cib*i, but**
gipang, gampang 
shapat, bangang
bodoh dan semua macam macam tak terkira....

Macam zaman hitler masa tu. Sampai sekarang saya macam tak boleh nak lupa saat saat tu. Nak maafkan diorang iya boleh tapi perbuatan diorang tu saya akan ingat sampai bila bila. Saya harap sangat sekolah tu dah tak macam dulu dulu lagi. Amin...


Sekian...

XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE

Saya Cintakan En.Ponstan Sangat-sangat !

Salam,




Ini cerita lama, cinta lama tetapi masih memerlukannya sampai sekarang. Walaupun jarang, tapi bila rindu tu menjelma tanpa diundang saya pasti mencari En.Ponstan. Kalau tak dapat, alamat tak keruan lah jawabnya. Sila jangan menuduh saya yang bukan-bukan ye, contoh "kau tu bergantung sangat, sampai bila-bila pun tak boleh survive sebab terlau manja". Siapa yang kejam tu tuduh saya macam tu... Bukan kehendak saya pun bergantung pada En.Ponstan.

  

Sakit senggugut yang setia mendatang hampir setiap purnama bukan dipinta. Itu anugerah Allah. Akibat terlebih hormon prostaglandin, terjadilah symptom seperti cirit birit,rasa mual, muntah, pening kepala, lenguh kaki, cramp perut dan belakang badan. Itulah yang selalu dialami sewaktu zaman remaja dulu. Eh mengaku pun sekarang dah tua. Rasa macam pemerah jus oren yang bergelodak di dalam perut. Perasaan tu datang setiap 2 minit. Berlangsung selama 3 jam secara purata pada hari pertama kitaran menstrual. 



Kacaknya En. Ponstan 



Ingat lagi masa Form 1, first sekali kena premenstrual dysphoric disorder, saya pitam di tepi pintu bilik air. Mamalah yang kejutkan saya dan pimpin saya ke sofa. Akhirnya, hospital menjadi tempat paling heaven buat waktu itu. Sedas injection dadah dan dua botal air disumbat ke dalam badan secara paksa rela sebagai peneman setia. Stethoscope pasti menjengah untuk periksa denyutan jantung. Gatal kau stethoscope, alasan je tuh! Sphygmomanometer pulak erat memaut lengan saya untuk memeriksa tekanan darah.  


Bau ubatan-ubatan di unit kecemasan dan keempukan katil hospital menjadi terapi yang sedap yang pernah dirasai. Malah, sample darah dan air kencing procedure wajib dilakukan. Manalah tau ada penyakit yang serius menjadi faktor. Alhamdulillah tak ada. Benda-benda ni memang saya kena hadapi hampir setiap bulan. Masuk Form 4, aktiviti hospital mospital pun semakin kurang. 



Sekarang, sudah jarang, mungkin saya sudah pandai minum air banyak-banyak dua hari sebelum datang PMS. Kan Rasulullah S.A.W dah cakap awal-awal. Iya, air adalah penawar paling mujarab. Simptom diatas dah kurang, cuma rasa macam ada penggelek doh karipap dok bermain-main menggelek semua isi perut si dalam. Amat nakal penggelek tersebut.  


Tapi masih... saya masih memerlukan En. Ponstan bagi membolehkan aktiviti normal berjalan seperti biasa. Kalau tak, alamat mengerekot di bawah katillah alamatnya. Malas lah nak mengadap semua harta karun eh karut di bawah katil, secara amnya ia adalah habuk halus dan rerambut. Jadi, terima kasihlah kepada pil ponstan walaupun ada yang kata ia akan meninggalkan kesan buruk pada badan buat jangka masa panjang, dah saya terpaksa. Terima kasih sekali lagi En.Postan. 


Sekian,kesian saya.


**Maaflah ayat berterabur sikit, sebab penggelek karipap masih berlumba-lumba nak gelek doh karipap menggunakan isi perut saya.


XOXO, Chempaka Sari 


________________________________________ 
Jika Suka Sila LIKE

26 Mei 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

SALAM, MR. BEN...




SIAPA NAK JOIN JOM SERBU DI SINI DULU

MR. BEN, BLOG SAYA BARU ADA 265 FOLLOWERS

HEHEHE, WASSALAM.


