10 Mei 2012

Bimbo

Assalamualaikum, 


Saya pun tak tau apa makna sebenar perkataan Bimbo
Malas nak buat research tapi selalu guna la
Orang puteh selalu merujuk kat blonde girl 
Kesian diorang sorang yang bodoh, semua kena
Sebab tu gigih tukar color rambut jadi brunett nak nampak pandai.


Itu cerita orang puteh kekdahnya
Saya pulak selalu guna perkataan bimbo ni bila marah
Tak kesah la orang tu pandai ke idok
Tapi biasanya akal pendek la
Buat benda buat tak pikir orang lain
Eg: Upload gambar aku tak pakai tudung kat Facebook
Contoh je lah. Tapi begitulah keadaannya.
Kita rasa marah sampai terhambur perkataan bimbo kat dia
Buat benda tak panjang akal, main hentam saja
Padan muka hang.


Ciri-ciri bimbo pada mata saya adalah:
Suka menunjuk dialah pandai dialah cantik dialah segalanya
Tak segan silu menyatakan semua perasaan kat Facebook
Sedih gatal geram miang marah gumbira merenyam semua
Ha kebanyakannya dapat detect bimbo ni kat Facebook la 
Itu belum kawen lagi, esok dah kawen? wonder jugak 
Esok nak tido dengan suami pun bagitau kat Facebook kah?


Suka bangga diri
Tak suka belajar
Suka duit & harta
Suka dipuji & dilambung2
Sms 24 hours/7
Suka bertukar pakwe
Sedih bila tak ada pakwe
Jeles bila kawan ada pakwe
*takutnya esok zaman bimbo ni sedih bila tak ada dara*
Suka menumpang. 


Eh apa ye perkataan lain bagi menumpang?
Ala yang macam... okay contohnya - 
Sanggup berbaik dengan seseorang untuk kepentingan peribadi
Eg lagi : Ada sorang ni beli sekotak ferraro roche*
Jam itu jugak dia berbaik baik dengan orang itu
Semata-mata nak sebijik dua coklat tu.
*lainlah godiva ke kan*
Pesanan saya, hey beli sendiri lah
Jangan ler nampak sangat noks
Bila teringin makan famous amous yang hang kata tak berbaloi tu
Bila makan macaroons kat harrods yang hang kata tak sedap tu
Cek beli tau sendiri tak yah tunggu orang hulur, usaha je sendiri
Er ni perumpamaan sahaja.


Yang macam perumpamaan kat atas tadi, ala yang memula tu
Yang contoh kes upload gambar saya tak pakai tudung kat Facebook
Tu bukan salah si bimbo ni
Sebab apa mereka bukannya sedar
Bagi mereka itu hanyalah perkara biasa
Ingat ya mereka bimbo
Mereka tau berseronok sahaja
Tak kira perasaan orang lain
Tak kisah pegangan orang lain
Peduli hapa mereka kan
Sebab mereka malas nak ambil tau.


Percayalah, kat depa ni semua nak kena pesan
*weh aku ni pakai tudung gambar kendurik tu ko jangan upload plak kang*
Ha kena pesan gitu gamaknya
Amboi tiap kali buat sesuatu nak kena pesan
Dah macam tak ada kerja la kan aku ni
Tak usah aku belajar sampai ke U
Biar aku kerja dengan kau je jadi tukang pesan.


Eh dah lah cakap pasal bimbo
Kang glamour plak bimbo bimbo di Tanah Melayu ni
Kang mereka jadi trend, semua pakat-pakat nak jadi macam depa
Pening kepala kang, gugur rambut saya tengok gelagat depa
So dengan itu, marilah kita menjayakan kempen...

SAY NO TO BIMBO


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

5 ulasan:

Unknown berkata...

sy tau Bambino jer..ehehe

Jay berkata...

bamboo tahu ler..hehehe..jrang lagi dgr bimbo ni:)

ku-cit berkata...

bimbo - cantik tapi bodo

Namee Roslan berkata...

haha. banyak nya ciri2 bimbo....

Tanpa Nama berkata...

selalunya bimbo ni suka kaler pink ngan purple..ehehe