02 Mei 2012

PWTC Sesak

Assalamualaikum, 


Setiap tahun aku bertaubat,
Tapi buat balik,
Serius dah tak nak buat lagi dah,
Tapi buat lagi,
Kali ni aku nekad,
Tak nak datang lagi.


Pesta buku di PWTC,
Banjir dengan orang,
Langgar sana sini,
Laki pompuan tak kisah dah,


Nasib baik buat protection awal awal,
Pakai baju dua lapis, labuh labuh,
Kasut pun yang lembut je,
Tudung kain cotton supaya sejuk,
Bawak beg besar senang nak protect badan.


Yang saya pelik, 
Ramai ibu bapa bawak baby baby yang masih lembik lagi,
Bukan ke diorang ni antibody nya lemah,
Kang terkena jangkitan apa apa sapa yang susah,
Belum citer pasal paranormal lagi,
Tu kena ambik kira juga,
Puluh puluh ribu orang tu tak semua baik,


Tapi mereka ada alasan sendiri,
Barangkali nak melentur buluh dari rebung,
Masa anak tengah lembik ni kena bawak beli buku,
Esok esok baru suka baca buku,
Atau sebab tak ada siapa nak jaga kat rumah,
Maklumlah si ibu tak kan lepaskan peluang nak beli novel cinta 0ff 20%.


Apa apa pun,
Program ni masih baleh diperbaiki,
Pihak penganjur kena sewa lebih banyak dewan, bukak je semua!
Beri ruang yang luas untuk peserta,


Lagi satu,
Khaskan hari untuk rombongan pelajar sekolah,
Kesian lah kat mereka semalam,
Datang dari jauh tapi berhimpit dengan orang ramai,


Tapi....
Siapa suruh,
Siapa suruh diorang dok berkumpul kat level satu tu,
Semua hok komik, majalah, novel cintan cintun,
Termasuk ler aku hik hik hik,
Tapi aku teman adik aku je la,
Aku beli buku motivasi je,
Komik komik ni dah tak layan dah,


Tempat buku buku universiti kat atas sekali lengang,
Senang aku nak belek,
Tapi last last aku tak beli pun,
Dia suruh bukak je website dia amik journal kat situ,
Habis.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

4 ulasan:

Niza Romli berkata...

rakyat malaysia ni suka membaca..baguslah. kalo tak mesti tak sesak gitu kan..hehe

syakirahmn berkata...

agreed! patut diorang buat satu slot dekat geng geng rombongan.

wuu. tringin nk p!

sue perbs.. berkata...

memang sesag kan.. sy pon g... best sbb dpt buku yg nak beli

najihahfara berkata...

sgt2 sesak..nak bernapas pon susah amat