Assalamualaikum,
Dahulu, pada waktu ini saya mungkin sedang sibuk mengopek buah manggis sambil mulut mengunyah rambutan. Biarpun larut malam. Kuku yang semakin hitam dicelah celahnya tidak dihiraukan. Asalkan kemanisan buat manggis dan rambutan itu memuaskan nafsu kerongkong. Habis cirit birit disebabkan terlebih fiber dan air. Mama kata buah banyak vitamin C, jadi sebab terlebih Vitamin C yang jadi cirit birit tu. Tapi bukan keracunan, mungkin penyahtinjaan menjadi sedikit cair.
Ah, rindunya saat persekolahan dahulu. Cuti hampir 2 bulan sudah cukup untuk aku berseronok di kampung bersama sepupu sepapat dan jiran jiran di kampung. Kebetulan, rumah belah mama dan papa sekampung sahaja. Saya dan adik beradik bergilir gilir ke rumah atuk sebelah papa dan mama. Dua dua rumah seronok sebab ada sepupu yang sekepala. Malah, semasa kecil, aku selalu bawa sepupu belah mama ke rumah sebelah papa untuk bermalam dan bermain. Begitu jugalah disebaliknya.
Kalau di rumah atuk sebelah papa, kebun atuk sudah pastinya menjadi destinasi yang paling kerap kami melepak. Oh rindunya saat itu. Buah durian, rambutan, langsat, duku, semua lah boleh kata ada saja. Pondok kecil di tengah tengah yang atuk bina untuk menanti buah durian gugur, bagaikan mahligai kepada kami yang masih kecil. Yang lelaki mengikut atuk mengutip buah durian, sementara kami menanti dengan penuh harapan bersama Uwan (arwah) di pondok sambil memasak maggi. Uwan takkan biarkan perut kami kosong. Ish sebak pula rasanya.
Kalau di rumah belah mama pula, pasti tidak ketinggalan melawat kampung lama. Kampung yang kami duduk sekarang, Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar di Jerantut, merupakan penempatan semula selepas kejadian banjir besar di kampung asal. Ala tak jauh pun. Ada je yang tidak berpindah, jadi, kampung lama pun meriah juga. Banyak pokok pokok buah yang menjadi kawasan permainan mama semasa kecil, sudah pun besar dan berbuah. Apalagi, berguni guni rambutan, rambai, langsat, salak, bidara dan duku kami borong ke rumah.
Selepas puas mengutip buah yang dileraikan oleh bapak sedara ketiga memanjat, kami ke Sungai Pahang pula untuk celup celup kaki ke dalam air. Banyak betul insiden lucu yang pasti menggamit memori bila teringat semula. Sudah cukup untuk membuat saya tersenyum bila teringat kejadian Kak Teha disengat tebuat di leher, Kak Yani yang tergolek ketika menuruni tangga di Sungai Pahang dan kaki yang sering terpijak lecak sampai tenggelam selipar kami. Faezah, Shiela, Kak Wani, kak Teha, Kak Yana, Acik Ina Kak Yani dan segala mak nenek keturunan kat situ jadi geng mengutip buah.
Ya Allah, sesungguhnya aku sangat merindui saat saat itu. Nilai memori yang tak dapat ditukar ganti menjadi harta yang berharga buat diri ini. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan pengalaman yang paling bernilai buat diri ini. Dapatlah aku menyingkap tatkala tertekan bergelumang dengan dunia 'dewasa'. Syukur alhamdulillah...
XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza azman ha!
4 ulasan:
hippi2
gmbr yg penuh kenangannnn!!
comelnya gambar 1st tu. sgt kreatif. :)
nice entri :)
done follow ur blog :)
t ada masa follow back yaaa :))
http://nurulnajihahadam.blogspot.com/
Catat Ulasan