31 Januari 2012

Suka Menyampuk

Assalamualaikum, 




Yeah, betul lah tu apa yang korang baca kat tajuk tu -SUKA MENYAMPUK- satu jenis perangai yang amat mengjengkelkan. Saya yakin semua mesi pernah berhadapan dengan masalah perangai ini samada rakan korang atau pun korang sendiri. Pernah leteww.. hew hew hew..


Kebiasaan nya sikap yang suka menyampuk ini diikuti oleh beberapa lagi perangai tak terkata kejengkelannya iaitu -TUNJUK PANDAI- dan -PERASAN BAGUS- dan  -TAK BOLEH TERIMA PENDAPAT ORANG LAIN.


Okay kalau korang ikut dari awal blog ni, mesti korang tau yang saya menulis untuk memperingati diri sendiri sahaja, janganlah kecil hati dan bermuram durja. Yang baik ambil pengajaran, yang jengkel kita elakkan sahaja.




Teruskan membaca. Ini dalam situasi yang biasa kita alami.




Berita Terkini
Ko tau Fasha Sandha seksi gila kat Bali, dia pakai.... (tak sempat habis)


Weh slowpoke nya ko, aku dan tengok berapa kali dah gambar dia pakai bikini tu, ko tau dia pergi dengan bla bla bla bla........tak malu bla bla bla... jejai nora danish kan bla bla siput..




Parasan Sama
Makcik dulu suka melaram, Azza tau tak makcik buat rambut macam.... (tak sempat habis)


Hey, mama Azza dulu pun macam tu tau makcik, macam makcik jugak lah Mama suka buat rambut ala Saloma, kalau nak tau dia pun macam makcik, selalu menang ratu kebaya kat kampung... makcik nak tau bla bla bla bla.....




Lebih Hebat
Aku rasa aku nak bercuti g.... (tak sempat habis)


Hello mesti ko nak g Bandung kan? Ape kelas? Jom ikut aku g Paris. Itu pun kalau kau ada budget. Bla bla flight bla bla air asia tak main bla bla shopping louboutin bla bla makan eclairse....




Ubah Topik
Okay semua cerita pasal lelaki idaman kan, kalau aku pulak suka macam... (tak sempat habis)


Weh korang dah siap assignment tahun lepas? Aku tak reti dowh.. susah gilos!




Warghhhhh situasi yang 'ubah topik' tu paling hazab, sakit hati je kan. Pastu semua lupa apa yang kita nak cerita tadi, kalau diorang ingat pun kita dah tak de mood dah. Keh keh keh. Wassalam.




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

30 Januari 2012

Karaoke Lagu Kisah Hati - Alyah

Assalamualaikum, 




Azza sebenarnyadah lama gila lagu ni, kalau tak kerana lagu Awan Nano, Seribu Sesalan dan Sedetik Lebih yang boleh tahan sedapnya, Azza memang ingat lagu Kisah Hati dari Alyah ni menang. So sebab yang lain pun hebat jugak, tak harap apa-apa ah. Tapi last sekali dapat persembahan terbaik....yeah!




Pastu, saya terberangan jugak kalau-kalau si Remy Ishak muncul atas pentas buat macam dalam video klip Kisah Hati. Tapi tak kan lah Ramy nak datang kot. Sekali bising bersorak semua dia memang datang weh! Wuwuwuw...




Jom layan karaoke lagu Alyah sebentar mengenai cinta yang tak sesampaian...buzz!






Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

27 Januari 2012

Sebab Pahala

Assalamualaikum,




Harini nak buat kuih lah, boleh hantar rumah jiran sikit, mana lah tau anak bujang dia suka kat aku. Untung ler aku.. 
(kalau makcik tu tau habislah aku keh keh keh)


Assignment ni baik hantar awal sikit, biar lecturer tau ingat rajin. Dapat lah markah bonus sikit kot. 
(mintak mintak Prof tak tau niat aku)


Jalan jalan sambil dukung baby ni biar nampak polos dan nampak aura keibuan. Mesti semua orang pikir aku sweet. 
( jangan kantoi sudah, malu beb)




Malam ni nak solat berjemaah lah, untung-untung dapat 27 kali pahala. Lepas tu nak sedekah durian sebakul kat masjid, dapat lagi pahala. 
(....................)




Tadi Azza dengar ceramah dalam radio, buat lah sesuatu ikhlas demi Allah swt, bukan berniat sesuatu waima kerana pahala sekali pun. Kerana pahala itu urusan Allah.




 XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

25 Januari 2012

Bengang Dengan Peniaga Melayu?

Assalamualaikum, 




Saya pernah terbaca kisah seorang Yahudi ni, sangat menyentuh hati. Bukan lah sokong Yahudi, cuma kesal kenapa bangsa Melayu  tak macam mereka. Begini,,,


Ada seorang Yahudi baru tiba di Airport di US, dia mencari-cari teksi untuk ke destinasi. Di situ ada 10 buah teksi sedang menanti pelanggan. Dimulakan dengan teksi depan sekali, orang Yahudi itu bertanya kepada pemandu, "Adakan kamu orang Yahudi?" Jawab pemandu tu "Tidak.." Orang Yahudi tu beredar dan terus ke teksi di belakangnya, dia menerima jawapan yang sama. "Adakan kamu orang Yahudi?" Jawab pemandu tu "Tidak.." Akhirnnya, dia tiba ke teksi yang kesepuluh. Apa ke payah bebenor nak naik teksi pokcik ni.


Tiba di Teksi yang kesepuluh, dia tanya macam biasa, "Adakah kamu orang Yahudi wahai pemandu taksi yang kacak bergaya?" Pemandu itu jawab "Iya aku orang Yahudi", hmm baru lah pokcik masuk setelah letih berjalan dari teksi ke teksi. Yang pemandu tu pun pelik, "kenapa pakcik tak naik je teksi teksi tadi, apa diorang tak boleh bawak pakcik ke tempat yang pakcik nak ke?"


"Erm tak ah, sapa pakcik try cari bangsa pakcik sendiri, sebab orang bangsa kita (yahudi) ni sikit je, kalau kita tak tolong bangsa sendiri nak harap siapa lagi?" Jawab pakcik Yahudi itu.


Cerita ni pengajarannya, bukan lah saya nak korang jadi rasics, tidak tidak. Cuma kita buka mata kita jangan terlalu sombong dan kurang percaya dengan kemampuan Peniaga Malayu. Macam dah ada skekulasi sendiri bila jumpa dengan Peniaga Melayu. Peniaga Melayu nak cepat untung, tak hormat pelanggan, barang mahal, bla bla bla... Saya pun selalu berhadapan denga kes macam ni. maluat jugak. Tapi tak semua macam tu sebenarnya.




Ada seorang Forumer yang juga seorang CEO/ Usahawan bagi cadangan...


Kalau kita tak puas hati:


1.BERITAHU USAHAWAN Tersebut.jangan beritahu pekerja..mungkin pekerja akan buang tong sampah.tapi usahawan akan ambil berat aduan/komplen pelanggan.kajian aku menunjukkan majoriti usahawan akan ambil berat aduan…

2.buat pilihan dengan bijak.

3.jangan marah jika kena harga mahal.jangan pergi lagi ke situ.

4.jangan burukkan pengusaha tersebut.mungkin kerna sikap kita,mereka bangkrap dan papa kedana..kasihanilah mereka kerna mereka juga seperti kita,ada tanggungan dan sebagainya.

5.gunakan hak sebagai pengguna.boikot/buat aduan kepada tribunal pengguna.setakat ini aku belum jumpa kes orang buat aduan sebab makan mahal.x taw la kalau aku silap.

6.bersangka baik.mungkin usahawan tersebut anaknya mengidap sakit jantung dan perlukan kos rawatan yang mahal dan mereka ambik untung lebih sikit untuk menampung kos perubatan anak .
7.niatlah sedekah.setiap sen yang kita sumbangkan untuk usahawan islam adalah sedekah.

8.fikirkan masa depan bangsa melayu.dalam bisnes,bangsa lain kuasai 80 % dan melayu hanya 20 %.

9.jika kita tidak menyokong bisnes bangsa sendiri,siapa lagi?

10.cari alternatif.jika makanan mahal di kawasan kerja,bawalah bekal.mulut pun x kecoh,hati x panas,pahala pun dapat,dosa pun tiada.

11.banyakkan bersabar.fikirkan kesusahan seseorang usahawan…macam usahawan restoran,4 pagi dah bangun pi pasar borong sebab nak dapatkan harga lebih murah dari pasar biasa.bayar premis,bayar pekerja,sediakan mcm2 untuk pelanggan.pelanggan datang makan dan bayar,kemudian pergi dengan senang…

12.jangan terpengaruh dengan ayat “customer always right”.ramai pelanggan menipu dengan pelbacai cara.contohnya beli laptop dan jatuh pecah,tp masih ada warranti,dia minta tukar baru sdgkan dalam perjanjian warranty,jika jatuh,mana boleh ambil ganti.
Pernah ada pelanggan beli blous premis lain dan nak tukar kedai aku dan mendakwa ia dibeli kedai aku.kedai aku semua ada cop harga dan nama kedai…dah beribu pelanggan aku jumpa..macam2 karenah.

13.fahamilah bahawa hanya usahawan yg memahami betapa susahnya kehidupan seseorang usahawan.pelanggan tidak pernah merasai pahit manis kehidupan usahawan.mereka hanya mahukan harga murah tapi berkualiti..dalam dunia ini,tiada benda berkualiti dan murah!

14.apabila menulis dalam forum /fb hingga menyebutkan nama dan lokasi,ia dikira mengumpat dan mengumpat adalah dosa besar.jika org diumpat tidak memaafkan,pergilah haji 100 kali dan bina masjid 100 buah,amat susah menemui syurga….kerna dosa mengumpat tidak akan terhapus selagi manusia diumpat tidak memaafkan.



Kredit to GuaAnakMelaka
Source Dari Sini


Kang tak pasal-pasal ada yang bankrup sebab kita. Minta ampun ler bebanyak tapi memang ada kes usahawan bankrup sebab pelanggan sendiri. Ada makcik ni pergi pasaraya, berusaha dengan anak dia geledah rak Mee Kuning nak cari mee buatan cap Ah Keong yang belum pasti halal haram, katanya sebab mee Ah Keong ni tahan lama. Iya memang Mee buatan Melayu tahan 3 hari je, tapi Mama saya tetap beli sebab tahu ia takde bahan pengawet dan HALAL.
Nasi ayam ada ganja
Tomyam campur air rebusan sependa
Nasi lemak ada lipas
Cashier bermuka garang  
Ada yang tak puasa hati tapi pengecut sebenarnya, ni nak cerita pasal orang yang jaja cerita kat orang lain tentang makanan ada ulat lah, harga mahal siap hasut kawan jangan pergi tempat tu, tulis kat Blog hentam kedai tu siap bagitau nama alamat semua... Alahai kesiannya. Kalau IQ tinggi pergilah terus terang kat diorang, cuba bagi sms, nota kecik ke, tepon ke, email ke. Kalau diaorang degil jugak report je kat Tribunal Pengguna. Okay?




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

17 Januari 2012

Fasha Sandha dan Nora Danish Berlakon di Paris

Assalamualaikum, 




Amboi industry seni Malaysia sekarang dah maje ye, drama TV pun dah buat kat luar negara. Bukan indonesia bukan singapore tapi Paris u all....!





Sinopsis 5 Tahun 5 Minit 

Sinopsis tak dapat dikesan

angan lupa saksikan drama "5 Tahun 5 Minit" 
Setiap Isnin - Khamis, pukul 11.30 pagi, 
mulai Rabu 23 Mei 2012 di TV1.
Jom layan gambar je lah hehehe














Sinopsis Ariana Mikhail


Drama Ariana Mikhail bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.

Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dariAmerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah.

Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah.

Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Saksikan Ariana Mikhail mulai 16 Januari 2012 pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.30mlm dgn barisan pelakon yang mantap seperti Nora Danish dan Hussein Ruffedge.






Mood sekarang tengah bengang dengan Drama Bicara Hati, bertahun kutunggu sekali keluar drama macam quality drama spektra zaman 90-an dulu je. Baik layan Vanilla Coklat laju sikit ceritanya. Apa-apa pun cerita Bicara Hati, Ariana Mikhail dan Vanilla Coklat semua ditayang serentak padam malam Selasa. Layan....




XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE