05 Disember 2013

Tudung Fareeda Bertingkek Tingkek

Assalamualaikum,

Baru baru ada satu akaun fb yang beribu-ribu follower nya menayangkan gambar 'wanita berkelah di kaki lima premis Butik Fareeda' sejak malam lagi. Ini sebabnya mereka mahu menjadi orang pertama yang memasuki kedai tersebut lantas membeli dengan harga yang murah. Begitulah kot....


Satu gambar. Satu ayat. Seribu komen atau lebih tepat komplen. Tah apa apa sahjalah dikomplennya. Benci sangat gaya mereka kepada perempuan perempuan yang berkelah di luar kedai itu. Macam buat dosa. Beratus ratus perkataan "bodoh" ditujukan buat wanita wanita di dalam gambar itu.

Orang bodoh je beratur untuk beli sehelai tudung...
Bodohnya tinggalkan anak kat rumah semata mata...
Tak sepadan dengan harga tudung ni singkat, kalau labuh okay juga...
Perempuan ni bodoh pelik pelik je perangai...

Haishhh.... selain bodoh. Mereka ungkit juga perihal agama dan tudung singkat. Saya tak mahu komen bab agama. Saya tak berilmu. Tapi setakat yang saya tahu berdakwah bukan dengan cara mencaci. Kasihan betul.


Yang tayangkan gambar tu pun.... seronok lah tu semua berkumpul di Page dia untuk "berbincang". If you know what I mean.


Saya rasa sangat geram. Pantang betul tengok keberanian keyboard warrior ni. Lantas perhatikan pengkomen pengkomen tersebut. Tertarik dengan komen "tudung Fareeda mahal tapi singkat, tak ikut syariat Islam bla bla bla....". Saya perhati gambar profile pict dia. Kecil sangat.


Tak puas hati.


Klik di nama dia. Tengok profile dia. La.... gambar kar cover photo sah sah pakai tudung Fareeda bertingket tingket dan singkat tu. Ceh.
Tudung palsu mungkin.


*kalau xmampu nak beli yang original mohon senyap.


XOXO Azza Azman


3 ulasan:

Yana Halim berkata...

eh? dah lain nmpk blog azza. mmg nak simple je atau tgh bikin baru?

Pasal tudung Fareeda tu design dan kualiti mmg cantik dan bagus. Cuma kalo labuh sikit utk org2 yg tinggi lampai lg bagus. Idok le ngutuk tudung Fareeda tu dan peminat dia. Idok juga le ngutuk sbb x mampu beli . Pendapat je ni. :)

Fazri berkata...

perempuan yang sholeha adalah yang berhijab...

Ahlam Miera Amirul Shafie berkata...

biasalah.. dekat dalam fb skrg ramai yg nak jadi baik... hehehe hurm macam2...huhuhu