Yeah...! akhirnya berjaya jugak header blog picisan saya menempel di blog segment hebat Ben Ashaari. Saya jadi pilihan di Jom Serbu Blog Mereka ! #5.
Tetiba rasa rugi pulak tak ada header sebesar header Ben Ashaari yang merah menyala tu. Huhu..
Ada sesiapa nak baca cerita kreatif saya untuk segment Ben Ashaari boleh pergi ke SINI 
XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Sila LIKE

25 Mei 2011

Lagi Isu Tudung Yang Tak Kesudahan

Salam, 
Chik Chemp nak share something. Kat atas ni bukan saya ye.. huhu. Kepada penulis asal, sila beri link anda kepada komen di bawah ye. Saya tak tau siapa penulis sebenar sebab artikel ni berleluasa di Facebook. Juga membalas semua komen kepada post sebelumnya.
__________________________________________________________________________

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
_________________________________________________________________________

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)
___________________________________________________________________________

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
__________________________________________________________________________ 

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang..
_______________________________________________________________________
Wallahualam.... 

XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Sila LIKE


24 Mei 2011

Semua Yang Tutup Aurat, Comfirm Masuk Syurga Ke?

Salam, 

Nak cakap sikit je...ada tiga perkara bermain main dalam kepala. Rasa nak tulis terus tulis. Maaf tau kalau ada yang terasa. Anggap jelah saya cakap sorang sorang.  (edited-sebab kontroversi biar la saya cakap ini adalah petikan dari mulut-mulut masyarakat saya tak komen apa-apa cuma tulis balik)


Semua Yang Study Untuk Exam, Comfirm Lulus Cemerlang Ke? 
Menjawab kepada persoalan di atas, Hmm tak pastilah yang study tu dapat lulus ke tak. Yang pasti, tak pernah study, kompom fail. (ini general, abaikan yang nasib baik atau genius sejak lahir)
Semua Yang Tutup Aurat, Comfirm Masuk Syurga Ke?
Menjawab kepada persoalan di atas, Hmm tak pastilah yang tutup aurat pakai tudung tu masuk syurga ke tak. Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. (petikan di SOLIHINZUBIR.COM) (kecuali lah yang bertaubat dan diterima oleh Allah SWT) 
 ____________________________________________________________

Allah : Sujudlah kepada Adam
Syaitan : Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..aku diperbuat dari api, manusia diperbuat dari tanah je.
Ustaz : Tutuplah rambut, pakailah tudung..
Freehair : Walaupun kami tak pakai tudung kami lagi baik dari yang bertudung tau. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
____________________________________________________________

Lelaki : Pergi dinner pakai singlet, kemeja, tuxedo, bow tie, stokin kasut penuh, lapis-lapis tak hengat.
Wanita : Sehelai kain kemban dan kasut tali halus kemain. Tu jelah dia pakai.
____________________________________________________________


Okay tak okay tak? Okay lah tu kan.
Ayat yang sedikit ni kita kena faham-faham sendiri jelah.
Cerita panjang pun tak berapa nak best jugak.
Lagi banyak tulis lagi banyak yang menjawab nanti.
 Don't feel offended ya? Adios amigos...






XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Sila LIKE

Budak Kecik Suka Bawak Cerita

Salam,


Gua bengang bengang sayang beb kat adik gua. Rasa nak pulas pun ada gak kat bibir comel adik gua tu. "Hoi lu pahal ar suka mengadu domba kat mama?" Hehe gurau je. Ber gua lu gua lu pulak.


Daniel padan muka kau, akak telah menghukumu dengan 
memasukkan gambar sisi lembik kau. Huah huah huah!




Saya ada adik. Namanya Daniel. Dia suka cakap. Cakap tak henti-henti bila mood baik dia datang. Cakap pulak cakap lepas. Banyak kali dah kantoi dengan dia. Kalau bab lain tak apa. Tapi kantoi macam...dia akan buat pengumuman tanpa disedari sebab cakap kuat kuat seperti:




" Akak, kenapa akak dah tak nak kawan dengan Abg Zad dah..."
" Biar Daniel jelah kawan dengan Abg Zad"
" Akak ni suka sangat dengan Abg Zad, asyik talipon je"
" Mama, hari tu Abg Zad jemput Daniel balik sekolah"

Anis, kalau awak marah nanti akak padam gambar ni. 


