25 April 2013

Kolagen Rumpai Laut dan Lain Lain

Assalamualaikum,


Sejak akhir akhir ni banyak sangat la product kecantikan yang di jual di FB. Tiap minit ada sahaja iklan iklan barang barang macam ni. Ada yang hilangkan parut, ada yang hilangkan jerawat, jeragat, bintik hitam, bintik putih, kedutan dan macam macam. Nasib baik tak hilangkan hidung ke telinga ke, kalau cakap mungkin orang kita ni percaya je.


Okay saya tak pernah menentang orang orang menjualnya apatah lagi kepada pembeli pembeli yang budiman sekalian. Saya pun beli product ni. Tetapi berpada-pada lah. Makan satu product tapi sampai boleh sembuhkan 1001 penyakit amacam tu bro? Nak jual, juallah tapi jangan la kencing orang kita bro....


Isu rumpai laut, tak ada sesiapa yang halang korang nak beli, malah saya pun beli masa pergi Sabah dulu. Kuning, hijau, kelabu asap pun, semua ada... semua dah try dah. Kalau benda tu membantu pembentukan kolagen, cakap la terus terang. Awat main hentam je cakap benda tu mengandungi kolagen. Kalau mengandungi kolagen, apakata bagitau secara saintifik dan fakta. 


Selingan jap...
Ada sorang tu tanya tak ada beza pun? Bagi saya inilah perbezaan sebelum dan selepas yang jujur. Takdelah guna Photoshop atau pun paling koman app. Perfect365. Tapi kenapa Aurawhite guna testimoni Ephyra ni?? Kekekkeek..


Sayur mana mana pun ada khasiat dia... kolagen ni payau payau pun sanggup telan nak lawa. Kalau rasa tak larat nak telan, pergilah blend carrot je, sawi ke taruk dalam peti ais, tetiap malam minum macam korang telan rumpai laut.


Belilah rumpai laut, makan lah rumpai laut. Tapi apabila ada fakta mengenainya janganlah cepat  melatah. Kenapa takut periuk nasi tercalar kan? Product kecantikan tak laku sebab korang dah jual rumpai laut? Product mana yang dah bankrap sebab adanya rumpai laut ni dear...

Okay saya dah baca artikel ni, tak ada pun dia kata rumpai laut ada kolagen?


Sebenarnya rumpai laut memang bagus, tapi berpada pada lah... iklan nya : yang mandul pun boleh mengandung...?? Hadoinyepun.


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

1 ulasan:

Teena Tna berkata...

skang nie saya memang tengah pakai produk rumpai laut, so far x nmpk lg effect dy (bru pakai 4 hari je kot)

btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa@blogspot.com