Serius nak cakap, saya seorang yang kasar. Kasar sejak dalam perut mama mengandung. Tapi mama tak suka anak dia kasar. Nanti malu diri sendiri, malu mama, malu papa. Kat rumah saya kasar, sebab nak malu kat sapa kan? Adik adik je tengok kejantanan diriku ini. Oleh sebab itu, kat luar saya kena berlakon.
Ternyata lakonan menjadi.
Ada lah seketul dua cakap saya lembut.
Dalam hati rasa nak muntah hehe.
Mr. Nice Guy cakap, tak salah kalau nak berubah demi kebaikan. Bukan hipokrit tapi berlatih. Nanti lama-lama jadi tak biasa lah berkasar. Iya sekarang saya dah tak berkasar lagi, kurang lah maksudnya. Buktinya, kelmarin kena sound hebat dari warden sebab habuk kat luar pintu, saya siap ucap terima kasih kat dia. Padahal saya tak salah pun. Lastly, makcik warden pun jadi lembut.
Hormat orang : Kawan saya panggil nurse kat klinik dengan panggilan Mak Cik. Dia dilayan kasar. Saya panggil nurse tu dengan gelaran Puan. Saya dilayan lembut. So kita kena lembut dan cara pun kena sopan.
Masa drive saya juga kurang memaki macam dulu. Mama pantang dengar saya marah marah semasa drive. Sekarang sudah kurang. Kalau betul betul ada pemandu kurang ajar dan bersalah baru saya marah. Setakat terserempak pakcik/jejaka bawa motor ketengah, slow pulak tu, saya tak marah. Kasihan. Jadi hati lebih tenang, dan mudah kasihan.
Terima kasih, Mama. Terima kasih, Mr. Nice Guy. Kerana mengajar saya berlembut.
Contoh Simple Perempuan Kasar
Kes kecil tanpa disedari
- Dari segi perbuatan, tutup pintu kereta kuat-kuat, Pang!!!
- Tarik handbreak kasar, Sreeetttt!!
- Suka campak barang padahal tak marah pun, tapi terbiasa.
- Hempas beg kuat-kuat : tabiat tak sedar.
- Kaut lauk sampai tumpah tumpah. Serius tak sengaja.
- Perangai macam gelojoh sikit.
- Dari segi perkataan, suka cakap straight sangat tanpa hirau perasaan. Tapi dia jujur. Tak sengaja. Ingat biasa je.
- Mengomel / Marah sesuatu bila stress. "Ish asal kasut ni bodo sangat!"
- Kes Besar disedari tapi seronok melakukannya
- Ala ni kes macam perempuan gaduh dalam video kat facebook tu.
- Suka cari gaduh dengan orang.
- Jalan suka langar orang. Tabiat hodoh.
- Cakap kuat kuat tanpa hirau orang ramai.
- Rasa diri sentiasa betul.
- Suka buli orang. Buli pemandu lain. Buli junior. Buli adik.
- Suka maki guna perkataan mencarut. &*^%, $%@#.... dll.
XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE
30 ulasan:
"Kawan saya panggil nurse kat klinik dengan panggilan Mak Cik. Dia dilayan kasar. Saya panggil nurse tu dengan gelaran Puan. Saya dilayan lembut."
hehe...tak susah pun kan nak berubah. Mcm sy pun kasar jgk tp btempat, tgk keadaan...dgn kwn2 rapat lain cara sy, dgn kwn2 baru kena tgk rentak depa dulu mcm mana...dgn org2 lain terutama dgn org tua mesti la kena sopan. bukan nk jadi hipokrit tp itu cara saya menghormati org :)
sama ngan JS, JS pun kasar sbb adik beradik ramai lelaki terikut2 gaya depa...hehe
kasar ea? smela.hihi tgh melembutkan dri jgk sbb mak ckp wanita lembut tu ayu.hihi
even sekasar mana pon kita,masih da lg owg dluar sna mnerima kita seadanya...gembira jadi diri seadanya biarpun kadang2 hipokrit hehe
Terima kasih sebab sudi berkongsi tips..suke entry ni.. :)
(^_^)
macam marah je? sabar azza..
wowww kasar rupanya chempaka sari nih
SALAM ziarah azza..
thanks sebab sudi singgah blog ayu..
suka sangat merasai detik bernama ibu/mama...
sebab kita akan menjadi seseorang yang sangat lain, baik dan mahu yang terbaik utk cahaya mata kita
tahniah sebab dikelilingi orang2 yang tersayang
eh, kasar ke ??
jom boxing.. hehe.. tomoi pon boleh cik azza weh.. hihi
Naim : saya nampak macam marah ke? Hihi lawak tu.
Rinduan : Huhu seronok jugak. Alhamdulillah...
setuju berubah demi kebaikan tu bukan satu y hipokrit...hehehe
kalau kita berlembut, adab kita pun senang nak jaga ;)
yeke kasar.. kasar mcm mana tu? hehe
kadang2 bila sorang2 kasar kasar, contoh : Nak bukak pintu kereta pun kasar kasar. Tapi sekarang walau sorang2 pun sengaja dilembut kan tak kira dari segi perbuatan atau kata-kata. Lagi tenang.
wahhhh dia dah tak kasar lagi...huhu
azza,namee rasa namee pun lah. tp bukan kasar tapi angin.kepala angin n namee jenis serious. time serious tu mmg x bercakap. hehe.azza kasar ke,shafa kata azza sgt lembut. weeeee.
org pompuan biasala la...hehe
Namee : Iye ke macam byk je shafa cerita ni huhu. Sekarang shafa jadi wedding planner, boleh namee conslut dgn dia kan?
Daddy : biasa ke perempuan kasar hehe.
@Niza Romli
betul tu kalau dengan kawan rapat okaylah kan gurau2 kasar. Tapi make sure kawan tu jenis terima kalau tak padah jugak kita nanti kan..
dengan orang tua lain kene lah sopan.
@Niza Romli
betul tu kalau dengan kawan rapat okaylah kan gurau2 kasar. Tapi make sure kawan tu jenis terima kalau tak padah jugak kita nanti kan..
dengan orang tua lain kene lah sopan.
@jemarisuri lepas ni kene berlatih lah jadi sopan sikit. Takut mak mentua reject hehee...
@Miss Padora betulah jugak tu cuma kalau dari 10 orang hanya 1 yang menerima diri yang kasar ini, baik berubah jadi yang disukai ramai. Berlembut ni sifat Rasul jugak.
@IBU GEBU saya pun suka purple! design sendiri xde ikut template free, tak reti yang canggih sangat.
cik chempaka... saye pun ade salah satu perangai kasar. tak tau cm mane nak ubah :(
kadang2 tu kasar tu dah sifat semula jadi..huhuhu..tp kalau nk kasar2 pun jgn la smpai duk mencarut2..huhuhu..
org utaqha kta:huduh piang aih pompuan duk mencarut merata..malu..=.=..
alamak bru je pkul adek td hihi. tahla sjak duk umah stress je maklumla menganggur~~~~
orang manis mulut ni biasenye akan dilayan dengan baik .. buat2 baik pun xpe :) heheh
tp bab dijalan raye tu selalu terkasar sebab geram hu..hu..
hehe....bab kasar ni ida sk sbb ida pon jns yg ksr gk sbb pd ida ksr ni bkn pe xnk bg owg len buli kita tau sng kata xmo dprgunakn oleh owg len
setuju2.dulu time kat sekola pernah kena sebat sebab datang lambat.pastu ckp terima kasih.esok2nya da tak kena denda da.hahaha
Catat Ulasan