Cerita 5 tahun lepas masa saya amik sijil SPM kat sekolah pun dia ingat...saya bawak dia teman pergi sekolah jap.


" Akak ingat tak masa tu Abg Zad belikan saya Milo pastu dia 
suruh Daniel duduk atas kaki dia... bla...bla...bla...bla..."


Sangat tak menyelesakan sebab dia cerita kat tengah tengah alam, kat perhimpunan segala satu keluarga datuk nenek okay.


Huah! Padan muka daniel. Boo sama dia...

Alkisahnya Daniel telah mengingatkan saya satu 'term' yang dah lama saya tak dengar. Semalam semasa duduk berkumpul tiga orang, saya, daniel dan mama kat dapur. Daniel sibuk order kat mama suruh amikkan cawan dengan alasan cawan tu dekat dengan mama, dan lepas tu suruh mama nyanyikan lagu, 'selamat tinggal sayang'. 


Kemudian lagu tu mama salah nyanyi, dia bising bising. Kau tanya akak pun sah akak tak tau lagu yang kau maksudkan tau tak. Sedang mama sibuk mencari lagu yang betul, daniel request pada saya... 


Daniel : Ala akak.. janganlah balik lagi. Cepat sangat nak balik.
Cik Chemp : Ala akak kena balik lah, ni pun nak ambil barang je.
Daniel : Yeke, akak balik asrama (universiti) tu nak jumpa Abg Zad la tu.... (-_-')
Cik Chemp : Haih, mana ada. Akak balik U nak berlajar lah.
Daniel : Yeke, tapi kan 'waktu rehat' akak mesti jumpa Abg Zad....
Cik Chemp :  ....... 


Mama masih meneruskan kerja kerja dapur seperti biasa. Buat buat tak dengar.
Dah lama tak dengar 'waktu rehat'...
Sekian, habis.



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Sila LIKE

23 Mei 2011

Kejadian Yang Tak Disangka Tapi "Mengong" (-_-')

Salam,
Contest lagi...





Pada suatu hari Cik Chemp Comel dengan rasa excited nya ajak kawan kawannya yang lain, DilazYun , Zaleta, dan Nadh menaiki kereta api baru yang baru dirasmikan oleh yang Yang Amat Berhormat Tuan Ibnu Saili kelmarin. Kereta Api yang Canggih buatan Syarikat Dzarief Zuhdi Sdn. Bhd. itu memang mengkagumkan Cik Chemp Comel dan kawan-kawannya.






Semasa menunggu kereta api yang ditunggu sampai, datanglah dua orang pasangan suami isteri, Cikgu Zubir dengan bini baru Linda dari Siam yang baru berkahwin secara rahsia. Cikgu Zubir nak tumpang tanya kat Cik Chemp Comel sikit...


Cikgu Zubir : Tumpang tannya cik adik manis.
Cik Chemp Comel : Boleh apa salahnya..
Cikgu Zubir : Abdul Farique dari Seremban dah datang ke belum ya?
Cik Chemp Comel : Maaf saya tak kenal.
Cikgu Zubir : Kalau macam tu Cik Nora, Cik Cikki, cik tyraa, Cik Cempaka, Cik Purple, dan Cik Bunny semua dah sampai ke belum ya?
Cik Chemp Comel : Maaf mereka pun saya tak kenal...
Cikgu Zubir: Baiklah...miss nadya Mizz Dolly! miss raihan, mizz nina kirana, Miss Zymah, Misz Ayu, miss hearty pulak awak ada nampak tak?
Cik Chemp Comel : Cikgu Zubir... saya memang tak kenal semua tu, (annoying betul) kenapa Cikgu Zubir tanya semua pasal diorang?
Cikgu Zubir : Saya saja je tanya, saya cuma nak pastikan semua orang yang tak kenal saya je ada di stesen ni.


Cik Chemp Comel : Mengong _____ (-_-‘)




Sedang Cik Chemp Comel berbual bual tentang kecanggihan kereta api tersebut dengan CIK TIKAH montel sambil KUPAS OREN.... terjadi satu gegaran yang kuat lagi hebakk (bak kata Yuyu). Kotak Bulat hadian pemberian Areliff kepada Cik Chemp Comel yang ada di dalam gerabak berguling ke serata tempat, apple sweet bekalan Cik Chemp Comel juga bersepah-sepah.


