25 Februari 2013

Luahan Hati Kepada Peniaga MLM

Assalamualaikum, 

Ini saya berkongsi luahan dari seorang doktor dari laman forum. Sorry Arissa, saya cuma nak pendapat ini dibaca oleh orang lain juga.


"MLM is evil!! It's not a sincere type of business or trading. From the get go, we can already see its pyramidal structure is going to bring out all kinds of forms of supression, opression and even slavery!! It's already banned and illegal in the US, in the UK it's in the process of being banned, the Europe...and one of the factors that brought down the Eurozone to its knees was MLM businesses..can you believe that?


Kalau org putih boleh nampak, kenapa org melayu tak boleh nampak? Nak kata bengap tak juga.. Pegi universiti jugak..
I hate this Hai-O thing, one of my family member Bankrap sbb mender MLM dajal ni..berutang sana sini..tertindas..
It is lurking with evilness, selling through indirect force and opression!
Yang atas2 upline tu jadi lintah darat sedut jer darah sampai kering..dasar mata duitan!! Bila org marah, counter attack, condemn, kata kat orang jgn dengki orang lain punya rezeki periuk nasik... Banyak cantik?? Yg korang ingat carik rezeki lagu tu halal sgt lah menindas, menipu orang lain??


Yang paling saya pantang, is MLM health products... Saya ni doktor kat hospital, tiap2 bulan dok jumpa patient masuk ward sebab liver failure, kidney failure, side effects sbb herbal products MLM-4life lah, alpha lipid lah, gluthathione la, transfer factor lah, herbalife lah, hydroxycut lah....memanglah kesian, nak marah pun ada, tapi diorang makcik2 pakcik2 tua yg tertipu dengan mala'un2 MLM ni...


Woii, orang MLM korang tak sedar ke yg korang jual tu bokeh mrmbunuh orang lain!! Sedar la sikit, kalau sabit kesalahan boleh consider second degree murder tau!!


Yg pakcik makcik ni dok la cari nafkah tiap2 bulan forking out huge amount of cash nak beli pil2 kesihatan MLM ni, when diorang tak sedar, lagi membahayakan kesihatan diorang...You tindas dgn bebanan cost beli barang tu, you tipu kata pil2 ni mujarab boleh sembuhkan penyakit mujarab, you bagi diorang masuk hospital pertaruh nyawa diorang!!


Aku cerita dua kes patient yg aku jumpa kat hospital ehh:

1. Patient ni dok makan warfarin, diabetic meds, segala maknika penyakit ada. Dia beli pill transfer factor baru seminggu, terus masuk hospital sbb bleeding besar haematoma kat kaki dia. Tengok2 INR sampai 8. Kidney failure pulak lagi. Sapa malaun MLM yg jual transfer factor tu mmg mangkuk ayun, kalau mati patient ni macam mana?

2. Patieng mmg ada penyakit buang pinggang sebab SLE, dah bertahun2 sihat walafuat dok mkn steroid dan immunosupressant, tetiba kena approach alpha lipid... Kata bagus utk buah pinggang bla2... Tiba2 patient jadi penat lelah tak boleh bernafas, letih lesu, kaki bengkak2...tak boleh tidor mlm sbb sesak nafas..tanya penjual MLM alpha lipid...boleh diorang kata 'dont worry, nanti hilang la tu, tu namanya HEALING CRISIS'....healing crisis mangkuk hayun kau... Patient tu dtg hospital dgn nephrotic syndrome, glomerulonephritis, acute left heart failure... Sapa nak tanggungjawab Nih??


Sesapa kata MLM tu bagus kalau buat betul2..,THINK CAREFULLY... How are my actions will affect others from here onwards??
Ko agak2 further down the line tu ada harmful effects tak??


Sesapa MLM nak mai promote kat saya or family saya... Be prepared, im going to grill you until youre fried, bone-dried until not an ounce of water droplets left in your body!!


Geram sangat2....first Hai-O, then transfer factor, then alpha lipid... Ni mende2 yg dah affect family member aku!!


Adik aku pulak nk beli corset premium beautiful apa ntah.. Ada teknologi FIR infra red, boleh bakar lemak.. WHAT A LOAD OF CRAP!!!
Toksah mengada...


Ada sesapa MLM yg tak puas hati, boleh message saya... Im ready.. "


Sekian.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

21 Februari 2013

Lamaran Idaman


Assalamualaikum,


Pernah tak berangan macamana kau dilamar? Ada tak tengok mana mana filem romantik lepastu mula bagi hint kat partner ko supaya lamar kau dengan cara cenggitu? Eh, tak de eh... sapa la yang buat perangai tak senonoh tu kan. Well, masa kecik kecik dulu ada tertonton satu drama Indonesia ni. Zaman tu tak ada sinetron mengarut lagi. Tak ada pepari terbang dalam rumah. Tak ada.


