29 Disember 2012

Tak Cukup Duit Belanja

Assalamualaikum, 


Dah lama tak beli pakaian baru. Handphone saya juga tidak secanggih orang lain. Kasut raya dua tahun lepas kubawa kesana kemari. Tapaknya dari warna hitam berubah ke rona kelabu asap. Baju kurung polka dot biru diganding dengan tudung bawal ringkas, hujung tudung tidak di pin tetapi dimasukkan cincin lama untuk dikemaskan. Itulah pakaian seragam saya ke ofis saban minggu. Syukur alhamdulillah.


Remaja sekarang tidak dapat dipisahkan dengan gadget terkini, fesyen, trend, lifestyle dan macam macam lagi. Ramai yang bosan apabila melihat gobok pakaian mereka sambil mngeluh "ah, tak ada baju nak pakai!". Ramai yang berazam tahun baru nak beli gadget terkini, NOTE II misalnya yang memakan ribukan ringgit. Tapi tak apa asalkan bergaya. Setiap minggu lepak di cafe mewah, karaoke sehingga larut malam pada hujung minggu. Tetapi bila hujung bulan, pinjam sana sini untuk duit minyak kereta.


Alahai, kenapa siksa diri. Seronok pada awalnya tapi meminjam pula. Bonus hujung tahun entah kemana, apatah lagi duit claim mileage setiap bulan pada majikan. Hangus begitu sahaja. Ada membakar duit pada rokok, ada menabur duit pada panggung wayang. Ada pula yang 'mengagihkan' duit gaji pada setiap butik mewah.


Seronoknya makan burger bakar setiap malam, yang satu set sudah pun rm10. Lepas tu sibuk pula menimbang berat badan. Oh badanku naik lagi. Sibuk mencari susu diet, herbalife misalnya. Hangus lagi ratusan ringgit. Duit duit duit...


Bila duit sudah lesap, disalahkan zaman sekarang. Oh zaman sekarang ni banyak belanja. Masuk tandas pun kena bayar seringgit. Tepuk dada tanya lah selera. Salakahkan tandas? Salahkan zaman? Kesian En. Zaman muehehe..


Ada kenalan yang mahu berhenti belajar, kerana mahu bekerja. Mulanya part time sahaja, kemudian seronok pegang duit, kerja full time pula. Alasan tak cukup duit belanja bermain dibibir. Teringat kisah teman yang memborong barangan make-up dan menonton wayang sampai dua kali sehari tak lama dahulu. Oh, patutlah, sentiasa tak cukup duit belanja.

 
XOXO, AZZA AZMAN
peluk cium dari azza muah!

12 Disember 2012

Oh Bisness Online!

Assalamualaikum,


Tak sampai sebulan saya menjalankan perniagaan kecil kecilan di online, Alhamdulillah. Pencapaiannya melebihi dari yang dijangka. Sekarang tangh bukus 11 pasang baju kurung untuk diposkan esok. Mendapat sambutan juga walaupun kecewa akaun INSTAGRAM TETIBA KENA DISABLE!!! Ha ni lah nak share pengalaman yang saya baru dapat dari perniagaan online. Lain orang lain pengalamannya ya tak? Tapi rasanya, mesti ada kena sikit sikit kan misalnya ragam customer bukan?


Saya tidak pernah berniaga online sebelum ini. Cuma pernah lah bantu kawan, sedara dan ibu saya sendiri berniaga semasa dahulu kala zaman tok nenek. Bukan perniagaan online. Okay terus terang, perniagaan kecil-kecilan yang saya lakukan sekrang bukanlah mengejar untung, tetapi lebih kapada  mengisi masa lapang dan cari pengalaman. Bukankah pengalaman itu adalah guru kita. Tetapi jangan risau, kepuasan hati pelanggan tidak akan diabaikan. Saya cuba menjawab segala pertanyaan dan permintaan dari pelanggan yang disayangi ceh wah.




~iklan sebentar~
Untuk batch pertama kami mengambil 6 tempahan untuk warna berikut untuk saiz S 
sahaja. Batch kedua akan menyusul kemudian dengan pelbagai warna dan saiz :)
Grey Oliesa by The Sweet Kurung
Color Available : Light Purple, Dark Purple, Mint Green, Maroon and Thulian Pink.
Saiz Avaliable : S only for first batch pre-prder
PRE ORDER UNTIL THIS WEDNESDAY 5 DISEMBER 2012


Then, ada yang nak saiz macam tu lah macam ni lah okay kita bagi jah. Tak ada masalah, ada yang minta baju color tu color ni walau dah terang terang tiada dalam description kami, pun kami layan. Seronok mencari kain mengikut permintaan pelanggan. Rasa macam main treasure hunt dalam kedai Jakel tu. Pekerja Jakel pun dah kenal dah saya ni. Thank Kak Nita dari Jakel sebab sudi layan saya. 


Tetapi ada beberapa masalah yang saya tak dapat nak tacle lagi iaitu, permintaan pelanggan yang di luar skop saya. Telah dinyatakan saya bukan fesyen designer mahupun tukang jahit. Tapi still tanya saya ntuk buat baju macam tu macam ni dengan attach gambar sekali.Kemudian ada yang telefon saya yang mahukan baju minggu berikutnya. Urgent nak kahwin katanya. Pening juga kepala. Sebab saya buat bisnes ni part time sahaja, tak dapat la nak layan semua permintaan. 


Lagi satu ada pula yang meminta baju Zafra tetapi mahukan perincian manik seperti Zaraa.  Tak dapat nak tolong la dik sebab nak jahit manik macam Zaraa tu sangatlah lama dan perukan ketelitian. Mana mana customer awal yang mendapatkan Zaraa dengan harga rm100 tu sangatlah beruntung. Mana tak nya, segaris manik macam tu di Jakel cecar rm350 semeter dik non. Dik dapat rm100 dengan baju siap berjahit lagi. Untung untung...


Murah ke baju baju saya? Murah kan... jadi cuba selak selak page Facebook The Sweet Kurung mana tau saya ada buka Pre-Order. Usually kita ambil dalam dua minggu untuk siapkan baju yang telah diorder. 


Oh buat blogger dari Melbourne yang cakap kurung peplum ketinggalan zaman tu, baiklah. Fesyen kami di Malaysia ternyata berbeza sekali dengan di Melbourne Kota Canggih itu. Wassalam.


XOXO, Azza Azman

02 Disember 2012

Mencari Peplum Kurung?

Assalamualaikum,


Ramainya yang cari kurung peplum tetapi sampai di Blog Azza Azman ni. Kadang kadang mencari 1000 hits sehari akibat carian google 'peplum kurung'. Ni mesti semua menggagau mencari baju kurung untuk jadi pengapit pengantin kan? Tak pun nak datang majlis kahwin yang tak putus putus pada bulan 12 ini. 


Jom try pereka fesyen ini :

Saidatulnisa Aminuddin
Fuzana Mokhtaza
Mazlianul Maznan
Laura Huda Couture
Prety Kurung
Oh Almaree
Affa butik Baju Raya
Butik Joviana
Ayu Thelovepiece
Innai Red
Beadmeplease
Fleur by Mrs. Him
Matase Sutera
Hattadolmat hdc

The Sweet Kurung eh tetiba...


Buat yang tidak tahu, The Sweet Kurung bukanlah fashion designer atau tukang jahit. Kami jual baju sahaja. Jika yang ready made sudah habis, kita akan ambil pre-order pula supaya dapat cater permintaan pelangan. Kami tak ambil upah menjahit, atau pun jahitkan baju yang dilukis oleh anda, mahupun jahit sebijik macam gambar baju pereka terkenal yang anda attach kan di dalam email. Jom, tengok tengok di FB page The Sweet Kurung , mana tau ada pre-order hari ini.


*Kami tak ambil tempahan custom made harap maklum :) Hanya bila kami ada buka pre order sahaja.


 XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

Hantu

Assalamualaikum,


Semua orang keluar hari ini. Tak ada siapa yang mengadap skrin laptop pun kecuali saya yang kesorangan di bilik. Hujan hujan begini baik duduk di bilik sahaja layan gosip. Fengsanlah kalau Mama tau, baik baca Quran katanya. Dah lah tak ada mood ni, penat tau buat akaun Instag The Sweet Kurung, follower pun dah capai 600. Tiba tiba sahaja malam tadi dia disable. Semalam jugak baca rules and regulation dia, tak ada yang salah pun. Gila la Instag ni. Ramai customer dari Instag tau. Kesian la macam ni. Hantu betul.


Bercakap tentang Hantu. Saya dengan kawan kawan selalu la berkumpul sampai lewat malam berborak bergosip. Kengkadang di bilik dia kengkadang di bilik saya. By the time dah nak balik, mesti tuan bilik pesan 'jaga jaga ada yang memerhati'. Kecut lah pulak perut nak balik bilik sendiri. Kengkadang saya pun buat kat diorang jugak. Hehe.


Sebenarnya kita ni takut pada benda yang tak nampak kan? Sebenarnya rasa ketakutan sebelum terjumpa benda benda tu lah paling dasyat sekali. Sebab kalau dah nampak tak sempat nak rasa apa apa kot pasal terus pengsan. Daya imaginasi kita sebenarnya adalah terlebih kreatif dari hantu tu sendiri. Memang merepek gila, saya selalu terbayang hantu menyembolkan muka dia di tingkap toilet. Dan bayangan hantu di dalam cermin toilet. Dah dua tahun di blok ni, masih belum nampak lagi.


Lagi satu, orang kata kalau tak nak terserempak dengan dia, jangan takut sangat jangan berani sangat. Alahai... susah tu nak menyeimbangkan perasaan antara tak takut dengan takut. Macamno?


(masa tulis perengan kedua di atas, tetiba pintu balkoni tertutup mengong)


(masa tulis perengan ketiga, handphone atas meja ter


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE