15 Mac 2012

Senarai Habit Buruk Orang Malaysia

Assalamualaikum, 




Senang cakap, Malaysia adalah negara berkemudahan kelas pertama dengan rakyat bermentaliti kelas ketiga. Jangan cepat marah baca statement ni ye. Dah memang betul pun, perangai ni kita sendiri pun buat sama. Jom buat senarai semak. Kalau kita pernah buat lebih dari 10 perkara...bam! kita lah rakyat yang bermentaliti kelas ketiga itu.


Let's check it out!



Suka merokok tak kira tempat, ada bayi ke ada orang tua ke,kita hentam saja kan?

Bila keluar/masuk kat pintu kaca, kalau ada orang lain pun sama, kita tak mau pegang pintu tu untuk memudahkan orang tu masuk/keluar.

Suka melecak-lecak kan tandas yang kering. Kita ni species suka ber'kubang' agaknya.

Suka cangkung atas tandas duduk. Phewww! Saje nak cop tapak kasut dia kat toilet bowl tu.

Makan mulut berbunyi-bunyi. Kelicak kelicak mulut berbunyi. Sedap sangat agaknya.

Bila masuk lift tak nak bagi orang keluar dulu. Sibuk berhimpit padahal kalau bagi mereka keluar dulu kan senang?

Suka drive di emergency lane. Kalau ada accident kat depan kan naya bila ambulans tak boleh lalu.

Suka buang puntung rokok dalam toilet bowl untuk dibuat hiasan. Kebiasaannya lelaki.



Singaporean suka cop tempat duduk dengan tisu. Source

Suka letak tisu yang dikeromotkan dalam pinggan. Kecian kat tukang basuh pinggan.

Buang sampah merata-rata. Buang sampah keluar dari kenderaan. Alasan mengong "nanti tukang sapu nak cari makan macamna kalau dah bersih?"


Lepas shopping, trolley bersepah kat tempat parking. 

Bila masuk dalam train atau bas, berdiri kat pintu. Tak mau masuk dalam.

"My beg need chair.." Letak barang atas kerusi. Tengok orang lain berdiri tengah panas, kita buat "don't know" je.

Tak masukkan semula kerusi ke bawah meja makan. Bersepah sepah.


 Kalau pergi Singapore jangan sesekali ambil tempat ini. Source

Panggil waiter macam bunyi cencorot. Shuwiittt shuwiitt..

Waiter pulak suka duduk sekali dengan kita masa ambil order. Sungguh tidak sopan.

Korek hidung dalam kereta atau kenderaan awam. Adalah satu bangsa tu suka sangat buat benda ni.

Tak lipat/sangkut telekung selepas digunakan. Muka je cantik. Kita dok berkejar sangat nak mekap depan cermin.

Suka tenung orang lain lama lama. Sungguh tidak selesa. Macam kita je ada mata.

Memenuhi eskalator dengan puak-puak kita je. Sepatutnya berdiri ke kiri kalau tak mau jalan. 

Berborak kuat kuat dalam public transport. Geram nak sound "Hey makcik, do i look like i care?"

Tidak pam tandas. Kena tambah 50 sen kot kalau nak flush "barang" kita tu.

Meludah di tangga, pejalan kaki dan lain lain tampat awam. Berlendir.

Jadi tukang komen kat dalam panggung wayang. Kalau boleh kita nak jadi pelakon cerita tu.

Tak reti beratur. Kabanyakannya pendatang asing.

Dan lain lain sila lah tambah di ruangan komen.


**Jom cuci mata tengok selipar yang menarik klik sini

XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom Share

08 Mac 2012

Salah Eja

Assalamualaikum, 


my bad my bad my bad... 


ini memang kelemahan saya. saya memang suka  membaca dalam gelap, menulis dalam gelap, tapi bila tidur sorang buka lampu pulak sebab takut... : P


disebabkan itulah saya sering salah eja. boleh dilihat dimana-mana,blog facebook, twitter dan tumblr. kalau kat facebook tu dah jadi hati kering dah bila kena bahan dengan kawan kawan. haha.


lagi satu kelemahan saya dari UPSR lagi, bila menulis tak suka periksa semula mana bahagian yang salah. pening baca tulisan sendiri. sampai lah sekarang, buat thesis pun upah orang untuk check apa yang patut.


sapa dapat cari lebih dari tiga kesalahan ejaan dalam entry dia pandai, cepat!




XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

07 Mac 2012

Pemandu Bas

Assalamualaikum, 




hari ini aku tunggu bas seperti biasa. shuttle bas university yang disediakan kepada student yang tak mampu macam aku. tak mampu berkereta, tak mampu berjalan. haih patut pun gemuk.


dalam 15 minit menanti, bas tak kunjung tiba. geram. tak lama lepas tu, kelihatan dari jauh batang hidung bas. excited. aku berdiri di bahu jalan, lambai tangan. eh! bas tu tak berhenti. kecewa. aku duduk semula. tak lama lepas tu bas datang lagi. ada ramai juga dalam bas tu. aku berdiri di tepi jalan, bas tu tak berhenti lagi. eh berapa kali nak pusing da baru amik penumpang ni.


aku pikir, kalau macam ni sikap pemandu bas, boleh rugi negara ni. berapa banyak masa seorang student macam aku nak dibazirkan untuk menunggu bas sahaja. hari hujan ni. kalau aku sakit pun salah pemandu bas ni juga. betul betul merugikan.


aku penat. perut bergelodak akibat food poisoning harini semakin terasa. dari jauh aku nampak bas lain pulak berhenti lama di bus stop sana. aku yang dari tadi baca buku doa harian tetiba emo. hilang pahala menghafal doa baru. aku mengeluh.


"haih mengong betul, cepatlah bas aku penat ni"


tak pasal pasal aku emo. iya sejak akhir ni banyak masalah dalam kepala yang nak kena pikir. isu bas ni cukup berat bagi kepala otakku.


akhirnya, satu bas datang berhenti. bas itu kosong. aku tanya kenapa bas tadi semua tak berhenti, kepada pemandu bas tu. dia tiada jawapan. dan dia cuba beramah mesra dengan aku. tanya duduk mana, berapa adik beradik, mak ayah kerja apa....bla bla bla seperti biasa kita orang melayu jarang tanya nama. mustahil tanya nama di awal perbualan.


kemudia dia bercerita pula tentang kisahnya. bagi aku sedih.


"hangpa bayang lah pakcik dreba bas. hang ada 5 jah adik bradik. Pakcik ada tujuh orang anak. Tak macam mak ayah hang kerja baguih na" aku balas iya.


"pakcik kerja kat sini dari tahun 1986, hang pun dak lahir lagi kot na?" dia sambung.


aku menganguk saja walau aku tau, dia tak nampak, aku di belakangnya.


"anak sulung pakcik kerja kat Honda, kedua belajar kat IKM, ketiga dok ada kat UTP..."


terror jugak anak-anak pakcik ni. aku cakap dalam hati je.


"anak ketiga tingkatan 3, dah seminggu tido luaq sebab ada latihan bola tampar. Sok pi Sarawak untuk wakil Selangor.." 


perrghh.. aku bersyukur, anak pakcik ni boleh lah dikatakan membanggakan. tumpang happy.




"hang bayang la pakcik duk sini (KL) nak tanggung seua, kos  hidup tinggi. Hang untung no.. hang nak tau tahun lepaih dua bulan pakcik tak kerja. jaga anak kat spital"


"anak pakcik sakit apa" aku tanya.


"dia accident muto, tulang belakang patang. dua bulan pakcik jaga dia kat spital dengan gaji pokok jah rm400 sebulan. makcik tak kerja. susah betui la masa tu. tuhan ja tau macamna. sebelas ribu setengah untuk pasang besi kat tulang dia saja. hang tak kira lagi kos kos lain. yang pakcik kesal, pakcik ada mintak universiti tolong bayarkan dulu. pakcik boleh bayar kemudian. tapi depa kata tak ada peruntukan tu...."


"ish betul ke pakcik? pakcik dah kerja 26tahun kat sini tak kan tak ada langsung??"
aku emo lagi.


"tulah pakcik kesal sangat, apa salahnya buat kebajikan kat staff nanti pakcik bayar lah ansur2.."


cerita semakin nak habis, bas pun semakin nak sampai ke asrama aku.


"tak tau pulak saya universiti ni tak ada kebajikan untuk staff, kesian dengan keluarga pakcik, saya doakan anak-anak pakcik ye.." aku buat kesimpulan akhir.


"tak apa tadak apa.."


aku turun bas. cerita biasa je tapi sebak rasanya. menusuk hati. aku pikir masih ramai yang ada masalah kat luar sana. kalau tak diduga dengan harta, ada yang diduga dengan penyakit, ada yang diuji dengan kasih sayang, musuh dan macam macam lagi.


dan, aku berbangga dengan pengorbanan seorang ayah. ayah yang berjuang demi anak-anak dan isterinya. semoga pengorbanan pakcik tadi akan dibalas dengan dengan kebaikan dari Allah. Allah Maha Mengatahui segala kebaikan hambanya.


mulai harini, aku tak kan lupa pandang kebawah, melihat orang yang lebih susah. aku cuba berhenti mengeluh. berhenti mengharapkan sesuatu yang terbaik sahaja untuk kita. kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

06 Mac 2012

Semakin Tak Paham Dengan Nuffnang

Assalamualaikum, 




Hoi, nuffnang boleh bikin ini otak tidak menahan oi. kadang kala kau tiada di saat ku perlukan. Tapi bila aku lupa kau datang membawa hadiah tanpa dijangka!




Macamlah korang tak tau ini blog semakin lama semakin slow. Update pun idak, blogwalking lagilah idak... Hidup segan tapi mati pun tak mahu.




Dekat 2 bulan tak bukak akun Nuffnang. Merajuk. Tapi alhamdulillah, nuffnang bagi BE rupanya sepanjang ketiadaan saya. Bukan satu tapi lebih. Pendapatan pun pun boleh tahan, malah lebih banyak daripada zaman aktif dulu.




Kesimpulan, nuffnang memang tidak boleh dijangka...




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom Sebarkan di FB

05 Mac 2012

Maknanya

Assalamualaikum,




bertahun solat tapi semakin lama semakin lupa apa sebenarnya yang kita baca. Sebab tu semakin susah nak kusyuk. Semakin susah nak menghayati. So sekarang kena update balik apa makna setiap bacaan dalam solat. Siapa yang ingat ingat lupa marilah kita refresh semula ya...



Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


Mudah-mudahan dapat berkongsi ilmu... mari sebarkan..


 XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom Sebarkan di FB