28 Jun 2011

Niat dan Hala Tuju Blog : Tamak, Nafsu, Murtad

Salam, 


Pada mula saya buat blog ni sebab nak tulis pendapat saya. Terlalu banyak yang saya nak luah kan tapi bukan di Facebook. Kalau luah kat Facebook macam mintak simpati atau curi perhatian. Tanpa menghiraukan apa itu follower ataupun traffik, saya pun mula menulis pada 3 Febuary 2011. 



Tamak
Semakin lama menulis, rasa tamak tanpa ingat tujuan asal, saya kenal apa itu ping blog. Traffik meningkat dari hari ke sehari. Kekadang tak sangka banyak itu dalam sehari, sampai cecah 1000 pageview sehari. Nak lagi, nak lagi dan  lagi..


Nafsu
Lepas tu, nafsu mula bermaharaja lela. Tengok orang lain ada follower, saya pun nak jugak. Saya mula kenal apa itu blogwalking. Saya pun jalan jalan dan follow orang lain. Bila dah pandai, bulan lepas saya pasang widget shout mix.


Murtad
Setelah 4 bulan berblog, saya semakin lari dari tujuan asal, pasang iklan. Alhamdulillah, jalan jugak duit tu tapi, tetapi traffik semakin kurang dan kurang dan kurang. Penulisan semakin tak berkualiti. Saya dah penat... penat menulis. Saya tanya balik pada diri sendiri, apa yang saya target sebenarnya dari blog Chempaka Sari ni?


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE





25 Jun 2011

10 Sebab Saya Mesti Tonton Filem Ombak Rindu

Salam, 


Saya ni dulu peminat novel melayu tau, nak nak lagi novel Alaf21. Mak oih bila baca je rasa macam saya watak utama dalam cerita dia ahahah! Siapa tak nak beb jadi perempuan yang suci, baik hati, kurus, putih tinggi, dapat suami kaya hensem romantik bla bla bla... NI cek nak habaq kat hang awat cek nak sangat pi nengok cita Ombak Rindu nih.



1. First, nak tengok Lisa Surihani, sebab kali ni dia berlakon watak antagonis. Perampas suami orang. Aku nak anti kau Lisa kali ini, palang habis habisan. Hehe gurau je... First time kot Lisa berlakon jadi jahat kemain.





2. Ada adegan ranjang antara Lisa (Mila) dengan Aaron Aziz (Hariz). Gurau. Omjayy bukan itu yang saya tunggu tapi tertarik dengan di belakang tabir semasa scene ini di buat. Kononnya, Lisa Surihani suka makan petai membuatkan Aaron Aziz tak tahan masa berlakon atas katil tu. Busuk.  Wahaha nakalnya Lisa! Yang dalam gambar ni bukan dengan Lisa tapi dengan Maya okeh.






3. Weh novel Ombak Rindu ni meletup kot. Saya baca masa aku Form 2. Menangis nangis masa babak Izzah si heroin mengejar kereta suaminya Hariz, sampai jatuh dan gugur kandungan. Uwaa... time tu saya kat asrama sembunyi-sembunyi je nangis. Tak tau lah dalam filem nanti nangis ke tak. Sebab Maya jadi Izzah....





4. First diorang tawarkan Fahrin Ahmad berlakon. Tapi sebab beliau nak menunaikan umrah yang dah dirancangnya sejak awal. Takpe, aku mesti tengok filem ni sebab Aaron Aziz yang handsome dan macho tu yang bawak watak Hariz. Dah boringlah tengok Fahrin Ahmad tiap-tiap mingu keluar drama kat TV.





5. Kelima, saya nak tengok cantik sangat ke Maya Karin pakai tudung. Walaupun dalam novel tak de pulak watak Izzah ni pakai tudung tapi dah pengarah filem ni nak macam tu nak buat macam mana. Rasanya jaranglah Maya Karin berlakon pakai tudung. Macam pelik je dia pakai tudung ke belakang sangat.




6. Tengok lah video die macam best tu. Cepat lah layan....




7. Pengarah Ombak Rindu ni yang buat cerita Anak Halal, best la kot cerita ni. Harap harap lah. Eh jangan mengharap sangat. Contoh filem Lagenda Budak Setan tu, sebab saya dah baca novel LBS dari sekolah rendah lagi, so bila tengok filem dia macam tak rasa apa apa pun. Kawan saya nangis lah sebab dia tak pernah baca novel tu.





