30 November 2012

Mencari Follower yang ke 2012

Assalamualaikum, 


Salam buat semua pembaca. Hola!


Sempena tahun baru 2012, seronok juga kalau dapat menambah rakan baru, iya rakan! Saya lebih selesa menggunakan istilah 'rakan' merujuk kepada 'follower' orait.


Kepada pembaca baru yang belum menjadi 'rakan' saya, marilah berbuat demikian dengan sekali klik "follow" di navigation bar di atas header blog saya. Untuk lebih adil, widget follower telah disorokkan buat sementara waktu supaya lebih curius gitu.


Rakan atau Follower yang ke 2012 akan memenangi sebuah ipod nano dan percutian ke korea di dalam mimpi. Ngee.... tidak tidak! Kamu bakal mendapat review jujur sejujurnya dari saya, perletakan feed entry sebulan dan produk dari thesweetkurung. Tetapi jika pemenang lelaki, hadiah berupa wang dimana kamu belilah hadian sendiri ye.


Isikan email anda di ruangan komen ye selepas follow. Saya akan email kamu untuk umumkan anda terpilih atau pun tidak. Setakat ini, blog ini sudah ada seribu lebih orang follower.


Good luck 'rakan' baru!

XOXO, Azza Azman 
Sebarkan...

Musim Buah-buahan Sesuatu Yang Hilang

Assalamualaikum, 


Dahulu, pada waktu ini saya mungkin sedang sibuk mengopek buah manggis sambil mulut mengunyah rambutan. Biarpun larut malam. Kuku yang semakin hitam dicelah celahnya tidak dihiraukan. Asalkan kemanisan buat manggis dan rambutan itu memuaskan nafsu kerongkong. Habis cirit birit disebabkan terlebih fiber dan air. Mama kata buah banyak vitamin C, jadi sebab terlebih Vitamin C yang jadi cirit birit tu. Tapi bukan keracunan, mungkin penyahtinjaan menjadi sedikit cair.



Ah, rindunya saat persekolahan dahulu. Cuti hampir 2 bulan sudah cukup untuk aku berseronok di kampung bersama sepupu sepapat dan jiran jiran di kampung. Kebetulan, rumah belah mama dan papa sekampung sahaja. Saya dan adik beradik bergilir gilir ke rumah atuk sebelah papa dan mama. Dua dua rumah seronok sebab ada sepupu yang sekepala. Malah, semasa kecil, aku selalu bawa sepupu belah mama ke rumah sebelah papa untuk bermalam dan bermain. Begitu jugalah disebaliknya. 



Kalau di rumah atuk sebelah papa, kebun atuk sudah pastinya menjadi destinasi yang paling kerap kami melepak. Oh rindunya saat itu. Buah durian, rambutan, langsat, duku, semua lah boleh kata ada saja. Pondok kecil di tengah tengah yang atuk bina untuk menanti buah durian gugur, bagaikan mahligai kepada kami yang masih kecil. Yang lelaki mengikut atuk mengutip buah durian, sementara kami menanti dengan penuh harapan bersama Uwan (arwah) di pondok sambil memasak maggi. Uwan takkan biarkan perut kami kosong. Ish sebak pula rasanya.



Kalau di rumah belah mama pula, pasti tidak ketinggalan melawat kampung lama. Kampung yang kami duduk sekarang, Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar di Jerantut, merupakan penempatan semula selepas kejadian banjir besar di kampung asal. Ala tak jauh pun. Ada je yang tidak berpindah, jadi, kampung lama pun meriah juga. Banyak pokok pokok buah yang menjadi kawasan permainan mama semasa kecil, sudah pun besar dan berbuah. Apalagi, berguni guni rambutan, rambai, langsat, salak, bidara dan duku kami borong ke rumah.  



Selepas puas mengutip buah yang dileraikan oleh bapak sedara ketiga memanjat, kami ke Sungai Pahang pula untuk celup celup kaki ke dalam air. Banyak betul insiden lucu yang pasti menggamit memori bila teringat semula. Sudah cukup untuk membuat saya tersenyum bila teringat kejadian Kak Teha disengat tebuat di leher, Kak Yani yang tergolek ketika menuruni tangga di Sungai Pahang dan kaki yang sering terpijak lecak sampai tenggelam selipar kami. Faezah, Shiela, Kak Wani, kak Teha, Kak Yana, Acik Ina Kak Yani dan segala mak nenek keturunan kat situ jadi geng mengutip buah.



Ya Allah, sesungguhnya aku sangat merindui saat saat itu. Nilai memori yang tak dapat ditukar ganti menjadi harta yang berharga buat diri ini. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan pengalaman yang paling bernilai buat diri ini. Dapatlah aku menyingkap tatkala tertekan bergelumang dengan dunia 'dewasa'. Syukur alhamdulillah...


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza azman ha!

17 November 2012

Pre-Order untuk ZAFRA Si Kurung Peplum

Assalamualaikum, 


Hola, sweet ladies! Kita nak bagitau ni Azza ada bukak pre-order untuk baju design Zafra sampai lah hari JUMAAT 30 NOV ini yek. Disebabkan stock sudah habis, tetapi permintaan agak memberangsangkan juga lebih lebih untuk color Maroon seperti dibawah, so kita willing untuk jahit semula. Maybe dalam 1 atau 2 minggu (start dari 30 Nov) sudah sampai ke rumah anda.


Harap maklum ye, patung di bawah memakai saiz M, tetapi patung ini sendiri adalah saiz XS, sebab tu nampak macam besar dan labuh. Jangan risau, untuk saiz XS, S tentunya lebih kecil dan muat muat sahaja pada tubuh anda. 



Di depan singkat, di belakang labuh sedikit. Manakala kainnya adalah kembang di bawah ala ala kembang payung.


Materialnya adalah heavy Crepe dan juga chiffon ye. Kalau nak order boleh terus order PM di facebook kami dengan menyatakan, NAMA, ALAMAT, NO PHONE dan COLOR dan SAIZ. Kita ada color Maroon Hijau dan purple. Untuk color lain kita bincang bincang di PM ye. Muaahhhh!!!


Sehingga  JUMAAT 30 NOV 2012 ini sahaja ok. 


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

06 November 2012

Akhirnya.... Peplum Kurung!

Assalamualaikum, 



The Sweet Kurung yang sememangnya hadir untuk anda yang mahu bergaya tetapi tidak pula mahu mensasarkan poket anda untuk dikempiskan. Kami mahu semua anak dara dan mak dara berfikiran 'ah aku pun nak pakai baju up to date jugak' walau mereka tidak mahu berbelanja lebih. 


Inspirasi dari pereka pereka terkenal antarabangsa, potongan peplum yang sungguh 'in' tahun ini diubahsuai bergabung dengan kebaya atau kurung sesuai dengan budaya masyarakat Melay  kita.


Oleh itu, mari beramai ramai ke FACEBOOK THE SWEET KURUNG untuk melihat koleksi yang dikhaskan untuk semua gadis gadis sweet.


Ayuh, stay sweet!


*Kindly read all the description in the album of Page "the sweet  kurung".


XOXO, Azza Azman 

04 November 2012

Cantik Bukan Lagi Subjective?

Assalamualaikum, 


Tertayang satu rancangan televisyen siaran Korea yang mengisahkan seorang artis perempuan, berbiacara soal kecantikan. Ada seorang penonton di Malaysia ni tiba-tiba terperanjat akibat satu penyataan dari artis tersebut sampai rasa nak humban peti televisyen keluar tingkap. Malangnya beliau berfikir dua kali, menyedari peti televisyen itu adalah hak mutlak milik bapaknya.


Sambil mengurai rambut 'sambung' dan mengedip ngedik matanya yang 'galak', beliau mengatakan "cantik itu subjective..." Bohong!



Kalau kau kata cantik itu subjectif kau tak undergo plastic surgery, bulatkan mata dengan besarkan beberapa milimeter, mancungkan hiding dengan ketinggian yang dirancang, potong rahang bagi muka tirus panjang.


Sebab kau kau dan kau, ia mendorong kecantikan itu sudah boleh dikira.


Hidung mancung %#$# cm : Checked
Mata buat %#$@ diameter : Checked
Muka kurus &@$% mm : Checked
Kaki panjang %^#% inch : Checked


Ahh whatever la kan. Baru baru ni, saya tertonton drama ala ala kisah penerbangan terbitan negara idaman berbulan madu untuk bebudak tak habis lagi sekolah, saya cam wajah pelakon utama sahaja. Sebab rambut dia pendek. So watak perempuan dia semua sama ja. Dah la korang pakai baju stewardess kan. 


So, bagi sesetengah perempuan sekarang ni, CANTIK ITU BUKAN SUBJECTIVE.
2 + 2 = mesti 4 jawapannya.
hidung mancung + mata besar + perut kemek = mesti cantik.


XOXO, Azza Azman 
 Jom Share