22 September 2012

Panggilan Nenek Misteri (Cerpen)

Assalamualaikum / Salam Sejahtera ..


Sebelum sy bawa anda ke pengalaman misteri ini, sy ingin sekali membuat pengumuman bahawa sy (dengan nama pena Cik Es) mengakui bahawa keseluruhan cerita ini adalah asli, berdasarkan pengalaman sebenar yg sy alami sendiri. Jalan cerita telah diolah dalam bentuk penceritaan ala-ala novel, menggunakan bahasa santai bagi membawa anda "mengembara" ke pengalaman ini. Atas nasihat beberapa individu, untuk kebaikan bersama, maka sy sebagai pemilik sebenar/idea asal cerita ini, sama sekali tidak membenarkan cerita ini diolah semula untuk tujuan keuntungan, tidak kira sama ada diolah semula dari segi jalan cerita atau mengambil plot asal cerita ini, untuk mana-mana tujuan komersial tanpa pengetahuan dan keizinan sy.


Sy hanya membenarkan cerita ini "di copy paste", dikongsi di email atau mana-mana ruangan forum lain,atau mana-mana medium, dengan syarat meletakkan kredit asal pada link thread ini. Hanya ada dua syarat - bukan dengan tujuan keuntungan dan kredit pada link asal. Terima kasih atas sokongan semua yang menjadikan thread ni di antara yang menjadi pilihan utama pelawat Cari Forum. Sy pada asalnya tidak pernah menjangka akan sambutan ni.


Utk pengetahuan semua, sy bukan seorang penulis profesional. Sy hanya seorang gadis biasa yang bekerja di salah sebuah restoren yang menjadikan dunia penulisan sebagai minat utama sy. Moga cerita ini,akan jadi iktibar. Semua yang baik datangnya dari Allah Taala,yang buruk itu datang dari sy sendiri. Salam..


Ikhlas - Cik Es (kredit to Cik Es dan Forum Cari) 

...................................................................................................................................................................
PART I

Kisah ni bermula hampir 3 tahun yang lepas. Aku bekerja di salah sebuah restoren,sebagai supervisor. Restaurant ni agak baru, pertama kali membuka cawangannya di tempat aku, jadi aku dah bekerja di situ sejak restoren ni masih belum buka lagi. Aku dengan seorang lagi partner bertungkus-lumus lah dengan renovation, cari staff, training staff dan sebagainya. Dipendekkan cerita, beberapa hari sebelum restoren tu dibuka secara rasmi, bos aku cakap dia dah tolong call Telekom untuk pasang telefon sekali dengan wifi semua. So aku pun stay je lah kat restoren tu, partner yang lagi sorang tu keluar sebab nak cari pisau pemotong roti, dia suruh aku duduk je dekat restoren yang dah 80% siap tu untuk tunggu budak Telekom datang.





Sebelah petang mcm tu, datang la budak2 Telekom ni,pasang wayar,pasang telefon,pasang modem untuk internet dan sebagainya apa yang patut lah. Sebaik je dorang habis siapkan, dorang pun blah. Tak sampai setengah jam selepas dorang blah, telefon tu tiba2 je berbunyi, aku pun rasa pelik la sebab setahu aku, telefon baru pasang, orang pun tak tau lagi berapa nombor telefon kitorang, so aku wonder jugak lah sape pulak yang call. Aku malas nak fikir panjang, aku angkat je lah.



"Hello"

"Ya...ya... hallloooo..hallooo... " itu je aku faham sebab perempuan tu cakap cina pulak.
"Sorry madam,i dont speak chinese. U cari siapa?" aku tanya lah jugak walaupun aku memang dah confirm dia salah nombor.
"Halloo....bla bla bla" masih lagi perempuan tu cakap cina, kalau dengar dari suara dia,aku dapat agak perempuan ni memang dah tua sangat, mcm nenek tua nyanyuk bercakap.

Berkali-kali aku cakap aku tak reti cakap cina,tapi masih lagi nenek tua tu cakap-cakap. Disebabkan aku bengang dah malas nak layan, so aku terus letak telefon dan aku tunggu lagi,kot2 nenek tu call balik, tapi takde. Lega.



..................................................................................................................................................................


Partner aku yang sorang tu lagi pun sampai,lepas dia beli pisau pemotong roti. Jadi aku inform lah kat die, Telekom dah pasang dah line telefon dan internet sekali, aku bagi lah berapa nombor telefon restoren tu. Aku pun save jugak lah nombor tu dalam aku punya handphone, sebab keesokkan harinya aku plan nak pegi kedai yang buat namecard, nak masukkan nombor telefon restaurant sekali, sekali dengan nombor fax kitorang.

Keesokkan harinya, aku pun singgah lah kedai buat namecard. Diorang cakap diorang boleh siapkan after lunch jadi aku pun setuju lah, then diorang suruh aku isi satu form tentang maklumat yang nak tulis dalam namecard,warna,gambar apa dan sebagainya. Waktu aku nak isi bahagian nombor telefon tu, aku jadi tak pasti pulak berapa sebenarnya nombor telefon restoren tu. Untuk pengetahuan semua, hari sebelum nya tu, aku cuma buat missed call je dari telefon restoren ke handphone aku, ingatkan senang la nak save terus takyah tekan nombor, tapi aku boleh lupa plak nak save.

Kebetulan pulak dekat bahagian missed call tu, ada pulak beberapa nombor supplier lain, jadi aku pun confuse ar,mana satu pulak nombor restoren kitorang ni, kang salah tulis kat namecard,susah pulak. Aku call lah partner yang lagi sorang, aku kita gelar dia Mr L je lah k, aku call Mr L ni kira nak tanya berapa nombor. Tapi call punya call, tak angkat pulak. Aku agak2 lah mungkin die tak dengar sebab restoren tu tengah renovation,jadi agak bising. Aku pun call je lah nombor yang ada kat bahagian missed call,nombor yang aku rasa nombor restoren kitorang,kalau betul,confirm partner aku angkat punya la.

Percubaan pertama,salah. Aku call nombor supplier udang pulak,haha. Percubaan kedua ni lah yang mula menimbulkan misteri.

Mula2 tu takde orang angkat,aku mula cakap dalam hati, hahhh ni confirm lah nombor restoren kitorang nih, sebab telefon tu kat bahagian dalam,kalau orang nak angkat,ambik masa pulak sebab barang bersepah, ko nak masuk ke dalam tu lagi satu hal. Waktu aku tengah tunggu tu, aku dah nak letak fon dah pun sebab dah 2 kali call takde sapa angkat, baruuuu je nak letak, tiba2 ada orang angkat. Aku pun confident la ingatkan partner aku, rupa-rupanya ....

"Hallloooo...ya.... halllooo..."

Meremang bulu roma aku tiba-tiba waktu tu, sebab suara orang yang angkat telefon tu, adalah orang yang sama call restoren semalam, ala yang nenek tua tu. Aku tak cakap apa-apa, terus letak fon sebab bingung, kenapa plak aku call nombor restoren,tapi nenek tua tu yang angkat? Mcmana dia boleh ada kat situ? Ke aku salah nombor?

Atas rasa ingin tahu yang membuak sangat, aku call handphone aku punya partner tu, nasib baiklah dia angkat. Dia bgtau lah memang ada dengar telefon restoren tu bunyik tadi 2 kali, kali kedua dia nak angkat tapi tak sempat. Aku suruh la dia missed call aku guna nombor restoren,konon nak senang save. Padahal aku sebenarnya nak make sure, adakah nombor yang aku call tadi, betul2 nombor restoren atau sebaliknya. Kot2 aku terdail rumah orang tua ke apa.

Partner aku pun missed call, SAH memang nombor yang sama. Aku dah mula rasa pelik, perkara ni mengganggu aku sampai ke malam.

 

.................................................................................................................................................................
 

Sorry semua ... tadi memang online kat tempat kerja, jadi on-off pulak sebab ramai customer, terpaksa stop. Ni hah, tengah2 malam pulak nak sambung, baruk balik dari shopping tadi nih,baru ingat pasal board ni, nak wat sambungan lagi. Ok layannn...

Bila balik dari keje (restoren tempat aku keje ni,tak bukak malam - operation hour 7am to 7pm sahaja), aku pun lepak la dalam bilik lepas makan malam. Disebabkan masih terganggu dengan apa yang berlaku petang tadi tu, aku ambik keputusan untuk tak fikir panjang, mungkin handphone aku ke yang silap, aku salah tekan nombor ke apa. Padahal nak sedapkan hati sendiri je lah.

Keesokan harinya (3 hari sebelum restoren buka secara rasmi),aku pergi kerja la macam biasa. Jaga budak2 yang wat renovation tu, test product bla bla bla, then waktu supplier datang, dia bagi lah invoice nak suruh chop and sign. Chop company pulak dalam opis, aku ni tiba-tiba rasa takut pulak nak masuk bahagian opis disebabkan aku teringat pasal telefon tu. Untuk pengetahuan korang, opis kitorang ni dalam restoren, kiranya kalau kau masuk ke dalam restoren, ada satu lagi bilik kecik untuk opis la,share dengan bahagian account. Nak tak nak je aku pegi amik chop tu dengan harapan jangan lah nenek tu call pulak waktu2 mcm ni. Ngam2 pulak waktu aku nak ambik chop tu, telefon tu berbunyik, eh dalam hati aku dah menyumpah dah ni, terkejut siot.

Aku angkat je lah tapi kali ni official sikit sebut nama company. Sorry ya tak dpt nak reveal nama company kat sini so lebih kurang aku jawab mcm ni lah.

"Morning, restoren ABC, Aishah speaking" (Nama aku aishah ok )

"Halllaaaoooo.....halllaooooo"

Ya ampun berderau darah aku siot. Nenek tua tu call lagi lah. Aku pun terus letak,tak cakap apa2 dan nenek tu tak call balik. Setiap kali dia call, mesti dia akan sebut "Hello" tu dengan nada yang panjang dan seram (tak tau mcm mana nak terangkan),sebab tu la aku seram nak angkat, dah la dia cakap ape pun sepatah haram aku tak faham.

Dipendekkan cerita,beberapa hari kemudian, restoren kitorang pun bukak la secara rasminya. Disebabkan kesibukan bekerja, aku hampir lupa pasal kejadian tu sehingga lah account clerk aku mengadu pasal hal yang sama, diganggu dengan panggilan misteri nenek tua tu, semakin kerap dia call. Kadang2 ada sampai satu tahap tu, nenek tu akan call dalam setengah jam sekali lepas tu cakap cina, bla bla bla, tak faham apa yg dia nak sebenarnya.

Bila dah terlalu kerap terima panggilan tu, account clerk tu pun dah biasa. Dia yang paling selalu jawab fon sebab memang sentiasa duk lam ofis, aku ni lain lah sebab selalu duk jaga operation restoren kat luar. Waktu hujung bulan je aku banyak lepak kat ofis buat monthly report and paperwork segala & terpaksa bertahan dengan panggilan nenek ni. Kalau nak ignore,memang tak boleh sebab kitorang cuma ada 1 talian & selalu customer call utk reserve table/order.

Nak dijadikan cerita,ada lah satu hari tu, bos aku ada ambik staff baru. Berbangsa Bidayuh tapi pandai cakap cina. Kebetulan pulak lah nenek ni call, waktu tu staff baru ni ada dlm office sebab mintak panadol. Aku dengar staff tu pandai cakap cina sebab dah beberapa org customer cina dia serve,lancar je cakap cina. Aku pun plan lah dengan dia, tolong cakap dengan nenek ni, tanya apa dia nak..dia dari mana...

Aku pass je fon tu kat staff ni untuk cakap dengan nenek ni, staff tu pun start la tanya. Tiba2 staff ni kerut2 dahi. Geleng-geleng kepala pulak, aku dah nervous, si account clerk yang penakut tu apatah lagi, smpai nganga2 mulut dia tu ha.

"Kak .... sy rasa nenek ni cakap hokkien kak, bukan mandarin... sy mana reti sangat. Sy reti cakap mandarin je"

Aisehhhhh spoil lah pulak. Kecewa pulak rasanya sebab aku betul2 nak tau nenek tu nak apa sebenarnya.

..................................................................................................................................................................


Lepas tu, baru aku tahu yang nenek tu cakap dalam bahasa cina hokkien. Aku tak kenal pun sesiapa yang boleh cakap dalam bahasa hokkien sebab kalau dekat tempat aku, yang pandai cakap mandarin banyak la.

Hampir setahun berlalu, percaya atau tak, takde satu hari pun yang kitorang lalui tanpa menerima panggilan misteri nenek tu. Aku pun dah biasa, menerima panggilan telefon dia setiap hari. Smpai aku dah hafal "jadual" nenek tu telefon. Selalunya nenek tu akan call pada waktu pagi, dalam pukul 8 pagi.. Lepas tu waktu tengahari, dlm waktu lunch mcm tu.. Lepas tu, petang-petang sikit dalam pukul 3 ptg mcm tu dia akan call lagi... Then takde dah call, setiap hari memang mcm tu.

Aku dah tau habit nenek ni, kita kena layan dia cakap, sampai dia sendiri letak fon. Layan je la apa pun, cakap ok ok ok ke, atau dengar je ke sampai dia letak fon (memang tak lama,tp dia mcm bersembang & seperti bertanyakan sesuatu). Let say lah aku malas nak layan kan, aku yang letak fon dulu, confirm nenek tu akan kol balik bertubi-tubi (ni memang tension gila)... terpaksa la aku tunggu nenek tu letak fon dia, and dia takkan telefon lagi dah sampailah ke "shift" seterusnya yg mmg waktu dia call.. Benda ni dah jadi rutin harian plak, tiap kali fon berbunyi, mesti staff aku cakap "Hah,angkat telefon oi,nenek kau dah cari tuuu"

Bila perkara ni berlarutan selama setahun lebih, adalah satu hari tu, nenek ni call lagi. Waktu ni aku agak tertekan sebab bergaduh dengan rakan sekerja & bos pulak waktu tu mcm carik salah aku. Serius memang tertekan sangat, bila nenek ni call, aku yang tengah mood x elok, aku tengking nenek ni dengan bahasa kasar,sesuatu yang tak pernah aku buat selama setahun lebih nenek tu setia call setiap hari.

Nenek tu terdiam, tiba-tiba aku terdengar nenek tu menangis. Aku tak tau kenapa aku rasa tersentuh hati sangat, aku rasa betul2 bersalah sebab nenek tu nak bercerita, aku pulak tengking dia dengan bahasa kesat. Nenek tu menangis sayu,sampai aku mcm tak percaya aku menangis sama.

Aku cakap kat nenek tu "Nekk...sori nek,sori ya...sori...." aku tak sure nenek tu faham ke tak apa aku cakap, nenek tu terus cakap "Kamsiaaaa... Kamsiaaaa..." perkataan tu aku dengar dengan sangat jelas. Nenek tu terus letak fon & dah tak call lagi selama beberapa hari. Merajuk mungkin?

Disebabkan petang tu aku agak free,jadi aku pun google la tentang bahasa hokkien.. Rupanya "Kamsiaaaa" yang nenek tu sebut berulang kali lepas dia menangis kena tengking aku tu, bermaksud "terima kasih"... aku rasa mcm kena tampar, dah la aku tengking dia, dia terima kasih plak...

Dari situ lah aku bertekad nak mencari org yang dapat berbahasa hokkien untuk membantu aku cakap dengan nenek ni...

Penyiasatan aku pun bermula ...
 

.................................................................................................................................................................. 


Hoih korang,terperanjat gila aku korang dah speed sampai page 6, last aku lepak sini,masih page 2 lagi... Adoi, sorry sangat2 aku tak sangka pulak korang tunggu sampai mcm ni. Aku sibuk sikit ni,balik umah habis keje,dah free dah... laptop plak takde.. ni abg aku baru je balik dari lepak, laptop dlm kereta bukannya pakai pun, nak jugak bawak keluar..kalau tak, lepas aku keje tadi confirm dah banyak sambungan nih..

K lah aku tak nak merepek panjang.. Jom,layan sambungan seterusnya..

Lepas aku buat nenek tu menangis, aku makin "rapat" dengan nenek tu. Selalu kalau die call, aku memang dengar je die nak cakap pe. Sampai aku selalu ulang-ulang sebut nama aku sendiri kat nenek tu. Bila dia call, aku selalu ckap "Ni aishah.... Ini aishah cakap... aishah ni...." Nenek tu tak layan pon, dia teruskan dengan cakap hokkien nya tu.

Ada la 1 hari tu, nenek tu call, tapi account clerk tu yang angkat. Clerk ni wktu tu busy buat kitorang punya payment schedule,jadi bila dia dengar je suara nenek tu, die letak fon... Asal nenek je,letak fon. Nenek tu bengang ar,mula lah die call bertubi-tubi tu sampai clerk tu cabut wayar telefon untuk 10 minit. Lepas 10 minit, pasang balik. Masih nenek tu call, tapi dah tak marah, dengan nada sayu je.. Yg clerk tu terkejut sangat, nenek tu sebut nama aku.. Lebih kurang mcm dia tanya "Aishah mana?" tp dlm bahasa hokkien la, tune nenek tu mcm bertanya aku mana (dah aku selalu sgt ckp nama aku,nenek tu dah tau).

"Nenek tu sebut nama akak ah,biar betol" Clerk tu cakap. Aku pun amik telefon tu, cakap hello, nenek tu sembang balik mcm biasa. Tp aku tak pernah pulak dengar nenek tu sebut nama aku pun.

Ingat lagi tak aku cakap aku nekad nak cari sesiapa yang fasih bahasa hokkien, aku memang gigih lah mencari,hahaha. Asal ada customer cina, aku tanya2 la dorang ni Cina Hakka ke, kalau cina hakka, memang la cakap hokkien ka. Tapi, tak jumpa langsung. Susah sangat2 nak cari. Staff aku yang pandai cakap mandarin tu, reti sikit2 je, tapi kalau nak cakap,die tak reti. Cuma boleh dengar dan faham sikit2 tu pun memang sikit gila ah, dlam 5% cmtu kot,sebab die tak faham sgt pun nenek tu cakap pe.

Tapi betul lah pepatah orang tua, kalau kita tak cari, haaa tu terpacak depan muka. Kalau cari, confirm takkan jumpa. Ni memang betul. Beberapa minggu lepas tu, restoren kitorang ni ada menu baru, jadi ada la bahan2 baru yang diperlukan. Disebabkan aku sangat berkira dari segi costing, aku tukar la kitorang punya supplier telur ayam sebab cina tu dapat bagi lebih murah tapi kualiti sama.

Waktu minggu pertama dia wat penghantaran stok telur ayam kat restoren kitorang, aku tak berapa nak bersembang sangat dengan supplier ni, sebab die tak reti sangat bahasa melayu dan tak reti cakap english. Yang basic2 die tau la, tapi kalau aku nak sembang dengan die,memang totally fail. Dipendekkan cerita, ada la satu hari ni, supplier ni (Madam Wong) tak dapat nak hantar stok dalam sebulan mcm tu sebab bercuti,anak die kahwin & majlis dorang wat kat shang hai sebab anak die kawen dengan orang shanghai.

Madam wong ni pun inform lah, die cakap anak saudara die yang baru habis belajar tu, akan tolong hantar dalam masa sebulan die bercuti tu. Ha, yang anak sedara dia ni ok lah sikit, at least boleh berbahasa melayu and english pun ok. Tak lah kekok sangat kalau aku nak berbual.

Minggu pertama anak sedara si Madam Wong ni ambik alih, aku banyak sembang dengan die. Die cerita la die baru habis belajar,ambik jurusan perhotelan bla bla bla. Waktu tu, die singgah makan kat restoren kitorang,nak cuba masakan melayu katanya, sebab jarang sangat makan masakan melayu. Aku pun joint la sekaki. 


Nota tambahan : Hensem gila anak sedara madam wong nih.

Waktu kitorang tengah makan & sembang2 tu, tiba2 handpohone die berbunyik & die cakap2 lah dalam fon,dengan sapa ntah. Lebih kurang beberapa minit,die dah nak letak fon dah and tiba2 die cakap "Ok .. Ok .. Ok.. Kamsiaaa, kamsiaaa"

Nak terkeluar bijik mata aku renung die, sampai die pun pelik apasal aku tengok die sampai mcm tu.

"Awak ni Cina Hakka?"
"Ya, Hakka"
"Jadi, Mdm Wong tu Hakka jugak ke?"
"Bukan lah, dia kawen dengan uncle saya, uncle saya yg Hakka"
"Jadi... tadi tu awak cakap Hokkien lah?"
"Mana awak tau?"
"Tuhhh...kamsiaa kamsiaaa tu Hokkien kan?"
"Hahaha... ya la, Hokkien. Why? U can speak hokkien?"

Aku tak jawab pun soalan die, tapi aku terlalu excited sampei sebut Yes!!! Yes!!! berulang kali. Hahahha excited gila woh, korang bayangkan lah berapa lama aku mencari Cina Hakka ni, akhirnya ketemu jugak.. Dah la hensem, eh..

Ni dah pukul 1.22 pagi,aku memang nak sangat sambung,tp aku kena tido awal lah, esok nak bangun awal sebab orang reserve 12 meja untuk sarapan pagi, nak standby apa semua esok. Nak kena tido awal lah, dont worry, esok aku sambung ek!
  ...................................................................................................................................................................

 

sorry geng,terlambat pulak masuk forum hari ni. baru ada laptop daaa,abg aku baru je masuk tido. susah sikit nak kongker sebab laptop ni die punya,hehe.

Baiklah,seperti yang dijanjikan .. Sambungan ..

Untuk memudahkan cerita, aku mention lah sini nama anak saudara kepada Mdm Wong tu tadi - Danny (nama panggilan, nama betul tak pasti) hehe. Sejak aku tau Danny ni Cina Hakka dan pastinya boleh berbahasa Hokkien, jadi aku dah pasang plan, nak mintak tolong daripada Danny ni untuk bantu aku cakap dengan nenek tua ni. At least, aku nak faham apa yang nenek tu nak, sebab kalau ikut dari pendengaran aku ni, nenek ni mcm bercerita benda yang sama je setiap hari. Mesti ada kisah nenek tu cerita kan, itu lah yang aku nak tau sangat sebenarnya.

Kebetulan pulak Danny ni memang baru habis belajar dan memang tak bekerja di mana2 kecuali tolong hantar stok telur ayam je kat restoren2 & kedai2, jadi die ada masa free lah jugak. Aku terus terang lah dengan die, nak minta tolong. Aku ceritakan semua dari mula sampai habis pasal nenek tu,pada Danny. Danny pun setuju lah nak tolong tapi die request hari Ahad sebab cuma hari Ahad je die betul2 free, sebab penghantaran stok yang die handle cuma dari hari Isnin hingga Sabtu je.

Aku pulak waktu tu mcm tak boleh sabar pulak tunggu hari Ahad, terpaksa la tunggu beberapa hari lagi.

Bila tiba je hari Ahad, Danny sampai sebelum pukul 8 pagi, sebab aku bgtau die, nenek ni memang akan call dalam jam 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Memang jarang sangat "jadual" nenek ni terbabas, memang selalunya ikut jadual je nenek ni, haha. Aku pun menanti lah dengan sabar, waktu tu jam dah pukul 8.10 pagi mcm tu, dan telefon berbunyi. Sah,ni memang nenek, aku terus suruh Danny jawab. Mula2 Danny tak nak, die cakap mana tau kot2 orang opis call ke, aku cakap opis mana pulak nak call kitorang hari Ahad,opis mane de keje. Kalau customer call pun, jarang call pagi2 mcm ni.

Danny pun jawab lah telefon tu, aku berdebar-debar sangat. Danny bagi aku dengar dulu suara nenek tu, aku dengar dan sahkan nenek tu yang call. Danny pun cakap dengan nenek tu. Untuk memudahkan pemahaman korang, ni aku dah translate perbualan Danny dan nenek tu (sebagaimana yang telah diceritakan oleh Danny kepada aku),perbualan asal adalah dalam bahasa Cina Hokkien.

Nenek : Hallllaaaaoooooo.....
Danny : Hello,cari siapa?
Nenek : Eh,awak siapa ya? Mana anak saya sudah sampai ke?
Danny : Ni Danny. Anak awak siapa ya?
Nenek : Anak saya Freddie.
Danny : Maggi?
Nenek : Freddie!!

(Waktu ni Danny gelak sakan)

Nenek : Freddie tertinggal bekal die tadi, jadi mcmana? Tghari nanti die pulang tak?
Danny : Takde orang nama Freedie sini nek .. nenek salah nombor.
Nenek : Mcmana? Tengahari nanti pulang tak?
Danny : Nenek, ni restoren. Takde orang nama Freddie, nenek salah nombor.
Nenek : Suruh die pulang ye nak.. Nenek risau die tak makan.

Part ni memang sedih, aku tengok Danny agak tersentuh bila Nenek ni tak hirau langsung pasal die salah nombor, die asyik ulang cakap benda yang sama je. Danny pun cakap ok ok, nenek ni pun cakap "pesan pada die ye nak....kamsiaaa...kamsiaaa..." dan terus letak fon.

Pada sebelah tengahari pulak, Danny jawab lagi fon, nenek ni call ni.

Danny : Hello?
Nenek : Haalllooooooooo....
Danny : Ya?
Nenek : Pulang tak? Pulang rumah tak? Dah masak ni.
Danny : Salah nombor ni.
Nenek : Tak pesan pada dia ke?
Danny : Tak kenal Freddie nek, takde pesan. Nenek salah nombor pagi tadi.
Nenek : Bekal makanan die tertinggal ni, saya dah masak. Pulang tak?
Danny : (Diam)
Nenek : Pulang tak? Dah masak ni. Semua makanan die suka, kalau die tak sempat, nanti saya tolong simpan. Balik rumah nanti, panaskan ya. Kamsiiaaaa.. Kamsiaaa...

Nenek tu letak telefon. Waktu ni Danny tersentuh, mata die dah berair mcm menahan diri dari menangis. Aku pulak, pura-pura ke tandas, sebab aku takut Danny tak selesa. Ye lah kan, perempuan tengok orang lelaki yang tengah nak nangis, aku takut die segan ke ape.. Jadi aku keluar sekejap bagi die bertenang. Sensitip jugak budak ni rupanya, dalam hati aku cakap.

Sebelah petang pulak, lagi sekali, nenek ni telefon. Sekali lagi perbualan mereka, mcm ni ..Tapi kali ni aku suruh Danny cuba bawak nenek tu sembang, cuba tanya mana die tinggal.

Danny : Hello ..
Nenek : Tak sempat pulang ke tadi? Die sibuk, ada meeting ke?
Danny : Nenek tinggal mana?
Nenek : Freddie sibuk?
Danny : Rumah nenek di mana? Nanti saya hantar Freddie balik.
Nenek : Saya dah masak ni. Nak tido awal lah, kalau die balik nanti, panaskan lauk, makan ya.
Danny : Nama nenek siapa?
Nenek : Pulang ya.. saya dah masak. Bgtau die ya.. Kamssiaaa.. Kamssiaa...

Nenek tu terus letak telefon tanpa menjawab satu pun soalan Danny.

Untuk pengetahuan semua, Danny dah menjawab telefon nenek, bercakap dengan nenek ni selama 3 hari,hanya kerana die nak pujuk nenek tu sembang dengan die. Sanggup die pergi ke restoren aku selama 3 hari tu, pada waktu2 yang nenek tu call,tapi tak dapat info.

Kesimpulan yang aku dapat, nenek ni call setiap hari, bertanya hal yang sama. Tentang anak die yang bernama Freddie tu balik ke tak, sebab Freddie tu tertinggal bekal makanan yang die siapkan kat rumah. Soalan dan ayat nenek tu tak berubah, sama je setiap hari. Sampai Danny jadi sedih.

Aku cakap kat Danny, jangan2 nenek ni dah nyanyuk, dan ada kemungkinan ape yang die ingat, hanyalah tentang anaknya tertinggal bekas makanan nya tu. Sebab tu setiap hari die tanya hal yang samaaaa je. Aku dan danny makin rapat sebab kitorang siasat hal ni sama2. Danny tanya bila aku offday, aku cakap tak tentu. Danny bgtau lah kalau aku offday, die nak ajak gi telekom untuk kenalpasti nombor yang selalu call kitorang tu, mesti ada dalam record tentang nombor,alamat,etc.

Aku pun setuju lah.. Minggu berikutnya aku dan Danny dah plan untuk siasat dengan staff Telekom pulak, untuk dapatkan alamat nenek ni. Bukan sebab kitorang tak puas hati ke apa, tapi disebabkan betapa sayu dan sedihnya perasaan kitorang dan teringin sangat nak jumpa nenek ni atau ahli keluarga die, mungkin ada cerita di sebalik nya tentang nenek tu dan Freddie.

Waktu Danny translate dekat aku semua perbualan tu, aku menangis. Aku rasa sebak sangat, bayangkan lah restoren tu dah beroperasi hampir dua tahun dan nenek tu telefon setiap hari bertanyakan anak die balik ke tak, masak untuk anak die. Aku sebenarnya dah lama kematian ibu, aku rasa tersentuh dengan kasih seorang ibu yang sampai mcm ni sekali. Sedih.

...................................................................................................................................................................


Setelah investigation sendiri dibuat selama 3 hari berturut-turut, aku dah berjaya faham pe yang nenek tu cakap, melalui bantuan Danny. Danny cadangkan aku untuk pergi Telekom, cuba track berapa nombor telefon nenek tu,lepas tu senang lah kitorang nak tau alamat rumah die kan, dalam hati ni waktu tu memang dah bersemangat nih, nak jumpa nenek yang pd awalnya aku anggap menakutkan, tapi bertukar jadi simpati pulak.

Aku pun request lah dari partner yang sama incharge restaurant tu, untuk ambik offday hari Ahad, nasib baik gak lah die okay je, sebab waktu tu tengah bulan, restoren pun takde lah busy sangat, staff pun cukup, so no hal lah kalau aku nak offday hari ahad. Aku dah standby dah tulis info pasal nenek tu, waktu2 yang selalunya die call, untuk memudahkan aku jadik CSI kat telekom tu.

Hari Ahad .. Danny jemput aku kat umah  .. kitorang sarapan kat McDonald. Waktu sarapan, aku dengan Danny banyak sembang pasal nenek ni, macam-macam spekulasi yang timbul, tapi waktu tu aku memang kuat dengan kepercayaan aku yang nenek ni confirm nyanyuk lah. Danny pulak cakap, jangan2 nenek ni dah mati, rindu anak dia kot,tu yang duk call tu tapi salah nombor. Ade pulak mcm tu, habis tu nenek tu mati, kubur sekali dengan telefon ke, ke cina memang suka bawak harta masuk kubur. Waktu aku cakap mcm tu, aku tersedar aku terlepas cakap pulak, tak sepatutnya assume cina mcm tu kan, aku diam then say sorry.

"Sorry? Kenapa?"
"Ye lah,kan tadi sy macam assume cina ni gila harta pulak. Sorry la,takde niat."
"Kenyataan tu, ada jugak bangsa cina yang akan kuburkan mayat bersama sedikit harta milik dia"
"Owh ye ke? Sy ingatkan zaman dulu-dulu je mcm tu?"
"Sekarang pun ada jugak mcm tu Aishah .."
"Owh,family awak masih amalkan tanam harta bersama mayat gak ke?" (dah la tadi mintak maaf,timbul balik soalan takde insurans aku nih )

"Taklah.. itu bukan cara kita orang Islam" kata Danny yang merentap jantung aku, rasa nak gugur waktu tu jugak.

"Awak .. Islam?"
"Kalau ya,kenapa?"
"Sebab Mdm Wong ..kan buddha?"
"Iman boleh diwarisi ke?" - Hoh,time ni muka aku dah panas.

Waktu tu, baru aku tau Danny rupa-rupanya Cina Hakka yang beragama Islam sejak dilahirkan. Ayahnya berbangsa Cina Hakka dan ibunya berbangsa Suluk yang berasal dari Sabah. Ibu bapa Danny ni memeluk Islam selepas 3 tahun berkahwin,waktu tu Danny tak lahir lagi. Aku pun ternganga je lah dengar penjelasan die, sebab aku pada awalnya tak pulak expect die Muslim, mungkin sbb die bangsa Cina Hakka jadi aku macam terus cop die beragama Buddha, mcm mak sedaranya si mdm wong tu.

Eh, tersasar pulak.. ni nak cerita pasal kisah nenek ke kisah Danny ni...

Setibanya kitorang di Telekom, ambil nombor giliran & cerita pasal masalah kitorang kat pegawai telekom tu. Aku yang bercerita pasal masalah ni, cuma aku ceritakan secara general. Aku cuma bgtau, nombor telefon restoren kitorang selalu dihubungi oleh orang yang tak dikenali, setiap hari. Aku tak pulak cerita pasal nenek tu cari freedie segala,sebab aku rasa info tu terlampau detail pulak,mcm very the tak perlu (ke perlu..?). Jadi kiranya aku request lah nak track nombor tu. Pihak telekom tu suruh tunggu & dorang ada mintak beberapa info la untuk sahkan aku memang authorized person ke atas nombor restoren tu. Selepas beberapa minit mcm tu, dorang cakap tiada nombor yang dikesan call restoren kitorang setiap hari, nombor lain memang ada call, tapi bukan setiap hari.

Aku rasa pelik, nombor yang call kitorang setiap hari, tiada dalam rekod pemanggil. Aku mintak untuk print kitorang punya in-call record, bila dah dapat, memang takde dalam rekod pulak. Ada satu nombor tu, yang aku nampak ada call pada waktu tengahari, selama 3 hari berturut-turut, aku request nak mintak info nombor siapa tu, tapi malangnya bila Telekom cakap dorang tak boleh bagi info nombor telefon secara sebarangan terutamanya nama atau alamat,dorang cakap memang tak boleh kecuali ada report polis bagai, untuk siasatan kalau aku nak dakwa nombor tu sebagai mengganggu privasi. Aku cakap lah memang nombor yang call tiap hari tu mengganggu privasi, tapi aku cuma sekadar nak tahu nama dan alamat dia, aku tak berniat sampai nak report polis pulak. Then pegawai telekom tu bagitau, minta maaf sebab dorang tak boleh reveal maklumat pelanggan secara terus. Mesti melalui report polis ataupun permintaan dalam bentuk bertulis/surat rasmi.

Aku dengan Danny pun malas lah nak bincang panjang, aku tak sangka pulak procedure untuk dapatkan maklumat tu jadi rumit pulak. Aku makin pelik bila tengok senarai nombor tu, hampir semuanya aku memang kenal, nombor supplier. Kalau ada pun nombor yang aku tak kenal, tu semua nombor customer yang call, takde pulak yang call tiap2 hari mcm nenek tu. Pelik.

Waktu ni,aku dah mula rasa tak kena. Rasa takut. Berhantu ke apa nombor telefon kitorang ni, perasaan takut yang baru je hilang tu, dah datang balik. Rasa ingin tahu tu membuak-buak, aku tak puas hati dengan info yang kitorang dapat. Danny cadangkan buat je laporan polis, tapi aku cakap tak payah. Bukan apa, kang makin rumit pulak, leceh lah sampai nak buat laporan pulak. Aku pulak jenis yang malas nak melalui semua tu, setakat panggilan telefon mcm tu, aku rasa banyak lagi kes lain yang polis nak siasat, kes mcm aku ni dikira kes terpencil je kot.

Aku dengan Danny pun balik je, dengan fikiran aku yang tengah sarat dengan 1001 misteri.

Eh korang, aku lapar lah, belum makan ni sebenarnya. Aku makan dulu ah, kang aku sambung balik ek!

...................................................................................................................................................................

Oleh kerana aku rasa mcm dah takde harapan je (kes malas nak buat report polis & nak tulis surat rasmi lagi satu hal), jadi perkara ni agak terbiar lah jugak. Nenek ni masih lagi call, dan aku.. masih lagi setia melayan suara sayunya setiap hari. Aku banyak cakap ok je kat nenek tu, dan setiap kali nak habis perbualan, wajib ada perkataan kamsiaaa tu..

2 bulan berlalu selepas kenal dengan Danny, Danny pun dah dapat kerja tetap, dekat salah sebuah hotel,sebab die pun memang amik jurusan perhotelan. Sejak tu, die sibuk dan tak lagi bertanya tentang nenek, yang mana aku je jadi peneman setia nenek tu, kalau bukan aku, yang clerk sorang tu lah yang layan. Danny bekerja ikut shift, kadang2 dlm seminggu tu sampai beberapa kali balik lewat, midnight shift punya pasal. Jadi waktu untuk kitorang lepak sama2 waktu zaman die menganggur tu,dah tinggal kenangan. Aku pun tak nak ganggu die, maklumlah die baru nak mula career dan bekerja tetap, mesti banyak benda yang dia sibuk,belajar itu ini.

Pada satu hari ni, tiba-tiba Danny call aku, banyak kali. Tapi aku tak perasan sebab handphone aku letak dlm locker,sibuk layan customer kat restoren. Hari tu pulak hari Ahad, clerk tak bekerja, Danny call opis pun tak berjawab. Selepas aku dah tak berapa sibuk, aku baru teringat nak check handphone. Terkejut gila woh, ada banyak missed calls and sms daripada Danny yang suruh call back secepat mungkin,ada hal penting.

Bila aku call balik, aku tanya ada apa hal yang penting tu. Danny cakap, nenek tu call opis tempat die kerja,suara yang sama,memang die kenal sangat tapi kali ni berbeza sebab nenek tu cakap lain pulak, bukan dialog yang selalu die sebut waktu die call restoren kitorang. Danny cakap die nak jumpa aku malam tu jugak, sebab die nak cerita pada aku face to face, aku pun setuju. Then kitorang pun jumpa kat warung mamak yang tak berapa jauh dari rumah aku.

Danny memang betul lah tak sabar, aku belum keluar dari kereta lagi, baru je parking tapi die dah ketuk2 cermin kereta aku suruh aku keluar cepat. Aku rasa berdebar betul, aku rasa mcm die nak cerita berita buruk je kat aku, aku cuba untuk bersedia dari segi mental, kot2 dapat berita mengejutkan ke apa ke kan..

"Aishah, awk ingat lagi ke, nenek tu? Die masih call ke?"
"Tak pasti la. Sebab beberapa hari lepas memang sibuk sangat,sy takde duduk dlm opis sgt"
"Sy pelik lah, nenek tu call opis tempat sy kerja.Kalau awk tak percaya, awak dtg esok tp pls, awak cakap lah awak dtg nak jumpa sy bincang psl kerja ke apa ke, opis sy mana boleh bawak org luar masuk lah"

Aku ok je lah bila die suggest mcm tu, tapi aku ckp kat die, kalau waktu aku dtg tu, nenek tu tak call,macamana? Takkan aku nak tunggu kot? Danny cakap confirm nenek tu call sebab dah 2 hari die call pada waktu yang sama (lunch hour).

Keesokan harinya, aku pergi ke tempat Danny kerja, waktu lunch hour. Die share opis die dengan 3 org lagi staff tapi semua keluar pergi makan & ada yang on leave gak. Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, akhirnya nenek tu call jugak.

Aku yang angkat dan cakap "hello", dibalas balik dengan "Haaaalllllaaaooooo.." Ya Allah ni memang sah nenek yang call restoren aku, mcmana pulak dia boleh ada nombor opis Danny? Danny cakap dengan nenek tu,lama. Dan ini, adalah yang aku translate dari bahasa hokkien ke bahasa melayu.

Dani : Hello nenek,ingat Aishah ke,kenapa call sini?
Nenek : Freddie takde situ, nenek nak die pulang. Tolong nenek.
Dani : (Diam)
Nenek : Tolong nenek. Kenapa dia takde? Makanan die tertinggal.
Dani : Nenek, cuba nenek bgtau nenek tinggal mana. Rumah nenek mana?
Nenek : Pagi tadi die tertinggal bekal makanan. Mcmana nenek nak bagi, nenek tak tau opis dia.
Dani : Nenek boleh bg dengan sy, tapi kita kena jumpa. Nenek dekat mana?
Nenek : Nak bagi die makanan yang tertinggal, dah sejuk ni nak..

(Danny memang tak dapat dengar perkataan "anak" atau "nak" yang nenek ni sebut, dia memang nak menangis)

Nenek : Nakkkk.. (panggil Danny)
Danny : (Diam)
Nenek : Naakkk.. tolong nenek,bg bekal makanan ni pada Freddie. Dia pulang tak?
Danny : Die tak pulang nek, die suruh nenek bagi sy. Mcmana nak jumpa nenek?
Nenek : Bila lah die nak pulang ya? ->(Memang tak menjawab soalan langsung)
Nenek : Kalau die pulang, panas kan ye ..
Danny : Kenapa tak call aishah?
Nenek : Freddie tak ada... tak pulang.. tak pernah pulang.. tak kan pulang.. (Suara nenek ni sangat sayu,kedengaran sangat2 tua dan menahan tangis)

Nenek tu terus letak telefon. Bulu roma aku meremang, mcmana nenek ni boleh "ikut" ke mana Danny pergi, boleh call Danny senang2 mcm tu je? Nak kata kebetulan, seolah-olah mcm mustahil. Ataupun mungkin ni memang satu kebetulan?

Aku menangis lagi,aku tunduk kepala je waktu Danny translate nenek tu cakap ape. Sikit pun aku tak angkat muka, aku tunduk dan menangis. Aku rasa betul-betul tersentuh dengan ayat terakhir nenek tu cakap tadi ..

Freddie tak ada... tak pulang.. tak pernah pulang.. tak kan pulang..

Ayat tu terngiang-ngiang di telinga aku. Untuk pengetahuan korang, aku dah kematian ibu tersayang, bila aku dengar nenek ni merayu nak anak die pulang, aku teringat pada arwah mak aku. Rasa rindu tu terbit dalam hati, rasa sebak sangat dan kalau ikutkan hati, aku nak sangat bawa Freddie ni pulang pada nenek tu.

Mata aku basah waktu tu,menangis tanpa ada rasa segan lagi. Untuk beberapa minit, bila Danny senyap.. aku angkat muka, untuk tengok apsal pulak mamat nih diam jugak. Rupanya, Danny .. menangis sama.. bezanya,hanya airmata nya bergenang, bukan mcm aku yg dah teresak-esak. Danny teringat jugak pada arwah mak die. Waktu tu die bercerita pada aku, mcmana die kehilangan ibu die, dan aku berkongsi hal yang serupa. Kebetulan lagi, kami berdua sama-sama kehilangan ibu.

Kalau korang baca dialog nenek dan Danny di atas, mungkin korang tak rasa kesedihan tu. Tapi aku, yang dengar semuanya secara live, betapa sayunya suara tua tu, memang sedih sgt2.

Aku dengan Danny mula cari jalan, untuk kembali menyiasat apa sebenarnya yang berlaku. Kali ni, kami nekad untuk cari jawapan kepada semua persoalan ni. Siapa nenek tu.. Siapa Freddie.. masih hidupkah mereka atau kami cuma berhubung melalui alam fantasi saja?


P/s : Korang rasa, patut ke tak aku ajak Danny masuk sini? Aku tak sure die tau ke tak kewujudan forum ni? Apa pendapat korang?


...................................................................................................................................................................
  

To Chazey, sekadar nak bagi info pada ko, aku anak jati sarawak. Bila ko cakap mcm tu, memang aku sedikit terasa tapi aku faham bukan niat ko nak cakap Sarawakian mcm tu.

Aku memang banyak sangat kawan yang berbangsa Cina Foochow dan aku langsung tak bersetuju kalau org cakap Cina Foochow ni kurang ajar, bagi mereka yang tak biasa, akan berfikiran begitu. Tapi Cina Foochow ni memang perwatakan dan cara percakapan mereka sangat kasar,mcm bergaduh,tapi bukan bermakna mereka kurang ajar. Aku membesar di kalangan puak Cina Foochow, memang diakui mereka ni macam samseng tapi kalau nak menghukum Cina Foochow semuanya begitu, tu adalah tak adil, maaf cakap.

Dan untuk pengetahuan Chazey, bangsa Iban sangat menghormati tetamu,aku ni dari lahir sampai ke dewasa memang dunia aku di Sarawak, aku sangat kenal jatidiri orang Iban yang berpegang kuat pada adat mereka, hormat orang. Aku rasa pelik bila kau cakap mcm tu pada kaum Iban, Iban kasar ke? Kalau kau pernah jumpa Iban yang kasar dan tak guna, itu hanyalah segelintir. Bagi aku, setiap bangsa ada baik dan buruknya. Tak ada satu pun bangsa yang 100% nya baik atau 100% pun jahat.

Same goes to bangsa Cina Hakka, walaupun mereka ni terkenal dengan sopan santun dan kelembutan,kesabaran mereka, tp tak bermakna 100% mereka mcm tu.

Saja nak bagi pendapat kat sini, aku harap lepas ni takde lagi isu mcm ni di thread ni. Aku bukan berlagak as TT nak buat rules bagai, tapi aku tak nak korang menyimpang jauh. Fokus pada jalan cerita. Cerita pasal keburukan bangsa lain ni tak relevan dlm thread ni, aku tak nak kat sini jadi tempat bertikam lidah pula ye, kawan2 kat sini sure faham.

Dan lagi satu, aku harap jangan ada desakan untuk aku panjangkan cerita waktu update, atau nak aku habiskan cepat2. Aku jenis orang yg sangat jaga kualiti cerita, aku tak nak tergesa-gesa. Untuk hasilkan cerita mcm ni, aku perlukan masa, ni bukan mudah memandangkan cerita rumit, aku bongkar satu per satu. Tolong ye, sebab aku rasa sedikit tertekan bila ada yang PM aku mendesak untuk habiskan cerita dlm minggu ni jugak. Aku bukan tak nak update panjang, tapi waktu malam je aku ada masa, hal ni aku dah ulang banyak kali, aku tak mintak banyak tapi tolong hormat cara aku sampaikan cerita, aku bukan jenis yang nak cepat habis tapi kualiti zero.

Maaf ye,insya allah aku sambung lagi malam ni,seperti yang dijanjikan. Cuma harap tiada desakan dari sesiapa untuk aku update selalu, masa takde sangat. Maaf ya.
Maaf tau kalau aku menyinggung hati sesiapa,aku tak bermaksud mcm tu. Korang tau kan aku baru 1st time post thread di board ni & aku tak sangka langsung akan dapat sambutan mcm ni. Terima kasih sgt.

Nantikan sambungan ok, in progress dah ni. 

...................................................................................................................................................................


Selepas 2 atau 3 bulan aku dan Danny tak hirau lagi nak cari nenek tua tu since Danny dah dpt kerja, kitorang kembali ke plan asal untuk sambung balik siasatan, semuanya gara-gara nenek tua tu dah tak lagi call restoren tempat aku kerja, tapi nenek tu call office Danny pulak. Kitorang memang dah agak ini mungkin satu misteri yang takkan terungkai, tapi kalau tak cuba, mana nak tau hasilnya kan? Pada mulanya, aku tak tau mana nak mulakan siasatan, aku kerja kat restoren, Danny pulak dalam bidang perhotelan, jauh bena dengan skill nak CSI ke apa, skill masak ade lah kot. Jadi, aku dengan Danny pun plan nak jumpa, untuk bincang tentang hal ni dengan mereka yang mungkin lebih arif. Aku ambik keputusan untuk bawa sekali account clerk kitorang, yang aku panggil Nisa. Dan Danny pulak bawa sepupu die, Ryan iaitu anak sulung kepada Mdm Wong tauke telur Ryan ni peminat kisah mistik atau misteri & pernah involve dalam pencarian entiti paranormal waktu die kat Australia. Australia atau New Zealand,aku lupa pulak, tak sure.

Tiba malam yang dijanjikan, aku pun pergi jumpa Danny, Ryan dan Nisa kat salah sebuah kedai makan. Lepas order makan & sesi kenal-mengenal antara satu sama lain (sebab aku tak pernah jumpa si Ryan dan Ryan pun tak pernah jumpa aku dan Nisa, jadi kira mcm intro lah, hik hik). Topik tentang nenek ni, menjadi topik utama perbualan kitorang, dan mcm biasa lah, timbul pulak macam2 spekulasi.

Ryan mencadangkan untuk kitorang cuba mencari siapa pemilik asal nombor restoren tu. Ryan cakap, ada kemungkinan nombor tu adalah milik tempat kerja Freddie pada asalnya, lepas tu dorang potong line ke apa, dan nombor tu digunakan oleh restoren kitorang pulak, kiranya mcm nombor recycle la. Bila Ryan cakap mcm tu je, Nisa terus menyampuk ..

"Laaa.. kalau mcm tu, memang Nisa dah lama tau, nombor tu syarikat balak punya lah, dorang jual kayu"


"Apsal kau tak pernah cakap pun? Apsal aku tak tau eh?" aku pun tanya, sedikit bengang lah sebab sepatutnya Nisa inform aku pasal ni, tiba2 aku rasa segan pulak sebab Nisa, lebih tau daripada aku.

Nisa cakap, dia tak pernah bagitau sebab hal tu dah terlalu lama sangat. Waktu restoren kitorang baru mula beroperasi, menurut Nisa, memang beberapa kali ada orang call mintak quotation harga kayu lah, tanya ada buat perabot ke tak, kilang balak kat mana lah, macam-macam. Nisa cakap ni restoren,takde deal dengan kayu-kayu semua ni, orang yang call pun terkejut dan tanya, eh ni bukan Syarikat Kayu XYZ ke (sekadar nama syarikat samaran,bukan nama betul syarikat tu k). Nisa pun pernah beberapa kali terima fax daripada org yg tak dikenali, kat atas kertas tu bertulis "Attn to Account Dept,Syarikat Kayu XYZ" lebih kurang mcm tu lah, dan beberapa kali Nisa terpaksa call back untuk inform yang kitorang ni restoren,bukan syarikat kayu balak.

Patut lah aku tak pernah tau pasal tu sebab kebanyakan waktu aku memang berada di bahagian luar opis, dan yang selalu jawab telefon ialah Nisa, dia tak pernah maklumkan sebab dia tak pernah terfikir pun info tu dapat membantu kitorang cari siapa freddie atau siapa nenek tu. Lagipun lepas beberapa bulan, dah takde orang call untuk tanya pasal syarikat kayu tu, mungkin sebab syarikat kayu tu dah pun inform dengan customer dorang tentang penukaran nombor. Aku pun cadangkan kitorang google je lah nama syarikat tu, for sure ada alamat dan contact number dorang.

Dengan menggunakan handphone Ryan, kitorang pun sama2 google syarikat tu. Sah, masih wujud dan website dia active. Syarikat tu syarikat kayu balak yang supply kayu balak (eh,memanglah) dan ada jugak supply barang2 untuk bina bangunan macam simen,cermin,etc. Danny cepat-cepat save nombor telefon office syarikat kayu tu, sekali dengan nombor fax dan email sekali. Danny ni ambik langkah berani sikit lah konon, die dail je nombor tu walaupun kalau ikut secara logik, mane lah ada orang kat opis malam2.

"Mana tau nenek tu angkat ke,kan? Cuba jeeee.." Danny melawak, Nisa dengan Ryan dah ketawa dah, tapi aku, diam. Memang aku takut, kot2 mana lah tau nenek tu betul2 pulak jawab telefon tu, tak ke naya makin banyak pulak misteri yang tak terungkai. Tapi panggilan telefon yang Danny buat tu, tak berjawab. Fuh,aku lega.

Tiba-tiba handphone Danny berbunyi, kitorang semua tersentak, bila Syarikat Kayu tu yang call balik. Suasana yang tadi bukan main riuh dengan gelak tawa Nisa dan usikan Ryan, semua berubah jadi senyap. Danny tekan punat call,on loudspeaker supaya kitorang dapat dengar.

"Hello?" Kata Nisa,eh budak ni, die pulak yang cakap Hello, sepatutnya Danny sebab tu handphone dia.
"Hello?" Kata Ryan pulak, eh memang mintak sekeh kot dorang berdua ni.

Tapi, tiada jawapan .. Danny terus putuskan je talian. Muka masing-masing pucat,ketakutan. Terutamanya aku, aku rasa berdebar sangat, sedangkan kalau ikutkan lah, Nisa ni yang lebih penakut daripada aku, tapi aku tak dapat nak kawal diri.

"Aishah, awk ok ke?" Danny tanya. Aku tak jawab,aku terus ajak balik. Tapi,aku memang takut. Tak pernah rasa mcm ni dan kepala otak aku ni dah bayangkan nenek tu duduk belakang kereta aku.
Kitorang ambik keptusan untuk balik dan apa2 perbincangan akan dibincang lagi lain hari, yang belum ditetapkan bila. Aku duduk dalam kereta, aku ketakutan sangat. Menyesal pulak aku tak ajak Nisa balik sama, aku rela tinggalkan kereta aku kat situ, dan balik bersama Nisa dengan satu kereta. Aku cuba call Nisa, tak dapat. Sms tak dapat,rupanya kredit aku habis pulak,tinggal beberapa sen je,dalam hati ni memang dah menyumpah seranah,mula lah nekad nak beli postpaid.


Aku cuba untuk drive balik ke rumah, tapi ayat tu, terngiang-ngiang di telinga aku..
"Freddie tak pulang...tak pernah pulang.. dan tak akan pulang..."
Tangan aku menggeletar,aku cuba nak bertenang dan bgtau diri aku sendiri "Aishah,kau tak pernah mcm ni. Jangan mcm ni, takut dengan sesuatu yang tak pasti. Jgn jadi bodoh lah" Aku cuba tanamkan tu dlm minda aku, tapi perasaan takut tu makin menjadi.

Tiba-tiba ....cermin kereta aku diketuk,cermin kereta pada pintu yang sebelah kiri. Aku terperanjat, Ya Allah memang aku terperanjat sangat2 sampai aku menjerit takut, buka pintu kereta dan terus lari tak tentu hala dan menjerit. Bayangkanlah dah nak dekat tengah malam, aku berlari ke tengah jalan, lari dari sesuatu yang menakutkan, yang aku tak tau apa.


Aku macam dalam dunia aku sendiri, Danny terus tangkap aku dari belakang dan genggam lengan aku kuat supaya aku tak lari, waktu ni orang dah mula mengerumun kami berdua, terkejut dengan apa yang berlaku.


"Aishah.. hei,apasal ni? Ini Danny lah.. hei, tengok sy betul2,awak ni kenapa mcm ni??" Suara Danny,kedengaran marah, dia tak pernah tinggikan suaranya pada aku, dan malam tu, pertama kali aku dengar dia berbahasa kasar seperti tu. Aku terpinga-pinga, owh rupanya Danny yang ketuk cermin kereta tu tadi. Waktu ni kami berdua bertengkar.


"Yang awak ketuk cermin kereta sy,apa hal?Nak tunjuk hero sangat ke?" Aku pun tinggikan suara,selepas dia dulu yang mulakan.

"Sy ingat nak follow awak smpai awk balik rumah. Kan dah mlm, lagipun Ryan tadi follow Nisa" balas Danny.
"Tak boleh ke awk ketuk cermin kereta yg kat sebelah kanan,dekat tmpt yg sy duduk. Tunjuk muka awk tu,bukannya ketuk2 mcm tu dari sebelah kiri, awk ingat sy sempat ke nak fikir panjang siapa yg ketuk? Awk ingat sy ni berani sgt ke??"

Danny diam,tapi belum lagi lepaskan lengan aku yg die pegang kuat. Takut aku lari mcm nampak ponti kot.


"Td sy dah call awk,nak suruh awk jalan,sy follow blkg. Tp awk takde respon pun. Sy tgk awk masih dlm kereta tu,tapi tak gerak2 lagi,tu yg sy dtg tengok, itu aje. Jgn lah emosi sgt mcm ni. Awk ada fikir sesuatu eh dlm otak awk tu?"


Aku diam je,tanpa jawapan. Tiba2 rasa segan pulak dengan mata-mata yang memandang dan berbisik sama sendiri, mesti dorang ingat aku dengan Danny ni bergaduh soal cinta pulak, aduh. Serta merta je rasa takut tadi dah lenyap. Aku suruh Danny balik je rumah, tak perlu follow sebab aku ok. Cuma tadi je tak ok, perasaan takut tu terbawa-bawa. Tapi, Danny tak pedulikan arahan tu, die follow je aku dari belakang untuk hantar aku ke rumah.


Ada la satu simpang tu, kawasan ni agak sunyi, kawasan sekolah rendah. Simpang tiga, dan kat simpang tu ada satu pondok tempat menunggu, budak-budak sekolah selalu lepak kat pondok tu sambil2 dorang tunggu parents or bas sekolah ambik. Waktu melalui simpang tiga ini lah, mata kepala sendiri ternampak seorang nenek tua memakai kebaya nyonya, sambil bawa kipas tangan dan melambai ke arah aku. Sekali lagi aku terkejut, kereta yang aku pandu terbabas dan aku kemalangan.


Akan sambung sekejap lagi ye, aku berhenti makan jap. Belum makan malam lagi nih. 


................................................................................................................................................................... 


Sambungan ..

Kelibat nenek tua yang aku lihat pada malam tu, aku sendiri tak pasti sama ada benar-benar wujud ataupun hanya khayalan semata-mata. Orang cakap, kalau kita terlalu memikirkan sesuatu, fikiran kita dikuasai, benda tak wujud pun jadik wujud. Jadi mungkin apa yang aku nampak pada malam tu, nenek tua berkebaya nyonya sambil memegang kipas tangan, mungkin hanya sekadar gangguan otak kot? Lepas nampak nenek tu, aku terkejut, kaki aku spontan je tekan minyak dengan kuat (sampai habis tekan ke bawah tu),kereta terbabas ke tepi jalan. Dah la waktu tu aku tak pakai seat belt,satu habit buruk aku, kalau waktu malam, jarang nak pakai seat belt sebab takde road block polis/jpj, lagipun takde lah jauh benar pun rumah aku tu. Waktu kemalangan tu, aku tak cedera parah pun, cuma bahagian dahi luka, yang berhampiran dengn anak rambut tu,org panggil ape eh, dah lupa plak, kalau tak silap, ubun-ubun kepala kot? Aku pun tak tau mcmana boleh luka, mungkin terhantuk kot,tak pasti. Parut kat situ masih lagi kekal sampai sekarang cuma dah pudar sebab rajin bubuh bio-oil, tak nak bagi muka nampak spoil berparut, gigih ni sapu bio-oil tiap hari.


Waktu kemalangan berlaku, Danny masih lagi follow dari belakang dan die hampir-hampir kemalangan jugak sebab sewaktu kereta aku terbabas, dia tak pandang kiri kanan, terus je drive pergi ke arah kereta aku terbabas tu, hampir-hampir dia nak langgar motorsikal yang memang tengah melalui jalan yang sama tapi dari arah bertentangan. Disebabkan kawasan tu sunyi, ada kereta yang lalu tapi takde sesiapa berhenti untuk beri bantuan. Pernah ada kes orang pura2 kemalangan, tapi bila orang keluar nak bantu, diorang dirompak pulak. Danny call Ryan untuk mintak tolong Ryan dtg bersama sesiapa yang boleh pandu kereta, untuk tolong bawa kereta aku balik rumah. Kereta aku cuma kemek kat bahagian depan sebab melanggar divider dan papan jalan, tapi tak teruk. Cuma aku dah tak dpt nak drive sebab perasaan terkejut tu masih ada. Lama aku kebingungan kat dalam kereta.

Danny pulak, ketuk pintu kereta slow2, macam takut kena maki je sebab sebelum tu kitorang bergaduh gara2 ketuk cermin punya pasal. Aku bukak pintu kereta, unexpected bila Danny cakap "Okayyy....jangan lari?" Muka die tu ha,memang memek muka menyindir habis lah, takut aku lari dan menjerit tak tentu pasal, siot betul lah.  Danny langsung tak bertanya kenapa aku boleh kemalangan, mungkin tak nak aku rasa tertekan. Danny offer untuk hantar aku pegi klinik, tapi aku tak nak, klinik memang takde bukak malam, kalau nak jugak, memang terpaksa pegi General Hospital tapi agak jauh, memang malas nak pegi lagipun luka pun setakat tu je kat dahi, boleh je kalau nak tampal plaster.

Danny pun call lagi Ryan, tapi aku tak faham pulak sebab dorang masing2 guna bahasa Cina Hakka. Mungkin tanya Ryan dah kat area mana kot. Sementara tunggu Ryan sampai, Danny tolong bersihkan luka kat dahi aku guna tisu yang dibasahkan dengan air mineral and tampal guna plaster. Waktu tu, dia guna First Aid Kit yang ada dalam dashboard kereta aku, dalam dashboard tu pulak, ada tuala wanita yang aku saja simpan untuk ladies punya "emergency case".

"Tampal luka pakai ini boleh kan,cepat menyerap?" Aku toleh tengok dia, tuala wanita tu dah pun kat tangan dia sambil dia sengih, panas gila muka aku ok, ni nak melawak ke apa ni, bagi penampar kang, berterabur gigi kau. Aku diam je, sebenarnya segan sangat sebab barang peribadi, Danny sedar muka aku berubah, dia terus cakap sorry2. Aku sebenarnya tahan gelak, tapi dah tak tahan nak gelak, aku gelak lah, Danny pun gelak sama.

Waktu kitorang gelak sama-sama tu lah, kedengaran suara nenek tua gelak bersama-sama. Aku tersentak. Aku pandang Danny untuk tengok reaksi dia, sama! Dia pun macam tersentap, raut wajah dia, seolah-olah dia nak tanya aku "awk dengar tak apa yg saya dengar?".. aku mengangguk kepala, Danny faham yang aku dengar apa yang dia dengar. Tapi, ketawa nenek tu kedengaran tak lama, bila kitorang stop ketawa, suara nenek ketawa tu pun dah takde. Waktu ni,aku terlalu takut tapi aku cuba lawan, aku tak nak terlalu mengikut emosi.

Ryan tiba tak berapa lama kemudian, bersama adik lelaki dia. Adik lelaki dia drive kereta Ryan, Ryan pulak drive kereta Danny. Danny ambik alih, drive kereta aku dan hantar pulang ke rumah. Sampai je kat rumah, aku lega sangat sebab abang aku masih lagi berjaga, lepak dengan member dia dari rumah sebelah, tgh spray gitar. Dia terkejut gak tengok aku yang balik rumah dengan dahi bertampal plaster, just mention dengan dia, kereta aku terbabas, kemalangan kat simpang sekolah yg tak jauh dari rumah. Tapi aku tak cerita langsung yang aku ternampak nenek tu, aku rasa bukan masanya untuk bgtau, lain kali je aku akan cerita pada dia, kalau terbukak hati nak cerita la.

Abang aku jemput Danny,Ryan & adik die masuk rumah,tapi Danny cakap takpe,niat nak hantar aku balik je,lagipun dah lewat.

Malam tu,aku tak tido dalam bilik. Aku masih rasa seram. Aku pura-pura tertido kat ruang tamu sebab abg aku memang selalu tido kat situ sebab kat bilik panas,katanya, aku rasa seram pulak nak tdo sorang2 dalam bilik. Abg aku pun kejutkan aku suruh masuk tido dalam bilik, aku cakap malas nak bangun dah, mata berat sangat. So, abang aku biar je. Mungkin disebabkan aku tido dengan keadaan aku yang letih sangat, aku bermimpi ..

Dalam mimpi tu, nenek tua tu datang pada aku,bawa bunga. Tapi bunga tu diperbuat dari straw. Straw yang dilipat-lipat jadik bentuk bunga. Dia bagi kat aku, aku ambik dan letak atas kepala, aku cakap "Kamsiaaa". Aku terjaga je dari tido, hati aku berdebar-debar,nasib baiklah mimpi nenek bg bunga, tak lah menakutkan sangat pun,tapi still gak rasa seram.

Keesokan harinya, aku bangun awal pagi nak bersiap pergi kerja. Tapi badan rasa sakit sgt, bahagian kaki pulak lebam, malam sebelum tu tak pulak rasa sakit. Disebabkan tak tahan, tak sedap badan, aku call tempat kerja, inform dengan manager yang aku amik sick leave. Aku bantai tido je sampai pukul 10 pagi mcm tu, bangun mandi & bersiap nak keluar beli brg dapur sikit.

Sebelum keluar tu, baru perasan ada sms dari Danny.

"Salam..sorry if disturbing. Sy dah dapat tahu tentang Freddie, x byk info tp boleh jadi clue. Bila nak meet up? If rasa x sihat,rehat la dulu."

Aku tak tunggu lama, terus call Danny untuk tanya siapa Freddie. Tp waktu dia nak mula cerita tu, aku perasan yg aku sorang kat rumah, sebab motor abg aku takde pulak kat rumah. Aku pun ajak je Danny jumpa,tapi die kena ambik aku sebab kakak aku awal2 pagi dah ambik kereta dia untuk repair kemek tu (kereta kakak aku sebenarnya yg aku pakai sampai accident tu,aku mana de kereta sndiri)... Aku decide tak nak dengar cerita Danny melalui phone, sebab aku rasa aku tak "kuat" sgt untuk dengar,takut aku lemah semangat,dah la sorang2.

Danny pun ajak makan kat Marrybrown dan aku setuju je. Waktu tu lah Danny rungkaikan persoalan selama ni,persoalan kami hampir terjawab bila Danny dah call Syarikat Kayu tu,dan bertanya tentang Freddie, staff sana mengakui akan kewujudan Freddie di syarikat mereka, beberapa tahun yg lalu ..Satu jawapan yang agak mengguris hati aku sebagai seorang wanita. Sekali lagi, perasaan takut tu bertukar menjadi simpati...

Bersambung ..


...................................................................................................................................................................




Dah 10.30 pm ni,mata aku dah berat betul lah. Malam esok aku sambung ya,Insya Allah. 

Salam.. Setelah 1 malam skip tak update,seperti yang dijanjikan,sambungan dari episod yang lalu.. Sekadar imbasan semula,episod yg lalu,aku dah ceritakan bagaimana Danny menceritakan info tentang Freddie.

Petang tu, Danny ceritakan segalanya pada aku. Pada asalnya, dia nak tunggu sampai aku ok sebab baru lepas kemalangan pada malam sebelumnya, tapi nampaknya Danny,dahtak dapat nak sabar. Dia nak semua persoalan aku terjawab,saat-saat yang akutunggu selama ni. Danny pun cerita semula, bagaimana dia CSI semua ni,seorangdiri pagi tu ..

Info: Cerita imbas semula ni,adalah jalan cerita asal yang Danny ceritakan sendiripada aku, tapi dialog yang aku masukkan ni hanyalah rekaan semata-mata sebab nak bagi korang senang faham. Penting untuk aku jelaskan di sini, hanya part dialog adalah rekaan, tetapi jalan cerita, adalah yang aku tulis berdasarkan pengalaman sebenar Danny.

Kisah Danny bermula .. pagi tu, Danny masuk kerja seperti biasa, dengan berbekalkan teh tarik yang dibeli di kedai mamak tak berapa jauh dari pejabat, Danny duduktermenung di meja. Nak bekerja pun malas disebabkan fikiran asyik tertumpu pada peristiwa "ketawa bersama nenek" pada malam sebelumnya. Dalam hatinya berbisik, mungkin nenek tu ada mesej yang nak disampaikan. Hidupkah nenek tu? Atau dah mati kah? Kalau dah mati, mungkin ada urusannya di dunia yang belum selesai? Fikiran Danny buntu, sebab nenek tu, tak lagi menelefon seperti selalu sebaliknya, memunculkan dirinya sekali-sekala.

Pernah sekali, Danny pergi ke kedai mamak yang sama, untuk bungkus teh tarik. Kebiasaannya memang begitu, dah jadi habit. Tapi yang menjadi misteri, bila mamak tu tiba-tiba bertanya "U punya mother tidak bungkus air kah,asyik u saja" sambil ketawa mengusik Danny. Danny kebingungan, siapa pulak  "mother" sedangkan Danny pergi ke situ, selalunya memang sorang2, kalau ada berteman pun, dengan kawan sepejabat, itu pun jarang sekali. Tetapi waktu tu, Danny biarkan je soalan mamak tu tak berjawab, kerana menyangkakan mamak tu mungkin bercakap dengan org lain, ye lah, bukannya Danny sorang berada kat situ pd waktu tu.

Entah kenapa, Danny teringat semula akan pertanyaan mamak tu, jangan-jangan mamak tu pernah nampak nenek tu jugak dan assume nenek tu sebagai mak Danny. Tanpa buang masa, Danny bergegas pergi ke kedai mamak tu yang jaraknya memang tak jauh,jalan kaki pun boleh je sampai kurang dari 5 minit. Setibanya di kedai mamak tu, mamak tu terus jerit "Teh Tarik bungkus siaaaappppppppppp..!!".Danny pun reda je lah walaupun sebenarnya tak nak order.


Sementara mamak tu tengah tarik2 teh tu, Danny cuba ajak sembang supaya tak nak gelabah sangat tetiba je tanya pasal ada nampak nenek ke tak.

"Mamak... perasan tak nenek tua yang selalu dengan saya tu,pagi-pagi tu?"
"Haaa,u punya nenek ke? Fikir u punya mother. Hahaha"
"Pagi tadi ada nampak dia jugak ke?"
"Lama sudah tiada nampak dia. U punya nenek balik kampung sudah ke?"
"Oh....ha,a'ah dah balik kampung"

Danny agak ragu-ragu nak jawap tapi sekarang dia dah tahu, nenek tu ikut jugak dia sampai ke situ. Dan mungkin... ikut sampai kerumah jugak? Tak pasti.

Teh tarik siap dan Danny kembali semula ke pejabat. Nekad untuk call semula pejabat Syarikat Kayu XYZ untuk kepastian, sekurang-kurangnya dia mungkin akan dapat info tentang Freddie. Sebelum dail nombor syarikat tu, Danny pandang telefon, agak lama. Danny cuba untuk bersedia dari segi mental, risau sekiranya ada lagi perkara yang tak diduga akan berlaku.

Dengan lafaz Bismillah, Danny dail nombor tu,dengan harapan akan dapat la info, sikitpun takpe.

"HelloSyarikat Kayu XYZ,boleh saya bantu?"
"Hello Selamat Pagi.. Boleh sy bercakap dengan Freddie?"
"Bolehsaya tau nama encik dan encik dari mana?"
"Sy Danny,saya cuma kawan lama dia"
"Tunggu sebentar ya, sy sambungkan talian"

Sewaktu menunggu talian disambungkan, hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya perasaan Danny ketika tu. Dalam beberapa saat, talian disambungkan dan seseorang bercakap di talian..

"Hello,Andy speaking"
Hello, I'mDanny ya. May I speak to Mr Freddie please?"
"Mr Freddie? He's no longer working with us Sir. Anything that i can help?"
"I talked to the lady just now,she said she will transfer the line to Mr Freddie?"
"Sorry Sir,salah dengar kot? Andy, not Freddie. Sorry ya?"
"Erm,its okay. Thanks ya"

Danny letak balik gagang telefon. Tapi beberapa minit kemudian, timbul pulak rasa menyesal sebab tak tanya pasal Freddie yang Andy cakap dah tak bekerja lagi tu. Haihhh.. Danny pun call balik,dan perempuan yang sama,  jawab call.

"Hello cik...sy Danny yang buat panggilan tadi. Sy ada beberapa soalan,kalau cik tak keberatan utk bantu"
"Ye encik,apa dia?"
"Sy nak tanya,dekat syarikat ni pernah ada staff nama Freddie ke?"
"Nama penuh?"
"Sy tak pasti,sy cuma tau nama dia Freddie,erm.. Cina Hakka?"
"Owh, kalau yang tu, ya memang Encik Freddie pernah bekerja di sini, tp dah diberhentikan kerja"
"Orang mana ye? Bila berhenti tu?"
"Dah lama berhenti encik, dalam beberapa tahun. Dah lebih 5 tahun rasanya"
"Sekarang ni dia kerja di mana ye?"
"Tu sy tak pasti encik"
"Diberhentikan sebab apa ye?"
"Maaf encik,sy tak berani nak bagi info lebih sebab waktu tu sy baru lagi kat sini. Sy tak berapa pasti"
"Ada contact number Freddie tak?"
"Takde dalam simpanan saya encik,maaf ye"
"Ok lah, takpe ye.. Cik?"
"SyLaura"
"Ok terima kasih ye Cik Laura. Sy cuma ada masalah peribadi sikit, sy cuma perlukan nombor Encik Freddie kalau ada."
"Erm..masalah apa ye?Kalau berkenaan dengan hal syarikat, sy boleh sambungkan encik dengan penyelia sy"
"Boleh jugak, please?'
"Ok sebentar ya encik.."

Bersambung..


...................................................................................................................................................................
  

Info: Cerita imbas semula ni,adalah jalan cerita asal yang Danny ceritakan sendiri pada aku, tapi dialog yang aku masukkan ni hanyalah rekaan semata-mata sebab nak bagi korang senang faham. Penting untuk aku jelaskan di sini, hanya part dialog adalah rekaan, tetapi jalan cerita, adalah yang aku tulis berdasarkan pengalaman sebenar Danny.

Sambungan ...

Setelah menunggu beberapa saat,akhirnya Danny disambungkan dengan penyelia di situ, biarlah aku namakan penyelia tu sebagai Puan Nasha (kot2 korang nak imagine Nasha Aziz pun boleh gak)

"Hello,Nasha speaking"
"Hello Selamat Petang ye Puan,sy Danny"
"Ya Encik Danny,ada apa boleh sy bantu?Encik Danny buat panggilan dari mana ye?"
"Maaf ye puan, sy cuma orang perseorangan, sy ada hal peribadi yang perlukan bantuan Puan,mungkin Puan dapat bantu?"
"Ya? Teruskan..?"

Danny menceritakan sepenuhnya kepada Puan Nasha, tentang apa yang berlaku dan bagaimana dia boleh link dengan nenek tua tu, dengan Freddie yang dikatakan bekas pekerja di syarikat tu, semuanya Danny ceritakan dengan serba ringkas untuk memudahkan Puan Nasha faham akan tujuan baik dia,hanya sekadar ingin tahu dan membantu.

Pada mulanya Puan Nasha agak keberatan, sebab kisah tu dah berlalu agak lama, hampir 6 tahun yang lalu tapi mungkin atas dasar simpati, Puan Nasha akhirnya mendedahkan bahawa Freddie memang pernah bekerja di syarikat tersebut. Pada awalnya Freddie hanyalah menjalankan praktikal nya saja di situ selama 6 bulan,tapi oleh sebab prestasinya yang baik, jadi Puan Nasha terus ambik Freddie bekerja di situ.

Menurut Puan Nasha, Freddie seorang pekerja yang berdisiplin dan sepanjang dia bekerja di situ,tak pernah timbul apa2 masalah serius, setakat masalah disiplin sikit2 mcm datang lambat tu perkara biasa lah, cuma jarang berlaku. Puan Nasha sendiri mengaku bahawa Freddie ni ada potensi, tambahan pulak dorang memang tengah cari pengganti siapa yang boleh jadi In-Charge Trainee yang akan menggantikan salah seorang staff dorang yang dah nak berhenti. Tapi sayangnya, Freddie berhadapan dengan masalah misteri yang membuatkan nya berubah sikap menjadi seorang yang tak fokus pada kerja. Pernah terjadi bila Freddie ni nak outstation, untuk attend meeting bersama client dari luar negara, semua plan jadi sia-sia bila Freddie tak muncul pada waktu yang sepatutnya dia hadir untuk presentation. Sejak dari peristiwa tu, surat amaran tentang disilpin dia, dikeluarkan sebab sebelum tu bagi verbal warning je.

Yang bertambah misteri, pada hari yang sepatutnya dia hadir untuk presentation tu, dia sebenarnya berada di salah sebuah tanah perkuburan cina, lepak kat situ mcm orang tak siuman. Dengan baju kot, briefcase die, alat2 untuk presentation dia, dia bawak ke situ dan buat presentation di situ. Orang ramai yang tengok dia, kehairanan. Menurut Freddie, dia sedar perbuatan dia tu, tapi dia mcm tak dapat nak control diri dia. Dia ada ceritakan peristiwa tu pada Puan Nasha, tp Puan Nasha beranggapan mungkin Freddie ni sengaja cipta alasan, ye lah kan, anak-anak muda katakan, masih nak enjoy. Memang waktu tu Freddie masih muda, awal 20an mcm tu umur dia.

Danny bertanyakan tentang kenapa Freddie diberhentikan. Puan Nasha ada mention jugak pasal masalah disiplin Freddie dan perangai pelik2 Freddie yang susah nak dijangka. Keadaan itu berlarutan dan makin jadi teruk bila 2 orang staff perempuan (1 staff HR dan 1 lagi clerk biasa) resign dengan notis 24 jam gara-gara tak tahan dan takut dengan Freddie yang kadangkala mcm bukan dia, berubah suara seolah-olah ada sesuatu yang merasuk dia. Tapi, seringkali bila Freddie merepek tu, dia berbahasa Cina Hakka yang tak sorang pun dalam syarikat tu faham. Akhirnya Danny diberhentikan kerja untuk elakkan masalah lain pulak timbul. Tapi Freddie request untuk meletak jawatan secara sukarela, dia tak nak term "diberhentikan" tu digunapakai.

Puan Nasha pulak timbul rasa simpati dlm hati dia, bila dapat tahu yang girlfriend Freddie yang berada di luar negara sebab tgh sambung belajar, meninggal dunia selepas terjatuh dari escalator (jatuh dari atas sampai ke bawah dan cedera teruk kat kepala). Freddie ni memang dlm perancangan nak kawen, tapi girlfriend nya tu meninggal dunia hanya beberapa hari selepas Freddie berhenti kerja. Puan Nasha nak bantu dari segi sokongan moral, tapi Freddie mengasingkan diri dan tak pernah lagi muncul sejak peristiwa tu.

Danny ambik langkah terakhir,untuk minta nombor telefon Freddie dari Puan Nasha. Sebab Danny percaya nenek tu ada kaitan dengan Freddie, Danny nak bantu atau bertanya pada Freddie sendiri. Puan Nasha sekali lagi keberatan, tapi akhirnya dia bagi jugak dengan syarat, apa-apa pun usaha Danny nanti, tak melibatkan nama syarikat tu.

Bersambung ..

...................................................................................................................................................................


Sambungan ..

Bila aku dapat tahu tentang kisah Freddie yang kehilangan orang tersayang hanya selepas beberapa hari dia terpaksa berhenti kerja,aku rasa sedih, hati agak terguris. Mesti Freddie ni ada masalah dengan sesuatu yang menyebabkan dia jadi mcm tu, lebih-lebih lagi dia bersikap pelik, sebelum awek dia meninggal lagi, jadi bukan faktor dia sedih atau apa2. Mungkin kah nenek tu yang jadi punca Freddie berubah daripada seorang pekerja komited kepada bermasalah?

Aku ada bertanya pada Danny, sama ada dia dah cuba hubungi Freddie, Danny geleng kepala. Bila aku tanya kenapa tak contact lagi, dia jawab "Nak tunggu awk lah..". Owh,nak suruh aku cakap dengan freddie ke apa ni? Sangat tak sesuai okay,since awk tu Cina Hakka,awk la paling sesuai nak call Freddie pun ->ayat ni just ckp dalam hati jeee.


"Sy cuba call dia skrg,awk ready?" Danny pandang aku,lama. Tak tau nape satu perasaan yg lain pulak wujud dlm hati aku, ok aku tau ni bukan board Cinta,jadi skip bab ni  .. Danny on loudspeaker,nak bagi aku dengar sama. Masing-masing muka serious tak hengat ..

Danny pun dail lah nombor tu, jawapan yang diterima "The number that u've dial is currently not in service". Spontan aku dengan Danny ketawa sama, dah la standby bukan main lagi, last2 tak dapat dihubungi pulak. Gelak punya gelak, untuk kali kedua.. Nenek tua ketawa bersama-sama, dan aku spontan diam, tapi Danny masih lagi dengan tawanya. Bila Danny tengok aku diam, dia pun diam. "Why? U heard the same thing,mcm malam tu?" Aku mengangguk dengan hati yang berdebar sangat,jangan-jangan nenek tu duduk semeja dengan kitorang.

"Mcm ni la Sha...sy rasa mungkin nenek ni,nak kita cari Freddie. Mungkin ada sesuatu, yg nak dia sampaikan?"
"Nak cari Freddie mcmana? Ada nombor phone je,tu pun tak dpt call"
"Mana tau cuma off phone ke? Currently not in service saja kan? Masih ada harapan lagi"
"Ok..mcm ni... sy send sms k, kalau delivered,kita call terus. Of coz ada delivery report kalau dia on phone kan?" cadangan aku.

Danny setuju. Aku send sms pada Freddie "Call me back. Urgent" itu je yg aku sms tapi sms Danny lebih dramatic. Sms Danny pada Freddie "Hello I'm Danny,i think u need my help. Heard about u from an old women that always call me and ask about u" - gigih gila sms mcm ni, tak pasal2 je kalau nenek tu yang baca. Haha.

Danny takde banyak sgt masa sebab dia perlu kembali ke pejabat. Danny hantar aku ke rumah dan pesan,kalau apa-apa jadi, tolong jangan panik. Aku cakap ok,aku cuba tapi aku tak berapa nak janji. Kalau dah panik tu, panik jugak kan.

Aku balik ke rumah dengan perasaan yang berdebar. Asyik check bila lah agaknya sms tu nak delivered,tp sebaik je jam dah melebihi pukul 9 mlm, aku beranggapan mungkin Freddie dah tak pakai pun nombor tu,jangan2 dah tuka nombor dah pun, ye lah dah berlalu hampir 6 tahun kan, kadang2 ada jenis orang memang suka bertukar nombor telefon. Aku je yang setia pakai nombor yang sama sejak aku ada handphone pertama waktu usia 17 tahun sampai lah sekarang ni.

Lepas tengok Buletin Utama, aku mandi. Lepas mandi je,aku terus lepak kat ruang tamu sambung tengok tv. Handphone pulak kat dlm bilik. Aku rasa dlm pukul 10 mcm tu kot, baru aku de tengok handphone, berderau darah aku bila tengok ada 3 missed call. Siapa pulak, Freddie ke? Aku tekan missed call tu, sah Freddie! Dan ada 1 sms dari Danny "Freddie call tak?".

Aku call Danny balik, sebab aku tak biasa & rasa sedikit takut nak call Freddie tengah2 malam mcm ni.

"Hello? Danny..?"



.....................Bersambung ke PART II


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

2 ulasan:

Cik Puan Izan❤ berkata...

salam... best kan cerita ini... saya pun dah lama copy paste cerita ni...dah habis pun... ramai betul peminat cerita ni... :)

http://www.lawacollections.com/2011/05/part-1-panggilan-telefon-misteri.html

Rapunzeel Cikilolo berkata...

panjang! gigih aku baca. mcm mane nak tau ending ni?