31 Mei 2012

Perangkaan Hadiah Kawen

Assalamualaikum, 


Habislah kena hempuk kalau ada sedara mara baca entry ni. Ampun kan akak ye. Akak tulis ni sebab berangan je dan nak hilangkan boring tatkala buat assigment.


Ini lah dia nya, selepas baca entry Peej time dia bukak hadiah kawen dia tu, berkobar-kobar saya menulis pasal hadiah hadiah yang diidami kalau kawen jap lagi.


Mati lah mati lah...orang tua tak suka sebut pasal kawen mawen ni.
Lagi lagi nenek i cakap gatal tau kawen muda ni. Ececece... dia kawan umur 13 ke bape tah boleh la plak. Comel kan nenek saya. Hik hik hik.


Okay let's start now. Mari kita tengok hadiah yang diidami dan tak diidami oleh Puteri Azman ni.

Television
Huh kalau dapat ni baguih na. 
Nak yang Plasma LED tu tau. 
Iya iya memang la mahal tapi kalau satu ofis kumpul duit okay apa.


Set Cawan & Pinggan
Hmm sebenarnya tak perlu sebab hmm....
Saya ada citarasa tersendiri dalam bab pinggan mangkuk ni.
So dari beli sikit sikit sbb setiap tetamu beli lain lain corak.
Baik bagi angpau je kot. Dengan angpau itu saya boleh beli set cawan sendiri.
Tapi! Tapi! Tapi kalau nak bagi jugak, beli yang plain white je. Senang nak matching gitu.


Barang Hiasan
Barang hiasan pun tak perlu.
Yela kot kot kang ada yang bagi konsep modern, ada yang bagi konsep Bali.
Keliru jugak nak letak kat mana pas dah beli rumah nanti.
So, kalau nak senang, beli je apa apa yang plain white atau yang transparent colourless.
Demand tak akak? Matilah aku takde sapa datang majlis aku karang..


Kain Cadar
Berguna jugak ni.
Tapi kalau tak tau corak apa yang saya suka.
Beli je yang plain white. 
Asrama pun asrama lah.
Tapi yang Ikea atau Ausino lah bahahahaha..


Peti Ais
Ish sapa tak suka kalau dapat peti ais.
Jimat dah gaji sebulan somi isteri.
*verangannya saya macam vangang je kan*
Hmm adik beradik papa yang lagi 6 orang boleh lah kumpul duit untuk beli peti ais.
Yey yeay peti ais yeay yeay peti ais!


Perfume
Hmm yang ni boleh dipertimbangkan.
*bajet retis pulak nak timbang timbang*
Bagi le perfume jenama apa pun. I suka.


Barang Elektrik
Sangat sangat diidami oleh manusia sejagat yang baru kawen.
Sebab barang elektrik yang banyak pilihan, konsep bagai.
So senang lah kan.
Tak kira lah blender tu color apa asalkan boleh blend bawang.
Kalau 10 tetamu nak bagi blender yang sama pun tak apa.
Sebab berguna sesangat.


Buku 
Boleh jadi buku masakan macam Peej dapat tu, atau buku motivasi yang Fasha Sandha dapat hantaran dari encik suami dia. Berguna juga ni. Saya minta buku buku boleh buat hiasan almari... *erkkk?*


Handbag & Kasut
Handbag nak. Kasut kang dia tau ke saiz berapa?
So hadiahkan lah patik handbag but no kasut masut.
Lagipun kasut ni kena try dulu sesuai ke idak...


Kain Pasang
Sangat best kalau dapat kain pasang.
Lagi lagi dapat dua pasang untuk somi isteri.
Boleh pakai raya tahun seterusnya.
Tapi jangan lah bagi dua dua corak munge munge.
Pengsan lah saya kalau tengok somi pakai baju melayu corak munge munge.


Perabot
Biasanya saudara yang terdekat lah bagi benda yang besar gedabak ni.
So adik beradik mama yang lagi 9 orang tu bagi lah i perabot plzzzz...
Nak yang konsep modern color putih sahaja okes?
Tak mau lah konsep baba nyonya ke, bali ke, kayu jati je, english serabut bunga tu ke.
Just plain white, macam biasa.


Angpau
PERLU sesangat.
Diidami oleh manusia sejagat jugek.
Sapa tak mau duit kan.
Boleh lah cover makan minum somi isteri selepas kawan.
Tak pun cover duit yang somi isteri dah keluarkan untuk majlis kenduri.
Dengan berkat duit duit dari tetamu ni, boleh lah somi isteri meneruskan kehidupan selepas kawen dengan lebih mudah. Tak ada lah rasa terbeban sangat sebab berhabis duit simpanan.


Apa apa pun tepuk dada tanya selera. Ini cuma berangan sahaja. Jangan lah pening pening sampai tak mau datang majlis saya nanti. Huhu. Tapi tu lah kan kalau tak tau nak beli hadiah apa. Angpau dialu-alukan. Sekian.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

Kenapa Tak Suka Perokok

Assalamualaikum, 


Akibat sakit tekak yang tiada berkurangan, saya terdorong  untuk menulis entry ni. 
Lantaran terlalu sakit tekak apatah lagi hati ini, setelah puas menghidu asap rokok semasa syok syok makan bihum tomyam dekat restoran malam tadi.


Sambil menutup hidung dengan tudung bawal, saya berfikir sendiri. Kenapa mereka tidak segan silu merokok di meja makan? Kenapa kentut dan sendawa boleh kawal *cey kengkonon sopan* tapi tidak rokok? Tahukah mereka kondisi nya sama je seperti mereka berak di atas meja makan tu, dimana semua rasa tak selesa kecuali puak puak yang sama berak di atas meja.


Ampunkan mek kerana bahasa kasar. Marahlah mek, laharlah mek. Tapi inilah perumpamaannya.


Biarlah saya terus terang. Iya saya memang pentingkan diri, sebab saya memang tak pedulik pun kalau jantung kamu akan lemah, mati pucuk, paru paru akan hitam, otak beku, gigi kuning atau kulit layut. Seriyes saya pedulik hape. *amboi kemain azza kasarnya*


Tapi sapa nak tanggung ni :


Baby dalam perut
Kalau ada ibu ibu yang mengandung berdekatan dengan kamu, tak kan kamu expect dia pulak yang nak lari dari kamu. Kamu yang merokok kamu lah pergi jauh dari orang okay? Tak kecian ke nanti baby dia cacat ke, lembab ke atau keguguran! Macamna nak jawab nih.


Baju kami busuk
Mana lah tau kami elok elok nak tapau tomyam nak bungkuskan untuk bakal mak pak mentua, tak pasal pasal baju lawa lawa ni bau asap rokok pulak. Ish tak senonoh tau. Baju baru rokok tak apa lagi, ini ko hembus kat muka, muka pun busuk. Adoi.


Dada kami sesak nafas
Sesak nafas kot, kengkadang tu nak juga hirup udara nyaman kat taman di petang hari. Tapi tak ada beza pun sebab perokok ni bukan kira pun port mana nak menghembus, semua tempat jalan. Sesak dada.
 

Kulit kami akan hilang kolagen
Sia sia pakai SKII sampai beribu riban, tapi hari hari kulit dok bernafas asap rokok. Sia sia! Kulit hang nak melendut tak apa, jangan lah jangkit kat kami pulak.


Hilang selera makan

Hilang mood

Hilang minat

Hilang respect


Dan lain lain. Mood dah tak ada ni dispoilkan ole perokok yang tak makan saman.


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

22 Mei 2012

Tak Serasi @ Sudah Ada Pengganti?

Assalamualaikum, 


Kali ni nak discuss isu biasa
Biasa kita dengar hari hari
Malah ada yang pernah melaluinya
Mungkin zaman sekolah, zaman universiti dll
Biasa lah bercinta cintun ni kengkonon hehehehe


Kekdahnya, dah bercinta tu putus di tengah jalan
Apa sebabnya?  Hah itu yang kita nak kena kaji
Even yang berkahwin pun bercerai itu yang nak kita kaji
Saya bukan peguam atau majistret atau polis ke
So tak ada la statistik yang sebenar
Ini ikut pandangan saya je


Kebanyakkan pasangan itu berpisah sebab dah ada pengganti lain
Alasan memang la masalah kewangan lah, masalah pelajaran lah
Paling banyak dengar tak serasi, walau dah bercinta 40 tahun haha
Tapi lah kan pasangan yang kengkonon tak serasi ni
Tetiba je ada pulak terSERASI dengan orang lain
Pelik betul lah.


Baik lelaki atau perempuan
Dua dua boleh jadi mangsa atau pemangsa
Semalam gaduh sebab "U tak pernah puji I"
Hani ni putus
Esok dah ada cinta baru



So alasan alasan sebegini memang tak oleh dipercayai
Melainkan dua dua pasangan tu elok je single at least 2/3 bulan
Baru lah terbukti memang putus sebab tak serasi


Buat pihak yang meminta putus
Yang kenkonon dah tak serasi tak sesuai tu
Tunggu la sekejap before cari yang lain
Tunggu la si dia mengubat hati jap
Mau sebulan dua jugak lah dia perhati hidup awak
Dekat FB, Twitter, melalui kawan kawan
Kalau dah tau awak ada yang lain
Dari sedih jadi marah la pulak
Tak tak elok tu


Entah la susah gak benda cenggini
Maybe dah tak tahan sangat dengan perangai kita
Pada masa yang sama dia ada kenal sorang yang lebih baik
Memang boom lah
Bila meletus je pergaduhan
Boleh chow terus
Buat apa nak repair kereta buruk sana sini
Ada kereta baru yang lebih smart, cantik bergaya
Entah, itu mungkin apa yang dia pikir lah
Kita ni kereta buruk terpaksalah terima hakikat


Yelah kita pun sama dah tau perangai ni dia tak suka
Teruskan juga perangai ni sebab kenkonon comel lah
Kita tau dia sayang kat kita, kita pun buat selamba aja
Korek hidung, sendawa kuat2, gelak kuat kuat : cohtoh
Dah bapa kali tegur buat jugak sbb nak jadi diri sendiri la
Sok sok dia jumpa yang dah lama diidamkan
Kita juga yang ternganga
Menyesal


Eh dah lah panjang lak membebel
Benda ni isu basi jah
Saja tulis


Kesimpulannya, kalau dah mintak putus tu, sila rahsiakan penganti yang baru tu dalam tiga empat bulan hak hak hak. Jangan la pas putus terus declare ada pasangan baru. Kalau saya pun hangin.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

17 Mei 2012

Hidup Tak Berkat

Assalamualaikum,


Ini ada petikan yang sangat sangat berguna untuk diri saya dan rakan-rakan. Terbeliak mata tau sebab kena kat diri sendiri. Credit kepada Islamic Articles.


Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan k...ita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.


2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.


3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.


4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

 
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

 
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

 
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.


Sekali lagi terima kasih buat page Islamic Articles.
 

XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

Otak Pun Bergurau

Assalamualaikum, 


Semasa menulis entry ni penulis sedang mamai
Campur bengang sebab di'troll tahap dewa oleh si otak
Mana tak bengang sebab tadi ngantuk gile so cecepat masuk tido
Mata dah terpejam tapi kenapa otak ni still berpikir?
Sungguh ku tak paham ah ah ah ah ah ah
*nada lagu dangdut Amalina* 


Nak tau masa ni boleh pulak fikir nak kawen kat mana
Rumah atau dewan atau masjid atau hotel?
Sangat vangang la boleh pikir benda kawen kawen ni
Masa tu jugak lagu lagu samba kedengaran dalam otak ni
Berdesing rasa sebab lagu tu silih berganti laju laju
Kemudian memikirkan nak tempah kek kat Teha Dessert
Jenuh pikir nak color pink atau purple atau plain white?


Semua silih berganti

Macam iklan TV3 untuk rancangan hari raya

Berdesup-sedup


Last sekali aku pikir tentang thesis! Yes thesis!
Ada baiknya aku belek belek chapter 3
Ada benda nak kena tukar lagi lagi tang research method tu
Lastas kubangun dengan kebangangan
Kubuka laptop kucucuk pendrive ku tenung skrin
Belek sana belek sini skroll sana skroll sini


Otak yang terlebih rajin tadi tetiba shut down
Fius terlebih arus, lalu terbakar
Mata tetiba jadi kuyu
Mulut menguap
Semua jadi berpusing


Ah otak kau memang sering bergurau


Ayuh tidur!


XOXO, Azza Azman
Jika Ngantuk Jom LIKE

11 Mei 2012

Kisah Teladan Tukang Gunting Rambut

Assalamualaikum, 


Kisah ini saya dapat dari Facebook Teratak Ilmu. Marilah kita hayati bersama-sama.


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya
.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:
Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun. Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. 

“Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat. 

Peringatan:
Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA. Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.
Wallahu Ta`ala A`lam.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

Updated : Penjelasan Dari Perakam Video Baby Didera

Assalamualaikum, 




Lihatlah gambar baby ni, sedih Allah saja yang tau. Kita yang dah besar ni pun tak pernah dipukul sampai masuk hospital bagi. Tiup wayar bertampal sana sini. Ya Allah...




Tiada siapa yang suka baby. Malah ibunya pun pasti sayangkan baby ni. Percayalah. Kalau dia tak sayang pasti dibunuhnya baby ni selepas dilahirkan. Tetapi bila syaitan menguasai diri, tiada kekebalan di hati, semua yang buat tidak rasional. Kucing kita nampak macam singa, cacing kita nampak macam ular.




Kita doakan adik baby ni tidak trauma sampai ke besar, Kita doakan si Ibu yang bakal keluar penjara sudah insaf, kembali mencinta babynya yang comel ini. Amin.


Latest Penjelasan dari Perakam Video
Source : MyNewsHub
Video klip seorang ibu mendera anaknya yang berusia 10 bulan yang menjadi topik panas beberapa hari lalu telah mengundang marah banyak pihak bukan sahaja ke atas wanita berkenaan, namun juga terhadap perakam klip itu.
Ramai yang begitu marah mengapa tukang rakam terlepas dan hanya ibu kanak-kanak berkenaan dikenakan hukuman penjara 18 bulan.
Disebabkan simpati terhadap anak kecil terbabit, maka boleh difahami mengapa ramai antara kita yang tersinggung dengan keadaan itu.
Namun, laporan muka hadapan akhbar paling terkenal dan pilihan ramai pembaca di negara ini, Harian Metro memperjelaskan bahawa perakam berkenaan, Noor, 30-an adalah sebenarnya penyelamat kanak-kanak itu, bukannya seorang individu yang suka-suka merakam kejadian.
“Saya rakam semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana sudah tidak tahan lihat bayi itu kerap dikasari ibunya,” katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan hari ini.
Kes penderaan itu berlaku Mei tahun lalu di Petaling Jaya dan ibu kanak-kanak itu telah dipenjara 18 bulan manakala kanak-kanak itu kini selamat dan diletakan di bawah jagaan keluarga angkat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan keadaan kanak-kanak berkenaan dan berkata dia kini lebih ceria dan tidak trauma, bertentangan daripada apa yang disebarkan individu tertentu melalui laman sosial Facebook dan Twitter.
Selanjutnya Noor berkata, tujuan dia merakam klip itu adalah sebagai ikhtiar terakhirnya untuk menyelamatkan bayi berkenaan.
“Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya. 
Noor menjelaskan, ketika kejadian itu, dia berpura-pura memegang telefon bimbit kononnya untuk menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), sebaliknya merakam kejadian itu untuk dijadikan bahan bukti kepada pihak polis. 
Katanya, ketika itu, dia ada meminta anak perempuannya yang berusia 9 tahun agar mengambil bayi berkenaan, namun anaknya itu juga dipukul wanita berkenaan yang dikenali sebaga Ira.
Melihat keadaan itu kata Noor, selepas hampir lima minit dia menghentikan rakaman dan bergegas mengambil bayi Ira lalu membawanya masuk ke bilik lain sebelum menguncinya dari dalam. 
Noor kemudiannya menghubungi seorang rakan dan memintanya membuat laporan polis. Kira-kira satu jam selepas itu, polis tiba di rumahnya dan menahan Ira. 
Noor menjelaskan, dia telah berulang kali menasihatkan Ira sebelum kejadian berkenaan agar jangan menjadikan anaknya sebagai tempat untuk melepaskan geram. 
Ira dikatakan bertindak ganas akibat tekanan hidup terutama selepas ibunya meninggal dunia tahun lalu.
Selepas Ira ditahan, Noor sendiri telah menjaga kanak-kanak berkenaan selama tiga minggu sebelum diserahkan kepada JKM.
Noor juga memberitahu, bukan dia yang memuat naik klip berkenaan ke mana-mana media sosial kerana rakaman itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa sebelum ini. 
Nampaknya ramai antara kita telah tersilap dan buruk sangka kepada Noor sedangkan kerana dialah kanak-kanak itu selamat.
Kami di Mynewshub memohon maaf jika ada kesilapan dalam laporan kami kepada Noor dan rasanya pembaca yang mungkin meluahkan perasaan sebelum ini juga harus berbuat perkara yang sama.


