Assalamualaikum,
Saya ni bukan lah baik sangat, since dalam seminggu ada lah 2/3 kali bukak Blog Nara si kaki gossip dan bila ada waktu senggang pasti buka Forum Cari mengadap gossip dan topik topik lain. Di sini selain kaki gossip, ada juga manusia yang berniat baik tetapi disalah ertikan sebagai Ustazah Jadian.
Seperti biasa dalam banyak banyak komen pasti ada satu dua komentator yang berusaha menasihat dan mentarbiyah pembaca pembaca lain mengenai ilmu agama. Yang pastinya mereka akan dimarahi semula oleh pembaca yang lain. Ayat paling popular :
Kalau kau baik sangat kau tak masuk blog gossip!
Tak perlu la nasihat orang lain, cermin diri kau dulu!
Kalau tak suka gossip jangan baca...!
Untuk alasan Kalau kau baik sangat kau tak masuk blog gossip! saya rasa tak perlu kot. Nanti kalau JAKIM pergi serbu kelab malam boleh ke sound balik "kalau tak nak maksiat jangan masuk kelab ni!" Acaner tu boleh ka? Nak berdakwah ni tak kira la kat memana pun kan, kalau setakat nak berdakwah kat masjid sudah tentu tentu orang yang kat masjid sudah terbuka hatinya untuk mendekati agama.
Bagi komen Tak perlu la nasihat orang lain, cermin diri kau dulu! memang tak apa apa. Kalau nak tunggu diri sendiri sempurna dahulu baru boleh nasihat orang lain, alamatnya hancur la umat islam. Kan masing masing ada kekuatan dan kelemahan diri. Jadi kau ingatkan aku, aku ingatkan kau. Kalau aku suka mengumpat, kau ingatkan aku. Kalau kau tak puasa, aku ingatkan kau pulak. Tak perlu tunggu semua ibadah sempurna baru boleh nasihat orang lain.
Yang ketiga, saya pelik la kenapa mereka dimarahi pula. Mereka pun, kalau tak nak dengar nasihat tak perlu la baca komen tu. Mereka sendiri cakap Kalau tak suka gossip jangan baca...! so kalau mereka tak suka dangan komen nasihat, tak perlu la ambil port kan?
Jadi saya layan je benda benda lagho begitu tapi tidak pula sakit hati bila ada komen seseorang menasihat kita. Dah dia cakap memang betul nak sakit hati sangat pasal apa kan? Hehe. Tapi memang kelakar la kadang kadang komen dari tukang komen tu. Tak ambil serius pun : )
Oh ya, saya dah lihat video Oppa Gangnam Style dan Suasana Gangnam Raya. Memula rasa tak berminat tapi mentang mentang internet laju kat rumah saya tengok juga. Oppa Gangnam Style tu taka da apa yang menarik pun. Biasa je. Tapi Suasana Gangnam Raya sangat best, bukan sebab lagunya tapi kemeriahan dan perpaduan family dalam menyambut hari raya tu tersangatlah awesome!
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE
15 ulasan:
Dah tengok Super Kg Style?
biasa la tu azza. hehe
oppa gangnam style di katakan satu posisi seks?
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/08/oppa-gangnam-style-merosakkan-umat.html
hehe lama tak masuk Cari Forum. T_T
saya pun tak rasa ada yang menarik dalam oppa gangnam style tu..tapi yang suasana raya tu, memang meriah tengok..lagi syok part diorang nyanyi lagu raya tu...
yg nak menegur pun biarlah tengok diri sendiri dulu
biasalah manusia :) kita yang ada ilmu ni kena banyak bersabar.
tegur salah tak tegur pun salah..boleh pakai lg ke ayat tu?
akk pun suka tgk suasana gangnam raya tu..mmg happening gila family diorg.
bg sy apn oppa gangnam style tu pn biasa je lh...sexy lady je byk..tp tu lh..org kapir kelantakkan lh kn..
patutnya kena la bsyukur bila ada y menegur..tanda ada org amik berat & prihatin...he3
takde istilah kubur masing2..sebab bila ada org meninggal,sure org y masih bnyawa y uruskan..kan3,,
salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.
http://muslimbazaar.mnmall.me/
em entah la. kadang2 nak bagi teguran tu mmg boleh tapi nada suara dan percakapan tu nak kena jaga juga sebab kalau nada tu tegas sangat...nampak macam si pemberi nasihat tu mcm perfect sgt pulak dan tak pernah buat salah. tapi tak perlu kot nak guna ayat cermin diri dulu sblm nak nasihat org..kita sesama manusia,, saling nasihat apa salahnya :)
setuju dgn apa yg azza tulis :)
memang best kan suasana gangnam raya. bestnyaaa kalau family ramai mcm tu..
sekarang pengikut jadian pun ada...siang lain malam lain...
setuju2...tkkan nak tgu jadi ustaz baru kita nak start kan...
Catat Ulasan