Ada satu scene tu, couple ni pergi dinner kat restoran mewah. Berbual bual la semua. Time nak bayar, waiter tunjuk booklet (or whatever they called) yang ada bil tu. Tetiba lelaki ni cek dompet dia xada duit. Alamak kantoi la pulak. Saya depan TV tersengih sorang sorang sebab lelaki tak ada duit tapi ada hati kan..


Cepat cepat perempuan tawarkan diri nak bayar, bila water tu tunjuk booklet tu.... bukan bil yang dilekatkan, tetapi kad comel yang bertulis "will u marry me?" Walllahhhhh! Lepas tu dia pandang lelaki tu. Lelaki tu pun keluarkan cincin dan sarungkan. Perempuan tu nangis lah. Alahai shooo shweeettt.

tom cruise melamar katie holmes dekat menara paris tu u olss, tapi dah bercerai pun.


Sebenarnya dalam adat kita ada ke lamar macam ni ye? Tak ada kan? Ia bermula dengan merisik, meminang, bertunang lepas tu nikah. Pas nikah tu ada la macam macam lagi kenduri kendara nak buat. Ah tak penting. Ngabiskan duit je.


Dalam adat kita ibu bapa mestilah didahulukan. Kalau dalam cerita omputeh, tetiba je jemput parent ke majlis perkahwinan diorang. Ish apa ke pelik bebenor tu.


Orang minta la izin dulu...


Cerita pasal merisik bertunang ni...hehe





Jom lah pakai baju Zandra by The sweet Kurung. Simple yet sweet and moderate. Ala tak payah la membazir merisik pun nak pakai baju manik kerawang kerawang siap ada veil dah macam akad nikah je saya tengok. Nanti bila akad nikah tak berseri dah, macamana...


Gurau je. Bye.


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

Emakku Kampung

Assalamualaikum,


Ha ni mai nak habaq.... saya selalu terbaca di slot slot forum luahan hati pembaca yang Emaknya Kampung. Saya pun tak tahu Emak Kampung tu macamana tapi menurut sesi luahan hati tu, dia macam tak suka perangai ibu dia yang tidak berapa moden. Please jangan rasa offended. Saya sendiri pun orang kampung, mak saya orang kampung ayah, tok, nenek, sepupu, sedara mara sekalian orang kampung. Walau duduk depan KLCC pun lantak pi lah, depa semua mengaku orang kampung.


Hal yang nak diutarakan ni tentang "emaknya yang cara kampung" kot gitulah. Sepatutnya bersyukurlah ada Emak Kampung ni. Seronoknya. Biasanya Emak Kampung ni mesti suri rumah kan? Asal kau balik kampung mesti mak kau masak sedap sedap sampai penuh satu meja kan? Time tu tak ada pulak nak luahkan rasa tak puas hati. Tiga pinggan jugaklah lesap dalam perut. 


Ada kes tu, emaknya basuh pinggan tak pakai sabun. Komplen jugak. Pergilah kedai sat, belikan 4 5 sabun basuh pinggang tu buat stock kat rumah emak. Jangan lah harap emak pulak nak beli untuk kau anak beranak balik kampung. Kalau sorang anak ada 5 cucu, kalau 5 anak dah 25 cucu. Kau mampu nak sediakan sabun untuk pinggan anak-beranak kau berkampung kat situ sampai seminggu? Topup la...


Kalau saya dapat emak macam ni, mahu membulat badan sebab asik makan je. Kalau orang Bahang pulak, asal balik rumah je ada Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Sepat Salai Goreng, Sambal Hitam, Sambal Rong, Ikan Patin Masak Paih.... bapok sedok oh. Saya ni setakat duduk Bentong je, sekangkang kera je dengan KL nuu. Tak ada lah semua tu. Nak beli Ikan Patin Sangkar (tak hanyir)  kena tunggu hari Sabtu. Letih.


Ikan Patin Masak Tempoyak.. Slurppppp!!

Ikan Paih Tempoyak, biasa guna Ikan Patin la..


Nak resi ni pi la google, tapi kalau ada resepi yang guna bawang sampai kena tumis bagai tu, jangan percaya. Mengarut Ikan Patin Masak Tempoyak kena tumis bawang. Haha!




XOXO, Azza Azman
 peluk cium dari azza muah!

10 Februari 2013

Dengarlah, Dengarlah, Dengarlah....

Assalamualaikum, 


Dengarlah rintihan hati ini. (cliche nya ayat pembukaan). Hati meronta ronta berkata sesuatu. Tetapi lidah kelu. Bagaimana ya nak mengadu kerana aku kurang bijak dalam berbicara. Otak tepi berfikir. Sampai membawa ke mimpi. Jika dimuntah-muntahkan buah fikiran ini, pasti banjir di telinga sendiri. Kerana tiada siapa yang sudi mendengar.


Bangun pagi pagi sudah bersedih mengenang nasib diri. Sudahlah kudung, kaki pula tempang. Semua tak kena di mata orang ramai. Padahal aku ini tidak menyusahkan sesiapa. Cuma mungkin rimas di mata mereka. Entah apa yang aku mengarut ini, hanya diri sendiri sahaja yang faham. Atau mereka yang sayangkan diri ku. Atau mereka yang mengambil tahu. Atau yang sudi mengerti. Atau sesiapa sajalah yang baik hati,


Terbaca di Facebook Dr. Zainur Rashid Zainudin

"sedikit harapan...

Di musim suburnya budaya berhujah dan berdebat, ingin sekali saya berpesan kepada saya sendiri, kepada adik-adik dan kenalan saya supaya lebih beradab apabila bercakap dan berhujah.

Ukhuwah adalah hak dan kewajiban ke atas saudara Muslim kita yang lain. Janganlah sampai menang dalam berhujah tetapi kalah dalam akhlak. Apatah lagi apabila kita berpakaian dan berwatakkan sebaga...i seorang Islamis yang bekerja bersama wadah Islam. Apakah nilaian kita di sisi Allah nanti?

Kebenaran tidak menghalalkan kita menggunakan kaedah yang membelakangi kewajiban asas seorang Muslim.

Jangan sampai lidah dan mulut kita menjadi sumber fitnah sehingga menyebabkan orang lain menjauhi seruan yang baik ini.

Ya Allah, selamatkan aku, keluargaku dan sahabat-sahabatku serta umat sekeliannya daripada fitnah ini.


Sungguh indahnya kata kata ini ketika berduka lara. Habis kering air mata, habis sudah sedu di dada, habis berhenti dari cela memaki diri kerana kelemahan ini.


Tambah lagi..

"Orang yang 'berisi' biasanya akan berfikir terlebih dahulu sebelum berhujah mahu pun ketika menjawab sebarang persoalan. Pada kebiasaannya, hanya di kalangan orang yang kurang 'berisi' yang akan segera memuntahkan rasa hatinya mahu pun memberikan jawapan balas.

Ya Allah, selamatkan aku daripada fitnah ini....
"

Iya, bukan salah aku kalau aku berasa hati. Bukan silap mata kalau air mata tak berhenti-henti. Kebenaran apa kalau sanggup melukakan hati orang. Kamu Ulama? Menteri? Pengetua? Dato'? Ibu? Adik? Walau sesiapapun kamu berlembutlah. Batu dengan batu nescaya ia akan pecah. Bukankan air juga yang membentuk batu, walau lama tetapi hasilnya cantik terukir indah. Berlembutlah.

Kalau nak dakwah orang lain bersolat, jangan dikatanya orang itu tidak pernah kelihatan bersolat.

Kalau nak dakwah orang lain supaya mengaji Al Quran, janganlah dikatanya tidak pernah lihat orang itu mengaji Al Quran.

Jangan lah mengeji ketika menyampaikan dakwah, bimbang pula kan orang itu menjaauhi ilmu kamu.

Tidak salah menyampaikan ilmu tapi jangan sampai menabur fitnah dan kata kata nista. 

Insya Allah pas berkesan dakwah itu.

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

03 Februari 2013

Aku, Lori dan Tong Sampah

Assalamualaikum, 


Ni ada teaser filer baru : AKU, LORI DAN TONG SAMPAH.



 Bila tengok gambar ni rasa macam bangang sangat. Gambar ni diambil di Services (RnR) kat somewhere highway di UK. Masa balik dari Menchester kot. Diorang semua sepatutnya pergi toilet atau kedai atau pergi minum. Yang aku pulak turun bas, dok bergambar guna timer camera kat padang depan tu. So lepas set timer aku pun berlari-lari anak cecepat sebab nak posing kan. So ini hasilnya, disamping dapat hadiah tepukan gemuruh selepas aku masuk dalam bas semula. Rupanya diorang semua dan masuk dalam bas, dok perhati aku semasa aku dengan menggedik seorang kat luar. Fine. 

XOXO, Azza Azman 
 peluk cium dari azza muah!