28 April 2012

Tukar Komen

Assalamualaikum,


Ni mungkin kali kedua atau ketiga,
Nak cakap lagi lah pasal ni,
Takut ada yang tak tau,
Yang pasal tukar tukar komen tu,
Yang saya buat tahun lepas tu,
Tahun ni saya dah kurang aktif dah,
Tak komited sangat dah dengan blogwalking,


Maaflah semua ye,
Rasanya semua dalam list tu dah tau kot,
Maaf kalau ada yang tertanya-tanya,
Atau tersinggung hati,
Dok tertunggu-tunggu mana komen saya ni,
Tak jugak muncul,
Tak jugak datang,


Tapi apa apa pun,
List tu terus kekal,
Ada masa saya baca,
Cuma tak ada masa nak komen saja,
So harap semua faham ya,


Support semua Geng Purple,
Support semua Geng Wajib Komen,
Support semua Geng Blog Best,
Seupport semua blogger Malaysia,
Malaysia boleh!


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

Tertinggal Train

Assalamualaikum, 


Kelmarin hadir conference,
Naik keretapi ETS engkau,
Dari KL Sentral ke Ipoh,
Best, sebab tak pernah naik keretapi antarabandar,
Paling jauh pun dari Terminal Gombak ke Kelana Jaya je,

Duduk kat apartment Kinta Riverfront Hotel and Suite,
Best jugak, redup je Ipoh dalam masa dua hari tu,
Paling seronok time makan,
Memanjang buffet,

Tapi kusangka panas hingga ke petang,
Rupanya hujan ditengah hari,
Plannya nak balik pukul 6.15 petang,
Tapi terlewat, so nak naik next train jelah,
Pukul 7 malam,

Masa beli tiket, dia kata train 6.15 yang terakhir,
Tiket pukul 7 ada hari sabtu ahad je,
Whatttt?? The fishhhh...
Kat situ juga saya tercarut,
Sungguh tidak matang,
.......................... !@#$%^&


Apa yang terjadi selepas itu?


Jeng jeng jeng...


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

26 April 2012

Malas

Assalamualaikum, 


mata mengantuk,
kepala tersengguk,
otak serabut,
badan pun dah naik sejuk,
kan best kalau dapat menggerengkot,
sebelah oli di atas katil yang amat empuk,


wah kelas kau azza,
dalam ngantuk2 sempat anyam puisi,
kekdahnya kalau berjaga untuk siapkan theses takpe juga,
last last godek sana godek sini, apa pun tak siap,
entah,


aku dah malas weh,
nak kawen nak kerja nak shopping,
tapi aku stuck dalam universiti lagi,
huuuaaa!


arghh esok nak g conference,
ipoh mali ipoh mali,
seronok tak seronok la kepala dok pikir theses chapter 4,
duk apartment 2 bilik siap berdapur bagai,
tapi nikmat kurang sebab kepala serabut,
naik keretapi uolls ku seret juga laptop,
tapi satu kerja tak siap,


sekarang mau tidur,
sesape jangan kacau,
oli tunggu aku!


**oli mungkin tengah mimpi kawen anak dato' sekarang nih


XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

20 April 2012

Katil Sejati!

Assalamualaikum, 


Oh Gosh! Entry ini benar benar melambangkan diriku yang sebenar. Nampak sangat saya benar-benar menghargai tidur katil. Katil adalah segala-galanya bagi saya sebab saya makan, tidur, study, tengok movie, bergossip semuanya di atas katil. OH Yeah!


Kekdahnya u all, secara kebetulan saya ada menemani seorang kawan membeli beberapa kelengkapan tidur ni since dia ada mengadu alergic pada tilam dia. So berbekalkan ilmu di dada (sebab selalu teman parent shopping) saya ada brief tentang kelengkapan katil, mattress and so on. And then i realized, mesti ramai lelaki kat luar sana tak tau sangat  pasal kelengkapan KATIL!

Meh saya ajar, yang simple simple dan basic saja ye.

Lapisan Pertama - Tilam / Mattress
Mestilah ada tilam kan, tak tau ler beli katil tapi alas dengan tikar mengkuang je. 

Lapisan Kedua - Pelindung Tilam / Mattress Protector
Bagi kes yang selalu gatal-gatal, naik ruam, seperti yang saya cadangkan kat kawan saya tu, cuba alas tilam tu dengan mattress protector ni. So badan tak ler direct je kat tilam yang mungkin dah jadi tempat pembiakan hama. 
Lapisan Ketiga - Cadar / Sheet Sarung Bantal/ Cover Sheet
Cadar mesti ada, kang bogel je tilam tu. Dinasihati, pilihlah 100% supaya tak menyesal kemudian hari. Alah membeli, menang memakai. Cadar menyalut tilam dan pelindung tilam.


ini set cadar tanpa quilt atau comforter

Lapisan Keempat - Selimut / Quilt
Banyak jual kat pasaraya, biasanya warna putih tanpa corak. Amaran ianya amat gebus sebab tu susah nak bangun pagi. Beli satu je pun tak apa then tukar je cover dia ikut set cadar.


biasanya warna putih

Lapisan Kelima- Pengalas Selimut / Quilt Cover 
Disebabkan selimut tu warna putih, bolehlah hias dengan pengalas selimut. Pengalas selimut biasanya satu set dengan set cadar yang lain lain. So yang ini boleh lah beli banyak-banyak nanti boleh tukar-tukar ikut mood.

Bantal / Pillow & Bantal Peluk / Bolster
Sangat perlu. Ada banyak jenis isian dalam bantal ni. korang kenalah tau apa yang sesuai dan selesa untuk korang. Macam saya suka sangat feather pillow, tapi belum ada kemampuan lagi. Bukan tak boleh minta tapi nak beli dengan duit sendiri.
** apa apa pun tak kan tinggalkan bantal kekabu yang arwah nenek buatkan untuk saya 12 tahun lepas. wuwuuw... T_T

Pelindung Bantal Pillow Protector & Bantal Peluk / Bolster Protector
Perlu lah kot kalau korang mementikan tidur yang selesa. Tapi besederhanalah... kalau tak mampu tak payah pakai kecuali ada masalah alergic atau kesihatan (penyakit kulit ke, period banyak ke dll)






Untuk accessory lain
1. Kusyen / Cushion
Bagi saya, kusyen tak perlu sebab ia membuatkan bilik nampak serabut dan susah nak maintain kekemasannya. Kebersihan, kecantikan semua belum kira lagi. Tapi bagi yang gemar bergurau senda ala ala campak campak kusyen suami isteri sampai terkeluar bulu ayam, bolehlah memuatkan  2 atau 3 sahaja kusyen. Sila jangan terpegaruh dengan Eric Leong yang letak sampai 8 bijik kusyen, dia nak enterframe barang sponsor je tu.






2. Comforter - Pengganti quilt dan quilt cover
Biasanya untuk yang jenis simple (senang cerita pemalas hew hew hew) beli je terus Set Comforter so dia gabung lapisan keempat dengan kelima (quilt and cover quilt sekaligus). Senang nak basuh, jemur dan kemas setiap kali bangun tidur. Harganya lebih la sikit, sebab kalau nak tukar cadar, kena beli comforter sekali. Nak simpan pun banyak pakai space la sbb kalau ada 4 set cadar, ada 4 comforter sekali.


beli je set cenggini terus senang..


3. Kelambu atau Tirai
Kalau nak fefeling puteri raja boleh lah pasang tirai atau kelambu kat belakang katil atau di kelilingnya. 

Kebanyakan gambar yang saya letakkan adalah dari jenama Akemi, sangat mudah dan practical, anti bacteria pepijat and so on. Bukan tak nak letak jenama kebanggaan orang 'urban' macam Ausinno, Ikea tak pun Elyza, Vantage. Tapi jenama yang kengkononnya terkenal ni susah nak cari at last kena cari kat butik diorang pulak. Akemi, Favourita, Jean Perry, Windsir senang je nak cari kat seluruh pelusuk negara ni.

Tak kesahla jenama apa tapi nasihat saya satu je, jangan kedekut untuk melabur duit beli kelengkapan katil ni yang kainnya PURE COTTON (100% Cotton), jangan tersalah ambil pulak BLEND COTTON (campur polyester), kang tak tidur malam ler korang sebab kepanasan dan miang.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom Share