8. Sebab kelapan, Teha nak belanja saya tengok wayang. Kan Teha? Popcorn sekali ye. Uh bestnya kalau dapat tengok kat bilik premium di Cineleisure tu. Berapa hengget weh tengok wayang kat situ?




9. Tak de idea dah nak cakap ape. Wuwuwuuw....




10. Sebab munasabab yang paling tak tahan, abang sedara Saiful Rizal saya jadi pelakon tambahan dalam filem ni. hueh hueh hueh!




*** Nak tahu tak petua nak tahu perempuan tu ada dara tak? lKlik Disini.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom Like

24 Jun 2011

Meh Sini baca Perempuan Pecahkan Rahsia Perempuan

Salam, 




Meh sini saya bukak cerita kat kaum adam sekalian. Ni bukan cerita kosong, ni bukan cerita basi, tapi info penting untuk lelaki lelaki sekalian. Quot hari ni adalah "the best girl that you found in the class, might be the worst person among her roomates". Iya kawan-kawan, i swear its true!




Stok cun
Pengalaman saya duduk asrama sejak form 1, itulah lah yang saya perhatikan. Lelaki tertawan dengan gadis comel, lawa bergaya putih melepak tapi tanpa pengetahuan lelaki lelaki itu, perempuan itu mungkin adalah yang paling pengotor di antara kawan kawan mereka di dorm. Saya tak cakap kosong please believe me. 




Semasa Gadis Sunti
Perempuan hot masa saya sekolah menengah rendah, adalah tidak kerap menukar pakaian dalamnya. Masa ni form one, tak pe dimaafkan. Cuma ia sedikit menggangu orang disekeliling. Saya tau sebab asrama tu kami mandi kolah ramai ramai. Hehe saya pun tak lah pembersih sangat, ada kes jugak kena hina dengan senior dan diketawakan bermai-ramai. Selekeh gila kot time tu tapi tak pe lah kan, saya tak layan lelaki. Sebab lelaki tak pandang saya pun. Hua hua hua! Ni saya cerita perempuan yang jenis layan lelaki 24jam ni, yang gedik gedik ni lah fail nak uruskan diri sendiri.




Semasa Remaja
Zaman menengah atas pulak, mak oi toksah cakap lah. Baju tshirt prep jenis sidai je kat ampaian lepas pakai, basuh memang tak lah. Locker macam sarang buaya. Sebab tak tahan kami siap bergotong royong kemaskan locker dia semasa dia balik rumah. Ni bukan mengumpat tau sebab saya tak cakap nama...aiyok! But, definitely, she was the most beautiful girl in my dorm. Ramai lelaki dok kirim salam kat dia. Kecantikan dia saya tak nafikan, memang cantik.




Muda Belia
Zaman universiti, pun kejadian yang sama berulang lagi. Disebabkan kat universiti ni tak de undang-undang kebersihan, gotong royong tetiap minggu, spot check.... so kat sinilah kita boleh tau tahap mana kebersihan seseorang tu. Tengok je katil die tak berkemas 3 hari tu memang something wrong lah.Baju longgok tepi loker atas lantai, bersepah sepah... tuala lembab atas tilam, tapi sebab nak cepat tak mau pakwe tunggu lama di bawah.


Ni bukan lakonan semula. 
Setahun kasut saya kotor sebab sampah ni. 
Isk isk isk.

Zoom zoom ala kazoom...




Jom berubah
Oh and what the most i hate is...they are obviously prettier outside. Yeah, definitely. "PUTIH-TINGGI-KURUS" tu lah ciri ciri perempuan idaman lelaki kan? Tolonglah pentingkan aspek kebersihan jugak wahai lelaki di luar sana. Nasihat girlfriend anda. Saya risau je bagaimana keadaan rumah anda berdua nanti selepas kahwin. Jom lah berubah dari sekarang. Ape? Lepas kahwin berubah? Saya percaya 95% mereka takkan berubah. Sebab umur mereka dah 20an dah keras macam buluh, bukannya rebung lagi.




XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

23 Jun 2011

Monolog Budak 'CoMeY LeR TuW....'

Salam, 
Ini cerita orang lain tau, bukan saya. Lakonan semua, skrip diolah semula oleh Chempaka Sari.




Uwarghh bangun tido, oh dah pagi lah... hmm tengok jap lah cermin. Wah comel jugak aku ye muka busyuk bangun tido. Nak snap gambar jap, sayang je muka comel ni tak simpan. Apa kata buat gaya muncung sikit, bulatkan mata sebesar-besarnya, baru come macam gadis jepun, tak pun macam pelakon korea. Wah...cute nya aku! Then, dah penat ambil gambar kalau simpan je buat ape,  upload kat facebook kejap lah. Sementara tu aku mandi dan pastu belek muka kat cermin. Ish bapak comelnya aku hari ini. Eh, agak agak ape respon orang kat gambar aku comel tadi ye?




Bukak laptop nak tengok notification. Eh, ada orang like lah gambar aku tadi. "Ahmad, Fauzi, Man Tocang dan Epul like your photo". Huhu, tak sia sia penat posing. Hmm kalau tag kawan lain maybe diorang pun like jugak kot. Baik aku tag  Aswad, Zul Kapan, Pah, Nina, Abg Azwan, Chi Chi, Faiz Tapit, Ayeem bla bla bla. Huh lagi ramai lagi bagus. Mesti diorang semua like gambar aku hehe.... kalau tak tag mana orang nak tau kewujudan gambar comel ni kan. Bijak gak aku.




Komen dari Ayeem : Uih comelnya anak sapa lah ni..

Komen dari NIna : Cantik kawan aku nih

Saya balas : MaNer aDer, titEw tAk cOmEy pUn... taMo tAmo tam0.

Komen dari Ayeem : Ish manjalah awak ni geram ayeem tengok.

Saya balas : HeHe, sejew jew tau aw cAkaP CamtuH, Euwww...

Komen dari Faiz Tapit : Eh asal aku pun kena tag ni? Apakah? Tapi takpe awak memang comel.


Iklan : Can you spot the peliks one, behind?
 Tolonglah percaya saya, susah gila nak amik gambar ala-ala Myspace tu. Tak reti pun nak muncung bibir dan bulatkan mata. So...lakonan semula oleh saya tak begitu menjadi lah ni? Hoho!




Lepas tu  Aswad, Zul Kapan, Pah, Nina, Abg Azwan, Chi Chi, Faiz Tapit pun like dan komen jugak, plus diorang cakap aku comel. Uih bahagianya pagi ni. Diorang dah like dah, baik aku untag balik gambar tu. Wat malu la pulak kalau biar tag lama-lama. So, esok nak masuk contest awek cun lah. Undian Like terbanyak lah kat facebook, page Gadis Comel dan Lelaki Jambu. Sure menang.




Begitulah cerita monolog seorang gadis 'Comey Lotey'. Cerita tergantung hua hua hua. Contoh gambar memang tak ada. Tapi awak semua boleh tengok kat mana-mana je kat facebook sendiri. Sekian...




XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

22 Jun 2011

Comment Yang Setting Approve Terus Tak Hilang Macam Itu Sahaja

Salam, nak bagitau je saya baca semua komen terbaru di sini bukan di widger recent comment. Komen saya yang terus dipublishkan tidaklah hilang macam tu sahaja seperti yang dipercayai oleh sesetengah blogger. Saya mengetahui komen terbaru dari sini, bukan dari widger Recent Comment. Segala aktiviti 'padam' atau 'mark as spam' akan dilakukan disini. Hehehe, harap maklum.


Selain itu, komen terbaru even komen pada post lama juga akan muncul di atas sekali. Ia disusun mengikut tarikh, paling latest di atas sekali. Jadi saya tidak pernah ketinggalan satu komen pun even blogger lain komen pada entry yang 3, 4, bulan dahulu. Dan satu lagi info, widget recent komen bukan salah satu widget yang penting pun. Saya saja letak kat blog. Sebab tu saya tak masukkan hal widget recent comment di "Petua Teknikal Nak Orang Lain Komen & Follow".



Jom kita cuba buat experiment, saya akan komen di entry pertama saya "Welcome To Chempaka Sari" See..... komen tu timbul di atas sekali. So, tak ada masalah kalau kita takut terlepas pada setiap komen. Tapi, kalau risaukan ada orang beri komen tak baik pada kita, perlulah setting komen moderation. Yela nanti memalukan tuan blog pula. Apa-apa pun terserah pada awak.


Sekian terima kasih. We decide what we want (^-^)


XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

#3 Wordless Wednesday : Beautiful Moment Tapi Sedih Hari Ini

Salam, 


Tak ada mood nak menulis, tak ada selera nak makan, buat kerja semua tak kena sebab baca BERITA INI. Doakan mangsa ditempatkan orang orang beriman, even dia bukan Islam nak jugak doa. Sedih.... T_T


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

20 Jun 2011

Petua Teknikal Supaya Orang Lain Komen & Follow

Salam, 

Ini general je tau saya tak tau lah pulak orang lain macam mana. First, saya nak listkan kenapa entry sesesorang blogger tu banyak komen. Benda simple ni....tak perlu tulis benda kontroversi pun tak pe. Ini untuk blogger baru macam saya je tau. Kalau Cik Epal tu tok sah la ikut, dia buat la macammana pun ada je yang komen. Let's start now!

  • Setting pop-up komen dan jangan buat safety verify word. Ia memberi pengomen patah semangat dan kurang penghargaan kepada pengomen untuk terus memberi komen lagi dan lagi.
  • Lepas orang komen setting je approve terus. "Your comment has been saved. It may take a moment for your comment to appear on the site." Oh seronoknya saya bila komen terus keluar macam ni.
  • Entry awak mestilah menarik supaya orang rasa terpaksa nak komen. Contohnya, entry berentak emosional, atau sedih. Orang rasa macam diri diorang yang mengalami benda tu semasa baca.
  • Tulisan pakailah yang biasa je, jangan nak manja manja sangatlah pakai tulisan curly atau bekerawang bagai. Pakai times new roman pun dah cukup.
  • Background tulisan digalakkan putih ye kengkawan. Kalau background hitam, tulisan pink pekat, berpinar nak baca wo....kesian saya. Hehe!
  • Entry bukan letak gambar yang terlalu peribadi tanpa ada sebarang penceritaan. Contoh, letak gambar dengan boipren pakai handphone 4 atau 5 ketul dalam satu entry. Serius tak tau nak komen apa...
  • Letak widget TOP COMMENTATOR.  Baru lah semangat nak komen betul tak kengkawan?
  • Benarkan aninymous komen, kalau berani lah. Kalau risau jangan benarkan, nanti wat sakit hati je. Anonymous ni kekadang blogger jugak. (tous cadangkan)
  • Last sekali pastikan blog awak tak berat 800kg. Widget jam tak perlu sebab laptop memasing dah ada jam, haiwan peliharaan pun boleh bela kat rumah masing masing je, dan kursor berkebolehan transformer yang boleh transform dirinya menjadi Naga-Mulut-Berapi adalah tidak digalakkan. 


Dan ini pula tips nak orang senang follow awak. Ini bukan tips nak follower ramai tau tapi untuk menyenangkan orang follow blog awak bila dah alang-alang dah sampai kat blog awak.
  • Letak widget follower kat atas sekali. Tak perlulah blogger lain skroll ke bawah then tak jumpa skroll ke atas balik nak cari butang Follow. Penat...uh uh uhh..
  • Pakai widget follower yang normal, maksud yang dah disediakan oleh blogger.com. Bukan kena klik gambar ke.....sebagai contoh.
  • Jangan tulis macam ni kat tajuk follower "Pelacur Atasan", "Peminat Fanatik" atau pun "Hamba Abdi" er tak kuasa okay hehehe. Saya pernah jumpa semua ni.
  • Jom rajinkan diri untuk follow blogger baru. Takkan follow blog famous je kot kan?
  • Masuk segment Blog Ben Ashaari Com hehehe percayalah......
  • Blog yang pasang lagu, tak sempat nak tekan butang follow, orang terus tutup blog be'radio' free itu. Blog itu memakan speed internet, kamu tahu? Tamo tamo tamo.
  • Tak perlu disable right click, tadi saya nak open new tab terkejut kene marah "nak tengok buley, nak amik kiram salam" kalau betul saya nak amik boleh tanpa right clik.
  • Last sekali jangan tulis macam ni kat shout box orang lain "Followlah saya balik !!!"  Ahahahah.....

Okay dah tamat. Ni tip secara teknikal je tau. Lain lain bolehlah tanya kat blogger yang dah berjaya. Contohnya nameeroslan.blogspot.com blog baru tapi berkualiti. Selamat berblogging!


Iklan jap, suka sangat Fasha Sandha....cantik...


Sejak akhir ni saya suka pulak layout yang pakai Polka Dot Comel. Antaranya:

Ini pulak blog list saya yang cute cute.... Geng blog purple. Jom follow diorang:

1.   http://sayazarulfarhana.blogspot.com/
2.   http://salizawatiunguviolet.blogspot.com/
3.   http://pinkychazpurple.blogspot.com/
4.   http://cthajarpinkgurl95.blogspot.com/
5.   http://tya-fathiah.blogspot.com/
6.   http://nurizspace.com/
7.   http://izzzara.blogspot.com/
8.   http://ainaaduniakucomel.blogspot.com/
9.   http://unguituunik.blogspot.com/
10. http://pendambarahmat.blogspot.com/ 
11. http://fatinaimie88.blogspot.com/
12. http://runningfarah.blogspot.com/ 
13. http://hangleotalk.blogspot.com/
14. http://artistikred.blogspot.com/ 
15. http://pepelungu.blogspot.com 
16. http://sailaaf.blogspot.com/ 
17. http://tehanurfateha.blogspot.com
18,19, 20....30 masih lagi mencari.....



Dan ini blog paling saya suka sebab sangat cantik, gabungan Purple dan Polka Dot...Yuhuuu!






XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Rasa Macam Tertipu Weh

Salam, 


Semalam internet saya slow, slow sangat sampai saya terpaksa topup quota limit saya rm18 unruk 500mb 30 hari validity. Kelmarin saya pun dah topup rm8 untuk booster 500mb untuk 24jam validity. Saya topup pukul 12 tengah malam, tapi internet slow jugak macam biasa. Pukul 12.30 saya pun tidur.


Tup-tup bangun tidur pagi tadi, bukak laptop ada mesej dari Maxis Broadband "You are nearing the quota limit. . Call 1800-82-2000 or log on to MyAccountPortal to buy quota as low as RM8".  Amboi, melampau lah kan! Saya baru guna 30 minit malam tadi dengan lembab macam pai cekodok siput khinzir, pukul 1.53 AM dia dah bising suruh topup lagi. Ini melampau...hehe.


Pihak Maxis Broadband, tahniah sebab berjaya mengikis duit ayah saya dari hari ke sehari. Habis je contract jangan harap nak pakai kau lagi, maxis broadband. Awak yang baca boleh tak kongsikan link ni ke Facebook Maxis Broadband? Biar ramai-ramai baru dia ambil tindakan.




Jom lah guna Digi nak? Digi macam tengah murah dan buat promotion je sekarang. Rasa macam nak tukar no.handphone dari maxis ke digi jugaklah sebab maxis ni mahal bila kita call ke line lain. Oh Digi sambutlah kepulangan ku... Sapa nak tengok promotion Digi tu boleh tengok SINI.



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE



19 Jun 2011

Industry Seni Malaysia Patut Contohi Industry K-Pop

Salam, 




Awal-awal minta maaf ye kalau apa yang saya nak cakapkan ni agak merepek sedikit yelah saya bukan background dari course marketing atau industri seni pun. Ni pandangan saya mengenai kelemahan industry seni malaysia je. Nak  banding dengan pasaran industry k-pop memang jauh beza lah kan. Holywood tak payah cakap lah. Kita bincang pasal k-pop je yang dah macam pisang gorang panas ni secara tetiba.




Saya percaya rata-rata kawan saya yang mengilai k-pop tak pernah membeli CD original atau Album original lagu lagu dan filem korea. Tetapi mereka semua kaki pen'download' ! Iya, semua nya stok stok filem dan drama yang meraka tonton dari pagi sampai ke malam dan malam sampai ke subuh adalah dari hasil download sahaja. Dan, sekarang.... kerajaan Malaysia sibuk nak ban web yang bagi download filem, lagu artis Malaysia. 


Mencontohi bukan bermakna meniru ye, abang sekalian.


Patutnya industry seni bincang macamna nak sebarkan dakyah dakyah kesedapan filem dan lagi artis malaysia bukan nya dok kira royalti itu, bonus ini, cakera emas la. Dok kejar sangat cakera emas tapi lagu kedekut nak bagi orang dengar. Mencik...! Tengok artis korea tu, dulu dulu tak kedekut pun nak bagi tengok muka cantik diorang, perdengarkan lagu diorang...hasilnya, diorang dah boleh buat konsert kat Malaysia macam A-List Star kot. Mila dan Kristal ada? Nan hado!



Mesti semua orang ingat saya gila k-pop kan? Sumpah tak. Tak caya tanya Sha hehe. Tapi bila saya melihat saya suka berpikir dan bandingkan apakah punca industry K-Pop jadi macam ni. Kecantikan dan kecomelan mereka memang tak yah pertikai lah kan, video pun the ba boom! jadi saya usulkan Kementerian Sukan eh Ministry of Culture, Art & Tourism bekerjasama menyedian kan satu hub hiburan percuma kepada rakyat malaysia sekaligus kepada orang luar juga. 






Macam laman web Suju tu, eh Saju ke Soju tu yang bagi download filem mereka free je. Okay kalau kedekut sangat, letak jelah filem filem yang dah lama 3,4 tahun dulu, banayk je yang sedap didegar dan ditonton. Benda lama kalau peram je tak elok hehe. Drama drama melayu berkualiti kat TV2 dan TV3 pun banyak....Lagi satu dulu kecoh lagu kita tak leh selang Bahasa Inggeris. Tak elok katanya. Tapi tengok lah macamana lagu korea tu  berjaya. Mula-mula minat part bahasa ingeris je tapi lama-lama part yang bahasa korea pun diorang hafal. Ada yang amik kelas bahasa korea lagi. Curlass kau Maria!




Kalau banyak salah eja maaf ye, malas nak edit. Nak tau apa itu bekerjasama? LIHAT SINI.




XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

Bila Chempaka Sari Tak Ada idea Nak Menulis

Bila Chempaka Sari Tak Ada idea Nak Menulis

Bila Chempaka Sari Tak Ada idea Nak Menulis by ChempakaSari featuring fringed shawls

Salam, Oh hari ni nak dating dengan TEHA ke Brem Mall berkaraoke. Lepas tu nak jalan-jalan sambil menenangkan fikiran di Taman Kota Metropolitan. Nak pakai apa ye supaya saya kelihatan lebih manis dari TEHA? Hmm iya saya akan memakai color color pastel & pale supaya kejantanan diri ini dapat disembunyikan. Jap jap, saya nak bajet macam nak jenjalan di Hyde Park, London pulak nak pakai macam ni kan haha!


Forever Unique sweetheart dress
£275 - vanmildert.com

Thakoon fitted cardigan
$224 - kirnazabete.com

Jane Norman summer pants
£45 - janenorman.co.uk

Wedge heel sandals
£4.99 - dressrail.com

Juicy Couture embroidered bag
$298 - couture.zappos.com

Burberry umbrella
$290 - stylebop.com

Lagray Crochet Butterfly Cardigan
$87 - maruione.jp






* Suka ENTRY ni. Best wa cakap lu...
** Geng blog puple mendapat sambutan pula, saya patut merancang dengan teliti haluan Geng Blog Purple mulai sekarang!




XOXO, Chempaka Sari.
Jika Minat Jom LIKE



16 Jun 2011

Blog Chempaka Sari di Hacked!

<<<Injecting>>>
 |||||||||||||||||||||||||||||||||||||97%
Not Secure
Password Too Easy
Don't worry, all data are safe
H4cK3D By Anonymous
Thanks to D3nY Cr3wZ
 email: myanonymous.my@gmail.com
contact us if you want back this blog.-Anonymous-
Voilà! In view, a humble vaudevillian veteran, cast vicariously as both victim and villian by the vicissitudes of Fate. This visage, no mere veneer of vanity, is a vestige of the vox populi, now vacant, vanished. However, this valorous visitation of a by-gone vexation, stands vivified and has vowed to vanquish these venal and virulent vermin vanguarding vice and vouchsafing the violently vicious and voracious violation of volition. The only verdict is vengence; a vendetta, held as a votive, not in vain, for the value and veracity of such shall one day vindicate the vigilant and the virtuous.  Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it is my very good honor to meet you and you may call me V.


We are Anonymous
We do not forget.
We do not forgive.
We are legion.
Expect us
 


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Salam, 


Dah abis baca dah? Hah, inilah contoh post yang Hackers Anonymous tu buatkan kalau dia dah hack seseorang tu. Macam orang minyak, bila dia dah ceroboh perempuan tu, dia pergi tanda X besar besar kat badan perempuan tu. X tu tanda orang minyak. Tapi kalau ada tulis ANONYMOUS besar-besar, tu tanda blog awak sudah diHACKED! Hati-hati. Tukar password dengan lebih susah dan delete temporary file and cookies. Jangan tanya saya macam mana nak buat. Makan cookies famous amous retilah hehe.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE