Assalamualaikum,
Kita kalau cerita pasal kesempatan ni, mesti ada kesal sikit sebab selalu melepaskan peluang.
Peluang atau kesempatan, orang cakap hanya datang sekali. Kalau terlepas tak ada yang lain dah.
Tapi berlainan dengan ramadan, setiap tahun dia datang tanpa sekalipun gagal.
Cuma kita je yang mahu menyamput kedatangannya atau menolak.
Ingat lagi dalam lebih kurang 4 tahun belajar subjek studio, saya lalai.
Selepas berbuka, tunggu isyak, bersiap, terus pergi studio untuk siapkan projek.
Langsung tak ada mneyinggah ke masjid atau surau, kalau ada pun sikit sangat.
Masing masing dengah hal duniaa, takut kerja tak siap.
Dari berbuka sampai la ke sahur tak terasa bezanya, tak nampak mana malam mana siang.
Tapi tahun ni alhamdulillah, surau pun depan asrama je.
Siap pulak tu aktif la bebudak tu buat program qiamullail sampai ke subuh.
Lepas la juga saya ke surau tu waktu subuh. Puas hati. Tenang sikit nak balik kampung.
Balik rumah pulak memang tak ada skip terawih, ustazah mama dengan ustaz papa dok ada.
Hehe.
Begitu pun dengan kesempatan satu lagi, saja la nak merasa.
Semalam saya la antara yang sengaja memenatkan diri pergi Shangri-la.
Tapi saya pergi pukul 11 macam tu lah tak ada kerja nak tunggu pukul 3 pagi.
Sah sah sah la Jovian degan Datin apa teah joint venture dia tu nak untung raya.
Takkan la dia buat baju sikit sangat kan, nak rugi ke hapa.
Alhamdulillah la saiz XS dan S banyak stok. EH tak tau la banyak stok atau tak laku kan.
Dalam pukul 3.30 petang tu baru dapat beli. Tu pun macam dah tak semangat je.
Lambat kan sebab ada break untuk solat zuhur dan diorang pun nak check stok.
Kekdahnya, masa beratur tu bengang sangat dengan manusia2 yang tak tau terlepas dari mana....
Memula okay je beratur
Buat Makcik Rambut Kerinting Ketak-ketak,
Saya tak tau la makcik dari opis ke hapa. Maybe mengular kot semata nak bali baju raya.
Aku dok dari 11 pagi tak nampak pun muka makcik. Tala tala potong line kami.
Pastu jerit jerit "Eh apa ni tak ada sistem la" bla bla bla "ni tak ada line pun macamna ni?"
Hello makcik, there's a line untill you datang pastu buat buat membebel sebab nak potong line kan?
Buat Kakak Gempal Berbaju Hitam Skirt Hitam Berambut Poney Tail,
Hah akak, saya tahu akak dari "Fast Lane" yang tak berapa nak fast tu.
Bila matahari dah mula meninggi, akak baru tersedar yang Fast Lane tu tak gerak gerak.
Akak pun masuk la ke kawasan kami yang "Try and Buy Lane" ni.
Pun sama macam yang atas, seronok ye buat dua lane. Sepatutnya satu je.
Tapi akak diam je, buat buat macam nak cepat. Saya intai borang akak nak beli 10 pasang ye.
Semua saiz L. Oh hot item tu. Kesian jugak kat akak tapi kenapa nak memotong?
Kamu buat dua line sampai toloak tolak orang depan, kepala terjengul jengul ke depan.
Saya tengok akak saya yang pening. Tak penat ke leher tu kak...
Eh kejap ye, ustazah mama dah panggil.
Pergi subuh masjid kot.
Bersambung...
Sambung semula : Mai oii ramai gila la orang kat masjid tadi, macam sembahyang raya pulak. Reramai nak balik Raub, Lipis, Cameron dan Kelantan ni. Sampai putus putus saf sebab kakak kakak yang tak nak solat berjemaah campur dengan line orang berjemaah, pastu keluar cenggitu je. Baguih na korang singgah masjid kat Bentong ni walau kalau tanya orang kelantan pasal bentong, diorang tak tau pun kat mana Bentong T________T.
Okay buat kakak yang pakai baju belang, warna warni, tudung pun colorful,
Kakak tau tak, yang lane tu ada satu line je.
Kenapa lah kakak beriya nak pas borang tu kat team member walau kakak baru je datang. Sabar, saya pun tunggu lama jugak.
Tapi memang diorang akan kutik borang tu slow slow mana yang depan sekali.
Lepas amik borang tu diorang cari baju yang kita senaraikan untuk dicuba.
So takes time la kan.
Ini bila kakak sorang serbu nak submit borang, yang lain pun menggeletar la nak serbu jugak. Pastu buat buat tanya "where's line? Where's system?",
Pastu ala ala marah sayang kat Jovian pasal tak ada system,
Pastu buat macam rusuhan pulak, tanya team member bila nak ambik borang diorang,
Marah marah, sampai abang bodyguard pakai baju ketat superman pun turun haha.
Arghh semua nya smooth je okay sampai ada manusia terlepas dari mana mana ofis dan mana mana yang tak sabar dari Fast lane serbu Try and Buy Lane. Masa tu saya dah macam give up dah. Tapi pikir nak balik pun penat. Hmm tunggu jelah. kalau ada ada, kalau tak ada tak ada.
Geram sangat kat diorang ni sebab dapat masuk awal.
Yela diorang komplen itu ini, serbu counter bagi borang.
Ala ala macam teraniaya la kan. Team member pun layan je.
Bila dapat masuk, tunjuk muka kepuasan.
Tahniah lah kakak kakak anda berjaya.
Saya pun realize dan kaitkan dalam dunia reality ni, memang macam tu lah kehidupan.
Mana yang baik ikut peraturan akan tertindas.
Nak hidup kena aggresive, cepat, selfish dan jangan mengalah.
Pandai ye ambil kesempatan.
Baru berjaya.
Saya, dengan sister sister lain yang saya cam muka diorang dari awal lagi, kena tunggu lepas pukul 3. Dan diorang diorang ni lah rilex je muka, tenang je. Tak kecoh tak marah. Lepas dapat no, duduk dengan tenang sampai dipanggil. Syabas bete!
So jom layan gambar kabur, kalau tak nak sakit mata.
So malam tu saya stay up jugak. Tapi buat assigment la bukan queuing up jam 3 pagi LOL.
Sambil sambil tu layan katalog collection JM then berangan la conteng conteng atas kertas.
Tetiba saya pun join sekali haha.
Even lambat tapi tak kesah lah yang penting beratur terus.
Erk sambil duduk. Malas nak berdiri.
Setiap lane dia bahagi dan dipisahkan dengan meja banquet.
Mana yang depan sekali, dia kutip borang dan panggil sekejap lagi.
Orang orang kiri kanan yang gigih dan bersabar.
Nun yang hujung sana tu sayup sayup geng Fast Lane. tak mau cuba nak beli terus.
Agaknya hak ni kot yang nak let go kat page JM tu. Sayang je penat beratur, jual balik.
Masa ni dah start kelam kabut. Tak tau dari mana tetiba ramai.
JM pun turun gak. Kakak kakak yang boring menunggu ambil gambar dengan dia.
Hensem la jugak. Puteh sangat.
Muka kabur. Bukan sensored ye.
Yeah baru okay. Tapi muka dia je lah.
Dia suruh angkat borang reramai.
Yang ni dah selepas break Zuhur.
Kakak kakak spesis serbu dah tak ada.
Tenang sikit.... Lega.... Tak sakit mata....
Kalau tak diorang tercangok la depan kaunter sambil angkat angkat no giliran diorang
(-_-')
Team member yang tengah tengah tu, kuat gila suara dia.
Dia kelihatan bengang gak la lepas kes kes serbu tu.
Kossserrr nak layan..
So kalau tau baik datang je pukul 3 kan.
Shopping dulu kat jalan tar ke.
Tapi nasib baik rilex rilex je.
Pagi tu sempat la buat benda yang patut sikit sikit.
Malam buat assigment, subuh pergi surau, lepas tu kemas barang & bilik nak check out dah.
Lepas tu tunggu kejap, nak jumpa lecturer.
Lepas tu pergi kedai print jap nak print something.
Kalau tidak, rasa malu kat diri sendiri.
Orang lain sibut beribadat, kita membazir masa only for a peace of cloth.
Alhamdulillah, ingat memang tak nak beli baju raya langsung tahun ni.
Nak jimat. Sebab masih ada lagi baju yang jarang dipakai.
Tapi rezeki. Bukan ke sunat pakai baju baru di pagi raya....
Selamat Hari Raya semua!
Maaf zahir dan batin ya!
So kalau tau baik datang je pukul 3 kan.
Shopping dulu kat jalan tar ke.
Tapi nasib baik rilex rilex je.
Pagi tu sempat la buat benda yang patut sikit sikit.
Malam buat assigment, subuh pergi surau, lepas tu kemas barang & bilik nak check out dah.
Lepas tu tunggu kejap, nak jumpa lecturer.
Lepas tu pergi kedai print jap nak print something.
Kalau tidak, rasa malu kat diri sendiri.
Orang lain sibut beribadat, kita membazir masa only for a peace of cloth.
Alhamdulillah, ingat memang tak nak beli baju raya langsung tahun ni.
Nak jimat. Sebab masih ada lagi baju yang jarang dipakai.
Tapi rezeki. Bukan ke sunat pakai baju baru di pagi raya....
Selamat Hari Raya semua!
Maaf zahir dan batin ya!
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
2 ulasan:
wahhh... ramainya org :)
Beli baju apa sampai beratur camtu?
Azza masjid bentong depan dataran bentong tu ke? oh..kenangan 2 bulan berkursus kat bentong. Umah azza kat mana?
Catat Ulasan