13 Mac 2013

Surat Buat "Surat Buat Hijabista"

Assalamualaikum,


Ini bukan surat buat majalah Hijabista, tetapi surat buat surat buat majalah Hijabista. Ala yang baru baru ni tersebar di Facebook tu. Ada benarnya kata kata dari "saudari yang concern", tatpi tidak semuanya saya sokong.Setiap kejadian sesuatu pasti ada baik dan buruknya. Majalah Hijabista tidaklah seburuk seperti yang dianggap oleh sebahagian wanita muslimah di luar sana.


Memang benar, ada fesyen yang melampau lampau sampai tahap model muslimah kena lilit ular sawa keliling leher. Terkezuk mak! Kau ada nak lilit ular? Lilit shawl pun aku tak larat, sebab tu main sarung tudung bawal je.


Dan benar, pengisian majalah itu hanyalah tentang fesyen dan iklan yang melambak lambak. Nama pun Hijabista. Orang yang gila fesyen hijab (erti kata hijab zaman sekarang-asal tutup kepala) bolehlah beli majalah ni untuk rujukan. Mana yang nak pergi dinner, tapi tak mau pakai kurung dengan tudung bawal rm10 boleh jugak rujuk majalah ni. Fesyen dia cantik. Plus model photoshoped.

iklan ~the sweet tudung~
rm30

Tetapi saya lihat, ada jugak kebaikkanya seperti ramai wanita yang liat nak bertudung, sudah terbuka untuk menutup rambut cantik mereka tanpa perlu risau kelihatan mak cik makcik. Al maklumlah, memang ada wanita yang tak nak bertudung sebab rasa tudung tak cantik. Soal ikhlas tak ikhlas sukar dibincangkan. Memang wajib itu kadangkala terpaksa. Bila mereka bertudung sebab rasa tudung zaman sekarang itu cantik, itu sudah bagus. 


Satu helai rambut kan satu dosa, sorang lelaki bukan muhrim tengok satu helai rambut satu dosa. 100 orang lelaki tengok 10,000 helai rambut kiralah sendiri. Bila wanita ini menutup rambut mereka dengan shalw lilit lilit pun, cuba kira berapa dosa dapat dikurangkan. Islam bukan matematik, saya tau. Tapi tak apalah, its common sense kita manusia suka berkira-kira.

iklan ~the sweet kurung~
 rm160

rm160

Saya lihat, ramai artis yang tak ada cahaya langsung di wajah mereka, pakai kemban sana sini pada waktu dahulunya, sekarang bertudung litup pun kalah kita yang bertudung bawal 24 jam ni. Alhamdulillah.


Mereka mula menutup rambut semuanya dengan selendang sebagai permulaan. Jangan lah pandang remeh pada SELENDANG. Ingat selendang Wardina? Selendang itulah yang Wardina pakai semasa mula menutup aurat dan selendang itu terkenal satu Malaysia. 


Siti Nurhaliza, Warnida, Irma Hasmi, Liza Hanim, Cat Rose, bla bla bla saya tak ingat nama, semua mula dengan selendang. Mula mula tak tutup dada, sekarang dah tutup semua. Alhamdulillah. Kebangkitan tudung yang cantik cantik sedikit sebanyak menarik golongan suka berfesyen untuk bertudung.


Jika nak baca bahan ilmiah, beli sahajalah majalah lain. Nak kesihatan, beli majalah Rapi, nak majalah Islamik, belilah majalah iIslam, soal jawab, dan sebagainya. Kebanyakkan semua majalah ini dari penerbit yang sama sahaja. Cuma zaman sekarang, mereka fokuskan lagi segment-segment dalam satu majalah menjadi majalah lain. Sebgai contoh, segment kesihatan dalam majalah Wanita, mereka keluarkan majalah baru yang dipanggail Rapi. Ini contoh la.. tak sempat pula nak semak majalah majalah dari penerbit mana. 



XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

Mencari Plastik Pos Jualan Online?

Assalamualaikum, 


Ada sesiapa yang mencari plastik berpelekat siap ada poket untuk letak borang pos lagi? Tapi tak perlu ke kaunter pos laju sampai kena bayar rm9 untuk sekeping plastik pra-bayar tu? Ha, ni dia ada sorang kawan kita jual plastik untuk tujuan pos semua color putih, berpelekat dan berpoket.


Quotationnya adalah...


Bagi saiz B5 (paling kecil)

Ukuran 10 " X 7 "

Untuk 50 helai tempahan (size B5):
50helai x RM 0.29 = RM 14.50
Penghantaran = RM 7
Total RM 21.50

Untuk 100 helai tempahan (size B5)
100helai x RM 0.27 = RM27
Penghantaran = RM7
Total RM34

Bagi saiz A4 

Ukuran 10''x 13.5''

Untuk 50 helai tempahan (size A4):
50helai x RM 0.40 = RM 20
Penghantaran = RM 7
Total RM 27

Untuk 100 helai tempahan (size A4):
100helai x RM 0.35 = RM35
Penghantaran = RM10
Total RM45


Bagi saiz A3

Ukuran 17 " X 12 "

Untuk 50 helai tempahan (size A3):
50helai x RM 0.60 = RM 30
Penghantaran = RM 7
Total RM 37

Untuk 100 helai tempahan (size A3):
100helai x RM 0.55 = RM 55
Penghantaran = RM 10
Total RM 65

Bagi saiz XL

Ukuran 21 " X 17 "

Untuk 50 helai tempahan (size XL):
50helai x RM 0.75 = RM 37.50
Penghantaran = RM 11
Total RM 48.50

Untuk 100 helai tempahan (size XL):
100helai x RM 0.70 = RM 70
Penghantaran = RM 20
Total RM 90

Pelekat "Fragile"

Bagi Pelekat "Fragile", harga adalah 15sen sekeping, postage percuma
guna setem, rm5 utk poslaju.

Sample
Jika anda nak try sample pakej kami pun boleh, hanya perlu bayar RM2
bagi sample pack kami yang mengandungi:

a) 1 pcs A4
b) 1 pcs A3
c) 1 pcs XL

Sila nyatakan dahulu size dan kuantiti yang anda perlukan dan kami
akan berikan jumlah sebenar yang perlu dibayar...

Terima kasih.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!

11 Mac 2013

Cerita Rakyat Sabah

Assalamualaikum, 


 Cerita Rakyat...

Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.


Sabah s
...angat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Isteri Brunei bernama Amanilah dirampas Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.

Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.

Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.


Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.

Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.

Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….

TETAPI SULU..laki Sabah yang dulu, nampak nya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu..Adakah ya..

[share drpd Lawrence E. Rebeiro]


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

04 Mac 2013

Barang atau Wang Saku?

Assalamualaikum,


Bayangkan anda teringin nak makan nasi goreng paprik tapi peti ais sudah kosong minta di isi. Iya peti ais zaman sekarang sudah pandai minta diisi bukan perut sahaja ok. Bila anda minta suami anda penuhkan peti ais, dia pergi beli sayur kailan pula. Plus tempe 5 bungkus.


Bayangkan anda mahu ke majlis makan malam dan meminta ibu tolong belikan baju yang cantik. Tetapi bila dah beli, baju tu hanya sesuai untuk ke pejabat sahaja. Kecewa..


Bayangkan anda mahu makan pizza tapi bila dikatakan lapar, boyfriend anda singgah di kedai mamak pula. Bila terbayang bulu tangan si pencanai roti, perut lapar terus terasa sebu. 


Situasi begini selalu terjadi bila tiada kesefahaman dalam hubungan. Yang satu tidak faham kehendak yang satu lagi. Atau bila sudah ada komunikasi, yang satu lagi buat buat tidak faham pula, atau tidak peduli atau malas nak layan atau egokan diri.



Pertama, jika ia tidak disengajakan, kau kena faham dan bersyukur. kalau kau tak cakap, mana orang tahu apa kau nak. Kalau kau banyak lemak suka meminta minta, kau kena berubah. Ingat semua orang nak ikut kehendak kau saja?


Kedua buat si dia yang selalu buat tak faham, berhentilah. Kalau tidak mampu, kalau tidak larat, kalau tiada masa, kalau tak reti, kau terangkanlah elok elok. Berkomunikasi. Kalau kau sengaja tak suka bawa berbincang, kau memang sengaja cari nahas. Esok jika yang satu lagi simpan dendam kau tau kan akibatnya...


Barang atau wang saku? Kalau susah susah sangat, bagi sahaja wang. So dia boleh penuh kan peti ais di rumah ikut kehendak dan mood dia. Dia juga yang nak masak kan? Layankan saja..



XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

25 Februari 2013

Luahan Hati Kepada Peniaga MLM

Assalamualaikum, 

Ini saya berkongsi luahan dari seorang doktor dari laman forum. Sorry Arissa, saya cuma nak pendapat ini dibaca oleh orang lain juga.


"MLM is evil!! It's not a sincere type of business or trading. From the get go, we can already see its pyramidal structure is going to bring out all kinds of forms of supression, opression and even slavery!! It's already banned and illegal in the US, in the UK it's in the process of being banned, the Europe...and one of the factors that brought down the Eurozone to its knees was MLM businesses..can you believe that?


Kalau org putih boleh nampak, kenapa org melayu tak boleh nampak? Nak kata bengap tak juga.. Pegi universiti jugak..
I hate this Hai-O thing, one of my family member Bankrap sbb mender MLM dajal ni..berutang sana sini..tertindas..
It is lurking with evilness, selling through indirect force and opression!
Yang atas2 upline tu jadi lintah darat sedut jer darah sampai kering..dasar mata duitan!! Bila org marah, counter attack, condemn, kata kat orang jgn dengki orang lain punya rezeki periuk nasik... Banyak cantik?? Yg korang ingat carik rezeki lagu tu halal sgt lah menindas, menipu orang lain??


Yang paling saya pantang, is MLM health products... Saya ni doktor kat hospital, tiap2 bulan dok jumpa patient masuk ward sebab liver failure, kidney failure, side effects sbb herbal products MLM-4life lah, alpha lipid lah, gluthathione la, transfer factor lah, herbalife lah, hydroxycut lah....memanglah kesian, nak marah pun ada, tapi diorang makcik2 pakcik2 tua yg tertipu dengan mala'un2 MLM ni...


Woii, orang MLM korang tak sedar ke yg korang jual tu bokeh mrmbunuh orang lain!! Sedar la sikit, kalau sabit kesalahan boleh consider second degree murder tau!!


Yg pakcik makcik ni dok la cari nafkah tiap2 bulan forking out huge amount of cash nak beli pil2 kesihatan MLM ni, when diorang tak sedar, lagi membahayakan kesihatan diorang...You tindas dgn bebanan cost beli barang tu, you tipu kata pil2 ni mujarab boleh sembuhkan penyakit mujarab, you bagi diorang masuk hospital pertaruh nyawa diorang!!


Aku cerita dua kes patient yg aku jumpa kat hospital ehh:

1. Patient ni dok makan warfarin, diabetic meds, segala maknika penyakit ada. Dia beli pill transfer factor baru seminggu, terus masuk hospital sbb bleeding besar haematoma kat kaki dia. Tengok2 INR sampai 8. Kidney failure pulak lagi. Sapa malaun MLM yg jual transfer factor tu mmg mangkuk ayun, kalau mati patient ni macam mana?

2. Patieng mmg ada penyakit buang pinggang sebab SLE, dah bertahun2 sihat walafuat dok mkn steroid dan immunosupressant, tetiba kena approach alpha lipid... Kata bagus utk buah pinggang bla2... Tiba2 patient jadi penat lelah tak boleh bernafas, letih lesu, kaki bengkak2...tak boleh tidor mlm sbb sesak nafas..tanya penjual MLM alpha lipid...boleh diorang kata 'dont worry, nanti hilang la tu, tu namanya HEALING CRISIS'....healing crisis mangkuk hayun kau... Patient tu dtg hospital dgn nephrotic syndrome, glomerulonephritis, acute left heart failure... Sapa nak tanggungjawab Nih??


Sesapa kata MLM tu bagus kalau buat betul2..,THINK CAREFULLY... How are my actions will affect others from here onwards??
Ko agak2 further down the line tu ada harmful effects tak??


Sesapa MLM nak mai promote kat saya or family saya... Be prepared, im going to grill you until youre fried, bone-dried until not an ounce of water droplets left in your body!!


Geram sangat2....first Hai-O, then transfer factor, then alpha lipid... Ni mende2 yg dah affect family member aku!!


Adik aku pulak nk beli corset premium beautiful apa ntah.. Ada teknologi FIR infra red, boleh bakar lemak.. WHAT A LOAD OF CRAP!!!
Toksah mengada...


Ada sesapa MLM yg tak puas hati, boleh message saya... Im ready.. "


Sekian.


XOXO, Azza Azman 
peluk cium dari azza muah!