01 Julai 2013

Fashion Show Hatta Dolmat Ready-To-Wear!

Assalamualaikum,


Kalau tahun lepas kita berminat sangat dengan rekaan Jovian Mandagie, apa kata tahun ni kita cuna rekaan Hatta Dolmat pulak lah. Cuba lah banyak banyak saya tak suka stiy kat satu benda sahaja.Jadi, pada Ahad lepas kita berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Acara Pertunjukan Fashion Hatta Dolmat RTW 2013 yang ringkas tetapi meriah dan menyeronokkan.


Sampai di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, KL pada 8PM, kami dihidangkan dengan pembuka selera ala cocktail party. Paling best Red Velvet Cupcake dia, moist, tak manis sangat dan cream cheese as topping dia sedap berlemak gitu. Rasanya kakak Hatta Dolmat yang buat kot baking cupcake ni. Manakala makanan lain ada samosa dan lain lain pastry ringkas.


Dah kenyang sambil cari kawan baru, kita terjah Hatta Dolmat di Wall of Fame. Bila tengok depan depan comel cik abe ni yek. Dia sangat sporting malah dia ingat kat Teha. Yelah dia yang jemput mesti ingat semua tetamu kan? Best la Hatta ni. Kami yang terakhir bergambar, lepas tu semua dijemput ke dalam memenuhi seat yang disediakan. Row kami ditempatkan untuk Fashionista tetapi kami bukanlah Fashionista ye. Tidak sama sekali.



Lepas dapat duduk yang sangat strategik, duduk kat depan, dekat dgn model, dekat dengan ruang depan, kami rasa beruntung sebab tak perlu la terjengah jengah kepala dek kepala orang depan kan. Beruntung kami.

Dapat kawan baru, dari belakang sekali Kak Ana, Kak Kin, Zuren dan Teha. Eh Teha bukan kawan baru. Kikikiki.

Rasanye depa ni terpaksa datang kot no, kena buat liputan gamaknya. Memasing dengan phone. Iolss lak tinggalkan hp kat rumah. Dapat la kita bersosial secara real dengan orang lain kan?


Saya duduk di sebelah Qamy Banks, hehe. Assistant Hatta Dolmat mungkin. Dia nampak macam orang besar juga di event ni. tapi malu la nak ambik gambar sekarang, kita fokus pada Model dan Baju dulu okey.


Baju pertama yang diperagakan. Saya tengok muka model je boleh? Pastu cara dia berjalan bagai. Kagum iolss. Biasa tengok retis je kat majlis Anugerah. Kali tengok model runaway lain macam tinggi dia. Perghhh...

Spotlight..

Yang ni peplum guna broked material (brocade). Tengok depan depan memang cantik. ramai berbisik bisik nak beli koleksi yang brocade ni. Ala ala songket.


Again, twitter, Instagram, Facebook, Keek dan seangkatan. Eh actually nak nak ambil gambar model kat belakang tu. Tinggi kan. Layout Fashion Show ni ada tiga rows. SO semua dapat menghayati kan.


Layan...




Bling! Masa model ni berjalan, berbunyi juga tau kachhing kachhing gitu.


Kurung moden dengan prada lace di tengah. Menampakkan ilusi langsing kepada si pemakai. Tapi model tu mmg dah kuruih ler... :)



Yang brocade tadi tapi rona berbeza. 


Galaxy Motive Printed by HattaDolmatRTW. Tengan in juga corak galaksi sekarang ni tau. Uolss inga legging je boleh bergalaksi bagai, kurung pun nak jugak.


Sebenarnya yang ni yang saya target tetapi dalam color nude. Tak sempat snap sebab tengah mengahayati baju color nude tu. Serius cantik. tak tau la orang lain tapi saya suka yang ni simple!



Lagi Peplum dengan material brocade. Cantik la. Its really caught my eyes la darl !






Koleksi hitam dari HattaDolmatHDC! baru terfikir nak buat baju kurung hitam, jadi kita grab dari sini jelah kalau ada rezeki nanti yek.



Bosar camera awak, kak. Cian orang kat sini nak ambil gambar jugak hehe. Tapi tak apa. Tugas ambil gambar lawa lawa ni photographer, jadi saya pandang je puas puas.


Cik Zuren yang peramah dan easy going! Tapik spring dengan dia sebab dia datang sorong je. Kalau ioslll ni penyegan sangat (segan malu tau bukan malas dalam dialek utara).


MC hari itu, Fiza yang pengacarA Wanita Hari Ini. La kurus je Kak Fiza ni dalam Tv nampak besar. Agak agak kalau saya masuk TV besar mana la agaknya ye.


Lepas bergambar dengan Kak Fiza ni kami masuk dalam sekejap ingat nak jumpa dan tegur pereka Rizaman Ruzaini. Dia pun hadir memberikan sokongan kepada rakan seperjuangan diorang si Hatta The Star malam tu. Tetapi kami ditegur oleh wartawan Safiyya TV9 untuk bagi sedikit pendapat mengenai Rekaan HattaDolmat RTW malam tu. 


Lepas tu ada photographer Rafieq Photo meminta kerjasama untuk diambil gambar. Dan jurufoto lain lain. Lepas tu tak tau la kemana Rizman Ruzaini menghilang kan. Kami terleka jap tengok gambar gambar hasil En. Rafieq di dalam tab nya. Memang gempak uolss. Jom layan gambar di Jurufoto Rafieq ^_^











Dia ada studio di Wangsa Melawati dan insyaAllah akan buka kedai Photo di KLCC. Coloid Photography tak silap namanya.


Last last sempat jugak kita bergambar dengan Qamy Banks. Meriah sangat they'olss bergelak bagai. Kawan kawan dia la lawak sakat kami. 


Dapat jugak gambar yang menjadi setelah berapa kali snap huhu. 



Nah Zuren gambar awak, kita try Pm tapi lambar bebenor la facebook ni yek. Save la save la.. hahaha!


Okey gambar last Si Teha ni nak bergambar dengan SapiDolmat. Abang Hatta yang juga bekerja keras untuk acara ni. Masa berbual sekejap dengan dia, saya tak lepas pandang misai dia. Huhu Hipster sangat tau melentik lentik misai dia macam Mr. Potato!


Jadi sesiapa nak beli secara eksklusive boleh datang ke Sheraton Hotel 6-7 Julai dari pukul 9am ke 9pm. Dan start 8Julai boleh beli di butik First Lady dan secara online di zalora.com. 


Tadaa!



Jemput Like page saya juga The sweet Kurung :)



XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

18 Jun 2013

Nak Putih Punya Pasal

Assalamualaikum,


Perempuan ni kan kalau cakap pasal nak cantik, borak la sampai pagi memang tak kan habis. Nak nak pulak kan sekarang ni ada macam-macam produk la nak cantikkan kulit. Depa penjual ni pandai tau, ambil artis jadi duta, comfirm laku. Tah artis tu guna ke tak produk ni pun, kita mana nak tau kan? Sah sah la depa artis ni dok pergi facial & salon setiap minggu.


Ni ha penangannya, dua botol Aura White sponsored okeh. Ingat tak ada orang nak sponsor aku? Hado. Tapi tak putih putih jugak, hangus terbakar jugak tak padam padam dari dedolu lagi. 


Biar la tak putih pun noks, yang penting botol shaker Aura White ni haku dapat. Setiap pagi marilah bancuh Susu Anlene Perisa Coklat, jangan lupa masukkan 4 ketul ais batu, sedap! Dapat gak kuatkan tulang kan.


Aku rasa lah kan diorang ni beli je formula kat kilang, then tambah perisa tambah perwarna, re'pakaging balik dalam botol, pastu letak sticker jenama sendiri, pastu borong botol shaker kat kilang jugak... Voila! Jadilah satu produk baru. Tak caya? Pergilah search macamana nak buat bisnes produk kecantikkan ni. Untung tau bisnes ni.


Mana mana yang jadi agent kat segala bapak produk kecantikkan ni, sila sila lah buat produk sendiri pulak. Kumpul dana dari sekarang. Jual barang sendiri mesti lagi best kan. Tengok Felina dah buat iklan dah kat TV dah. Kau hado?


Ha ni lagi satu, dah sah-sah la gigi Fazura tu putih berkilau dari dulu lagi, pastu kau buat bleaching untuk iklan Colgate ni. Tampah la putihnya. Hik hik tapi yang beli haku jugak. Yela mana la tau kan dapat putihkan bebetoi ke gigi ni. Fazura kan retis tak kan dia nak tipu kita kan? (-_-)'


Lepas tu kan pergi main salon-salon pulak, kali ni guna teknik BioMolekul. BioMolekul ni sangat sejuk, dia simpan dalam peti yang tempat simpan permanian berhadas tu. Opss sorry kalau salam term, aku memang tak tak ambil paper bioteknology masa SPM dulu. So hentam sahaja.


Antara alatan dia. Tapi kan I dah lupa nama salon facial ni. Somewhere at Kepong. Eh? Useless info meh? I know I know, tah ada berapa ratus salon kat Kepong tu kan. Hehe.


Nanti dia celup putik kapas yang hazabedah besar panjang tu masuk dalam 'termos' ni. Pastu sapu kat muka. Sejuk gila kau. Berasap-asap la kapas tu sebab benda ni -35 Darjah Celcius macam tu.



Actually I ambil gambar dalam bilik staff dia. Boleh pulak kan? Servis dia best... I mean rawatan dia. Tapi dia punya kelengkapan dan facilities I bagi 2 bintang sahaja. Pekerja tak pakai uniform, tempat rawatan tak cukup privasi, tandas ada satu je. Tak ada bilik mandi. Kalau ada pun tak tau kat mana mungkin khas untuk rawatan spa je kot. Lepas tu tak ada muzik calming, ada staff lelaki kat kaunter, ahh tak best lah. So I tak teruskkan di salon ni.



Buat masa sekarang stay dengan Beauty Century je yang guna teknology nano. Best salon ni besar sikit dan dua tingkat. So lelaki dilarang naik atas okay. Kat Kepong jugak. Nanti kalau ada masa saya share entry kat Beauty Century ya. Bye!

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

30 Mei 2013

Baju Raya Kain Kepok Kepok Ala Duyung Flowy Habis

Assalamualaikum, 


Saya tak tau nak letak tajuk apa. Letak tajuk "Zandra by The Sweet Kurung" nanti macam tak best semua xnak baca. Marilah buat tajuk gedik sikit uolss...baru meriah! Ni akak nak promote sikit baju yang akak jual dik non, nama dia Zandra. Gedik kan letak nama kat baju. Ala kalau letak KOD 356423 nanti tak ke juling nak menghafal. Saya pun pening kalau guna KOD KOD ni.


Baju ni bukan peplum tau, sesiapa yang dah banyak koleksi peplum, marilah kita berjalan persis Fazura di Carpet merah. Setiap langkah penuh hati hati ketika menggayakan baju ni, takut tergolek dek kain kepok kepok dia. Tapi hasilnya memang wow. Semua orang pakai peplum, awak pakai kurung kepok kepok ni, tak ke glamour uolss di hari raya.


Cakap banyak pun tak best, jom layah baju ZANDRA by THE SWEET KURUNG a.k.a baju kurung kain kepok kepok flowy ala Fazura.





Material : Chiffon & Satin Lining.
Price : RM230 - RM250
Postage : Rm10 - RM15


Okay tak baju iolss, baju ni tak la ketat sangat tau. Iolss saje kepit dengan sepit kat belakang kasi fit sikit. Hehe. Kalau minat PM kat page THE SWEET KURUNG yek. Tada...!



XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

12 Mei 2013

Racist

Assalamualaikum,


Racist : Weh, kau tau makcik indon jual nasik lemak kat bawah tadi bagi nasi lemak tak letak sambal kat aku, aku baru perasan ni ha. Pastu kan tadi ada budak cina nak beli kat makcik tu jugak, dia kerek gila tak nak duit yang buruk. Orang indon tu pelupa la, yang cina tu pulak sombong. Diorang memang macam tu kan?

Tak Racist : Weh, kau tau makcik jual nasik lemak kat bawah tadi bagi nasi lemak tak letak sambal kat aku, aku baru perasan ni ha. Pastu kan tadi ada budak lelaki ni nak beli kat makcik tu jugak, dia kerek gila tak nak duit yang buruk. Sorang pelupa la, yang sorang lagi sombong. Ada orang memang macam tu kan?

 
XOXO, Azza Azman 
 peluk cium dari azza muah!