Assalamualaikum,
Sebelum sy bawa anda ke pengalaman misteri ini, sy ingin sekali membuat
pengumuman bahawa sy (dengan nama pena Cik Es) mengakui bahawa
keseluruhan cerita ini adalah asli, berdasarkan pengalaman sebenar yg sy
alami sendiri. Jalan cerita telah diolah dalam bentuk penceritaan
ala-ala novel, menggunakan bahasa santai bagi membawa anda "mengembara"
ke pengalaman ini. Atas nasihat beberapa individu, untuk kebaikan
bersama, maka sy sebagai pemilik sebenar/idea asal cerita ini, sama
sekali tidak membenarkan cerita ini diolah semula untuk tujuan
keuntungan, tidak kira sama ada diolah semula dari segi jalan cerita
atau mengambil plot asal cerita ini, untuk mana-mana tujuan komersial
tanpa pengetahuan dan keizinan sy.
Sy hanya membenarkan cerita ini "di copy paste", dikongsi di email atau
mana-mana ruangan forum lain,atau mana-mana medium, dengan syarat
meletakkan kredit asal pada link thread ini. Hanya ada dua syarat -
bukan dengan tujuan keuntungan dan kredit pada link asal. Terima kasih
atas sokongan semua yang menjadikan thread ni di antara yang menjadi
pilihan utama pelawat Cari Forum. Sy pada asalnya tidak pernah menjangka
akan sambutan ni.
Utk pengetahuan semua, sy bukan seorang penulis profesional. Sy hanya
seorang gadis biasa yang bekerja di salah sebuah restoren yang
menjadikan dunia penulisan sebagai minat utama sy. Moga cerita ini,akan
jadi iktibar. Semua yang baik datangnya dari Allah Taala,yang buruk itu
datang dari sy sendiri. Salam..
Ikhlas - Cik Es (kredit to Cik Es dan Forum Cari)
..................................................................................................................................................................
PART III
Sambungan dari PART I & PART II ....
Aku terkedu mendengar ungkapan itu,sweetheart? Bukannya aku tak
merasakan sesuatu yang lain dalam perasaan aku pada Danny, tapi entah
lah, kadang2 aku rasa Danny treat aku seperti kawan saja, kadangkala,
lebih dari itu. Atau.. mungkin aku yang perasan lebih kot, kadang2 ada
ketika dan waktunya bila seorang lelaki beri perhatian yang lebih,
disalah anggap sebagai menyimpan perasaan dan sebagainya, dan aku tak
nak lah termasuk dlm golongan yang salah anggap tu. Aku buang jauh
perasaan tu, mungkin hanya gurauan dari Danny je, bukannya dia tak
pernah panggil aku sayang di saat aku marah, tapi semuanya mungkin hanya
sekadar gurauan. Aku selesa berkawan dengan dia,seorang yang tak
pentingkan diri dan sentiasa memberi keutamaan pada org yang lebih
memerlukan. Jiwa nya sensitif,ya. Kadang2 mudah tersentuh. Mungkin
pengalaman yang dilalui,membuatkan hatinya begitu.
Seperti yg dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Kali ni,baju tak
sama warna seperti dalam cerita aku yang sebelumnya, Danny agak lewat
daripada waktu yang dijanjikan, singgah isi minyak kereta katanya. Danny
yang aku kenal,seorang yang suka mengusik dan sukar untuk melihat
mulutnya tu berhenti bercakap, macam bertih goreng bak kata org, tapi
malam tu, Danny agak berbeza. Dia diam. PMS ke apa budak nih, aku pulak
yang rasa tak selesa,sebab aku tak tau macamana nak mulakan perbualan
dengan Danny,yang hanya membisu.
Danny berhenti memandu dan parking kat tepi jalan. Aku sedikit takut,dah membayangkan yang bukan-bukan.
"Just nak inform awak,tapi...jangan panic ya,please?" Danny memecah sunyi.
Aku agak tertanya-tanya kenapa Danny mcm ni, ini betul Danny ke atau..
ah sudah, perkara lain pulak terbayang dalam kepala otak aku nih.
"Sha.. tadi.." Danny agak sukar untuk teruskan.
"Awk cakap je kalau awk rasa awk perlu bgtau,tapi.. kalau awk nak simpan
as privacy,sy faham. Awk tak perlu beritahu apa2 ok" aku cuba untuk
redakan diri dia,yang nampak sedikit tak tentu arah. "Tadi sy nampak
nenek berkebaya tu,duduk kat belakang" kata-kata Danny mcm halilintar
je, telinga aku rasa berdesing. Danny tak menoleh ke arah aku, dan tak
jugak menoleh ke belakang, cuma pandangan nya terus ke depannnn je,bulu
roma aku meremang.
Perlahan-lahan,aku cuba melirik ke belakang. Tak tau kenapa aku mcm
berani sgt lah konon, tapi bukan kah bila kita takut, kita memang selalu
check apa yang ada di belakang kita kan? Ini lah yang berlaku pada
aku.Mula-mula,aku langsung tak nak toleh. "Masih ada lagi ke err...dia
kat belakang ni?" aku tak tau la nape aku ni jenis suka betul tanya
soalan tak kena tempat.
Danny mengangguk dan melihat aku dengan menggunakan ekor mata nya je,tp
langsung belom bergerak sangat. Aku menahan nangis. Dengan perasaan
takut-takut berani,aku pusing kepala ke belakang..perlahan ya
ampun,takutnya aku hanya Tuhan yang tahu.
Tapi....apa yang aku lihat...Teddy bear sederhana besar tengah duduk kat seat belakang, yang tengah pegang kad besar bertulis..
"Aishah..I never say I Love U,but I do.. -Danny- "
Aku kehilangan kata-kata. Marah, geram, gembira, malu bercampur-baur. Lepas baca ayat pada kad tu, aku pandang ke depan
semula. Secara jujur, aku tak tau nak cakap apa, tindakan Danny terlalu mengejutkan, dan macamana pulak aku boleh tak perasan
dari awal,teddy tu ada kat belakang,aku pun tak tau.
Danny diam. Aku pun sama. Agak lama.
"Kenapa tak nak gelak?Takut nenek gelak sama ke?" Danny dah mula balik perangai dia.
"Oho,April Fool dah lepas okay,tak lawak" aku cuba nak cover perasaan gugup.
"Sy suka buat lawak,tp rasanyaaa..belum pernah menipu lagi.. hehehe" Danny hanya senyum.
Danny mula memandu balik,selepas hampir 20 minit berhenti kat tepi
jalan. Waktu Danny tengah memandu, aku cuba melihat ke belakang seat,
niat asal, nak tengok teddy tu,sekali lagi. Nak menoleh ke belakang,
segan pulak. So, curi2 lah tengok dari cermin. Terkejut besar aku bila kelibat nenek berkebaya duduk di belakang,senyum pada aku. Aku terperanjat, menjerit sekuat hati, tanpa aku sedar, aku hilang kawalan dan sekali lagi, aku kemalangan hanya kerana Danny tak dapat kawal kereta, bukan sebab dia panic, tapi sebab aku yang pegang stereng kereta dan pusing ke arah kanan, aku tak tau kenapa aku buat mcm tu, panic punya pasal.
Kereta yang Danny pandu, merempuh sebuah motorsikal dan sebuah kereta
CRV milik orang brunei. Waktu ni, Danny dah berdarah hidung dia, tapi
masih ok. Aku pulak tak tau apa yang berlaku sebab aku pengsan tak lama
selepas tu..
Aku buka mata perlahan-lahan. Tengok keadaan sekeliling,aku kat wad
rupanya. Cuba gerakkan tangan dan kaki aku,mana tau kot2 patah ke apa.
Lega,sebab ok je boleh gerak lagi. Check kepala pulak, tak berbalut. Aku
cuba ingat balik apa yang berlaku, bayangan nenek tu terlintas di
fikiran,aku menjerit dan kami kemalangan. Huh,masih ingat! Fuhhh
maksudnya tak le aku ilang ingatan kan.
Aku cuba bangun,tapi rasa nak pitam. Tak jadi,aku baring balik. Aku
sorang je dalam wad, mana pulak family aku nih,takde jenguk langsung ke.
Dorang dah tau ke tak ni? Aku belek baju aku, baju hospital. Jangan2
aku dah kat sini,beberapa hari. Tapi tak mungkin lah kot,bukannya cedera
parah sgt pun aku ni sampai amik masa beberapa hari nak bangun.
Berderau darah aku, Danny mana? Hidup ke dia? Selamat ke? Atau...? Aku
tak sanggup fikir banyak. Aku panjangkan leher nak jenguk2 katil
sebelah, ada banyak lagi katil dalam wad tu aku rasa tp semuanya
dipisahkan dengan kain biru. Nak selak,tak larat lak nak bangun. Tapi
keadaan yang sunyi sepi tu yakinkan aku, yang aku hanya seorang dalam
wad tu.
Tekak rasa haus sangat, mcm dah lama tak minum air. Aku pejam
mata,tunggu2 je lah, nanti mesti ada nurse datang jenguk. Tiba2 tangan
aku dipaut seseorang, aku nak buka mata,tapi...tak mampu. Sedaya upaya
aku nak buka mata,tapi tak jugak dapat. Tangan yang memaut tadi,makin
erat, membantu aku untuk bangun dan aku rasa bibir aku seperti disuap
sesuatu,basah. Air..aku teguk sampai habis sebab aku haus sangat.. lepas
minum, baru aku dapat buka mata. Di luar jangkaan,sekali lagi, nenek
berkebaya tersenyum pada aku,sambil memegang gelas yang airnya dah habis
aku minum. Aku tak dapat buat apa2,kecuali melihat nenek tu yang hanya
senyum dan perlahan-lahan hilang.. Aku terjaga, rupa-rupanya dah
hampir 16 jam aku tak sedarkan diri. Waktu aku terjaga tu, keluarga aku
memang dah ada di sisi,semua terkejut aku bangun macam bangun dari
tido biasa je. Aku terpinga-pinga gak, nenek tadi tu datang dalam mimpi
je ke atau betul2.. aku tak pasti..
Keluarga aku semua ada kat situ.. dan beberapa org rakan pun ada.. tapi, aku tak nampak langsung wajah Danny.
Aku menoleh pada abang aku.. "Danny ok ke?Dia kat mana sekarang?"..
Abg aku memandang aku lama,aku menanti jawapan dengan penuh sabar..
Bersambung..
...................................................................................................................................................................
Hati
aku agak resah, aku bersedia dengan apa saja kemungkinan, aku reda
kiranya apa-apa berlaku pada Danny. Belum sempat fikiran aku melayang
dengan lebih jauh, aku rasa kepala aku kena ketuk oleh sesuatu. "Hoi
takde nye hero mati, hidup lagi kat luar tu ha,siap makan popcorn"
binawe punya abang, mcm tu dia jawab aku . Rupa-rupanya Danny cedera
ringan je, tak masuk wad pun, sekadar pesakit luar. Aku je yang risau
lebih2 pulak.
Danny melawat aku, tidak lama selepas
keluarga aku pulang. Disebabkan kemalangan tu, keluarga aku dah tau
tentang aku dan danny, melalui patung tu yang dikutip di kawasan
kemalangan. Nasib baik takde mati ke cedera parah ke apa, cuma
penunggang motorsikal tu retak bahagian kaki dan dah disimen, pun
dirawat sebagai pesakit luar jugak. Seperti yang salah sorang forumer
kat sini ada menulis, bahaya jugak kan kalau aku panic, ya memang
betul. Aku ni kalau panic, aku akan buat tindakan melulu, tindakan
bodoh pun ya jugak, tak aku nafikan langsung. Sebab tu, kalau nak
inform sesuatu yang mungkin mengejutkan, eloklah jangan dalam kereta ke
apa, kang tak pasal-pasal accident.
Wajah nenek tua
yang tersenyum tu, terbayang semula di mata aku. Sehinggakan aku fobia
beberapa hari lepas tu aku cuba elak nak tengok cermin. Aku takut
peristiwa sama berulang. Sewaktu drive pun, aku sedaya upaya tak nak
guna cermin tapi mustahil kan, memang perlu pandang jugak. nasib baik
lah lepas tu nenek tu dah tak muncul. Lega.
Oh ya,
berbalik pada kisah Kenny, temujanji kitorang bersama Kenny dibatalkan
sebab kitorang accident. Bukan la batal sebenarnya, just tunda hari
lain je.
Danny melawat aku,selepas ahli keluarga aku
pulang. Tanpa berkata apa2, Danny cuma tunduk diam. Kerana menyangkakan
aku mengamuk sebab luahan perasaan dia tu, tapi aku jelaskan perkara
sebenar. Apa yang aku nampak sebelum kemalangan tu, Danny berkerut
dahi. Di wajahnya nampak kesal, tak sangka pulak gurauan tu betul2
terjadi. Mungkin nenek tu dah pun ikut sejak dia berangkat dari rumah
lagi,who knows?
Beberapa hari kemudian, aku dan Danny
berjaya jumpa Kenny,di salah sebuah restoren melayu yang berdekatan
dengan tempat kerja aku. Pada malam tu, aku dan Danny ceritakan apa
yang telah berlaku, apa kaitan panggilan telefon nenek dia dan Freddie,
kami ceritakan sepenuhnya tanpa ada satu fakta pun yang tertinggal.
Kenny yang pada awalnya kelihatan agak nakal dan tak habis2 mengusik
aku, berubah menjadi serius bila mendengar perkara sebenar.
Inilah cerita yang kami dengar dari pihak Kenny.
Nota
: Kisah Kenny ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Kenny, yang telah
diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog
di dalam kisah Kenny,hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan
dengan cerita.
Hello,nama
sy Kenny. Sy berusia 22 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di
luar negara. Dah lama sy tak balik ke kampung halaman,inilah saat yang
paling sy tunggu sejak sekian lama. Sy menetap di luar negara selama 4
tahun dan kini pulang dengan segulung ijazah. Ijazah? Ok, tipu. Diploma
sahaja. Haha! Sy sempat bercuti ke beberapa tempat sebelum pulang
berehat ke kampung halaman untuk aktiviti menganggur pulak, sy tak nak
kerja terus.. dah 4 tahun sy rasa otak terbeban,tiba2 nak kerja pulak,
takkan lah kot? Selepas discuss dengan ayah sy dan dia pun bersetuju,
jadi sy pun berehat atau dengan erti kata lain, menganggur selama 3
bulan sebelum sy amik keputusan nak cari kerja di mana-mana. Yang
penting, sy rehat puas2 dulu.
Bila sampai ke kampung,
dan mula menetap semula dengan keluarga, sy dapat rasakan sesuatu yang
ganjil pada nenek sy (ibu kepada ayah sy), yang berkelakuan pelik
setiap hari. Ayah cakap, nenek sy tu dah nyanyuk, ye lah kan, umur pun
dah hampir mencecah 90 tahun. Alah,sebelum sy pergi luar negara
pun,nenek dah mula tunjuk tanda nyanyuk dia tu,tp tak lah seteruk skrg,
mcm perangai budak2,ye jugak. Sy akui, sy ni agak nakal dan bila sy
bosan, mula lah sy mencari sesuatu untuk di explore. Lebih2 lagi sy
anak tunggal, ibu sy pula dah berkahwin lain selepas bercerai dengan
ayah sy. Hanya sy, ayah dan nenek tinggal di rumah, kadang kala
ditemani oleh keluarga ibu saudara sy yang hanya tinggal di rumah
sebelah.
Pada satu hari, sy terdengar suara nenek
seperti bercakap dengan seseorang. Mcm bercakap dalam telefon je
lagaknya, tapi dengan siapa? Sy curi-curi mendengar dari luar bilik.
Bilik nenek sy, langsung takde pintu sebab ayah sy dah cabut pintu tu
sejak beberapa tahun lepas,risau jika nenek mengunci dirinya dari
dalam. Sy dengar perbualan tu,agak lama. Nenek seolah-olah bertanyakan
tentang seseorang dan sy ada mendengar nama Freddie disebut. Siapa pula
Freddie ni, kekasih lama ke, hati nakal sy berbisik.
Sy
biarkan nenek mcm tu je,pada sebelah malam nya,selepas makan malam dan
sewaktu sy dengan ayah lepak kat luar,minum teh dan hisap rokok, sy
bertanya pada ayah tentang nenek..Menurut cerita ayah, nenek dah mula
nyanyuk sejak sy sekolah menengah lagi.Tapi waktu tu,tak berapa
ketara,cuma perubahan sikit saja. Tapi sekarang,perangai nenek semakin
pelik. Semakin kerap bercakap yang bukan-bukan, tapi ayah hanya
menganggap itu perkara biasa bagi seorang tua nyanyuk.
Sy
hanya mendengar cerita ayah,tanpa syak yang bukan2. Sy ada juga
bertanyakan tentang telefon rumah,nenek tak boleh berenggang langsung
dengan telefon tu. Menurut ayah, nenek takde telefon sesiapa sebab dah
beberapa tahun nenek mcm tu, bil telefon takde jugak rekod mana2 nombor
yang tak dikenali. Semua panggilan telefon yang direkod, adalah
panggilan yang dibuat oleh ayah sy sendiri. Jadi, ayah beranggapan nenek
cuma bercakap seorang diri dengan telefon tu,takde dengan sesiapa.
Pernah sekali, nenek langsung tak nak makan, tak nak keluar bilik, tak
mandi..sebaliknya hanya duduk di bilik pandang telefon, seolah-olah
menunggu panggilan dari seseorang. Kerana tak tahan dengan situasi tu
yang memaksa ayah sy bertegas, ayah sy merampas telefon tu dengan syarat
nenek sy,mesti makan. Nenek sy bergegas ke dapur,ayah sy sangkakan
nenek nak pergi makan. Detik cemas berlaku bila nenek sy menggeledah
dapur dan dapatkan pisau, mengugut untuk bunuh diri sekiranya telefon tu
tak diserahkan ada dia. Ayah sedikit panik, cuba untuk memujuk,tp
nenek hanya mahukan telefon. Ayah sy terpaksa serahkan dan sejak nenek
kembali dengan telefon, nenek tak lagi mengamuk.
Keesokan
hari nya, sy sekali lagi mendengar perbualan nenek dengan "seseorang"
di telefon. Mcm mustahil nenek cuma cakap seorang sebab, mcm real pulak
nenek tengah berkomunikasi. Senyap2 sy hendap lagi, sy tekad nak
rampas telefon tu dari nenek,saja je nak cuba2 check kot2 betul ada
orang dengan dia bercakap. Sy pura-pura masuk bilik nenek, konon nak
ambik benang dan jarum, sebab peralatan menjahit, dalam bilik dia.
Sedangkan sy ni,masukkan benang dalam jarum pun tak reti,ahaha. Sy
pura-pura cari,nenek hanya menunjuk tempat peralatan menjahit yang dia
simpan dengan menjuihkan bibir je,sy gelak. Nenek sambung balik bercakap
dalam telefon.
"Tak pulang ke?Cakap kat dia,nenek dia dah masak ni.."
"Tengahari nanti pulang tak?.."
"Nanti bgtau Freddie ya,kamsiaaaa...kamsiaaaa..."
