30 September 2011

Gadis Bulan September : Erwina Balqish

Salam, 

Antara hobi pelik saya adalah, memburu perempuan cantik. Entry memperkenalkan wanita ciptaan Allah yang cukup cantik adalah sebagai penutup bagi bulan ini. Namanya Kak Erwina Balkish. Senior saya masa di sekolah Teknik Gombak dulu. Alahai Wina Wina Wina, nama pun comel, secomel orangnya.

Namanya indah Si Erwina Balkish,
Kulitnya mulus bagai dilukis,
Raut wajahnya sempurna tidak dapat ditangkis, 
Hati tertawan dek senyumannya yang manis,

Ececeh ececeh jawab jawab...



Antara Natasha Hudson dengan Lisa Surihani, saya pilih Lisa Surihani
Antara Megan Fox dengan Dianna Agron, saya pilih Dianna Agron, 
Yang comel, baby face, pilihan saya memang begini,
Ala-ala baby doll tu lebih best dari yang bajet hot.

Eh pantun ke hape ni..




Tak perlu tinggi lampai, 
Tak perlu hidung mancung bak seludang, 
Tak perlu bergelang berantai,
Kecik molek macam ni lah mak-mak semua nak pinang!

Hoho!





Ada yang cakap wajahnya persis Lisa Surihani,


Tak kurang jugak yang cakap macam ...
Jap sapa nama pelakon awek Zizan dalam Hantu Bonceng ni eh?


Saya rasa Kak Erwina Balqish ni pulak macam Mila Jirin,
Tapi Mila Jirin versi super cantik.
10X ganda lagi cantik kot...


Janganlah kutuk atau menyelar, 
Pantang saya puji orang, mesti ramai nak kutok,
Ini bukan mengipas blogger popular,
Saya tak tau pulak kalau Kak Wina ada blog, 


Dah dah itu je gambar yang saya upload,
Saya tau korang nak tengok lagi, 
Pergilah search nama dia kat facebook,
Oh malasnya nak bagi link huh, lari....!



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

29 September 2011

Pertunangan Idaman

Salam, 


Lega, selesai agenda untuk malam ni, Yasin dah, Isyak pun dah. Lepas tu barulah boleh berangan. Berangan tentang pertunangan impian. Orang lain semua duk sibuk berangan pasal majlis kawin, saya duk terbayang majlis pertunangan saya. Hoho.


Tahun lepas, dengar cerita kakak kawan saya buat majlis tunang sampai 6 khemah. Gempak tak gempak. Tengok facebok pulak, kawan-kawan tunang siap ada pelamin. Plus make-up heavy dan ada bunga tangan lagi. Keliru jap ni tunang ke kawen? Pastu tengok kat tenet, ada pulak photoshoot Pre-Engage. Amboi kemain kau. Belum kawen dah peluk peluk tayang kat family hehe.


Gambar hiasan masa muda muda


Tapi pertunangan impian saya bukan macam tu. Nak yang se-simple yang boleh. Buat makan-makan je sesama sedara-mara. Pelamin tak mau, kemas bilik je sikit sikit. Calon suami tak payah dok gedik nak bergambar sekali. Duk luar rumah je huhu.

Baju tunang, maybe nak recycle je baru kurung putih yang dibeli masa jamuan All White Party tahun lepas. Cantik lagi baju tu. Dalam 3 tahun akan datang, harap-harap tak out to date lagi design nya. Cuma kene beli tudung lip lap sikit. Eh mesti ada beza sikit kan dari hari biasa. Sekali sekala tudung ada berlian-berlian tak ke meriah gitu.


Gambar hiasan masa muda muda


Apa-apa pun nak berjimat je. Baik duit simpan buat downpayment beli landed property. Berhabis untuk kehidupan selepas kawen lagi baik. Dari nak berhempas pulas kat majlis yang tak sampai 24 jam tu. Kalau majlis kawen baru buat betul-betul. Maksudnya baru beriya-riya tempah kek, photography, bunga tangan, set bilik baru dan pelamin.


Kesimpulannya, majlis pertunangan saya nak buat simple je, tak mewah tapi tak lah buruk. Just nice je. Yang penting kene buat manicure pedicure. Mak mentua nak sarung cincin kang terkejut lak tengok ni tangan pompuan ke jantan ni?





XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Salesman Deparado!

Salam, 




LOKASI : Giant Batu Cave
MASA : 9.20 Pm 28 September 2011




Bengang gila semalam. Bengang sampai menangis -nangis. Aku cakap tak nak tak nak ah. Jangan lah sampai tarik-tarik trolley aku. Pastu kau cakap aku cuma perlu isi borang kaji selidik je. Ok fine. Aku niat nak tolong kau.




Dah siap isi borang, kau paksa aku beli mesin urut tu. Siap cakap kat kawan-kawan dia yang juga Salesman Desperado, aku nak beli mesin urut tu untuk mak aku. Kepala botak dia. Aku tak cakap apa-apa pun. Harga Rm2388, aku dah cakap aku student kan?




Lepas diorang membebel-bebel suruh beli. Aku buat banyak alasan. Tapi diorang paksa jugak. Bodo... mana aku ada duit. Aku bangun nak blah, diorang ramai-ramai marah aku. Bengong punya salesman! Dah la kau cakap longat Sabah sepatah haram aku tak faham.



Jika Benci Jugak Jom LIKE

27 September 2011

Pelakon Bicara Hati

Salam,




Mesti ada kat sini yang pernah baca novel Bicara Hati hasil penulisan Damya Hanna kan? Nak nak lagi yang average umur sebaya dengan Chempaka Sari (13 tahun). Hey, Chempaka Sari tak suka lag Sharnaaz Jambang tu jadi Tengku Shahran. Tak sesuai !




Sharedza Minhat lagi sesuai kot. Lagi lagi dia pernah berlakon dalam iklan raya dengan Kris Chempaka. Baru fresh dan tak terbawak dengan watak lain. Apa yang penting Sharedza Minhat lagi macho dari Shaarnaaz Jambang tu. Larikksss...


Sharedza Minhat

Kris Chempaka

Sharnaaz Jambang




Tu je nak cakap, bye bye.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

25 September 2011

Kenapa Saya Suka Annas Easkey? Pap Pap Oleyh!

Salam,




Wah, siapa tak nak photoshoot percuma dengan Annas Easkey! Yang kena bayar RM450 pun ramai yang beratur oi... Okay, First kenal Annas Easkey ni dari blog Fatin Liyana, dengan nama yang unik, portfolio yang gempak memula saya ingat omputeh ke. Terkejut jugak bila study blog dia, orang melayu rupanya. Inilah dikatakan local produk bertaraf antarabangsa.




Suka sangat tengok blog dan fanpage Annas Easkey, sebab perasaan dia macam tengok majalah Vogue. Pernah ''terberangan'' nak posing dengan Annas, pastu cepat-cepat sedar siapalah diri ini. Tsk tsk tsk.Kalau lah dapat photoshoot percuma dengan Annas Easkey, nak print saiz 8R pastu tepek belakang katil. Baru ada feel macam super model Amber Chia sikit. Sikit pun jadilah. Lagi satu, ini je gambar terbaik yang saya pernah ambil. Gambar muka tembam macam ni, nak print 50sen pun tak berbaloi hoi! 


Pale without any make up, apatah lagi nak pakai fake eyelash. Tak pandai..
Psst ni dulu masa 53kg, sekarang dah 47kg. 
Kalau dipilih oleh Annas, berazam dan turunkan sampai 44kg.
 Ikut petua yang Annas pernah tulis kat blog dia.




Antara sebab lain suka tengok blog dia , sebab nak stalker Fatin Suhana. Tak ku sangka dia ni kawan baik dengan Fatin Suhana. Dah lah suka gila Fatin Suhana, pastu segar bugar je diri ini dapat cuci mata tengok gambar Fatin Suhana kat blog Annas. Woot woot!



Antara gambar yang saya suka, adalah....


Tekejut tengok gambar ni power gila.


Sesuai buat poster iklan gambar ni.

Macam tak caya lokasi kat BB je, feel dia macam kat New York!



Jap jap lagi satu, Annas Easkey ni pengaruh dia kuat jugak, Memey yang pernah tak disukai ramai tu tetibe berubah menjadi sweet bebenar di mata saya. First tengok gambar ni, comel pulak Memey ni. Nak jugak merasa Annas tukar diriku yang macam jantan ni jadi sweet ala-ala Lisa Surihani. I know u can do it, Annas!






Ini pulak gambar contoh yang Annas Eakey makeover, bisa buat hati ini jealous! Gambar macamni harus dicuci saiz 8R dan letak kat belakang katil. Hik hik hik!



Kesimpulannya ada 5 sebab kenapa saya suka Annas Easkey...


