07 Disember 2013

Random

Assalamualaikum....


Sejuknya... *pheww*


Pakai stokin. Over sangat musim hujan pun pakai stokin. Tapi warga Uia di Gombak sahajalah faham bagaimana sejuknya air paip kat sini. Sejuk oii...


Tadi pergi kenduri kahwin di Tanjung Karang. Ala kat Selangor je. Dekat je. Haha yela dekat. Mana yang tak biasa semua macam weh penat nya tak sangka jauh begini. Hehe korang ingat selangor ni kecik ke. Huhu. Jauh tau. Saya balik kampung halaman di Pahang tu pun 45 minit je. Pahang iya besar, tapi saya di Bentong sahaja. Jiran Gombak.


Bercakap pasal Pahang, alahai kesiannya mangsa banjir. Sedih sangat. Berair je mata bila mesej kengkawan yang familinya terkesan dari banjir. Ada yang sehelai sepinggang. Kereta pun tenggelam. Ada yang sempat check in hotel. Tapi baju makanan semua tak ada.


Ada kawan tu family dia di Chukai, sempat lari ke Hotel Awana Kijal cari penginapan. Jenuh menunggu bilik kosong. Akhirnya Alhamdulillah dapat juga. Ayah saya kebetulan kerja di sana, beritahu di hotel pun keputusan bekalan air dan makanan. Stock tak sampai. Bagaimanalah keadaan ayah saya dan orang yang lain.


Oh itu yang mampu, saya terfikir bagi yang susah, tak banjir pun tak cukup makan bila banjir macamni macamana.


Sobss...


Kita doakan mereka ya. Semoga air cepat surut. Keadan pulih seperti biasa. Barang tak banyak yang rosak. Dan kesihatan terjamin.


Oh, saya juga mahu ayah saya pulang. Buat masa ni dia tersekat di sana. Ke kiri ke kanan tak boleh gerak.


Ahad ni kita ada kenduri di rumah.


Semoga semua berjalan lancar.


Amin...

6 ulasan:

ezy.fia berkata...

cantek baju.. hihi

alyrds berkata...

moga keluarga awok selamat la yop...

aBewaa berkata...

comei !

aBewaa berkata...

comei !

Oh Ping Blog berkata...

semoga warga kuantan dan berdekatan dengannya tabah menghadapi dugaan yang meanda mereka sekarang ini..

tsumiki hajira berkata...

suka selendang tu... lembut je