31 Disember 2013

Sila Pilih Sebelum Berkongsi

Assalamualaikum....

Tak jawab dosa. Jawab gatal. Caitt!

Eii bencikan orang yamg kacau kita tepi jalan macam ni. 80-an sangat cara diorang. Tau lah I ni pakai tudung pesen sarung cincin kat bawah. Tapi I muda lagi tau.

Haih. Tak kena gaya. Cara ngorat tak kena gaya. Tak apa lah. Kita tak kenal diorang jadi ignore saja. Ignorance is new intelligent, nowadays.

Tapi kan kalau tak kena gaya dengan kawan boleh makan dalam woo. *tetiba* Bukan isu ngorat tapi topik berborak. Topik yang tak bersesuaian sila jangan kau mengada ngada nak hujahkan silap silap jadi gaduh. Tak kisah la kau yang sentap atau dia yang sentap. Baik kau diam sahaja.

Contoh topik politik BN PKR.
Dalam group whatsapp.
Sila jangan.
Shut.

Sebab tu saya sangatlah mengambil langkah berhati-hati sekarang. Rambut sama hitam. Hati lain lain noks. Rimas la uolss gaduh gaduh perli perli. Kang ada yang keluar group. Sentap mak nak.

Topik perbualan - saya pilih orang. Baru syok. Kadang kadang dekat sejam mengadap phone bila borak yang "kena topik".

Kalau bab bisnes saya borak dengan Aida Aulia. Kalau bab berangan saya borak dengan Zalina Riana Nani adik saya. Kalau bab bengong bengong borak la dengan Zam Alia Fara Yani. Kalau bab itu ini ada la orang-orang tertentu dia. Kalau topik tu nak borak dalam group tak sesuai, saya direct terus secara privacy kat orang tertentu. Karang mengarut banyak banyak sangat dalam group ada yang bengang. Sebab....

Bateri kong. 24 jam vibrate.
Perbualan menjengkelkan.
Bising. Malas nak mute.
Pening nak baca.
Topik bosan.

So sila PM.

Contoh. Kalau kau nak kahwin kan, jangan sesekali kau gedik gedik nak tanya pendapat pada orang yang tak nak kahwin lagi. Bagi mereka itu rubbish. Gatal.

Sila pilih orang.

Terima kasih.

27 Disember 2013

Pengantin Hilang Rupanya Di.....

Assalamualaikum,


Seronoknya musim cuti sekolah ni tak putus undangan majlis kahwin. Dapat makan free. Dapat pakai baju baru. Dapat pakai kasut baru *alasan nak shopping*. Tapi jangan lupa doakan si pengantin yek. Tu penting. Kita nak meraikan pengantin tau. Ingat. Bukan pengantin yang nak meraikan kita.


Yela secara logiknya pengantin dua 2 orang je. Kalau campur family dia adalah dalam 10 orang. Tetamu 1000 orang. Dah? Tak ke terkontang kanting tuan rumah nak melayan setiap tetamu. Jadi sebagai tetamu kita kena faham dan bersikap toleransi.


Kalau tak dapat tempat duduk. Jangan buat muka ye. Jangan lepas tu berbisik bisik dengan kawan. Senyum dan tunggulah yang lain  habis makan. Ha yang dah siap makan pulak tak reti reti ke? Bangun ler, ni saya tengok sampai DJ kena buat pengumuman supaya yang dah siap makan beri peluang tempat duduk pada yang baru sampai. Haha.


Macam macam kalau nak cerita ragam majlis kahwin ni. Buat yang tak kahwin jadi takut pulak. Ada kes tak cukup makanan, ada kes banjir, ada kes pengantin lari ler... adoi kesian keluarga tu. Ko jangan nak drama sangat ye. Ko kahwin jela dulu dengan mamat tu walaupun tetiba mamat lain yang muncul dalam mimpi lepas Istikharah. Dah kenapa tak buat Istikharah awal-awal dik non.


Baru baru ni pergi ceramah, Ustaz tu lawak gila. Kadang kadang rasa macam pergi rancangan masak masak pula. Kadang kadang dia bertukar jadi watak lembut lembut haha. Lenguh rahang sebab asyik ketawa je. Dia cakap zaman sekarang ni kalau pergi majlis kahwin lambat sikit je, pengantin pun dah hilang. Dalam pukul 3.30 penganti cabut. Bukan masuk bilik ye tuan tuan puan puan. Tapi lari masuk bendang sebab nak bergambor punya pasal.


Ni sedara mara nak tengok pengantin ni. Tapi batang hidung pun tak nampak. Alahai. Ustaz tu cakap carilah masa lain. Sedara mara nak menyambut kita doakan kita. Tunjuklah diri, kenalkan suami kenalkan sedara mara. Baru best. Ni nak layan photographer je, dia memanglah nak habiskan kerja dia cecepat kan. Ustaz tu la cakap bukan saya.


Tapi ada logiknya, Insyallah saya kalau boleh nak ikut nasihat beliau. Sebab gua pun bengang jugak datang jauh jauh tetiba pengantin hilang. Kikiki....





Oh ya ada iklan sebentar, jemput like Page AZRADIA ye. Ada di kotak sebelah kanan. Terima kasih ;p

XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!



07 Disember 2013

Random

Assalamualaikum....


Sejuknya... *pheww*


Pakai stokin. Over sangat musim hujan pun pakai stokin. Tapi warga Uia di Gombak sahajalah faham bagaimana sejuknya air paip kat sini. Sejuk oii...


Tadi pergi kenduri kahwin di Tanjung Karang. Ala kat Selangor je. Dekat je. Haha yela dekat. Mana yang tak biasa semua macam weh penat nya tak sangka jauh begini. Hehe korang ingat selangor ni kecik ke. Huhu. Jauh tau. Saya balik kampung halaman di Pahang tu pun 45 minit je. Pahang iya besar, tapi saya di Bentong sahaja. Jiran Gombak.


Bercakap pasal Pahang, alahai kesiannya mangsa banjir. Sedih sangat. Berair je mata bila mesej kengkawan yang familinya terkesan dari banjir. Ada yang sehelai sepinggang. Kereta pun tenggelam. Ada yang sempat check in hotel. Tapi baju makanan semua tak ada.


Ada kawan tu family dia di Chukai, sempat lari ke Hotel Awana Kijal cari penginapan. Jenuh menunggu bilik kosong. Akhirnya Alhamdulillah dapat juga. Ayah saya kebetulan kerja di sana, beritahu di hotel pun keputusan bekalan air dan makanan. Stock tak sampai. Bagaimanalah keadaan ayah saya dan orang yang lain.


Oh itu yang mampu, saya terfikir bagi yang susah, tak banjir pun tak cukup makan bila banjir macamni macamana.


Sobss...


Kita doakan mereka ya. Semoga air cepat surut. Keadan pulih seperti biasa. Barang tak banyak yang rosak. Dan kesihatan terjamin.


Oh, saya juga mahu ayah saya pulang. Buat masa ni dia tersekat di sana. Ke kiri ke kanan tak boleh gerak.


Ahad ni kita ada kenduri di rumah.


Semoga semua berjalan lancar.


Amin...

05 Disember 2013

Akhirnya Azradia Ku Beri Nama

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, rasa macam seronoknya dapat buat jenama baju sendiri, nama sendiri, sendiri yang uruskan. Tak pernah bercita cita jadi designer pun tapi setakat jual baju kurung apa salahnya kan. Kadang kadang terbayang baju yang kita teringin nak beli, tapi cari punya cari tak jumpa pula. Maka marilah kita imagine dan buat sendiri apa yang kita suka. Sambil tu jual juga mana tau ada gadis kat luar sana yang sama taste dengan kita.





Ni antara baju first collection Az.Ra.Dia. Kita buat potongan 30% tau. tapi tak sempat nak publish di blog sendiri, sudah sold out. Sema customer dari Instagram. Best jual barang di Insta kan, laju & laku. Teehee...


Jangan risau ada lagi collection chiffon siap potongan 50%. Azza saja tak nak upload sini, sila lah ke Facebook Azradia :)





Jadi girls out there, jemput shopping!!


XOXO, Azza Azman
peluk cium dari azza muah!

Tudung Fareeda Bertingkek Tingkek

Assalamualaikum,

Baru baru ada satu akaun fb yang beribu-ribu follower nya menayangkan gambar 'wanita berkelah di kaki lima premis Butik Fareeda' sejak malam lagi. Ini sebabnya mereka mahu menjadi orang pertama yang memasuki kedai tersebut lantas membeli dengan harga yang murah. Begitulah kot....


Satu gambar. Satu ayat. Seribu komen atau lebih tepat komplen. Tah apa apa sahjalah dikomplennya. Benci sangat gaya mereka kepada perempuan perempuan yang berkelah di luar kedai itu. Macam buat dosa. Beratus ratus perkataan "bodoh" ditujukan buat wanita wanita di dalam gambar itu.

Orang bodoh je beratur untuk beli sehelai tudung...
Bodohnya tinggalkan anak kat rumah semata mata...
Tak sepadan dengan harga tudung ni singkat, kalau labuh okay juga...
Perempuan ni bodoh pelik pelik je perangai...

Haishhh.... selain bodoh. Mereka ungkit juga perihal agama dan tudung singkat. Saya tak mahu komen bab agama. Saya tak berilmu. Tapi setakat yang saya tahu berdakwah bukan dengan cara mencaci. Kasihan betul.


Yang tayangkan gambar tu pun.... seronok lah tu semua berkumpul di Page dia untuk "berbincang". If you know what I mean.


Saya rasa sangat geram. Pantang betul tengok keberanian keyboard warrior ni. Lantas perhatikan pengkomen pengkomen tersebut. Tertarik dengan komen "tudung Fareeda mahal tapi singkat, tak ikut syariat Islam bla bla bla....". Saya perhati gambar profile pict dia. Kecil sangat.


Tak puas hati.


Klik di nama dia. Tengok profile dia. La.... gambar kar cover photo sah sah pakai tudung Fareeda bertingket tingket dan singkat tu. Ceh.
Tudung palsu mungkin.


*kalau xmampu nak beli yang original mohon senyap.


XOXO Azza Azman