Salam,
Sekali lagi mungkin apa yang saya nak cakap ni akan mengecilkan hati orang lain. Nak cakap segan, tak nak cakap rasa bersalah pula. Tapi memang tak cakap pun, tulis je kat entry ni.
Saya sebenarnya menyeru sangat kat semua kawan-kawan termasuk saya sendiri, rentikanlah sebarkan gambar-gambar yang menghina Agama Islam. Apa yang kita dapat bila kita upload gambar tu dok ada dalam blog kita? Mungkin nak ajak komentor lain utuk individual terbabit secara berjemaah kot?
Iye ramai yang dah tau pasal makcik mental tu. Bila dah tau kena lah nasihat secara general sahajalah, itu pandangan saya. Tak perlu kot nak tepek sampai 6 5 keping gambar lady gaga, kaabah diedit dan sebagainya tu. Tak pasal tolong sebarkan sekali.
Nanti, seronoklah makcik mental tu kita dok tolong promote dakyah dia lagi. Pastu tak cukup dengan itu kita siap bagi link lagi. Seolah-olah "Marilah kawan kawan kita serbu blog makcik tu jom" Hehee..
Lagi satu isu website bible tu. Tak perlu lah saya cerita macamana nak masuk website tu. Semua blogger dah tau. Yang tak tau, saya tak nak lah ajar. Tak memberi kebaikkan pun. Nanti dari 100 Muslim yang terbukak, jadi 10,000 Muslim bukak. Sebab kita yang tolong kecohkan.
Cuma nak cakap, iya memang betul banyak anasir luar yang berniat nak jatuhkan agama kita. Apa yang perlu kita buat adalah kuatkan iman supaye pandai menepis semua hasutan tu.
Tu je nak bebel, bye!
XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE
18 ulasan:
mm betul tu,secara tak langsung kite dah tolong makcik yang sakit mental tu.ape pun harap kerajaan dpt buat sesuatu.jgn biarkan lama2 makcik sakit mental tu bebas.
ye...saya sgt setuju... saya dah pon dah deletekan isu blog bible tu...huuu...x pasal2 jadik penyebar utama, bukan boleh buat apa2 pun...
sokong :) thumbs up
YELA, KALAU BUAT MACAM TU SEUMPAMA KITA PON DUK HINA ISLAM GAK KAN..
Bak kata org, anjing gila usah dilayan... sama mcm kes makcik mentol malap tu.
Insya-allah, sekiranya iman (moral) kita kuat maka jiwa (rohani) kita tak akan sekali pun terdetik utk goyah kpd perkara di luar Islam apabila didedahkan dgn pelbagai keseronokan duniawi... ini baru di Malaysia, belum lagi merantau di negara luar :)
sangat2 setuju mkin byk yg tulis entri psl org gila tu...actually kita sebenarnyer da promote dia..hiks
tu la pasal...aku dah ckp dah dulu... korg patut report,bukan share tapi diorg ni pentingkan seo je... bukan pentingkan agama... aarrgghh... stress..
Ratu sendiri tak pernah bukak pun website hajjah tuh n website buang hruf 's' tuu..x dapat ape manfaat pun..skait hati adalah. cukuplah sekdar tahu je ape benda tu, tapi kalo xde kebaikan, kite doakanlah kebaikan dan perkuatkan iman kita..
pesanan yang ringkas tapi bermakna. sbb tu sy elakkan perkara mengenai keagaaman di blog. agar terhindar daripada melakukan kilaf yg mungkin kita sendiri tidak sadar. :)
mmg pun sal website bible.drpd xtau jadi tau,then bla dah tau sure try buka.makin rmai tau mkin rmai la try bka.
soal agama dipersenda dan dipermain begitu saja. harapnya generasi mendatang tidak terpengaruh
bila baca komen2 org kat mak cik tu, aduhai... sedih asenya...org Islam bukan main duk menyumpah seranah carut segala.Islamkah?
nak like 1000 kali entry nie. kengkonon nak up trafik blog sendiri, tapi sebenarnya tolong promote blog dakyah makhluk sewel. tu belum lagi pasal si polan nun si polan ni putus tunang. tak abis2 menangguk di air keruh.
setuju . kadang2 kita ni nak teruja lebih sangat . sudah nya , yang jadi lain .
kalo kte bukak, baca, mcm kta pun dah trjebak dgn prangkap org kafir. -.-'
Harith iskandar : Tulah harap die dapat diberkas akhirnya!!
Ary : Wah bagusnya kamu dah delete isu itu...
Nurul : Thanks sebab support
Fakarepain : betul seolang kita pun hina islam jugak..
Jo : Huhu anjing gila usah dilayan, makin dilayan makan syok la dia.
Hunny : tak pasal kita pulak promote dia kan?
Ratu : Iye, kuatkan iman jelah kan..
Thinker ali : Bermakna ke pesanan ini? Thanks kawan.
Mimiey : Makin ramai yang tau, tak elok lah kan...
Ihsan arifin : Soal agama sensitif, baik pikir dulu sebelum bertindak
Yana : hehe bestnya kalau ada 1000 LIKE hehe
Heroic : Teruje bebenar nak sebarkan..
Syada : Kita yang tolong pasang perangkap tu. elok report je kalau betul salah. Asalkan dia tak ganggu kita, kita coll je okay.
nice thinking
aku sokong apa yang kow tulis tu.Sekarang ramai orang yang guna internet untuk memusnahkan umat islam
Catat Ulasan