Selepas itu terjadilah satu kemalangan tanah runtuh yang dasyat kat dalam terowong kereta api, semua penumpang yang masih selamat panic tak tentu hala. Semasa semua orang panic, banyak penumpang yang berteriak....
Yana Yassin : Kita pasti tak keluar dari sini, arghhh!
Cik Cempaka : Alamak matilah..baru ingat nak dating dengan riffzam yang kacak.
Arif Azmi : Aku tak sempat kawen, selamat tinggal tunangku NiSha dan kekasih gelapku AZZAH...


Tiba-tiba seorang tua, To'Wan, umumkan sesuatu.....



To'Wan : Silence plz! Tenang je okay. Kita semua pasti keluar. Saya berani jamin.
Orang ramai : Macamna To'Wan? Semua jalan keluar tertutup dengan tanah runtuh.
To'Wan : Kita pasti keluar berita penuh esok…
Cik Chemp Comel : Mengong _____ (-_-‘)


(kalau keluar dalam blog ben ashari tak pe jugak)


Habis...sapa nak join terjah sini 


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Sila LIKE

22 Mei 2011

Makhluk Aneh Bercantum Di Taman Tasik

Salam,


Entry kali ni mungkin kasar. Tak apa sebab bengang sungguh ni. Bengang tahap gaban. Walaubagaimanapun "saya" tak akan bertukar menjadi "Aku". Saya tetap saya.


Ceritanya macam ni, tadi makan bekal yang mama sediakan dari rumah bawak kat kat taman tasik titiwangsa. Stesen bas pekeliling kan dekat dengan taman tasik titiwangsa. Mujur ada Mr. Nice Guy. Tumpang la dia. Tengah syok syok makan dengan lahap, tiba-tiba mata saya menangkap seekor makhluk yang berkelakuan aneh. Pastu toleh kali kedua.... eh dua ekor la makhluk tersebut. Dua ekor okay, pembetulan. Mereka bercantum! Aneh kan?




Pastu makan lagi tanpa pedulikan mereka. Lantak awak lah nak cantum ke melekat ke. Kalau tak cukup gam UHU meh saya tambah dengan kuah ikan bawal yang mama masak ni. Lepas makan kami pun berkemas. Sekali lagi makhluk tu menarik perhatian dua biji mata saya yang cute ni. Yang jantan baring atas riba perempuan. Hai ngantuk benar awak ya. Eh apasal dia dok singkap singkap tshirt perempuan tu eh? Cek benang tercabut kot. Saya berfikiran positif. 




Mr. Nice Guy pun perasan pastu dan beritahu kat saya. 
Saya jawab,"Dah lama perhati diorang", 
Mr. Nice Guy balas "Ala kenapa tak cakap awal-awal"
"Eh kenapa pulak, tu pun nak tengok.."
"Tak de lah kalau awal tadi boleh saya cegah"

(-_-')



Nampak benor menipunya Mr. Nice Guy nih. Pastu secara serentak kami keluarkan spek mata hitam. Hua hua hua. Buat pandang ke depan tapi jeling ke kiri. Free beb. Banyak sangat adegan yang tak reti saya nak ulas kat sini. Tapi serius rasa geli tahap dewa.


Lepas tu nak jalan balik terserempak dua pasang makhluk lagi. Yang pertama tu perempuan dok beselimut jaket kulit sambil ngadap laki tu. Ape ke sejuk benor pukul 3 petang kat taman tasik tu sampai berselubung camtu. Yang kedua tak yah cakap lah. Rasa nak snap je gambar sebab tak mau korang fikir saya tipu. Si perempuan duduk atas meja. Selamber gila parking kaki dia dok lilit pinggang laki. Laki tu duduk atas kerusi ngadap si perempuan. MELAYU! 

Pastu kami pun jalan laju laju.
Tengok orang main rugbi sentuh sambil tiup belon buih lagi seronok.


Persoalan, kenapa ye tak de aktiviti lain kah selain aktiviti cantum cantum kat taman eh? Banyak je boleh buat. Contoh tadi ternampak En.Yayang Kak Ain main kereta control. Lebih Cool Lebih Comel Lebih Berfaedah. Suka gitu....(tajuk lagu Gula-Gula M-Pop). Suka Gitu!


Okay tu jelah membebel. Adios amigos!


XOXO, Chempaka Sari 








 ________________________________________
Jika Suka Sila LIKE