06 Oktober 2011

Kelebihan Perempuan Cantik

Salam,




Bukan tak bersyukur, tapi kadang kadang terdetik juga di hati, "bagusnya kalau aku cantik..." Lebih lebih lagi bila berada dalam situasi ini.




Bila nak try perfume baru kat kiosk Lancome.


Bila nak masuk butik kat Starhill.


Bila nak try semua baju at least kat butik Padini.


Bila pakai kasut tinggi terpelecok.


Bila tak ada duit kecik.


Bila tak dapat duduk dalam train.


Bila tak larat angkat beg besar besar balik kampung.


Bila nak calit sedikit bedak tester kat kiosk Bobby Brown.


Bila amik gambar tak yah edit.


Bila buat blog comel comel hahah!


Pakai spek mata hitam pun dah nampak macam orang buta..tsk tsk tsk



Walaubagaimanapun, syukur dengan kurniaan Allah ni. Bersyukur, bila tak cantik macam ni kalau lalu kat bus stop tak ada sapa nak buat bunyi tikus mondok "shuiittt suittt phewwiit..."




KLIK




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

05 Oktober 2011

Wordless Wednesday : Pentingnya Ping Blog Di Facebook

Salam, 




XOXO, Chempaka Sari 
 Jika Suka Jom LIKE

Blogger Poyo Buat Banyak Blog

Salam, 


Orang lain buat banyak blog, kau pun nak buat juga.
Orang lain buat blog contest, kau pun nak ikut.
Orang lain buat blog tutorial, kau tak reti berangan je lebih.





Huhu jangan salah anggap. Kata nista itu ditujukan khas buat blogger poyo Si Chempaka Sari. Nak tau tak, beliau baru baru ni telah membazirkan masanya dengan membuat satu lagi blog. Hmm bukan blog gosip, blog contest atau blog kisah cinta tapi blog berunsur ilmu dan tips tips wajar.





Tujuan utama Azza buat blog ni nak menyampaikan ilmu dari pengalaman Azza sendiri dan pengalaman blogger-blogger lain. Ingat tu, dari pengalaman BLOGGER LAIN juga. Azza belum cukup mahir dalam berbelog, cukuplah dengan buat revision dari blogger lain juga yang telah berjaya.




Motivasi saya buat blog ni adalah kerana dari kekesalan lampau yang mengakibatkan kerugian kepada diri sendiri juga. Masa mula-mula buat blog Chempaka Sari, Azza blur gila main hentam saja. Masa tu serius ingat blog macam diari untuk sendiri baca. Rupanya blog juga boleh di share dengan orang lain dan banyak kebaikan yang boleh dipelajari dari berblog.




Target blog Tips Belog ni adalah khas buat blogger-blogger baru. Ceh macam lah saya ni lama sangat, baru 9 bulan buat blog dah bajet senior. Bukan apa kalau boleh tak nak blogger-blogger baru ulang balik kesilapan Azza semasa membawa hala tujuan blog Chempaka Sari dulu. Serius tak nak!




Kawan-kawan yang sentiasa support Blog Chempaka Sari, marilah support blog Tip Belog juga ya. Cian dia baru ada 11 orang kawan je. Hihi. Dan oh ya! Nak umumkan satu berita penting, sapa yang singgah ke sini dan ia pelawat ke 100,000 sila lah print skrin dan letaknya di entry kamu. Chempaka Sari nak review blog kamu dan nak bagi hadiah iaitu satu set mandian Lavender Purple yang dibeli di kedai Boots, London. Selamat ye. Dan sebarkan...




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

03 Oktober 2011

Analysis Blog Chempaka Sari Dari Nuffnang

Salam, 




Entry pertama bulan ini, nak cerita pasal kemajuan blog yang tak de lah semaju mana. Dari malam jumaat draft, malam besoknya baru terkial kial nak abeskan. Malam Ahad baru publish. Benci betul, kalau lah saya publish awal awal dari semalam takdelah orang ingat saya tiru Silampu Neon, Ben Ashaari dengan Cik Epal. Aku rasa memang naluri semua blogger kot rasa macam nak kaji sendiri kemajuan blog memasing awal bukan Oktober ni.




Anak orang dapat 5A UPSR,Anak aku dapat 3A UPSR,Sayang lagi anak sendiri.
Blog orang ribu-ribu UV,Blog aku jauh memang tak lah,Tapi tetap sayang blog sendiri.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.



Analysis Pageview




Draf menunjukkan traffik menurun dari 24 sehingga 28 oktober, tetapi naik tetiba pada 29 Oktober. Ini mengakibatkan kekejutan kepada tuan blog kerana beliau amat malas nak blogwalking sejak akhir2 ini. Sebagai blog picisan, catatan merekodkan, hanya 5,159 pageview dengan 2,922 unique visitor untuk minggu ni. What the fail, man!


Analysis Keyword

Antara keyword dari Nuffnang...

@ Drama Bicara Hati (65 hits)
@ Bicara Hati Drama (15 hits)
@ azzaazman.blogspot.com (8hits)
@ fida peluk iqram (6
hits)
@ kisah di ranjang (6hits)
@ macam mana nak lajukan broadband (6hits)
@ nelofa (5hits)
@ tiz zakiah5hits)
@ apa itu hukum hudud (5hits)
@ fatin liyana (4hits)
@ cerita hantu bonceng (7hits)


Analysis Refferal





Kebanyakan site linking berasal dari Apesal.Com. Terima kasih Apesal.Com!
Kedua dari blogger, maksudnya entry saya yang muncul kat dashboard korang semua. Hey thanks Semua!
Ketiga dari shoutmix di blog Aqidah Nuwairah. Hmm pelik.... banyak pulak tu. Thank Nuwairah!
Keempat dari blog Sharifdef.Blogspot.Com. Hey thanks Sharif! Ni dari entry pasal Blogger macam patung tu. Untuk entry tu je, dah melekat 4,000++ hits.



Tujelah kot nak cakap. Janganlah marah kat saya ek pasal entry ni. Ni nak buat rujukan je untuk masa akan datang. Manalah tau esok esok, dah setaraf macam Cik Epal Gonjeng,  cepat cepat tak lupa diri bila tengok entry ni balik. Huh, perasan!




** Psstt sesapa terbukak blog ni di pageview yang ke 100,000 silalah print skrin dan letak di satu entry. Bagi link pada saya, saya nak bagi hadiah ye. Nak bagi hadiah, dan review blog kamu sekali. Thanks!


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

02 Oktober 2011

Tengok Rumah Contoh Tapi Tak Beli Pun

Salam, 



Rumah contoh zaman sekarang ni seronok dari melawat rumah contoh dulu-dulu. Dulu masa ikut Mama Papa pergi tengok rumah contoh, kemain busuk siap ada jamban tak ber pam lagi. Tak senonoh punya rumah contoh. 




Pastu bila dah besar sikit, maju sikit. Rumah contoh dah bersih, kena bukak kasut bila nak masuk. Plaster ceiling pun siap pasang, kabinet dapur dan tersedia. Perabot pun letak lah satu dua untuk presentation.




Zaman sekarang ni amik kau, tak nak beli pun rumah tu tapi rasa macam nak pergi je. Sebab ada makan-makan hehe. Rumah tu dia dah  siap renovate, kalau nak beli kena cuci kaki je (jangan lupa cuci purse sekali ye) perabot semua dah lengkap.


Ni salah satu rumah contoh yang saya pergi. Tak boleh amik gambar, tapi lagi dilarang lagi dibuat. Dapat lah angle tah pape je. Tetap nak upload. Geram tau larang larang ni. Geram jugak sebab rumah tu cantik.... Suka tangga dia, tapi kalau ada baby tak sesuai sangat.


Ni bilik tetamu, ceh ini baru bilik tetamu kat tingkat bawah. Naik atas dah kena simpan camera dalam beg sebab kena marah huhu. Ni nak cerita bilik utama dia perghh! Cantik sangat. Balkoni bilik dia pun siap pasang carpet rumput tiruan. 


Ini laman dia, simple dan elegant. Eh ye ke elegant? Yang elegant nya tentulah saya,  elegant bila saya dapat minum fresh oren di sini time breakfast dengan somi terchenta... Wahahah!


Gambar zoom. Tak de motif sebab gambar diambil secara curi. Camera mengadap bawah je. Lepas tu kami makan mee goreng, satay dan ais krim kat khemah di luar. Macam tu ye cara developer amik perhatian customer. Boleh diadaptasi ni.


Gambar Daniel yang pelik sebab daun keladi tu tak serap air. Apa apa pun entry ni tak berguna langsung samada untuk masa depan saya waima masa depan korang. Gambar tak ada, cerita je pompang. Dah pergi bukak blog lain. Wassalam.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE