30 April 2013

Designer Baju Muslimah?

Assalamualaikum, 


I don't know this entry considered appropriate or not. Okay.


We all love to wear beautiful clothes. Kalau tak dapat pakai, dapat cuci mata pun tak apa.


Saya follow kebanyakan designer terkenal tanah air Malaysia, dan saya sangat suka life mereka yang humble, tidak melupakan asal usul kita, inspiring dan motivate. Thus, mereka juga selalu memperlihatkan gambar gambar koleksi mereka yang vavavoom! 


Mereka sangat menghargai pelanggan dan peminat. Rizman ruzaini, Sola, Wan Pa, Jovian, Rizalman, Nurita, bla bla bla... Rico Rinaldi, Alia Bustamam, Innai Red, Fizi Woo yada yada yada...


Dan termasuk seorang designer yang saya follow dari dahulu lagi, beliau membuat baju fesyen muslimah untuk sebuah website pakaian muslimah terkenal. Fashion show yang dikelolakan oleh beliau sangat gempak dan mendapat publisiti meluas dari media cetak mahupun elektronik. Perkataan "MUSLIMAH" dimana mana dengan pereka fesyen ini.


Lantak ler kamu nak ngata saya mengumpat. Whatever it is, saya nak luahkan juga pendapat saya ni.


Somehow this designer, is so disappointed me. Not in his cloth design but the way of his life. Fesyen show baju muslimah tetapi tetamu feshion show'nya berpakaian menampakkan betis dan cleavage. Beliau (his) tidak segan silu untuk menunjukkan "boifriend" nya di laman sosial. Gambar separuh berpakaian (separuh lagi faham faham la apa ya) banyak diuploadnya di Instagram. Teman-temannya perempuannya yang (model baju muslimah) ada yang berbikini sahaja. Malah ada rakannya yang berkempen "NO HUDUD" whatsoever. Okay ni bukan isu politik okay. Dear perempuan, tak perlu tulis besar besar NO HUDUD kami dah tau melihatkan betis panjang kamu yang putih melepak tu (okay tipu berkarat sebenarnya).


Macam ni ke pereka baju Muslimah? I was like, jadi tawar hati nak tengok baju rekaan dia, apatah lagi membeli. Nak tengok website yang bekerjasama dengan beliau pun rasa macam malas. Owner pemilik website baju muslimah tu pun lebih kurang macam ni. Why why...


Kamu semua reka baju muslimah for the sake of your pocket right? Its all about money.


**Do our cloth make ourselves feel good from the inside out?  Ask yourself.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

25 April 2013

Kolagen Rumpai Laut dan Lain Lain

Assalamualaikum,


Sejak akhir akhir ni banyak sangat la product kecantikan yang di jual di FB. Tiap minit ada sahaja iklan iklan barang barang macam ni. Ada yang hilangkan parut, ada yang hilangkan jerawat, jeragat, bintik hitam, bintik putih, kedutan dan macam macam. Nasib baik tak hilangkan hidung ke telinga ke, kalau cakap mungkin orang kita ni percaya je.


Okay saya tak pernah menentang orang orang menjualnya apatah lagi kepada pembeli pembeli yang budiman sekalian. Saya pun beli product ni. Tetapi berpada-pada lah. Makan satu product tapi sampai boleh sembuhkan 1001 penyakit amacam tu bro? Nak jual, juallah tapi jangan la kencing orang kita bro....


Isu rumpai laut, tak ada sesiapa yang halang korang nak beli, malah saya pun beli masa pergi Sabah dulu. Kuning, hijau, kelabu asap pun, semua ada... semua dah try dah. Kalau benda tu membantu pembentukan kolagen, cakap la terus terang. Awat main hentam je cakap benda tu mengandungi kolagen. Kalau mengandungi kolagen, apakata bagitau secara saintifik dan fakta. 


Selingan jap...
Ada sorang tu tanya tak ada beza pun? Bagi saya inilah perbezaan sebelum dan selepas yang jujur. Takdelah guna Photoshop atau pun paling koman app. Perfect365. Tapi kenapa Aurawhite guna testimoni Ephyra ni?? Kekekkeek..


Sayur mana mana pun ada khasiat dia... kolagen ni payau payau pun sanggup telan nak lawa. Kalau rasa tak larat nak telan, pergilah blend carrot je, sawi ke taruk dalam peti ais, tetiap malam minum macam korang telan rumpai laut.


Belilah rumpai laut, makan lah rumpai laut. Tapi apabila ada fakta mengenainya janganlah cepat  melatah. Kenapa takut periuk nasi tercalar kan? Product kecantikan tak laku sebab korang dah jual rumpai laut? Product mana yang dah bankrap sebab adanya rumpai laut ni dear...

Okay saya dah baca artikel ni, tak ada pun dia kata rumpai laut ada kolagen?


Sebenarnya rumpai laut memang bagus, tapi berpada pada lah... iklan nya : yang mandul pun boleh mengandung...?? Hadoinyepun.


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

24 April 2013

Baby Maryam & Cupcake Chapter

Assalamualaikum,


Kelmarin kita pergi outing dengan Baby Maryam. This cute little thing really really adorable ya know? Gomol kang takut nangis. So kita lepak sekejap tak sampai 30 minit di CupCake Chapter di AU Keramat. Depan Zoo Negara je, sebelah MRR2. Nice place.

 Baby Maryam asyik komot komot bib dia, ngilu gigi kita.

 Smile! Oh you can't.... its binkie pinkie time.


 Your senget smile.... it's favorable. 

 Sepanjang masa Maryam memang pandang belakang je, sebab ada teddy bear besar. Plus abang abang waiter dok mengusik dari jauh.


 Sedang sibuk buat self timer, ada pelayan restaurant datang.Dia tolong tangkap gambar. Okay, pucuk dicita ulam mendatang.



 Cik eh Puan Fara menyuap home-made Fruit Puree.

 We got this cupcakes for free. Abang waiter belanja. Rezeki Baby Maryam la ni. Alhamdulillah.



 Lepas ni kami buat rules baru, sapa online tengah makan dia kena bayar.
Yani : Eh shadap you...






 Okay, fish & chips dah sampai, cost RM18++ macam tu. sedap tapi garing sikit. 
Yani order aglio olio, 20++ kot tak ingat.
Fara order bruschetta harga pun tak ingat. Gambar pun tak ada. :(

 Still pandang sana. Haish.

 Last sekali, abang abang waiter termasuk manager approach nak ambil gambar Baby Maryam. Then dukung bawak keliling. Heh. 

Fara kata memang dia dan suami kalau makan tak payah risau nak jaga Maryam, sebab ramai tukang dokong. Tapi dalam tu risau jugak kan. 

 Akhirnya kami tak habis makan. Bungkus semua. 


 Baby maryam ni b aik je tak banyak karenah, tapi aktif dia... boleh tak dalam kereta senyap senyap, mak dia terkejut bila angkat seluar boleh pulak hilang. Rupanya tercabut. 
Cute :)



Baby maryam say ateh atehhhh *maksudnya bye bye kot*  ^_^

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

12 April 2013

Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut.

Assalamualaikum, 


 Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut...fakta yg sahih.!!

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima k
...enyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.
 
Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?
Kononnya :
Kaya dgn nutrisi n mineral yg sngt2 baik utk tbh n kulit; KOLEGEN-10X gnda lbh tinggi dr SIRIP IKAN YU,24%kolegenye bersamaan 2kpng SARANG BURUNG LAYANG2(bernilai ribuan ringgt). KASIUM-37 kali lbh tinggi dr hati ikan VITAMIN A-40X lbh hebat dr Beta Carotine/638 kali lbh hbt dr daging lembu ANTIOKSIDA-550X lbh kuat dr vitamin C PROTEIN- 21X lbh bnyk dr susu OMEGA 3 DAN OMEGA 6-2326X lbh bnyk dr ikan Khasiatnya ; - Melaraskan berat badan n menstabilkan hormon - Meningkatkan sistem imun dan metabolisma badan - Memelihara kalenjar tiroid - Menguatkan sistem abdomen - Mengurangi penuaan pramatang spt kedutan n kulit kendur - Memejalkan payudara, otot n punggung - Menyihatkan rambut n kuku - Mengurangi selulit - Melancarkan peredaran darah,mengurangi sakit bahu n belakang - Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot - Merawat penyakit gout - Mencegah kanser/tumor - Anti bakteria/kulat -Merawat anemia - Menurunkan tahap kolestrol dlm badan -Menurunkan tekanan darah tinggi - Menyerap lbhan garam dlm (lumpuh) - Meningkatkan fungsi pnghadaman/pencernaan,merawat gastrik - Memberikan rasa kekenyangan(diet) - Memelihara usus kecil(mengelakkan sembelit/buasir) - Melicin,menegang,n menghaluskan kulit - Mempercepatkan pengecutan jerawat n menghapuskan parut - Merangsang penghasilan sel2 baru kulit,menyembuhan luka - Memberi tenaga n menguatkan sistem tubuh - Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas Tak ke sesak kau baca semua ni keh keh keh.


Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.


Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."
Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.


XOXO, Azza Azman 
 peluk cium dari azza muah!

08 April 2013

Peplum Berantai by The Sweet Kurung

Assalamualaikum, 


Ini bukan iklan sponsor, ini iklan sendiri.


The Sweet Kurung ada mengeluarkan satu design baru dalam limited unit. Kesemuanya saiz S. Peplum berombak dan berantai ini khas buat gadis yang gemar berani tampil bergaya. Berharga rm170 tidak termasuk postage.
Princess by The Sweet Kurung
Color : Dark Purple
Size : S (Shoulder 14", Bust 34", Waist 28", Hip 38", Sleeve 22", Armhole 16" Skirt Length 40")
Material : Kelly Crepe
Availability : Yesss!
Princess by The Sweet Kurung
Color : Maroon
Size : S (Shoulder 14", Bust 34", Waist 28", Hip 38", Sleeve 22", Armhole 16" Skirt Length 40")
Material :  Kelly Crepe
Availability : Yesss!
Princess by The Sweet Kurung
Color : Pink
Size : S (Shoulder 14", Bust 34", Waist 28", Hip 38", Sleeve 22", Armhole 16" Skirt Length 40")
Material :Platinum Soluna
Availability : Yesss! 

Princess by The Sweet Kurung
Color : Red
Size : S (Shoulder 14", Bust 34", Waist 28", Hip 38", Sleeve 22", Armhole 16" Skirt Length 40")
Material :  Koshibo
Availability : Yesss! 

Jika berminat, Email kami di thesweetkurung@yahoo.com atau PM di Facebook Page The Sweet Kurung.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

06 April 2013

Kerja : Nak Rehat Sekarang Atau Dah Tua Nanti?

Assalamualaikum, 


Sedang enak terlantar atas katil macam orang sakit, diri ini tertanya sendiri. Sedang badan sihat pemberian Allah ini larat untuk bekerja, aku memilih untuk berehat sahaja pada hujung minggu. Kononnya inilah masa untuk kita berehat dan enjoy semasa muda. Esok dah tua barulah berkerja sepenuh masa sepenuh hati sepenuh nyawa.


Tapi itu pendapat yang salah? Kenapa tidak mula dari sekarang dah berhenti awal bila dah nak masuk umur tua. Sekarang sementara masih single, kenapa mahu berehat sahaja? Aku tiada anak yang kena hantar pergi tuisyen, aku tiada bil elektrik yang perlu dibayar, aku tiada suami yang perlu masak special special, aku tiada lemak di lengan (wing) yang perlu di'tone'kan. Banyaknya masa....


Why not la kita bekerja keras semasa muda ni, badan tengah kuat, kulit masih tegang, mata tak rabun lagi. Why not sabtu ahad masa umur 20-an ni kita utilize sehabis baik, esok masa dah ada anak boleh spent time dengan anak. Masa dah tua, sabtu ahad sepatutnya di rumah bukan nya sibuk cari sales sana sini, buat OT sampai ke malam. Tah tah ada orang sampai bercucu pun masih bekerja siang malam.


No no aku tak nak macamni! Kalau boleh lepas kawen kerja pun tak nak. Nak jaga anak sendiri, anak basuh kain sendiri, nak masak sendiri dan tengok anak membesar (plus laki men'tua') depan mata. Kalau boleh nak jadi businesswoman yang berjaya. Nak pantau bisnes dari rumah je sambil tengok TV dengan anak. Wah kelas kau berangan.


Sebab tu aku berniaga sikit sikit sambil belajar ni. At least dah ada tapak. Berpeluh-peluh juga nak mula berniaga ni kan. Sampai termimpi mimpi. Sampai ada simptom stress sebab banyak fikir. Mana nak belajar mana nak uruskan customer. Tapi... hehe tak ada lah teruk sangat. Saja sembang. Alhamdulillah. Walaupun tak ada pendapatan macam orang yang dah bekerja, duit hasil bisnes bolehlah tampung nafsu perempuan yang suka membeli belah dan bercuti. Baru2 ni bercuti dengan famili ke Vietnam. Alhamdulillah semuanya tampung sendiri kecuali yang minor-minor tu Papa ada topup sikit. Mama pun ada pinjamkan sikit sebab nafsu perempuanku yang bergelojak tatkala melihat banyaknya kain cotton di Pasar Bin Tay, Vietnam. Gila kau kalau tak beli.


Aku juga tak pernah dapat PTPTN penuh sejak dari degree dulu. So perbelanjaan tak macam orang lain. Kena berjimat. Tak ada majalah setiap bulan, tak ada novel cinta memenuhi rak buku, tak ada alat make-up, tak ada BB cream macam orang lain. Tapi InsyaAllah, bila aku tua nanti aku nak rumah, harga, credit card, percutian ke eropah setiap tahun dsbg. *muntah*


Tak apa... berangan dulu. Nanti kita usahalah.


*sambung balik terlantar atas katil :P*


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!