12 September 2011

Lelaki Susah Nak Guna Kuasa

Salam, 


(Entry angan angan)


Saya ada keluarga yang bahagia. Ada suami yang baik dan seorang anak yang comel. Kami suami isteri bekerja. Anak hantar nursery setiap pagi.


Anak comel saya ni takut sikit dengan ayahnya. Kalau suruh buat sesuatu lintang pukang terus buat. Kalau saya maknya mintak tolong, ada je alasannya. Ceh!




Waktu magrib, sayalah yang pesan kat dia untuk solat berjemaah. Berbuih mulut. Walau penat, saya tak miss ajak dia. Dia pun penat dengar. Mesti sangka saya membebel agaknya.


Kenkadang, ayahnya pun naik bosan. Bising agaknya tiap kali saya jerit kat anak suruh bersiap nak solat.


"Ni apa bising-bising ni. Kan waktu senja ni tak baik membebel."
"Abang, budak ni degil, saya suruh mandi dia tak mau."
"Ala biarlah...."
"Abang suruh lah dia, mesti dia ikut."
"Tak pelah kita solat jelah dulu."


Hampeh punya bapak, komplen je tapi tak nak tolong. Huhu itu lah bayangan saya bila dah kawen nanti. Saya kalau boleh nak suami yang boleh tolong bersama-sama mendidik anak. 


Nanti tak adalah anak saya ingat saya ni jahat, kuat membebel dan suka marah-marah. Yang ayahnya nampak "baik" sangat sebab "tak buat apa-apa" kat dia.


Kepada bapak bapak diluar sana, jangan lah biarkan si ibu je yang sibuk mengajar, mendidik, membimbing anak. Anda pun perlu memainkan peranan juga...




** Dah tak ingat macamnana nak update blog selepas raya. Adehhhh....



XOXO, Chempaka Sari 
Jika Suka Jom LIKE

13 ulasan:

Zul fattah berkata...

haha.. biase r tu.. lelaki.. dia kecian kot.

safurara berkata...

adehhhh tak ingat update?raya sakan nmpak.

AsyieqiN Rkey berkata...

hhaha..

azza nice punye entry mnegelak nk update beria..kehkehkehke.....

Jay berkata...

insyallah allah akan memberi azza seorang lelaki yg ikhlas mencintai azza kerana allah...tetapi azza perlu ikhlas mencintainya juga kerana allah...allah sesekali takkan mempersiakan hambanya yg ikhlas...

Namee Roslan berkata...

azza jangan malas! tulis balik. tp yelah bila dah stop tulis otak kita ssh nk keluarkan perkataan2 lagi. serius...

tamlegend berkata...

haha...lelaki kan cool...jenis rileks je...kalo laki pun membebel sama susah la...

FaKArePa!n berkata...

saya nak jadi ayah yang super garang... hahah

Ieqahgajah berkata...

mmg lelaki susah nk guna kuasa..bit once dia da guna.....

EyA edamanhatiku berkata...

hehe lao eYa slalu byangkan yg suami mrh2 n eYa wat dekk jak kat ank2..p sbenarnya mang perlu sma2 bru brkesan

-atiQah- berkata...

susahkan jadi ibu. hargailah ibu kita . :)

p/s: mcm kenal je yg tgh tu. :P

teratai berkata...

nak cari yg bkerjasam tu mmg susah tp ada juga yg sporting!

Mrs. Daniel berkata...

hurmmm...lelaki memang cam gitu. sayang sangat kat anak. bini nak tegas pun dah tak lut. kalau kita marah depa, kita pula salah...alahai.

Azza Azman berkata...

terima kasih semua untuk komen yang ikhlas, harap harap bapa to be di luar sana boleh ambik pengajaran..