Kata
nenek berulang kali. Tanpa melengah masa, sy terus rampas telefon tu
dari nenek, pergelutan berlaku apabila nenek masih lagi memegang erat
telefon dan mula menjerit tak tentu hala, tak nak telefonnya dirampas.
Waktu tu,ayah sy dah pun keluar menemani ibu saudara sy membeli katil
baru. Akhirnya,sy berjaya. Sy lekapkan telefon ke telinga dan agak
terkejut apabila kedengaran suara seorang gadis yang kedengaran agak
terpinga-pinga dan terkejut.
Kenny mengakhiri ceritanya ..
Dan
aku lah gadis yang terpinga-pinga dan terkejut tu. Mana taknya, selama
ni tak pernah2 pun dengar suara lain selain dari suara nenek tua
tu,tiba2 timbul pulak si kenny tu. Betul2 drama lah dan aku tak pasti
pulak drama ni panjang lagi ke tak episod dia, ending ntah macamana
pulak nanti.
Aku ada email Freddie tentang kejadian ni,
Freddie cakap, dia akan ke tempat aku,tapi tunggu hari sabtu atau
ahad,hari yang dia tak bekerja je,hari lain dia tak free. Aku,Danny dan
Kenny mula lah dengan plan nak temukan nenek Kenny dengan Freddie,
mana tau betol2 kenal, walaupun mengikut logik akal, Freddie tiada
kaitan darah langsung dengan keluarga Kenny,tapi tak salah kalau
mencuba kan?
Dipendekkan cerita (walaupun aku tau
korang suka aku taip panjang tapi aku dah mengantuk sgt nih,hehe),
planning tu tak berjaya. Walaupun Freddie dah pun berada di dalam rumah
Kenny, tapi dia tak dapat jumpa nenek tu,bukan sebab nenek tu tak nak,
tapi sebab ayah Kenny yang melarang keras, dia cakap dia tak nak orang
luar jumpa dengan nenek tu, takde keperluan langsung katanya. Hati org
tua lebih sensitif dan mungkin jugak dia risau kitorang ada niat buruk
pada keluarga dia.
Kami pulang dengan perasaan hampa
bila hajat nak pertemukan Freddie dengan nenek tu tak
kesampaian,kecewa. Pernah jugak aku ada idea jahat sikit, curi-curi
jumpa waktu ayah Kenny takde kat rumah ke, tapi Kenny pulak tak setuju
sebab Kenny tau ayahnya tu panas baran jugak, habis dia kalau kantoi ke
apa, lebih-lebih lagi jirannya adalah keluarga ibu saudaranya
sendiri,iaitu kakak kepada ayahnya,jadi peluang nak kantoi tu agak
cerah la jugak.
Yang paling frust, sudah pastinya Freddie. Freddie masih tak putus asa, kali ni dengan cara lain pulak.
Freddie kata ... "Sy ada idea.. Apa kata kalau...."
"Kalau apa?" aku menyampuk, dah la cepat panic, bukan penyabar lagi,buruk betul perangai...
"Kalau kita...erm...." Freddie seperti teragak-agak.
"Aduhhh kalau ada idea baik punya,cakap je lah..." Aku pulak geram.
Freddie diam seketika dan berkongsi idea nya pada kami.
Aku dan Danny saling berpandangan.
"Hermmm....betul jugak,boleh pakai idea nih..." hati aku berbisik..
Bersambung..
...................................................................................................................................................................
Sambungan ..
Lepas
dapat idea tu, aku pun berpakat dengan Freddie untuk stay di tempat
aku bekerja pada waktu dia tak bertugas,hanya untuk menunggu panggilan
dari nenek misteri. Freddie setuju tapi dia tak le stay dalam office
tempat aku kerja tu, sebab bos aku pun memang kadang2 akan datang
secara mengejut nak check keadaan staff, aku tak nak la nanti tak
pasal-pasal kena marah sebab bawa orang luar atau bukan authorised
person untuk ke dalam office. Disebabkan office yang kecik comel tu pun
memang letaknya di dalam restoren, jadi Freddie lepak je minum2 kat
tempat customer di bahagian luar, sambil2 tu dia online sebab aku
nasihatkan die untuk bawak laptop sekali, kot2 bosan ke, boleh je online
guna wifi restoren.
Asyik2 tanya je, nenek tu dah
call ke belum. Aku cakap belum lagi. Staff2 pun dah pelik, sape la
pulak Freddie ni,lama pulak tu stay kat restoren,datang beberapa hari
berturut-turut. Aku pulak tak pernah mention dengan dorang tentang
Freddie tu lah orang sebenar yang nenek tu cari, aku cuma tak nak
timbul sebarang kekecohan pulak nanti, tambah2 lagi salah sorang dari
staff aku ni, ada hubungan darah dengan bos kitorang,tak reti plak
mcmana nak explain hubungan tu, lebih kurang mcm adik beradik biras
lebih kurg mcm tu ar. Aku agak risau gak lah kot2 budak tu nanti report
pulak dengan bos aku sebab pernah sekali, bos aku warning supaya tak
perlu panjang2 kan kes nenek tu, dia suruh biar dan diamkan je. Tapi
disebabkan aku mcm dah terlibat dalam kes ni lebih dari separuh jalan
dah pun, aku nekad nak redah je, even dengan cara senyap2, apa nak
jadi, jadi lah.
Freddie singgah di restoren tu,beberapa
kali seminggu. Masuk minggu kedua,Freddie dah give up. Sebab .. nenek
tu takde call langsung. Bukan setakat freddie yang give up, dengan aku
sekali memang dah give up. Org kata, penantian tu penyiksaan, hah betol
ar tu. Memang seksa sangat ok, aku pun cakap kat Freddie,tak pe
lah,kalau mcm ni la keadaannya,aku rasa tak perlu la datang lagi. Aku
stay je duduk dengan Freddie waktu tu, dia cakap dia yakin akan dapat
cakap dengan nenek tu di saat2 awal lagi, tp bila dah masuk minggu
kedua, dia pun dah tak nak try lagi dah.
Sebelum
Freddie balik, kitorang masih lagi sembang2 tapi bukan lagi pasal nenek
tu. Mcm ni sebenarnya, mula2 tu aku ternampak kat beg freddie, ada
keychain berbentuk t-shirt jersi Manchester United,dekat belakangnya
ada nombor 56 & nama Freddie. Aku tanya lah,mane die tempah
keychain tu,lawa. Die cakap la bini die jahit sendiri. Aku pun excited
la sebab aku minat benda2 mcm tu tau, barang2 handicraft ni. Aku pun
waktu tu tanya la Freddie,boleh request buat car charm ke, untuk
gantung lam kereta, sebab bulan berikutnya, birthday kawan baik aku dari
Sabah, aku ni plak mmg tengah fikir bagai nak rak,nak bagi ape. Bagi
car charm yang ada bentuk yang kita request & boleh tulis nama mcm
tu,aku rasa mesti kawan aku tu suka, maklum lah kawan aku tu baru beli
kereta, bagi car charm ni memang molek bena lah tu, sempat aku fikir
lagi.
Aku pun request la dari Freddie, dapat ke bini
dia buat untuk aku. Freddie cakap tak sure sebab bini dia just buat ni
suka2,tak pernah pun amik tempahan. Setakat buat untuk hadiah orang2
rapat dengan dia je. Aku cakap lah, aku upah bini dia wat,bukan aku
mintak free, hehe. Freddie pun waktu tu call bini dia, bini dia cakap
ok je,boleh tapi bukan dlm minggu ni,dia busy sikit. Minggu depan boleh
la kot, siap... Aku on je lagipun birthday kawan aku tu bukannya dalam
bulan tu jugak,ok ar tu.
Dipendekkan cerita, selepas
car charm yang aku request tu siap, Freddie pun anta la ke restoren
tempat aku keja. Waktu tu lah, nenek tu call,tapi bukan aku yang jawab,
si clerk yang sorg tu jawab, mcm biasa la dia jerit je nama aku cakap
nenek call (sebab dia malas nak layan nenek tu). Waktu ni aku dengan
Freddie berpandangan, eh waktu Freddie tak tunggu call, nenek tu call
pulak. Aku bagi isyarat dengan Freddie untuk dia ikut aku masuk ke
dalam office. Mula2 dia tak nak, mcm segan gitu kan staff2 lain
pandang2 dia. Tapi aku cakap, masuk je, pandai2 lah aku cover nanti.
Di
saat telefon tu beralih ke tangan Freddie, aku nampak dia sedikit
gelisah. Tak tau la mungkin dia nervous ke apa. Sekali lagi, perbualan
dalam bahasa Cina Hakka.. kalau dulu, antara Danny dan nenek, kali ni
antara Freddie dan nenek pulak. Apa yang jadi eh, korang agak?
Freddie
meletakkan gagang telefon ke telinga. Dia senyap, tak berkata apa-apa,
tapi pada waktu yang sama, nenek tu masih lagi "membebel" tanpa
menyedari yang tadi, takde orang pun tengah dengar apa die cakap, mesti
nenek tu bengang sebab takde respon.
Ini adalah perbualan antara Freddie dan nenek, yang dah aku alihbahasa ke bahasa melayu, hasil penceritaan Freddie sendiri..
"Nenek?"
"Freddie!!!" -> masa ni nenek ni menangis,meraung. sempat jugak aku dengan freddie gilir2 dengar..
"Nenek siapa sebenarnya?Nenek kenal sy?"
"Freddie,lama nenek call kamu,kenapa tak balik?"
"Nenek..sy tak faham. Nenek di mana ni? Dari mana?"
"Hishhh Freddie....Freddie... dah la bekal makanan kamu tak bawak,nenek call,kamu selalu tak ada je!!"
"Nenek tunggu kamu pulang Freddie..Nenek tunggu kamu"
Freddie kemudiannya bertanya sesuatu untuk confirmkan yang call tu,adalah nenek dia..
"Nek,jam tangan yang sy baru beli tu,hilang..tak tau mana tercicir"
"Hilang apanya pulak... ada ni ha nenek simpan,kamu yang tertinggal kat meja"
Freddie
terkedu.. Freddie masih ingat lagi,beberapa hari sebelum dia berangkat
ke Australia, dia ada beli sebuah jam tangan baru. Disebabkan pagi tu
dia kelam kabut sangat nak ke airport, dia tertinggal jam tu di atas
meja,berhadapan dengan tv di ruang tamu. Dan sekarang, bila ditanya
balik tentang jam itu, nenek tu tahu. Tapi.. neneknya dah mati beberapa
tahun yang lalu, bersaksikan jirannya sendiri, masuk police report dan
jugak suratkhabar tempatan. Gambar pun ada menjadi bukti dan beberapa
saksi yang tak mungkin lah diorang akan menipu.
Freddie menarik nafas panjang...cuma untuk bertenang dengan kejadian yang tak disangka-sangka ni..
"Freddie..pulang tak?Nenek ada masak ni"
"Nenek...."
" Pulang ke? Kamu tu ada gastrik.."
"Nenek... dengar ckp sy nenek, sy tak perlu pulang..nenek yg perlu 'pulang' nek.. Dunia ni bukan tempat nenek lagi"
Nenek diam,tak kata apa2..
"Nek..nenek 'pulang' ya?Jangan balik sini lagi,ni bukan tempat nenek. Nenek 'pulang' lah,sy tak apa-apa"
"Kau tak pulang ke?"
"Tak nek... ni dunia sy,tempat sy.. nenek pulang lah.."
"Nenek tau Freddie.. kau tak pernah pulang.. dan tak akan pulang"
Talian terputus..
.
..................................................................................................................................................................
Aku
kembali menulis,dengan lafaz Bismillah,aku memulakan semula sambungan
pd siri yang dah lepas. Insya Allah aku cuba untuk menulis sehingga ke
penamat cerita ni. Sewaktu aku menulis ni, jam baru menunjukkan 11.03
pm. Aku dah ambil keputusan untuk mengorbankan waktu tido aku malam
ini, semata-mata kerana aku hargai sangat2 korang yang sanggup menunggu
sambungan, aku rasa sedih sangat kalau aku masih buat orang
tertunggu-tunggu dan mula bertanggapan negatif. Aku tak marah
sesiapa,salah aku jugak sebab tak pernah paksa diri untuk buat
sambungan,sebab bebanan kerja yang agak tak tertanggung dan masalah
kesihatan jugak. Sebagaimana yang aku janjikan tadi,here we go..
Panggilan Telefon Misteri, episod terakhir.
Imbasan ..
"Nek..nenek 'pulang' ya?Jangan balik sini lagi,ni bukan tempat nenek. Nenek 'pulang' lah,sy tak apa-apa"
"Kau tak pulang ke?"
"Tak nek... ni dunia sy,tempat sy.. nenek pulang lah.."
"Nenek tau Freddie.. kau tak pernah pulang.. dan tak akan pulang"
Talian terputus..
...................................................................................................................................................................
Aku
agak terpinga-pinga bila tengok Freddie mengalirkan air mata. Apa kes
pulak nih, drama baru pulak ke. Dalam hati aku je lah cakap mcm tu,
selepas Freddie ceritakan semuanya apa yang dibualkan dengan nenek
misteri, hati aku sekali lagi rasa tersentuh. Ternyata nenek ini, dah
jumpa Freddie yang dicari selama ni,cucu yang dirindu. Freddie seperti
org hilang arah, beberapa kali aku tanya dia, tapi dia mcm tak fokus dah
dengan apa yang aku cakap. Freddie request untuk berjumpa dengan
aku,pada malam yang sama. Aku pulak, request untuk bawa Danny sama,at
least tak lah aku dengan Freddie je, aku takut pulak kalau ada cerita
tak elok pulak nanti, keluar malam2 dengan laki orang nih. Dengan orang
bujang tak pe kot, hahaha.
Malam tu, selepas tutup
kedai, aku tak balik rumah,tapi aku balik ke hostel. Tempat kerja aku
ni memang ada provide hostel,tempat staff tinggal. Aku je yang tak
tinggal kat hostel sebab rumah aku dengan tempat kerja pun tak la jauh
sangat,dekat sangat pun tak jugak la. Aku ambik keputusan nak tinggal
hostel malam tu, sebab aku takut nak tinggal sorang di rumah, abang aku
outstation. Aku mcm dapat agak, kalau aku gi jumpa Freddie malam ni,
aku takut kalau2 nenek tu muncul pulak kat mana2, nak mintak aku
sampaikan pesan kat Freddie ke apa kan, tak berani lah aku k. Nampak je
berani,tapi dalam hati aku ni asyik berdebar je bila teringat nenek tu
yang dah beberapa kali muncul. Tak pasal2 kang accident lagi.
Sampai
je hostel, aku mandi dan bersiap-siap ala kadar. Danny akan jemput aku
untuk jumpa dengan Freddie. Kenny pun ada sekali, tanpa pengetahuan
aku, rupanya Danny yang ajak Kenny sekali memandangkan Kenny ni kiranya
mcm watak tambahan yang mungkin akan membantu la,hehe. Kitorang
berjumpa tak jauh gak dari hostel tempat aku tinggal. Tak memilih
tempat sangat pun,bukan nak makan betul,lebih kepada nak diskas dan
sembang lebih je nanti.
Perbincangan kami bermula
dengan penerangan lengkap daripada Freddie,dia cerita balik perbualan
dengan nenek misteri tu. Menurut cerita Freddie, suara nenek dalam
telefon tu, bukan suara nenek dia. Suara nenek dia, tak macam tu pun,
nampak sangat nenek tu memang orang lain, itu yang Freddie yakin
sangat. Jangankan kata persamaan, malah sikit pun suara nenek tu takde
persamaan dengan suara nenek dia yang dah meninggal beberapa tahun yang
lalu. Tapi, yang buat dia musykil sangat, cara nenek misteri tu
bercakap, lenggok suara (intonasi/cara bercakap) memang betul2 serupa
dengan mendiang nenek dia. Bila ditanya tentang hal jam yang tertinggal
tu pun, nenek tu selamba je jawab dengan betul. Freddie nak kepastian,
sama ada nenek kepada Kenny ni yang call atau pun mungkin orang tua
yang lain.
Mengikut cerita Kenny pulak, memang nenek
dia selalu bertanyakan tentang bila nak balik, dah makan ke tak,dan
soalan-soalan yang serupa jugak mcm yg pernah Danny dengar. Sebab tu
Kenny yakin, memang nenek dia yang call,cuma dia tak pasti macamana
nenek tu kebetulan pulak boleh call pejabat Danny sedangkan Danny takde
kaitan pun dengan Freddie. Kalau nenek tu call restoren kitorang je
takpe jugak, at least nampak la ada kaitan sebab nombor tu pernah
Freddie pakai.
Freddie mula bertanya pendapat aku tentang kepercayaan aku sebagai orang Islam.
"Aishah, erm..kalau dlm agama awak kan,orang mati boleh hidup balik tak?" soal Freddie.
"Kalau
dalam kepercayaan sy sebagai orang Islam, orang yang dah mati,takkan
kembali" aku jawab,dengan berhati-hati sebab perbincangan mengenai
pegangan agama,aku risau kalau aku mengguris perasaan sesiapa pulak. Tak boleh blah pulak bila Kenny tiba2 tau gelak sakan. Rupanya perkataan "takkan kembali" tu mcm lucu bagi dia,puitis sangat.
"Alaaa...cakap
je lah orang dah mati takkan hidup balik.Ni,takkan kembali pulak.
Sastera gila! Hahahaha!" Entah apa yang lawak,aku pun tak tau,tapi aku
senyum2 je lah. Ni bukan kali pertama tau aku kena tegur pasal
bahasa, pernah beberapa kali gak. Mungkin minat aku yang lebih terarah
kepada menulis, buatkan aku kadangkalanya,pakai ayat yang tak direct to
the point gitu,hehe.
Danny menyampuk dengan memberi
sikit penerangan. "Kalau dalam agama Islam, hidup selepas mati tu adalah
waktu hari kita dibangkitkan,penentu syurga dan neraka. Tapi,bukan
dengan cara hidup semula dan merasuk tubuh orang lain. Kalau dalam
Islam, bila terjadi benda mcm ni, ianya lebih kepada gangguan
syaitan,untuk sesatkan manusia. Biasala mereka tu penuh dengan tipu
helah untuk buat kita bergaduh,tak sefahaman dan mcm2 lagi lah" terang
Danny.
"Erm... tapi .. kalau dalam kepercayaan sy, roh
orang yang mati dalam keadaan dia tak tenang,atau masih ada tugas yang
masih dia belum selesaikan,dia akan kembali ke dunia nyata, untuk "hint"
orang yang masih hidup, tentang keinginan dia. Maaf, tapi...itu yang sy
percaya" jelas Freddie pulak. Kenny angguk,tanda setuju.
"Sy
tau kita ada agama dan kepercayaan yang berbeza. Sy hormat agama dan
kepercayaan awak,sy pasti semua yang berlaku pasti ada sebab,ada punca
kenapa benda tu berlaku" ulas Danny pulak, dan masing2 angguk tanda
setuju.
Masing-masing ada teori yang pelbagai. Freddie
tetap dengan pendirian dia, dia percaya, nenek Kenny sekarang adalah
nenek dia,yang hidup di dalam tubuh nenek Kenny. Freddie nekad nak
berhubung sendiri dengan ayah Kenny untuk bincang hal ni dengan lebih
serius, ternyata nenek Kenny tu bukan nyanyuk seperti yang
disangka,sebaliknya roh nenek Freddie yang menetap dalam tubuh itu. Ini
yang Freddie percaya.
Lepas beberapa hari,aku dapat
tau Freddie masih gagal dapatkan kebenaran daripada ayah Kenny,untuk
berjumpa dengan nenek tu. Dengan alasan, ayah Kenny tak suka kehadiran
orang luar,dia tak percaya dengan apa alasan sekalipun. Protect sungguh
ni.
Dipendekkan cerita, pada satu hari ni, nenek Kenny
jatuh sakit. Terbaring lemah atas katil dan asyik sebut nak jumpa
Freddie sebelum dia 'pergi'. Kenny berusaha pujuk ayah dia, bagilah
peluang pada Freddie untuk tunjukkan keikhlasan dia,lagipun Freddie
kelihatan seperti orang baik2 je. Kenny sanggup tanggung semuanya kalau
ada perkara buruk berlaku pada nenek dia. Ayah Kenny pun bengang gila
lah, ye la, si Kenny tu masih muda lagi,tapi pandai-pandai pulak nak
ajar ayahnya itu dan ini, hingga lah pada 1 hari tu,diorang bertengkar
sehingga Kenny keluar dari rumah,sebab Kenny berkecil hati dengan
kata-kata ayah dia. Aku tak sure pulak ayah dia dah cakap apa kat dia,
yang pasti, Kenny merajuk la gitu, biasa lah hati muda kan.. asal
terasa je dengan parents, mula la lari dari rumah.
Since
Kenny dah tak balik ke rumah, ayah dia pun sama tak contact dah. Kenny
ni tinggal umah member,entah kat mana ntah,aku tak sure tapi apa yang
pasti,Kenny ni sebenarnya tunggu ayah dia call,pujuk lah konon,tapi nan
hadoooo... Hahaha.. Kenny ni anak manja jugak sebenarnya,sebab tu bila
Kenny dah mula pandai lawan cakap dengan ayah dia, ayah dia
beranggapan kitorang ni la yang hasut dia jadik mcm tu. Dekat sebulan
lebih jugak la Kenny tinggal kat umah member dia & waktu tu dia
kerja part time kat kedai fotostat,sementara tunggu ayah dia pujuk la
kengkonon,ape da... Aku geli hati jugak sebab Kenny sms aku,asyik ngadu
pasal ayah dia tak pujuk pon,woah.. Haha.. aku gelak sakan la sebab
kantoi masa tu dia memang anak manja pun,obvious ok!
Sebulan
lebih mcm tu, ayah Kenny tiba2 call. Kenny jawab la jugak, ye lah kan
duk tertunggu org pujuk, takkan lah orang dah call,wat dek je kan..
sepantas kilat je jawab fon dengan harapan ayah dia akan cakap
"Kenny,ayah mtk maaf..pulang la ke rumah ya".. Tapi sebaliknya pulak
berlaku bila ayah Kenny call Kenny hanya semata-mata nak suruh Kenny
bawa Freddie,aku dan Danny ke rumah,ada hal penting. Dalam perjalanan
nak ke rumah Kenny tu, kitorang gelak sakan lah jugak sebab dengar
cerita Kenny yang mengaku tunggu dirinya dipujuk,haha.
Setibanya
kami ke rumah Kenny, ayah Kenny dah tunggu dah dengan keadaan yang tak
berapa terurus dan kelihatan mcm tak cukup tido. Perasaan kesian
terbit pulak dalam hati aku, sebab bagi aku, Kenny tak sepatutnya lari
dari rumah dengan keadaan ayah dia yang tengah risau jaga nenek tu
sakit. Kenny teragak-agak nak masuk, dia nak tunggu dalam kereta
je,tapi aku yang paksa dia turun gak.
"Buang eh sikit
ego tu,ayah awk dah tua..bincang la elok2. Mungkin dia panggil kita
ni,nak bincang. Hati awk jangan lah keras sangat ok" sempat lagi aku
advice dia,dengan nada serius, kang dia tak amik serius pulak sebab aku
dengan Kenny selalu cakap main2 je,tak pernah nak serius bagai. Tapi
mujurlah hari tu, Kenny mendengar kata. Bila dia salam ayah dia, ayah
dia terus pelok, memang tak dijangka. Sebak,sbab aku tau ayah dia marah
dia sebelum ni sebab dia sayang.
Ayah Kenny tak cakap
apa2 lagi pada kitorang waktu tu, cuma dia bagi isyarat suruh masuk.
Kenny pun masuk diikuti dengan kami bertiga yang lain. Kami semua duduk
di bahagian ruang tamu.
Ayah Kenny kelihatan berat nak
memulakan bicara,mungkin sebab sebelum ni dia jugaklah yang pernah
melarang kami jejak lagi ke rumah dia,tapi sekarang... Ayah Kenny mula
bercerita tentang masalah yang dia hadapi. Rupa-rupanya nenek Kenny
masih lagi belum kebah dari sakit, siang malam asyik meracau benda yang
bukan-bukan, dan nama Freddie lah yang paling kerap disebut. Sejak
akhir-akhir ni,keadaan makin serius bila nenek Kenny dah mula mengugut
untuk bunuh diri selagi tak dapat jumpa Freddie. Pernah satu ketika
dulu, nenek Kenny ada cubaan untuk bunuh diri, minum nail polish,cecair
yang selalu orang pompuan pakai untuk kilatkan kuku. Tapi disebabkan
kuantiti tu sikit je,tak beri kesan besar cuma muntah dan sakit perut
je. Sejak dari hari tu, ayah Kenny sangat berhati-hati,tak nak cuai
sikitpun sebab risau kalau2 orang tua tu cari cara lain pulak nak bunuh
diri.
Atas sebab tak tahan dengan desakan, akhirnya
ayah Kenny bersetuju untuk bawa Freddie jumpa nenek tu,pada waktu tu
jugak,tak nak tangguh2. Ayah Kenny mintak bantuan Kenny untuk tolong
siapkan nenek dia apa yang patut dulu,sebelum Freddie dibawa masuk ke
dalam. Waktu tu perasaan aku berdebar-debar,aku nervous sangat fikir
apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.
Akhirnya saat yang Freddie tunggu selama ni,tertunai jugak. Aku dan Danny turut sama berada di bilik tu.
Waktu
Freddie melangkah masuk, nenek tu bukan mengadap dia,tapi mengadap ke
arah sebelah tingkap yang lagi satu. Nenek tu termenung jauh di
situ,sikitpun tak hirau kitorang yang dah masuk ke bilik dia.
Kenny
cuba cakap dengan neneknya (dalam bahasa Hakka yg aku translate
balik,mengikut cerita Danny yang cerita balik apa dorang cakap,aku
sorang je tak faham Hakka di situ,bosan)
"Nek...Kawan2 Kenny datang nak jenguk nenek" nenek tiada respon.
"Nek,cari Freddie kan? Tu Freddie nek...dia dah dtg" kata Kenny. Punnn...takde respon.
"Nenek.." Freddie memanggil,ada getaran pada suaranya,seolah-olah menahan tangis.
Spontan,nenek menoleh perlahan. Terus bangun dari kerusi rodanya, berusaha nak berdiri tapi tak berapa nak mampu.
Bila
melihat keadaan nenek yang dah uzur, Freddie terus pergi dekat pada
nenek tu. Freddie pegang bahu nenek tu, bagi isyarat suruh duduk je,tak
perlu berdiri.
Nenek ni terus rentap tangan
Freddie,lama dia tenung Freddie. Lama kelamaan, airmata nenek mula
mengalir,bibir dia bergerak-gerak mcm nak cakap,tp oleh kerana dia
terlalu sebak,suara tu tak keluar.
Freddie peluk nenek.
Nenek pun sama,balas pelukan nenek. Tangisan nenek yang cukup pilu,aku
menangis sama. Rasa sebak sangat. Freddie dan nenek tu tiada hubungan
langsung tapi,seolah-olah mereka kenal antara satu sama lain.
"Freddie...
Freddie.. Freddie..." ulang nenek tu berulang kali sambil tangan
kirinya memeluk pinggang Freddie, wajah Freddie dibeleknya puas2.
"Kenapa
lama kau tak pulang .. Nenek rindu. Kau kerja ni tak boleh balik rumah
ke sekejap2 jumpa nenek? Kenapa buat nenek mcm ni? Dah makan ke?"
Soalan nenek yang bertalu-talu,Freddie bertambah sebak.
"Nek, ini Freddie.." kata Freddie dalam tangis.
"Nenek tau...ini Freddie cucu nenek..kenapa lama sgt tinggalkan nenek"
"Nek,Freddie mtk ampun. Freddie banyak dosa menipu nenek,sampai nenek begitu setia tunggu sy pulang."
"Nenek tetap tunggu kamu Freddie,nenek tak pernah lupa."
Aku bingung,aku tak percaya kejadian seumpama ini boleh berlaku,di depan mata aku sendiri.
Di
saat tu,aku harap semua ni hanyalah mimpi sebab hakikat ni,terlalu
sukar untuk aku terima. Ini semua mustahil kalau difkir dari logik akal.
Aku dan Danny berpandangan sama sendiri,aku menggeleng kepala,tanda
tak percaya. Mustahil.
Freddie terus bercerita dengan neneknya.
"Nek
.. sy dah berkahwin nek. Sy dah ada anak sorang,isteri sy tgh pregnant
lagi,anak kedua. Sy dah sembuh dari luka lama sy nek,sy dah buang
Joana dari kenangan hidup sy. Sy dah mulakan hidup baru,nenek tak
suka?" kata Freddie.
"Nenek suka,apa yang buat kamu gembira,nenek suka" nenek senyum walaupun airmata nya masih lagi membasahi pipi.
"Nenek,dengar sini..Nenek mesti pulang ke tempat asal nenek,nenek bukan hidup di tmpt ini." Freddie beremosi seketika.
"Nek..sy
tahu nenek takut sy tak dpt terima kenyataan nenek pergi,sy terima
nek. Kalau ini lah yg Tuhan takdirkan buat sy,sy terima nek. Sy tahu
nenek berat nak pergi,nenek risaukan sy.Nenek pulanglah,sy izinkan.. sy
janji,sy redha nek.." nenek masih merenung mata Freddie.
"Nenek,sy
anggap nenek mcm mama.Tmpt sy bergantung.Bila nenek tak ada,sy seperti
hilang pegangan. Percaya lah nek,walaupun nenek pergi,sy janji sy jaga
diri sy..sy janji sy makan ikut waktu..sy janji sy tak sepahkan tuala
basah atas lantai dan tak buang rokok dalam tandas,nenek tak suka semua
tu kan?" nenek ketawa.
"Nenek..pulang ya?" Freddie kedengaran semakin sayu.
"Pulang
ya?" ulang Freddie. Nenek langsung tak menjawab,kecuali menarik
Freddie ke dalam pelukannya dan mencium pipinya bertalu-talu. Nenek
mengadu matanya amat mengantuk,dan nenek tertidur di dalam pelukan
Freddie.
Untuk pengetahuan semua, selepas kejadian itu,
nenek Kenny kembali normal seperti biasa dan tak lagi nyanyuk. Nenek
tu dah mula kembali seperti dirinya yang asal,bukan lagi berpewatakan
seperti nenek Freddie. Freddie percaya bahawa roh neneknya pergi dengan
keadaan tidak tenang,dan kini telah pun pulang ke "dunia" asalnya.
Sehingga
kini,kesemua watak di dalam cerita ni,masih hidup. Termasuk nenek
Kenny yang kini yang masih lagi sihat dan kadangkala mengikuti kelas
tarian tai-chi untuk warga emas. Nenek Kenny sedikitpun tak mengenali
Freddie lagi,setelah disuruh "pulang" oleh Freddie. Malah nenek tu tak
ingat pun dengan Freddie, seolah-olah mereka langsung tak pernah
berjumpa sebelumnya,
Sampailah sekarang, aku masih tak
tahu apa sebenarnya berlaku,aku alaminya sendiri dan pelbagai peristiwa
berlaku di hadapan mata sendiri. Jika ada yang bertanya bagaimana ini
berlaku,aku tiada jawapan yang boleh diberikan yang sesuai dengan logik
akal. Ianya kekal misteri hingga ke hari ini.
Aku tak
nafikan, aku masih lagi menunggu panggilan telefon dari nenek ni,bukan
kerana aku tak redha dia pergi, tapi hanya kerana aku rindu.
Ya,aku rindu.
TAMAT.
...................................................................................................................................................................
Sebenarnya saya nak satukan je semua part jadi satu entry, tapi ada masalah nak publish mungkin kerana terlalu berat. Cerita ni menarik bukan? Ini sebenarnya berbentuk forum, sebab itu penceritaan dia tidak seperti cerpen sangat tapi lebih kepada berbual bual.
PART I & PART II
XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE