Assalamualaikum,
SApa yang tak tau isu apa dok kecoh sekarang boleh tengok di SINI.
Memang menitik nitik la air mata bila tengok.
Dulu kat kucing.
Ini kat baby kot.
Sapa tak sedih.
Trauma pun ada.
Salah seorang rakan, Ajark Abd Razak membuat tindakan bijak dengan melaporkan video ni ke pihak berkuasa setelah dinasihati untuk berbuat demikian oleh Polis Diraja Malaysia.
Salah seorang rakan, Ajark Abd Razak membuat tindakan bijak dengan melaporkan video ni ke pihak berkuasa setelah dinasihati untuk berbuat demikian oleh Polis Diraja Malaysia.
STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Info dapat dari Facebook, tak tau lah kesahihannya,
Saya tetiap hari pikir bila lah dapat melawat sepupu saya yang comel tu sebab rindu sangat kat dia. Kalau jumpa rasa nak cium peluk ramas semua. Pastu dok terbayang bulan 6 dan 7 ni nak dapat sepupu baru. Terbayang la sorang muka ala ala Pakistan, sorang lagi muka ala ala Jepun.
Hok ni dah ada baby depan mata dipukul dihentak dengan bantal, handphone, dicubitnya tangan kaki baby yang halus mulus tu. Ya Allah apa kau bahagiakan lah baby tu dan semoga dia dah tak ingat kisah sedih dia semasa kecil.
Paling latest
Paling latest
Paling Latest the Latest !
Polis Diraja Malaysia melalui fanpage telah mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa minit lepas tentang video viral beberapa jam lepas yang menunjukkan seorang wanita sedang mendera seorang bayi.
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terima Kasih PDRM.
Buat yang sesiapa mempertikai kenapa ibu dihukum selama 18 bulan sahaja, sesungguhnya kita doakan lah si pesalah menerima hukuman setimpal. Hukuman setimpal ni ALLAH sahaja yang tahu. 18 bulan dia di penjara mungkin mampu menyedarkan beliau. Mungkin semasa dia memukul baby tu, dia tak sedar, terlampau amarah. Doa doa supaya dia insaf dan akan lebih menyayangi anak nya selepas dibebaskan.
Ada yang mencadang dia dipenjara sampai 18 tahun, adoi kesian la itu budak ada ibu tak serupa ada ibu sebab ibu bertapa dalam penjara.
** Hukuman didunia kalau terkurang, Allah lebihkan di akhirat.
**Kalau terlebih hukuman kat dunia, Allah kurangkan di akhirat.
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
11 ulasan:
Amin...zai pun baru pas ngk video tadi kat FB mamber.. Sian sangat...
saya ada baca komen kat fb kata suami/ayah anak ni ada perempuan lain. wallahua'lam.
sian anak tu jd mangsa ibu yg tertekan.
sadis kan sis...x sanggup nak tengok kesian baby tue...mintak2 si pelaku dpat balasan setimpal.sis ade info terbaru update ok tq sis
Tu la kecoh n hangat cerita ni...tapi kesian sgt dekat bb tu...
sian baby tu..kecil2 lg dh kena dera :/ mm tingat yg 2 org kat kg tu..mmmm :/
Sedih sangat M tgk klip ni. Sampai hati dia wat camtu. Bb tu kan tau apa pun. Yg bodo nya or yg rakam klip tu bkn nak selamatkan bb tu tapi dok sudah2 tapi dibiarkan gak bb tu kena dera.
kot ye pun tak betol
orang yg rakam tu boleh je defend baby tu
macam mane pon kene la usaha nak defend
tak kan sampai 4 mint dia duk rakam senyap2 tanpa buat ape2
ish222
siannya
dah tengok video budak ni. Sian sangatt...
Heboh pasai tadi. semoga para ibu bapa berhati2..
:)
Azza, naim mention entri ini dgn entri blog naim
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/05/perempuan-dera-baby.html
metro ada temubual dgn dia kan. dia dah jelaskan dah semuanya...sedih .. :(
Catat Ulasan