14 Januari 2013

Vitamin C Putihkan Kulit?

Assalamualaikum, 


Pharmacist pun tak cerita lebih lebih pasal Vitamin c ni. Semua orang macam dah tau je kelebihan Vit C ni untuk apa kan.. Mana yang dah mengamalkan sejak lama mesti tau kelebihan dia. Untut kuatkan imunisasi lah biasanya. Bila tubuh badan kuat, badan jadi sihat. Kulit, hidung, perut semua sihat lah.

Tapi la ni melampau gila khasiat Vit C ni:

- 1biji bersamaan 1000 mg = 14 biji buah sunquick
- Vitamin c  untuk mengelakkan selsema
- Vtamin c juga banyak kebaikan dan kelebihan lain kpd kesihatan kita.
- Memberi effect kulit yang sekata,cerah dan lembab
- Sesuai untuk ibu mengandung
- Untuk merawat jerawat di wajah dan badan
- Menguatkan gusi dan gigi.. 
- Sesuai untuk mendapatkan anak
- Bagi memutihkan kulit muka
- Jerawat hilang dan menghapuskan jeragat
- Parut jadi sekata dan puda dengan cepat
- Rambut lebat dan berkilat
- Bla bla bla cantik kurus putih mulus gebus lus lus lus

saya amalkan Vit C ni lama dah.. rm35 je kat farmasi.

Mula mula okay je tetapi lama lama aii dah lain macam pulak. Semua demi cantik. Lepas tu sebab kebetulan Vit c ni ada kelulusan dari kemeterian, berpusu pusu lah wanita wanita melayu di luar sana borong Vit C ni. Sebelum ni berperang mak suruh makan Vit c kau tak nak. Dan dan bila kecoh facebook terus order satu dozen. Padahal kat pharmacy murah je. Sebijik yang saya dah amalkan dahulu. Tapi sebab ditokok tambah dengan kelebihan yang disenaraikan di atas, maka harga pun bertambah berlipat ganda. 


Perempuan macam kita ni memang laju je kan kalau bab bab putih putih ni. Lagi lagi kalau tengok gambar testimoni yang meletoptu. Saja tak nak dengar kata hati yang dok bisik bisik tu gambar edit je. Gigih menafikan. Banyak testimoni tipu je sekarang ni. Saya pn boleh buat... 


Nanti bila dah makan mula la kecewa. Sebab makan bukan sebab kesihatan tapi sebab kecantikan. Lepas tu nak kesan dalam seminggu je seperti yang digembar gemburkan dalam internet. Wah kelas kau michael jackson pun amik masa bertahun nak putih hehe.


Alang alang beli Vit C ni makan la Vit E sekali, Kalsium dan sebagainya. Untuk kesihatan... yang cantik tu datang kemudian.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

13 Januari 2013

Soalan Soalan

Assalamualaikum, 


Nak cerita tentang soalan. Soalan ni ada macam macam, sesiapa pun boleh bagi soalan. Tapi kau nak jawab ke tak itu yang kita tak tau. Kau mampu jawab ke, kau malas ke nak jawab meh saya bincang sikit sikit pasal soalan ni.




Kalau nak tau, saya antara orang yang selalu lurus bentul jugak sebab kadang kadang tak dapat tahan diri dari menanyakan soalan bodoh. Ada la orang tu paling rapat dengan kitewww, selalu marah kitewww sebab soalan saya selalu agak naif sampai tak tau nak jawab apa. Nasib la labu. Padan muka.


Walaupun sedemikan rupa, saya juga jenis malas nak jawab soalan tak tau la pasal apa. Kalau satu orang tanya satu jugak la kau jawab kan. Kesian kat Daniel masa kecil dulu saya selalu tukar topik kalau dia tanya satu benda tu macam melampau lampau punya tahap ulangan dia. Tapi bukankah sepatutnya kita kena terangkan jawapan sampai budak kecik faham. Ini tak saya terus marah dia sebab kau ni tak paham paham kenapa?


Tapi kan, orang yang palaing rapat dengan kitewww tu walau marah marah, dia tetap mengadap jugak soalan saya tu. Lepas marah, dia akan terangkan dengan terperinci siap dengan teori sendiri nak kasi saya paham tahap petala ke 7. Kalau saya tanya kenapa pulak tak leh minum air sambil makan nasi juta jaut kali (padahal bukan nak tanya sangat, saja nak protes sbb i suka minum sulam nasik), so dia bagi la perumpamaan kalau singki tu cuba kita tuang nasi, pastu tuang air pastu tuang nasi, pastu tuang air balik apa jadi? So dengan ini saya angkap tangan. Jawapan you memang meletop.


Alkisahnya kan saya baru buat perniagaan online di Page The Sweet Kurung. So mengadaplah saya SMS soalan sebaik celik dari bangun tidur. SMS antara yang sangat sweet dari customer customer sekalian yang berbunyi :


Baju peplum ada lagi tak?
Dengan ini saya yang blur blur dari bangun tidur membiarkan sahaja soalan itu terjeruk dalam inbox sebab kena cari kekuatan untuk menjawab soalan ini. Soalan ini bakal terjawab dengan soalan juga. Berbunyi "Sis tanya peplum yang mana satu ye?"


Boleh bayar dengan Maybank2U?
Mestilah boleh sayang, since akaun yang saya bagi tu pun akaun Maybank sobbsss... Yang penting, duit tu masuk kat akaun saya. Nak bayar pakai ATM ka, CIMB Clicks ka, Prudential ka.. eh? Boleh tak ada masalah.


Boleh tak saya bayar bulan depan?
Ada sorang ni beli bulan Nov, kata nak bayar bulan Dis sebab tunggu gaji (bonus la kot) Lepas tu dia minta tangguhkan bulan Feb sebab gaji dah habis. Sobbbssss sangat sayang. Tapi demi customer tercinta I sanggup. Lautan api sanggup kurenangi.


Itulah antara soalan soalan yang sweet dari Customer yang saya rasa bercinta time nak menjawabnya *blame on me plz* Yang penting, "Customer is always right", right? Peniaga yang baik adalah melayan setiap kehendak pelanggan. Which I failed to make it possible. Minta maaf semua.


Saya bukan tukang jahit, bukan designer *humble humble*. Jadi maaf sangat sebab tak ada masa sangat nak buat ikut kehendak pelanggan sepenuhnya. Serta menjawab SMS secepat mungkin. Perkara utama adalah habiskan studies master ni dulu. Kendian baru la pikir nak buat apa dengan THE SWEET KURUNG ni. Harap dapat majukan THE SWEET KURUNG ke peringkat 1 Malaysia. Ameennn....


XOXO, Azza Azman 
 peluk cium dari azza muah!