Salam,
Kami tengah bengang ni. Staff hostel masuk bilik kami masa kami tak ada. Untuk kelmarin je berapa ribu tah dia saman. Kawan saya bengang sebab tengah tidur, tak sempat bukak pintu, diorang dah masuk pakai kunci spare. Bengang ke idok? (nada zizan dalam melodi).
Dua minggu lepas, saya pun sama, tengah tidur, tetiba bunyi dumdamdumdam orang ketuk bilik. Sakit jantung mak. Tak sempat bangun, diorang dah bukak pintu guna kunci spare. Tak ada privasi langsung. Rupanya masa tu diorang nak ambik langsir je untuk basuh. Okay fine. Tapi yang masuk bukan staff tapi makcik cleaner sampai 2 3 orang. Dipanjatnya meja saya yang penuh dengan buku dan laptop untuk tanggal langsir tu. Mak ai sabar jelah. Staff tadi tah ke mana tah pergi bilik lain kot. Kalau time tu saya tak ada kat bilik macamana? Kalau ada barang hilang macamana?
Okay dah ada feel bengang tak? Er itu intro je, padahal ni baru nak mula cerita sebenar. Masa form 2 dulu, saya dipilih masuk kelas taranum. Oleh yang demikian (hik hik hik) saya diarahkan untuk beli Walkman. Hoi, zaman tu walkman kira barang mewah oi. Tak pernah terpikir pun beli walkwan plus, saya tak suka dengar muzik. Nak dijadikan cerita ada spot check kat asrama. Warden bidan terjun tu (staff ofis asrama ganti warden sementara tunggu warden baru) tetiba semangat gila buat spot check. Gila kuasa betul. Dia rampas walkman saya walau dah cakap alasan sebenar.
Dia kata tak apa, dia faham, nanti tuntut lah semula.
Esok saya tuntut, dia suruh tunggu.
Esok esok saya tuntut, dia suruh tunggu.
Esok esok esok saya tuntut, dia suruh tunggu.
Lepas lepas tu saya tuntut lagi dia cakap, "pergi cek kat kotak di luar" maksudnya kat luar ofis warden terjun tu. Saya macam "apa kat luar?? dalam hati.
Saya cek kat luar memang tak ada. What the fish!! tsk tsk tsk. Bengang sangat masa tu. Allah je lah yang tahu. Saya tanya semula, dia jawab, saya yang lambat maybe orang lain dah ambil. (T_T)
Saya sedih, saya mengadu kat Mama, Mama suruh saya mengadu kat ustazah taranum tu. Ustazah taranum kata nak ambil tindakan, tapi sampai dia pindah tak ada satu tindakan pun.
Sedih tak? Sedih kan. Bengang pun ada jugak. Ingat lagi Form 4 pun pernah terbawak gelang kristal ke asrama. Sebab kelam kabut bali lepas cuti raya. Tak perasan gelang tu kat tangan. Zaman tu kristal je ada, takde lagi manik tiruan ni. Warden asrama rampas. Bila hari untuk tuntut diumumkan, saya pergilah ke rumah dia untuk tuntut. Dia pun cek kat tempat yang dia simpan tu, kekdahnya..... hilang. Dia kata maybe anak dia dah main dan hilangkan. Hampanya....
Pengajarannya, kalau kamu rasa ketidakadilan berlaku kepada kamu, sila report terus ke pihak atasan. Tak yah pakai orang tengah lagi. Habis cerita.
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE