20 Ogos 2011

Wajib Baca Segalanya Tentang Contest

Salam,


Haritu dalam entry Punca Tak Pernah Menang Contest saya telah menerima bermacam-macam pendapat yang bernas dari pengomen entry tersebut. Semuanya sangat sporting dalam melontarkan pendapat. Saya juga berniat nak design banner dan tepek di sidebar saya. Jadi saya memilih komen dari seorang blogger bernama Nida. Komen dia memang perghh.... mantap gila. Kira lengkap dia urai satu persatu isu yang ada dalam industri kontes mengontes ni. Hehe. Sila baca pendapat dia tentang isu Contest.


Komen Terbaik Blog Chempaka Sari
Nida berkata...


Salam Ramadan.
Melalui pemerhatian dan pengalaman sebagai peserta:

1. Ada yang suka masuk banyak tapi bak kata penulislah, entry kurang berkualiti.

2. Ada yang suka copy hak cipta orang lain untuk jalan pintas menang dengan mudah.

3. Ada yang buat bersungguh-sungguh dan boleh dilihat pada hasil penulisan entrinya.

4. Ada yang suka jadi peserta yang terawal (dengan harapan moga dapat hadiah peserta terawal).

5. Ada yang suka join di pertengahan atau last minute, terutama andai pemilihan dilakukan dengan random.org.

6. Ada yang suka masuk jenis contest kerana kebiasaannya konsep ini lebih berat dan memerlukan entri yang kreatif untuk menang, jadi peserta tidaklah ramai sangat, sekaligus persaingan kurang.

7. Ada yang suka masuk base lucky draw,giveaway sebab mudah dan tak pening kepala nak karang ayat berjela-jela.. kalau kalah pun tak rasa terkilan sangat sebab kebiasaannya hadiahnya pun simple.

8. Ada yang masuk sebab kawan yg anjurkan dan ada juga sebab hadiah yang ditawarkan.

Macam-macam jenis peserta dapat dilihat, namun begitu ada juga pelbagai jenis penganjur seperti:

1. ada penganjur yang serius, ambil markah secara details dan check setiap peraturan sama ada diikuti oleh peserta atau tidak.

2. Ada yang sambil lewa, tak terlalu strict janji masuk, ada entri biarpun kontot dan follow dan cukup.

3. ada penganjur yang hanya targetnya nak kumpul follower atau like page FB mereka sahaja.

4. Ada penganjur last minute baru terjah entri peserta, kemudian mulalah adili secara sepintas lalu.

5. Ada penganjur yang sudah awal-awal lagi ambil markah dan judge peserta mengikut kriteria tertentu.

6. Ada penganjur yang ambil pemenang dalam kalangan rakan-rakan rapat mereka sahaja, ketelusan pengadilan tidak ada.

7. Ada penganjur yang letakkan syarat yang mudah dan ada juga yang terlalu berat.

8. ada penganjur yang mesra peserta (inform pemenang) dan ada juga sebaliknya.

Apa-apapun lain penganjur dan lain peserta lain caranya, cuma sekadar cadangan untuk penambahbaikan buat semua:

1. Sentiasa melakukan yang terbaik, menang atau kalah adat pertandingan.

2. Nida juga amat setuju agar tidak digunakan random.org kerana kebiasaannya orang pertama dan paling last jarang tersangkut nombornya.

3. Namun kebaikan random.org pula ialah tiada istilah pilih kasih berbanding secara manual.

4. Pihak penganjur juga perlu nyatakan cara pemilihan pemenang, adakah sebara cabutan undi@random atau base on creative entry, alasannya terdapat sesetengah peserta menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan satu entri, tapi apabila tiba masa pemilihan pemenang, kaedah random yang digunakan, dan bagi Nida ia tidak adil bagi mereka yang telah meluangkan banyak masa untuk menghasilkan entri yg kreatif.

5. Kalau boleh pihak penganjur juga perlulah letakkan satu tarikh pengumuman pemenang akan dilakukan agar memudahkan peserta untuk menyemak, kerana ada sesetengah penganjur yang hanya beri masa 24 jam untuk pemenang melaporkan diri dan andai tidak ada maka hadiah bertukar milik (terbayang andaikata pemenang tersebut ada hal emergency atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan ketika itu) dan lebih baik seandainya penganjur dapat memaklumkan kemenangan peserta pada blog peserta itu sendiri atau penganjur boleh memanjangkan sedikit tempoh pemenang memberikan maklumat.

Pendapat Nida lagi, untuk menang tidak sukar dan juga tidak mudah...
1. Sentiasa melakukan yang terbaik2. Sentiasa berdoa.
2. Gunakan segala anugerah yang Tuhan kurniakan pada kita untuk meluahkannya dalam bentuk tulisan, seperti kemahiran berbahasa, kemahiran "membodek", kemahiran menggunakan segala macam software editing (PS,LR, Photoscape dan sebagainya).
3. Namun andai tersurat kegagalan, percayalah Insya Allah akan ada rezeki kita dilain hari, percaya pada Qada' dan Qadar.
4. Peserta juga perlulah rajin berblogwalking dan memberi komen pada blog penganjur.. andai tiada masa pun just say "hi" atau "salam".wallahualam.
(klik untuk berkenalan)


Apa pulak pendapat korang? Dah boleh buat entry kan? Malah lebih bermakna dari entry saya sendiri di Punca Tak Pernah Menang Contest. Tapi kan bukan dia sorang je tau yang hebat hebat ni, ramai jugak yang lain mantap dalam mengomen. Aak nilailah sendiri di Komen-komen Di Entry "Punca Tak Pernah Menang Contets". Cek cek cekidaut!



XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

12 ulasan:

Nida n' Hanafi berkata...

Salan Ramadan..

Alhamdulillah.. tak sangka luahan pendapat Nida menawan hati Chempaka Sari. Terima kasih kerana menghargai pendapat Nida.

Komen saya sebanarnya lebih kepada pengalaman dan pemerhatian boleh juga dikatakan luahan perasaan..hehe

p/s: blog peribadi saya sebenarnya di radinsah.blogspot.com, yang lain tu lebih kepada contest dan hobi dalam dunia fotografi.

Terima kasih sekali lagi :)

Taufan Bin Ribut berkata...

amik komen tu sebagai pengajaran ^_^


Entri Terkini :Meriam buluh versi moden minimalis glamour

Entri terdahulu :Tips untuk bangun sahur versi
#haramjadah

Tanpa Nama berkata...

terbaik punye komen
amik2 iktibar
lain kali kalau fara nk join contest bole review skit2 komen tu ^^

Unknown berkata...

baguslaa perkongsian ini...apa2 pun jika usaha dengan sungguh2 tmbah2 lagi dari kita sndiri pasti ada hasilnya nnti :)

nuriz berkata...

saya ni rasanya satu kali je masuk hehe tu suka suka je, contest ni di samping nak eratkan silaturahim , penganjur mungkin jadikan benda ni satu cara untk dapat backlink secara tak langsung. memang byk blogger guna cara ni, kiranya dia bagi hadiah kpd siapa yang layak dan ada rezeki dan secara tak langsng dia dapat backlink yg byk dr org yg letak link url post atau blog dia.

Anak Teruna berkata...

OW..macam tu ek..Tq bg ingo..:)

Zul fattah berkata...

oo..macam ni eh..baru tahu..erm.. paptut r aku tak pernah menang...haha,..
x pe pun..aku tak kisah sngat benda ni.. apa-apapun..aku layan entry ni..best..

Tanpa Nama berkata...

eh..klu x silap kak nida ni la yg menang g.a ak wt ai tu ngn ila..hehe

Azza Azman berkata...

mereka ni mesti pakar tentang contest.. sbb tu tau selok belok tentang contest. Sbb tu saya nak dgr komen-komen diorang. Saya jarang masuk kontest

akoo berkata...

wahh pnjg lebar die bg pndpt..hee

oh..tak sukenye kalo pganjur pilih pemenang dpd kwn2 die jep..

ekabukanmakcikkau. berkata...

aku pernah masuk contest yuyu zulaikha . macam gampang tak tengok entri yang aku buat tu . bapak sakai bhahaha . gua benganng ni .

Namee Roslan berkata...

namee pernah masuk contest n org tiru namee punya entry tu. bila namee tanya..dia kata tak tiru padahal sama azza. contest yg top female blogger tu. btw, contest tu apa cerita? dah lama x jenguk. heheh :P