Assalamualaikum,
Hari ni genaplah umur papa 51 Tahun. Hmm not sure papa suka ke tak saya sebut umurnya di sini tapi tak apa lah yang sure papa tak baca blog ni huhu. Happy birthday PAPA!
Dari tanggal 10 Julai 1961, papa dilahir oleh nenda tercinta, Wan Cu Hamidah. Arwah uwan selalu cerita la masa kecik dulu papa ni baik sangat orangnya. Tak nakal, bijak, suka menolong orang tua. Kira atuk sayang sangat la dengan papa sampai beli TV sebab papa penat la nak pergi tengok TV kat rumah orang bayar 20sen.
Anaknya Farah ucapkan semoga Papa dipanjangkan umurnya bersama ketajaman akal dan iman. Semoga Papa sentiasa bahagia bersama Mama dan akak, kakngah, paan, aness dan daniel sampai bila bila.
Ya Allah, bantu elakkan lah papa daripada semua kepayahan yang menyusahkan, berita berita yang merunfsingkan dan segala yang buat papa tempuhi dengan berat. Kurniakan pada papa keselamatan, dalam peliharaan darimu ya Allah.
Kurniakan juga kasih sayang dari semua orang disekelilingnya, hindarilah dia dari fitnah yang mengaibkan, kata kata menyesatkan dan dari sebarang kejahatan.
Ampunkan dosa-dosa papa, segala kesalahan nya, terimalah segala kebaikkannya. Dan sihatkkan lah tubuh badan dan mindanya dengan segala kesenangan dunia dan akhirat. Amin..
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
7 ulasan:
assalamualaikum azza...selamat hari lahir buat papa azza yer...:)
Salam azza
semoga ayah azza sihat selalu.. besday ayah bagi hadiah x?
hehe
Happy Birthday to your papa! May Allah always bless him and your family. Amin,
happy belated bday to papa.. smoge pnjg umo
eh papa azza nampak muda ! macam abang kepada azza. hehe
ooo Happy Birthday...sorry lmbt sket sbb bz lah.anyway aper hadiah buat ayah tercinta?
semoga ayah azza sihat selalu dan sentiasa dalam keberkatanNya...
Catat Ulasan