Hmm nasib baik la selepas saya tengok video ni, saya tak maki maki terus si ibu dan si perakam. Saya tunggu sahaja berita seterusnya sebab nak tahu sangat kisah di sebalik kejadian ni. Semoga menjadi teladan buat kita. 


XOXO, Azza Azman
Jika Sedih Jom LIKE

10 Mei 2012

Bimbo

Assalamualaikum, 


Saya pun tak tau apa makna sebenar perkataan Bimbo
Malas nak buat research tapi selalu guna la
Orang puteh selalu merujuk kat blonde girl 
Kesian diorang sorang yang bodoh, semua kena
Sebab tu gigih tukar color rambut jadi brunett nak nampak pandai.


Itu cerita orang puteh kekdahnya
Saya pulak selalu guna perkataan bimbo ni bila marah
Tak kesah la orang tu pandai ke idok
Tapi biasanya akal pendek la
Buat benda buat tak pikir orang lain
Eg: Upload gambar aku tak pakai tudung kat Facebook
Contoh je lah. Tapi begitulah keadaannya.
Kita rasa marah sampai terhambur perkataan bimbo kat dia
Buat benda tak panjang akal, main hentam saja
Padan muka hang.


Ciri-ciri bimbo pada mata saya adalah:
Suka menunjuk dialah pandai dialah cantik dialah segalanya
Tak segan silu menyatakan semua perasaan kat Facebook
Sedih gatal geram miang marah gumbira merenyam semua
Ha kebanyakannya dapat detect bimbo ni kat Facebook la 
Itu belum kawen lagi, esok dah kawen? wonder jugak 
Esok nak tido dengan suami pun bagitau kat Facebook kah?


Suka bangga diri
Tak suka belajar
Suka duit & harta
Suka dipuji & dilambung2
Sms 24 hours/7
Suka bertukar pakwe
Sedih bila tak ada pakwe
Jeles bila kawan ada pakwe
*takutnya esok zaman bimbo ni sedih bila tak ada dara*
Suka menumpang. 


Eh apa ye perkataan lain bagi menumpang?
Ala yang macam... okay contohnya - 
Sanggup berbaik dengan seseorang untuk kepentingan peribadi
Eg lagi : Ada sorang ni beli sekotak ferraro roche*
Jam itu jugak dia berbaik baik dengan orang itu
Semata-mata nak sebijik dua coklat tu.
*lainlah godiva ke kan*
Pesanan saya, hey beli sendiri lah
Jangan ler nampak sangat noks
Bila teringin makan famous amous yang hang kata tak berbaloi tu
Bila makan macaroons kat harrods yang hang kata tak sedap tu
Cek beli tau sendiri tak yah tunggu orang hulur, usaha je sendiri
Er ni perumpamaan sahaja.


Yang macam perumpamaan kat atas tadi, ala yang memula tu
Yang contoh kes upload gambar saya tak pakai tudung kat Facebook
Tu bukan salah si bimbo ni
Sebab apa mereka bukannya sedar
Bagi mereka itu hanyalah perkara biasa
Ingat ya mereka bimbo
Mereka tau berseronok sahaja
Tak kira perasaan orang lain
Tak kisah pegangan orang lain
Peduli hapa mereka kan
Sebab mereka malas nak ambil tau.


Percayalah, kat depa ni semua nak kena pesan
*weh aku ni pakai tudung gambar kendurik tu ko jangan upload plak kang*
Ha kena pesan gitu gamaknya
Amboi tiap kali buat sesuatu nak kena pesan
Dah macam tak ada kerja la kan aku ni
Tak usah aku belajar sampai ke U
Biar aku kerja dengan kau je jadi tukang pesan.


Eh dah lah cakap pasal bimbo
Kang glamour plak bimbo bimbo di Tanah Melayu ni
Kang mereka jadi trend, semua pakat-pakat nak jadi macam depa
Pening kepala kang, gugur rambut saya tengok gelagat depa
So dengan itu, marilah kita menjayakan kempen...

SAY NO TO BIMBO


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

09 Mei 2012

Latest : Penjelasan Video Dera Baby

Assalamualaikum, 


SApa yang tak tau isu apa dok kecoh sekarang boleh tengok di SINI.
Memang menitik nitik la air mata bila tengok.
Dulu kat kucing.
Ini kat baby kot.
Sapa tak sedih.
Trauma pun ada.




Salah seorang rakan, Ajark Abd Razak membuat tindakan bijak dengan melaporkan video ni ke pihak berkuasa setelah dinasihati untuk berbuat demikian oleh Polis Diraja Malaysia.




STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Info dapat dari Facebook, tak tau lah kesahihannya,
Baru tahu pasal pmpuan ni. pmpuan ni dh kene tngkap, dlm proses perbicaraan lagi. pmpuan ni xberapa betul sgt. skg anak dia org lain yg jaga. tp anak dia dlm trauma lagi. bila ada org nk pgg, dia nangis. yg record ni dh pnh halang tp kene blasah, so dia terpaksa rtecord senyap2 n tunjuk bukti kat polis.

doa kite sekalian da termakbul,semoga baby itu sembuh dari trauma

info from : Olin Nawawi
Saya tetiap hari pikir bila lah dapat melawat sepupu saya yang comel tu sebab rindu sangat kat dia. Kalau jumpa rasa nak cium peluk ramas semua. Pastu dok terbayang bulan 6 dan 7 ni nak dapat sepupu baru. Terbayang la sorang muka ala ala Pakistan, sorang lagi muka ala ala Jepun.


Hok ni dah ada baby depan mata dipukul dihentak dengan bantal, handphone, dicubitnya tangan kaki baby yang halus mulus tu. Ya Allah apa kau bahagiakan lah baby tu dan semoga dia dah tak ingat kisah sedih dia semasa kecil.




Paling latest
LATEST NEWS: Pihak JKM sedang menyiasat & sedang menuju ke Sepang untuk mencari suspek & mangsa.

P/s : terdapat beberapa info dari sahabat yg mengatakan si pelaku sudah ditangkap tetapi tidak dinyatakan dengan jelas buki tersebut.

P/s : Ada juga yg mengatakan kes ini pada tahun lepas dan si pelaku sudah ditangkap. kalau kes taun lepas, kenapa xdengar khabar berita?
Anda boleh buat report kepada JKM Putrajaya ditalian 03-83231000
 
Paling Latest the Latest !


Polis Diraja Malaysia melalui fanpage telah mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa minit lepas tentang video viral beberapa jam lepas yang menunjukkan seorang wanita sedang mendera seorang bayi.

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


Terima Kasih PDRM.




Buat yang sesiapa mempertikai kenapa ibu dihukum selama 18 bulan sahaja, sesungguhnya kita doakan lah si pesalah menerima hukuman setimpal. Hukuman setimpal ni ALLAH sahaja yang tahu. 18 bulan dia di penjara mungkin mampu menyedarkan beliau. Mungkin semasa dia memukul baby tu, dia tak sedar, terlampau amarah. Doa doa supaya dia insaf dan akan lebih menyayangi anak nya selepas dibebaskan. 




Ada yang mencadang dia dipenjara sampai 18 tahun, adoi kesian la itu budak ada ibu tak serupa ada ibu sebab ibu bertapa dalam penjara.


** Hukuman didunia kalau terkurang, Allah lebihkan di akhirat.
**Kalau terlebih hukuman kat dunia, Allah kurangkan di akhirat.



XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

Musim Saman

Assalamualaikum, 


Kengkawan, sekarang ni memang musim saman menyaman ke? 
Dalam dua bulan ni dah 3 saman dah saya kena.
Tak boleh blah la cenggini.
Masing masing rm50.


Tadi kat Platinum Walk kat Setapak,
Amboi kemain kau, sejak dibukak kat situlah aku parking,
Harini semua kerete kau tibai clamping.


Tempat tu parking berbayar kot.
Kau nak saman apa lagi.
Kalau tak sudi kehadiran kereta kami jangan dibukak tempat parking itu.
Dah bayar ikut jam lagi mau clamping.


Tetiba je ada sign clamping kat situ.
Tah tah baru letak. 
Kami parking depan kedai bukan line kuning.
Kalau depan kedai tak leh parking 
Nak parking atas kedai ke aney?


Nasib baik kami keluar berempat,
Rm50 bahagi 4 adalah rm12.50 sorang
Hangus duit cenggitu je. Menyampah i.


Tapi pelik la
Apa reason dia tak bagi sepanjang tempat tu takboleh parking,
Luas kot, depan kedai kot, tempat parking kot.
Bukan kat lorong kecik atau kat selekoh.
Ham%$& punya management


Sekarang ni memang musim saman
Ramai je kena saman dengan DBKL
Polis, JPJdan untuk saya, universiti.
Kenapa ye?


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE