10 Februari 2013

Dengarlah, Dengarlah, Dengarlah....

Assalamualaikum, 


Dengarlah rintihan hati ini. (cliche nya ayat pembukaan). Hati meronta ronta berkata sesuatu. Tetapi lidah kelu. Bagaimana ya nak mengadu kerana aku kurang bijak dalam berbicara. Otak tepi berfikir. Sampai membawa ke mimpi. Jika dimuntah-muntahkan buah fikiran ini, pasti banjir di telinga sendiri. Kerana tiada siapa yang sudi mendengar.


Bangun pagi pagi sudah bersedih mengenang nasib diri. Sudahlah kudung, kaki pula tempang. Semua tak kena di mata orang ramai. Padahal aku ini tidak menyusahkan sesiapa. Cuma mungkin rimas di mata mereka. Entah apa yang aku mengarut ini, hanya diri sendiri sahaja yang faham. Atau mereka yang sayangkan diri ku. Atau mereka yang mengambil tahu. Atau yang sudi mengerti. Atau sesiapa sajalah yang baik hati,


Terbaca di Facebook Dr. Zainur Rashid Zainudin

"sedikit harapan...

Di musim suburnya budaya berhujah dan berdebat, ingin sekali saya berpesan kepada saya sendiri, kepada adik-adik dan kenalan saya supaya lebih beradab apabila bercakap dan berhujah.

Ukhuwah adalah hak dan kewajiban ke atas saudara Muslim kita yang lain. Janganlah sampai menang dalam berhujah tetapi kalah dalam akhlak. Apatah lagi apabila kita berpakaian dan berwatakkan sebaga...i seorang Islamis yang bekerja bersama wadah Islam. Apakah nilaian kita di sisi Allah nanti?

Kebenaran tidak menghalalkan kita menggunakan kaedah yang membelakangi kewajiban asas seorang Muslim.

Jangan sampai lidah dan mulut kita menjadi sumber fitnah sehingga menyebabkan orang lain menjauhi seruan yang baik ini.

Ya Allah, selamatkan aku, keluargaku dan sahabat-sahabatku serta umat sekeliannya daripada fitnah ini.


Sungguh indahnya kata kata ini ketika berduka lara. Habis kering air mata, habis sudah sedu di dada, habis berhenti dari cela memaki diri kerana kelemahan ini.


Tambah lagi..

"Orang yang 'berisi' biasanya akan berfikir terlebih dahulu sebelum berhujah mahu pun ketika menjawab sebarang persoalan. Pada kebiasaannya, hanya di kalangan orang yang kurang 'berisi' yang akan segera memuntahkan rasa hatinya mahu pun memberikan jawapan balas.

Ya Allah, selamatkan aku daripada fitnah ini....
"

Iya, bukan salah aku kalau aku berasa hati. Bukan silap mata kalau air mata tak berhenti-henti. Kebenaran apa kalau sanggup melukakan hati orang. Kamu Ulama? Menteri? Pengetua? Dato'? Ibu? Adik? Walau sesiapapun kamu berlembutlah. Batu dengan batu nescaya ia akan pecah. Bukankan air juga yang membentuk batu, walau lama tetapi hasilnya cantik terukir indah. Berlembutlah.

Kalau nak dakwah orang lain bersolat, jangan dikatanya orang itu tidak pernah kelihatan bersolat.

Kalau nak dakwah orang lain supaya mengaji Al Quran, janganlah dikatanya tidak pernah lihat orang itu mengaji Al Quran.

Jangan lah mengeji ketika menyampaikan dakwah, bimbang pula kan orang itu menjaauhi ilmu kamu.

Tidak salah menyampaikan ilmu tapi jangan sampai menabur fitnah dan kata kata nista. 

Insya Allah pas berkesan dakwah itu.

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

2 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

listenx3 hehe

:)..

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/02/sayanglah-apa-yang-kita-sukai.html

Namee Roslan berkata...

azzzaa !! lamanya sepi !! hang pi mana ?? :D