@ Pertama, dia berjaya menukar impian para wanita jadi kenyataan. Semua wanita nak kelihatan cantik kan? Tapi bukan semua dapat peluang macamtu, anugerah yang Allah beri ini tak dijaga rapi, jalan tengah panas, krim malam beli je tapi tak pernah pakai, bibir kering sebab tak suka minum air kosong. Muka pun jadi kusam. Tapi dengan hasil kreativiti Annas Easkey, muka kita jadi fresh gila dalam gambar. Macamni barulah seronok...




@ Kedua, feel macam pernah masuk majalah antarabangsa tu mesti ada kan kalau pernah di'shoot oleh Annas. Tengok jelah gambar dia, perghh! Annas ni memang boleh dikatakan photographer antarabangsa. Selalu dioffer mengambil gambar di luar negara. Siap ada job buat kursus fotografi lagi. Currlas kau Annas!



@ Ketiga, sepertimana yang diomong oleh para blogger lain, dia ni tak pilih kasih tau. Percayalah. Dulu masa mula baca blog dia, saya fikir dia ni mesti nak stok yang glamour dan high taste, gadis urban je. Tapi tak tak! Dia sangat sporting dengan sesiapa saja dan ramah juga orangnya.




@ Keempat, Annas seorang yang fun habis. Baca blog dia kekadang tergelak jugak. Gaya bahasa dan lengok percakapannya buat semua orang rasa nak baca dan baca setiap entry di blognya! Pap pap oleh!




@ Akhir sekali, sudah tentu tips kecantikan dan tips fotografi sangat berguna kepada semua pembaca. Annas tak lokek dengan ilmu. Sudahlah pandai ambil gambar, mekap pun dia jugak. Annas, Annas, Annas, you are in a Million. You worth it, Annas.... 





Kepada sesiapa yang belum kenal Annas lagi (ada ke?) 
boleh baca Blog dia dan Like Fan Page dia di...


Okay Annas, pap pap oleyh, sekian ini sahaja entry 'pendek' saya. Wassalam..



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom Sebarkan Aura Annas Easkey Di Serata Facebook!

Jemput Masuk Bloglist "Blog-Wajib-Komen"

Salam, 




Setakat ni saya baru ada dua bloglist iaitu Blogger Pilihan dan Geng Purple. Saya nak tambah satu lagi yang dinamakan "Blog-Wajib-Komen". Semua tak kira makcik pakcik cucu cuit dijemput masuk bloglist ni dengan meletakkan url blog kamu di ruang komen.




Tak payah susah-susah buat entry puji memuji, tak payah follow pun tak apa tapi dengan tawaduk nya, kamu berbesar hati nak bertukar-tukar komen untuk setiap entry baru. I comment you, you comment I Boleh merapatkan silaturrahim jugak. Tak ke istiqamah tu.




Okay tak perlu membebel panjang panjang, kalau sorang nak masuk, sorang lah yang saya letak. Kalau 10 orang nak masuk, 10 orang jugak lah saya letak dalam bloglist tanpa dakwa dakwi lagi. InsyaAllah saya komen setiap entry baru depa ni (bukan semua entry lama) setiap kali ada kelapangan.




Kesimpulannya, kalau sudi masuk Bloglist Blog Wajib Komen saya...


@ Silalah letakkan url blog kamu di ruangan komen di entry ini. 
@ Saya letak blog kamu di bloglist Blog Wajib Komen.
@ Entry terbaru kamu akan muncul di blog ini.
@ Saya akan komen entry itu.
@ Kamu juga letak blog saya di bloglist kamu.
@ Kamu komen di entry baru saya pula.
@ It's like some kind of commitment lah kiranya.....something like that....




Kalau boleh blog kamu haruslah dengan tawaduknya...


@ Tiada lagu autoplay
@ Tidak terlalu berat.
@ Menggunakan Pop-up Comment
@ Tiada Verification Safety Word
@ Tidak terlalu kerap update sampai 4 5 entry sehari




Sekian, terima kasih.




**Blogger Pilihan Chempaka Sari



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Siapa Top 30 For Next Top Female Blogger?

Salam, 


Hello kengkawan! Saya dapat banner ni, yeah! Banner keramat yang didownload kat email dari Sandra Azwan.



Thanks Sandra! Thanks sebab buat saya enjoy dengan telatah kamu di blog kamu sambil mencuci mata melihat ragam fesyen-fesyen terkini. Kemudian, kamu juga mehargai kewujudan entry saya. Thanks a million!

Ini senarai Top 30 yang lain...





















Argh diorang ni semua comels u ols, memang patutlah dapat masuk Top 30 Next Top Blogger pun. Terasa diriku kerdil sekali. Apa apa pun thanks sekali lagi Sandra Azwan!


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

24 September 2011

Bapak Comel : Iklan Pizza Pun Nak Comel Comel !

Salam, 
Waduh comelnya, gerak gerak tangan sikit pun dah nampak comel. Tak paham betul lah depa ni. Ada acuan muka comel ke nak jadi retis kat Korea huh? Kaki tangan perut semuanya sepesen je. Layan video ni....



Saya ni tak de lah minat sangat K-Pop, tapi selalu jugak cuci mata video video gadis gadis korea ni. Menjadi sumber inspirasi yang kuat untuk berdiet supaya dapat body macam depa. Apa-apa pun jom layan iklan Pizza Domino yang tak ada sekeping pizza pun, cuma ada beberapa keping body retis Korea yang meletup! Meriah u ollz!




** Rasanya diorang pakai <<PRODUK>> ni kot sebab tu nampak cantik. Color pun dah matching merah putih gitu.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Entry C.L.I.C.H.E Tapi Sangat Bermakna

Salam, 




Saya tak tau kenapa saya berlagak sangat. Mungkin, kononnya tak nak nampak riak atau tipikal macam blogger lain. Tapi sekarang saya sedar, saya seorang yang tak bersyukur. Semasa benda tu banyak, saya diam je. Bila sebulan dia tak ada baru tercari-cari. Macam-macam usaha dilakukan, sehinggalah terbaca <<ENTRY INI>> dari blogger hebat. Saya sedar, tak rugi kalau kita merendah diri...




Ish malu nak cakap, sebenarnya, saya nak ucap terima kasih kat Nuffnang.Com kerana masih menghargai diri ini. Ceh wah! Jiwang pulak dengan Nuffnang.Com. Dear Nuffnang, sayang kamu ler bebanyak kerana sudi bagi kat saya Buffered Earnings dari iklan Asustek Computer Malaysia dan Maxis iPhone 4 Raya SS.








Jadi, dengan ini sekali lagi nak ucapkan terima kasih kat  Nuffnang.Com. dan tak lupa juga kepada Blogger Disayangi Ramai yang sudi memberi tips cara mendapatkan BE. Tips tu berguna sangat pada Azza. Thanks Love! Bye...



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

23 September 2011

Cantik Itu Tetap Cantik

Salam,




Saya tak tau lah saya ni lain dari yang lain ke. Tapi bila dah berbual-bual dengan kawan kawan, baru saya tau ada yang sama pendapat dengan saya, ada juga yang lain. Bagi saya dan kawan sekepala, "cantik itu tetap cantik".






Contohnya, saya suka tengok muka Fasha Sandha. Bagi saya Fasha Sandha sangat sangat sangat cantik.


Tapi bagi the other group, Fasha Sandha buruk, mulut busuk, hodoh dan geli tengok sebab 'perangai dia'.




Saya nak tau cantik tak cantik tengok je dia. Kalau nak tau perangai dia, kena kenal dia. 
Kesimpulan bagi saya, Fasha Sandha cantik dan mempunyai perangai tak diminati ramai.
Kesimpulan bagi the other group, Fasha Sandha tak cantik sebab perangai hodoh menyakitkan hati.




Apa-apapun saya suka lakonan Fasha Sandha. Dah lah cantik, pandai berlakon, berdisiplin dan tak sombong dengan peminat. Kes dia dengan wartawan tu, saya rasa saya pun akan marah kalau ditalu soalan soalan tak berkenaan dan menyakitkan hati. 






So kalau tanya saya, Fasha Sandha tu cantik tak?
Jawapan saya, Iya Fasha Sandha cantik sangat. 




Full Stop.




**Header Pilihan Chempaka Sari


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

22 September 2011

Tragedi "MakCik The Gangster"

Salam, 

Lokasi : Depan Masjid Besar Jerantut, Pahang
Masa : 2 Pm, Lagi Dua Hari Nak Raya

Apa nak jadi dengan Orang Tua zaman sekarang ni. Orang Tua zaman sekarang dah tak macam dulu lagi. Orang Tua dulu-dulu lembut, peramah, penyayang dan ASAL-JUMPA-JE-NAK-TIMANG macam arwah uwan kesayangan saya, Wan Cu Midah.


Ni kisah sengal dimana ada perempan tua drive pastu langgar kereta saya pastu marah saya sekali dengan pakej tuduh+maki+sembur grr grr grr.  Malas nak cerita lebih sebab tu sanggup buat animasi macam di bawah ni. Hik hik tak sia-sia belajar AutoCad, Photoshop dan Photoscape. Mau menangis lecturer saya tengok ni padehal thesis tak siap lagi.

Kereta Merah : Kereta Gen2 MakCik the Gangster
Kereta Hitam : Kereta Naza Saya yang Berhati Nurani


Sejurus kejadian di atas ni berlaku, saya berhentikan kereta. Konon macam... yela bukan ke semua orang buat macamni (berhentikan kereta) bila eksiden. Tapi serius saya tak de niat pun nak marah dia atau mintak ganti rugi. Saje nak turun tengok apa yang patut. 


Selepas tengok kecederaan di kereta Naza Ria tu, saya menuju ke arah MakCik tu. Wah dalam hati bersyukur sebab orangnya, Melayu, Tua, Perempuan, pakai tudung labuh pulak tu. So saya pikir mesti senang je nak deal ni.


Tapi bila sampai je....Pergghh! 
Toink!!! kat saya jugak. Dia membebel-bebel macam tak bersalah je. Dengan mulut terjuih-juih kat saya, tuduh macam-macam. Saya diam. Tak lama pastu konco-konco geng saya turun dari Naza. Saya biarkan mereka je bincang. Saya tak ada mood nak bertekak dengan dia.


MakCik the Gangster cakap...
@ Saya pandu laju nak mapuh
@ Saya memotong dia ikut kiri
@ Saya kejar dia macam budak tak sabar
@ Pot pet pot pet tak kuasa aku nak taip bebanyak


Eleh makcik tu berangan time memandu, signal pun tak bagi, aku tak potong lah! Aku memang nak ke kiri pun. Aku ikut lane aku, pehal makcik sesuka hati nak masuk lane orang tak tengok kiri kanan. Ish pehal ni pehal ni. Dah la  dia yang langgar kereta orang. Nasib baik orang tua, aku mampu merungut dalam hati jelah.

Serius kami turun bukan nak marah pun, tapi bila dah kena tuduh, kami back up lah diri. Eh pelik betul patutnya kami yang marah dia. Panjang kot calar kat Naza tu. Acik (makcik saya) sambil tu tepuk tepuk bahu MakCik The Gangster suruh dia bersabar. Pastu Acik juga suruh aku mintak maaf (tak tau maaf sebab apa maaf je lah). Saya hulur je tangan,  ada ke MakCik The Gangster tu  tarik badan dia kebelakang. &*%#^@!!


Last sekali anak dia lelaki dia datang tak tau dari mana, datang macam gangster gak. Tapi bila sampai kat kami, dia tanya Mak dia dulu dengan nada marah. MakCik The Gangster diam seribu bahasa. Hoho, kan dah kena marah dengan anak sendiri. Anak lelaki dia tanya kami pula. Kami pun cerita lah hal sebenar. Lepas tu anak dia buat keputusan yang tepat "Tak pelah, macamni jelah, kita settle kat sini jelah, korosakan kami biar kami yang baiki, kerosakan kereta awak, awak baiki okay?"


Eleh memang itulah yang kami nak cuba sampaikan pun. Kami bersetuju je dan saling bersalaman sambil bermaafan. Yela bulan baik, raya pun dah nak dekat. Tapi kalu nak diikutkan, mengenangkan perangai tak semenggah makcik tu rasa nak settle je kat balai polis. Bukan nak duit ganti rugi sangat pun, cuma nak dengar kata maaf dan pengakuan dari MakCik The Gangster tu je. 




** RM22 instead of RM40 for Any Dishes from the A la Carte Menu at Sawasde Thai, Subang Jaya. 1 Pax. Buffet-Style. Pork Free [45% OFF]


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

Wordless Wednesday : Nak Pergi Lagi....

Salam, 


Bila tengok iklan lawak, Ramli jersey no 19 gitu, 
masuk pasukan MU untuk banggakan ayah dia, 
terus belek album lama, rindu pun datang....





**Jangan pertikai Wordless Wednesday saya yang ada kata-kata jugak. 
**Tiada peraturan tetap di blog Chempaka Sari.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE