07 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam, 

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan, pembaca pembaca, pengomen-pengomen, member-member bloglist dan member bloglist Wajin Komen, Nabila, Tok Wan, Naim, Kak Niza dan lain lain.Marilah kita berehat dari berjalan-jalan ke blog dan komen entry yang lain dan menumpukan perhatian kepada ibadah dan juga keluarga.

Selamat Hari Raya Aldiladha dari Azza dan Teha.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

06 November 2011

Komen Pilihan Rakyat Diutamakan

Salam,

Ini adalah komen yang sangat sangat suka di entry Pejalan Kaki. Dari Nizam Kawaii. Sila baca! Hehe..


Saya pun nak komen jugakla. saya nak share la pandangan sy. sy bukan planner student. tp dlm cos sy, ada satu subjek pasal basic town planning diajar. n the best planning is mesti utamakan pejalan kaki kan. accessibilty kanak2 nak ke skolah tu yang penting. barulah wujud bandar selamat. ce tgk skang, urbanisasi buat persekitaran kita tak selamat. cuba banding 10 tahun lepas kat area sub urban, mak ayah ok anak2 g skolah naik basikal/jalan kaki. 
tp skang ni kenderaan byk gler. laluan pejalan kaki still takde, bad planning rite? :(( Thanks to MBSA(shah alam) sebab skang dah ada laluan pejalan kaki di kawasan tertentu siap dengan pagar lagi. its' more better now :)) nampak kemas, lebih selamat sbb asingkan laluan pejalan kaki. ok, terpanjang plak. hehe. untuk anda, bw lah perubahan ok pada plannning bandar kat Malaysia ni. biar lebih mesra rakyat jelata. :))

Nizam, kamu sangat alert dengan persekitaran. Rakyat macamni Malaysia mahukan. Dan jugak, Majulah Town Planning untuk Malaysia!


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

05 November 2011

Kurang Komunikasi

Salam, 




Paling benci masalah "kurang komunikasi". Mungkin otak kanan saya kurang berfungsi dengan baik. SPM : Fizik dapat A, Bm dapat B. Jadi saya tak cepat tangkap bahasa bahasa puitis atau berbunga bunga. Kalau masa rehat atau santai tak apa jugak. Tapi bila dalam keadaan genting saya paling benci dengan jenis komunikasi dalam berpuitis ni.




Ini Perbualan dalam SMS. 
Tolonglah. SMS yang maksudnya "Short Message Service"



Saya : Salam, raya ni balik kampung tak. Ada kawan nak tumpang.


Dia : Hmm entah lah, kalau nak balik, baliklah. Tak de mood lah nak balik.


Saya : Kalau macam tu nak pinjam kereta boleh?


Dia : Nak pergi mana?


Saya : Balik kampunglah. 


Dia : Habis tu saya?


Saya : Okay sekarang nak tanya awak balik kampung tak? Kawan nak tumpang ni.




Dia tak jawab. Berdasarkan mesej terakhir, mungkin saya berotak kiri, setelah membuat kira kira, saya pun tak mengajak kawan tersebut. 




Dia : Salam, tanyalah pendapat yang lain.  Kalau mereka nak balik malam ni, kita balik, kalau mereka tak dapat cuti, mungkin kita balik esok pas raya. Ikut saya, malas nak balik, tiada mood. Ikut saya, balik raya ke tak balik raya pun sama sahaja. Nak balik raya? Balik tak balik sama sahaja. Dah tak ada erti apa-apa. Bla bla bal... ayam tak beli lagi, tak masak lagi bla bla bla... daging... cuti.... malas... belanja... bla bla bla... ini tangungjawab ramai... bla bla bla... *(mesej ini ada 6 pages)*.




Mesej ni saya dapat semasa saya dah pun dalam bas pada keesokkan harinya. Saya pergi sendiri seorang diri. Sebaik dah jumpa dia, dia tanya "mana kawan yang nak tumpang semalam?




Saya pasrah.
Pasrah dengan otak kanan saya.




*Sekarang sedang mood tension dan keliru atas konflik yang terjadi sejurus kisah di atas.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

04 November 2011

Berfikiran Positif

Salam,




Saya ada kawan, nama dia Alia. Dia duduk level 4. Saya pulak level 1. Alia kat level 4 selalu turun kat level 1 untuk basuh kain kat bilik mesin basuh. Bilik mesin basuh tu pulak sebelah bilik saya je. Tapi saya sendiri tak pernah guna.




Saya berfikiran negatif : Eh Alia, kau ni punyalah pemalas nak cuci tangan, sanggup turun sampai level satu semata-mata nak cuci kain guna mesin basuh. Tak berat ke angku baldi berat tu?




Saya berpikiran positif : La Alia... rajinnya turun bawah. Aku ni ha duk sebelah je dengan mesin basuh tapi punya lah kedekut nak bayar 2.50 aku sanggup cuci tangan. Apa punya kedekut aku ni pun tak tau lah. Hehe..


iklan sebentar
p/s : Kawan kawan sila sebarkan poster ni okay?



It's your choice to think about other people either in positive or negative way.


XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

01 November 2011

Kesesakan Lalu Lintas

Salam,




Come on, jangan blur sangat. Kesesakan Lalu Lintas tu sama lah maksudnya dengan Traffic Jam ataupun Traffic Congestion. Semua tau kan macamana keadaan lalu lintas jalan raya kat Malaysia ni terutama KL dan bandar besar yang lain. Saya tak mau cerita mengenai traffik jam dalam skop yang besar, cukup untuk satu area sahaja iaitu dalam kawasan Universiti.




1. Pihak universiti tak menggalakkan pelajar membawa kenderaan sendiri. Di U saya, pelajar 3rd year ke atas sahaja yang dibenarkan membawa kereta itu pun kena ada geran kereta, surat kebenaran penjaga dan surat recommendation dari principal asrama.




2. Kalau bawak jugak, pelajar akan ditahan, disaman atau dikunci tayar kereta. Maksimum saman rm50. Ada kawan pernah kena saman sampai 7 kali. Saya tak tau awat dia ketegaq sangat tak nak amik sticker kereta. Mungkin sebab leceh.




3. Baguslah, pihak universiti buat macamni sebab tak mau ada kesesakan lalu lintas. Kalau semua nak bawak kereta, tak cukuplah tempat parking. Jalan yang sempit tu akan menjadi mangsa, tetiba jadi tempat parking kereta. Jalan sempit, kenderaan jadi slow, slow tu lah punca trafik jam.




4. Ini bermakna pihak universiti mengalakkan pelajar berjalan kaki. Dari sibuk nak besarkan jalan, atau membina bangunan tempat parking kereta bertingkat, Solusi "jalan kaki" yang lebih efektif, lebih efficient, lebih economi dan menyihatkan.




5. Malangnya, kemudahan pejalan kaki selalu dipandang enteng. Bukan di peringkat Universiti sahaja, malah di kampung mahupun di bandar besar. 


@ Ruang pejalan kaki sangat sempit. Kalau bertembung dengan orang hadapan, kene turun ke bawah (rumput atau jalan besar).
@ Kemudahan pejalan kaki hanya terdapat di sebelah jalan sahaja. Bagaimana dengan pejalan kaki di seberang sana?
@ Tiada zebra crossing. Kalau ada pun, pengguna kenderaan buat buat tak nampak. Sangat benci mereka.
@ Tiada atap bagi melindungi pelajar dari terik matahari dan hujan. Kasihan kami!
@ Tidak bersambung. Kejap jalan atas pejalan kaki kejap kejap kang kena lintas padang tak pun tetiba ada longkang.
@ Tidak strategik. Kawasan tidak dilalui pelajar banyak pulak kemudahan jalan kaki.
@ Kurang selenggara. Berpasir, berair, batu bata timbul, dan simen pecah.


Pengguna berkenderaan haruslah mengutamakan pejalan kaki. Berhenti bila nampak orang melintas. Serius, kat London tak yah angkat tangan pun, walau sorang je nak melintas, 10 kereta berderat pun berhenti dan tunggu. Keadaan ni macam automatik.


Taman di celah celah bangunan memberi rasa 'rehat' dan 'nyaman' kepada pejalan kaki.


Melintas tanpa dakwa dakwi lagi. Seronok bukan? Kalau bukan kat bandar besar pun, at least kat dalam kawasan universiti sendiri harus mewujudkan perasaan senang bila melintas jalan.


Boleh berjoget bila kaki penat. Tak ada sapa nak kacau, tak ada siapa nak buat bunyi shuit shuittt ala tikus mondok.


Ruang pejalan kaki sama besar dengan ruang untuk kenderaan. Barulah adil...

Dengan tersedianya tempat duduk setiap seratus meter, kanak-kanak, orang tua pun suka jalan kaki. Kalau abang macho ajak tumpangkan kereta Audi pun tak nak sebab seronok jalan kaki. Muahaha!

6. Berdasarkan pemerhatian saya di atas, nampak macam "eh mengadanya kau macam tuan puteri". Tapi percayalah kalau kemudahan pejalan kaki mantap, sure tak de trafik jam lagi. Semua bersenang lenang nak jalan kaki.




7. Mintak pihak universiti menimbang untuk menaik taraf kemudahan pejalan kaki. Duit saman macam banyak je, baik disalurkan kepada pelajar miskin macam kami ni. Tsk tsk tsk.




8. Bukan dalam kawasan universiti je, dalam kampung ke bandar besar ke, kemudahan pejalan kaki hendaklah diambil berat.




9. Tempat yang boleh dicapai pejalan kaki atau "in walking distance" sangat-sangat membantu kami yang berjalan kami. Berjalan kaki di tempat macamni sangat menyeronokkan. 



Err gambar tak ada kaitan. Huhu.


10. Sekian laporan dari bekas pelajar degree Bachelor of Town Planning. Habis. 




Hik hik hik. Maaf entry sedikit membosankan. Inilah yang saya telah hadapi selama 5 tahun. Bosan bukan.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE