23 Oktober 2011

Kehidupan Studio



Salam, 


Akibat otak sudah mereng dan separa waras, ini antara gambar yang diambil selepas tamat presentation untuk subject studio.


Zaman kelas studio mungkin sudah berlalu. Tetapi ingatan semasa menderita, bergembira bersama rakan studio akan dikenang sampai bila-bila. Mari mengetahui serba sedikit tentang "kehidupan di studio".


1. Jangan terkejut kalau nak tau, pelajar studio pernah tidak tidur dan mandi selama 3 hari 3 malam. Fakta ini berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin ada yang lebih. Kami buat kerja sampai macam ni sekali belum tentu dapat A malah, nak lulus pun belum tentu.


2. Saya mendapat gastrik pada tahun pertama di universiti akibat kerja berlebihan di studio. Tahun tu beraya di hospital je. Seorang kawan pernah pengsan semasa menyiapkan tugas pada malam hari. Itu pun berlaku pada tahun pertama.


3. Subjek studio membenarkan kami dihentam teruk oleh lecturer. Kes seperti report dicampak, layout diconteng-conteng adalah perkara biasa. Tahun pertama, lecturer nampak macam singa. Tapi makin lama, boleh lepak kat bilik lecturer sambil makan KFC. Pandai lecturer berlakon garang hehe.


4. Sesiapa yang tengah membuat persiapan untuk subject studio, sila sediakan satu beg kecil untuk barang peribadi seperti, bedak, sabun, berus gigi, satu snek kecil dan tisu. Mana lah tau malam tu, ketua tak bagi balik, at least ada spare. 


5. Kebiasaannya, kami akan ke studio selepas waktu isyak dan balik menjelang subuh. Itu pun untuk mandi je. Pastu pergi ke studio semula untuk presentation. Dengan mata lebam. Tsk tsk tsk.


Kalau di UIA, jurusan yang ada subjek studio adalah:

  • Town Planning
  • Architecture
  • Applied Art
  • Landscape Architecture
  • Quantity Surveying

BERSEDIAKAH ANDA?





XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

40 ulasan:

Unknown berkata...

waa, kakak dak archi ka ? mst bz gila2 punya an.uhuk

sue perbs.. berkata...

wah.. seusah nya kehidupan studio tu.. hehe.. entah la sanggup ke tak

Yana Halim berkata...

akak pun bekas budak studio jugak. Lecturer garang gile. Siap main humban je drawing sape yg dia x suka dari tkt 3. Pastuh conteng2 master plan dgn marker. master plan wehhhh...bikin nanges. huhu..

Tanpa Nama berkata...

huhu~tak sanggup akak....

Muhammad Naim Abdullah berkata...

tak mandi? ni dah mandi ke? hehe

Masa dok poli dulu pernah tak cukup tidur nak siapkan final projek ++ melihat coding yang berserabut. hehe

Cik tikah berkata...

dahsyatnya!! =.=' x sanggup..

FaKArePa!n berkata...

nsib baik x belajar subjek ni.. hihi

Niza Romli berkata...

ooh...tak penah tahu pasal subjek studio ni...teruk jgk ek!

tapi penah tak tidur lena selama seminggu masa kursus kena masuk hutan untuk buat 'taktik serang hendap'. mmg xleh tido...nyamuk asyik nyanyi kt tepi telinga!huhu

Azza Azman berkata...

@kEm aLi akak town planner dik, hehe. Tapi masa kat matrik dulu kami semua disatukan belajar jugak lah asas architecture. Pastu baru majoring dalam bidang yang sesuai.

Azza Azman berkata...

@sue perbs.. kalau budak lain belajar 3 hari 3 malam kompem dapat A+ kan? hhu..

Azza Azman berkata...

@yana halim haha memang gila lah kan master plan kene conteng. Nasib baik lecturer kami baik lagi, conteng layout plan je...

Azza Azman berkata...

@jemarisuri tak sanggup kan?

Azza Azman berkata...

@naim huhu sekarang dah amik master. Xde studio dah. Mandi byk kali kot ganti yang dulu.

Azza Azman berkata...

@Niza Romli wah masuk asker ke kak??

Diyana Ali berkata...

tak penah jd budak studio tp kawan dgn budak studio. kesian tak tido, nak tlg ta boleh .hee :)

Yana Halim berkata...

azza....nak cari bini, cari ler budak studio. konfem boleh tengok muka time x bermekap, serabai & tak mandi bila sibuk nak submit projek. hahaha..

p/s: lecturer garang tu baru je meninggal Februari lepas.

mrspuex berkata...

kehidupan zaman student mmg la sgt menghiburkan dan meninggalkan memori yg sgt indah utk dikenangkan..hihi..

Azza Azman berkata...

@Diyana Ali Tulah pasal, tak tau nak mintak tolong macamana. lagipun takut menyusahkan kawan je..

Azza Azman berkata...

@yana halim Yeke..Innalillah... Betul! masa ni lah tau muka sebenar perempuan bila tak mandi 24 jam.

... berkata...

saye banking..hehe

budak penjara berkata...

ak xpenah bljar kos studio..ssh ke??

Unknown berkata...

yup.saya p0n budak aed kt uia pj skrg.xtahu lagi nak amek apa kt gombak nanti :)

CikNuwairah berkata...

lecturer nk gempak je tu..nk tgk student dia mula2 boleh thn x dgn sumer tu..huhuhu..

Unknown berkata...

oh sy suka anything ttg art, tp menyesal dh x berguna nye pon..... adeh

Azza Azman berkata...

@Paris Lipton Hoho yeke.. boleh lagi ni amik double degree..

Azza Azman berkata...

@CikNuwairah Lecturer saje garang taknak bagi muka.. biar kami tahan dan kebal.

Azza Azman berkata...

@kEm aLi Oh yeke... heheh. ada sorang lecturer akak dulu MADAM nurhaya ajar IBE sekarang amik pHD, sama kelas dgn azza.

Azza Azman berkata...

@budak penjara Berdasarkan cerita saya di dalam entry, mestilah susah...

Unknown berkata...

ala macam ne nak buat pop up komen..ape benda tu?hehe

Hawa Ahmady berkata...

alalala,,ciannye dia..

nim5234 berkata...

wah3..enjoy your student life coz ianya xkan sama sekali berulang lagi..never..

Unknown berkata...

to'wan teringin nak rasa juga pengalaman seperti ini.. ;)

Unknown berkata...

dgr mcm tu...macm tak sanggup ler~ -,-

Rosalia berkata...

gilerla smpi mcm tu. tp bgs la bru jd org skit kn. nk berjy bkn sng :)

Azza Azman berkata...

eii tok wan tak mau lah kalau nak suruh ulang balik, tak sanggup rasanya...

Aku DaN SeSuAtU berkata...

suka tgk budak2 studio msa study kt uitm dulu..sempoi je

Azza Azman berkata...

@Aku DaN SeSuAtU hmm agaklah... rumet saya bukan budak studio, selalu usha dak studio. kawan2 dia pun sama. diorang cakap budak studio sempoi, smart bergaya. tapi... ada yang kapel dengan budak studio clash sebab xde masa dengan diorang.

Niza Romli berkata...

Azza...dah memang pun askar!! hampir 10 tahun dh service dgn ATM :)

syakirahmn berkata...

tringin tauuu nak ada subjek studio2 macam ni T___T

marissa berkata...

nak follow.............n kwn dgn awak.....n nk berkongsi minat ttg art.saye suke bab lukis2 ni.....tp saye dh ade kje dlm bidg laen.....