18 Jun 2013

Nak Putih Punya Pasal

Assalamualaikum,


Perempuan ni kan kalau cakap pasal nak cantik, borak la sampai pagi memang tak kan habis. Nak nak pulak kan sekarang ni ada macam-macam produk la nak cantikkan kulit. Depa penjual ni pandai tau, ambil artis jadi duta, comfirm laku. Tah artis tu guna ke tak produk ni pun, kita mana nak tau kan? Sah sah la depa artis ni dok pergi facial & salon setiap minggu.


Ni ha penangannya, dua botol Aura White sponsored okeh. Ingat tak ada orang nak sponsor aku? Hado. Tapi tak putih putih jugak, hangus terbakar jugak tak padam padam dari dedolu lagi. 


Biar la tak putih pun noks, yang penting botol shaker Aura White ni haku dapat. Setiap pagi marilah bancuh Susu Anlene Perisa Coklat, jangan lupa masukkan 4 ketul ais batu, sedap! Dapat gak kuatkan tulang kan.


Aku rasa lah kan diorang ni beli je formula kat kilang, then tambah perisa tambah perwarna, re'pakaging balik dalam botol, pastu letak sticker jenama sendiri, pastu borong botol shaker kat kilang jugak... Voila! Jadilah satu produk baru. Tak caya? Pergilah search macamana nak buat bisnes produk kecantikkan ni. Untung tau bisnes ni.


Mana mana yang jadi agent kat segala bapak produk kecantikkan ni, sila sila lah buat produk sendiri pulak. Kumpul dana dari sekarang. Jual barang sendiri mesti lagi best kan. Tengok Felina dah buat iklan dah kat TV dah. Kau hado?


Ha ni lagi satu, dah sah-sah la gigi Fazura tu putih berkilau dari dulu lagi, pastu kau buat bleaching untuk iklan Colgate ni. Tampah la putihnya. Hik hik tapi yang beli haku jugak. Yela mana la tau kan dapat putihkan bebetoi ke gigi ni. Fazura kan retis tak kan dia nak tipu kita kan? (-_-)'


Lepas tu kan pergi main salon-salon pulak, kali ni guna teknik BioMolekul. BioMolekul ni sangat sejuk, dia simpan dalam peti yang tempat simpan permanian berhadas tu. Opss sorry kalau salam term, aku memang tak tak ambil paper bioteknology masa SPM dulu. So hentam sahaja.


Antara alatan dia. Tapi kan I dah lupa nama salon facial ni. Somewhere at Kepong. Eh? Useless info meh? I know I know, tah ada berapa ratus salon kat Kepong tu kan. Hehe.


Nanti dia celup putik kapas yang hazabedah besar panjang tu masuk dalam 'termos' ni. Pastu sapu kat muka. Sejuk gila kau. Berasap-asap la kapas tu sebab benda ni -35 Darjah Celcius macam tu.



Actually I ambil gambar dalam bilik staff dia. Boleh pulak kan? Servis dia best... I mean rawatan dia. Tapi dia punya kelengkapan dan facilities I bagi 2 bintang sahaja. Pekerja tak pakai uniform, tempat rawatan tak cukup privasi, tandas ada satu je. Tak ada bilik mandi. Kalau ada pun tak tau kat mana mungkin khas untuk rawatan spa je kot. Lepas tu tak ada muzik calming, ada staff lelaki kat kaunter, ahh tak best lah. So I tak teruskkan di salon ni.



Buat masa sekarang stay dengan Beauty Century je yang guna teknology nano. Best salon ni besar sikit dan dua tingkat. So lelaki dilarang naik atas okay. Kat Kepong jugak. Nanti kalau ada masa saya share entry kat Beauty Century ya. Bye!

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!