27 Oktober 2011

Kahwin Lebih

Salam, 




Kahwin lebih. Iya saya nak cakap tentang "Kahwin Lebih". Maksudnya adalah kawin lebih dari satu isteri. Bukan kahwin lebih masa atau kahwin terlebih-lebih. Eh apa ni? Bagi perempuan melayu, isu ini jadi sensitif. Sangat sensitif even kalau boyfriend gurau pasal kahwin lebih pun kena cubit. Padahal bukannya jadi suami pun lagi.




Berbeza dengan perempuan arab. Perkara ni perkara biasa je. Sebelum kahwin pun mereka dah bersedia jadi isteri tak kisah no berapa. Sebab mereka tak bercinta sebelum kahwin. Dan lelaki arab memang suka kahwin dua. Ada seorang kawan kepada roomate saya, lelaki arab tu dah admit awal-awal dia memang nak kahwin dua.




Dia pun tak pernah kahwin lagi, tup tup dah pasang niat nak kahwin dua, hahaha. Dia cakap isteri pertama mestilah gemuk dan tak cantik. Sebab perempuan macam ni baik, pandai jaga lelaki dan keluarga. Ceh padahal lelaki arab kuat cemburu, so tak nak lelaki lain terpikat kat bini dia. Dan isteri kedua biar hot sikit, untuk dijadikan alat sex yang sah. Dia cakap bukan saya cakap. (kes ni bukan semua okay, at least diorang jujur dan ikat dengan perkahwinan yang sah)




Saya tak reka cerita ni, ramai je lelaki arab kat UIA. Macam-macam jenis ada. Bagi perempuan melayu, hmm kita biasanya bercinta sebelum kahwin. Sebelum kahwin pun boleh gaduh kalau ada perempuan lain kacau. Siap tarik rambut depan kedai kasut. Rasa "Pemilikan" terhadap seseorang lelaki tu sudah ada walaupun tiada ikatan sah. Apatah lagi selepas kahwin. Bagi saya sendiri, perempuan melayu ada 3 kategori bila bicara tentang "Kahwin Lebih"...




Redha
Kes terpencil. Susah nak explain. Tsk tsk tsk...





Tak Rela
Kes paling banyak kot. Suami mintak izin nak kahwin dua. Tapi isteri tak izinkan. Kalau suami dia kahwin kat Thailand pun, dia akan mintak suami dia ceraikan isteri kedua tu. Apa nak jadi jadilah. Tapi sampai satu tahap, tak tahan juga. Lama-kelamaan boleh membawa penceraian.






Cerai Dulu
Kes yang ni sedih. Perempuan tu masih sayangkan family dia, fikir juga tentang anak-anak. Tapi apakan daya, mereka tak rela berkongsi kasih. Hari-hari menangis. Dia pun nak rasa gembira jugak macam orang lain. Bila dia rasa perkawinan dia tiada lagi rasa cinta, buat keputusan untuk cerai dahulu. Buat apa pertahankan perkahwianan yang tiada lagi rasa cinta.Suamunya adil ke tak adil lain cerita. Cerai jelah dulu, sebelum bermadu.




Saya mungkin jenis kedua. Tak rela...




Maaf kurang blogwalking 2 3 hari ni sebab layan lagu ni berulang-ulang sampai tak ada masa, huhu.




XOXO, Chempaka Sari
Jika Suka Jom LIKE

28 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah berkata...

:)

hebat. makin hebat..

p/s: cikgu basariah 2 family naim.. :)

Azza Azman berkata...

apa yang hebatnya naim oi... suka nooo hang kawen dua. hahahaha.

Unknown berkata...

saya pun jenis 2. Tak cukup kuat nak kongsi2. muehehehe :)

Azza Azman berkata...

kana kan..... tak cukup kuat lah nak berlindung di bawah payung emas... tak layak..

Rosalia berkata...

sy jg tak rela.:(

Azza Azman berkata...

samalah kita...

Unknown berkata...

Kalau itu ketentuanNya sy rela...wuaaaa


tp kan blm tentu dpt payung emas kalo dah bermadu...niat lebih baik dr perbuatan :)

Teha Nur Fateha berkata...

point 2 n 3 mcm same je.. keputusannya terakhir cerai..

Iszuan | Is berkata...

wee .. haha
jauh lagi lah nak ke sini. kihkihkih!

syakirahmn berkata...

kes2 ni sebabnya dok merasa laki diorang tu milik diorang sepenuhnya. tapi ya lahh, dlm konteks mlayu kita, laki kawen mostly kalau lebih banyak sebab nafsu kot bukan sebab nak tolong ibu tunggal ke, org susah ke.

alin berkata...

mak aihhh..kalau laki saye nak kawen dua,meh main gusti ngan saye dulu..kekekeke.. ;p

Niza Romli berkata...

mestilah sy pilih tak rela! tapi laki sy dh bunyi2 dah...."kaya nnt nk kawen lagi satu la"
amboihhh...senang je depa kan! uhuhu

Namee Roslan berkata...

siapa rela..kalau namee mmg tak rela langsung. siap bg penampar. :P hehe. hmm, entah mungkin sbb sifat cemburu kot. namee ni tak cemburu tp kalau bab2 ni mmg tak boleh terima kot.

Yana Halim berkata...

tak tahu nak masuk kategori mana....

FaKArePa!n berkata...

o.. camtu rupanya stail org arab.. boleh apply kat sini tak?? hehe

Unknown berkata...

siapa yang rela...betul2 dapat payung emas tu...

sue perbs.. berkata...

hmmm.. susah nak ckp.. mungkin rela mungkin tak.. bgantung

Azza Azman berkata...

uhh susah nak cakap pun.. lagi pun belum kawen... tapi dah dapat rasa kesedihan dia. Cuba juga byangkan cuba terima je kalau somi nak kawen dua, tapi 5 saat pun "tak boleh tak boleh!!"

Unknown berkata...

tak relaaa makkk !!

AdamHawa berkata...

Salam, tak salah kahwin sampai 4. Kalau kat tanah Arab tu mungkin sudah budaya kahwin lebih daripada satu. :)

syafiqa berkata...

ramai akan jawab tak rela.
sama juga saya.

BlogS of Hariyanto berkata...

dalam agama Islam memang dibolehkan punya istri lebih dari satu, asalkan sang suami bisa bersikap adil
dan apabila salah satu dari istri itu memiliki perasaan tak rela, maka tak akan ada lagi perasaan diperlakukan secara adil oleh sang suami :)

nuriz berkata...

orang kata orang arab atau orang jenis mamak ni kuat cemburu..tak tau le org le cakap hehe..
budaya diorang kot tak kisah laki nak kawen 2, tapi di malaysia jarang le jumpa bini yang redha bagi suami dia nikah 2..kalau redha tu, memang solehah dan baik sgt le isteri dia tu

Aleen Aiden berkata...

ok baca pengakuan lelaki arab tu memang boleh buat sakit hati klo alin djadikan isteri pertama.hu3

ahmad berkata...

saya rela bila madu2 nie
bukan tak sayang,sayang
tapi sian lak kat org lain yg lebih memerlukan
hahahahahahhaha

Bella Heuheu ❤ berkata...

kalau kite kan maybe kite yg nombor 2 @ 3. tsk tsk. wuwuwuwuwu. tp kena tgk gak kan reason laki tu nak kahwin 2 sebab ape kan kan kan?

... berkata...

kita saame kak azza:)

Kernel Maintainer berkata...

Ala...x sporting langsung la pompuan melayu ni... Bior la laki nk kawen sebab nafsu ke, tolong ibu tunggal ke ape, janji dia tu kena berlaku adil kat bini-bini dia. Kalau tak, kat akhirat nanti dia la yang menjawab. Apa mau pening? Takyah nak "hak pemilikan" sgt lah. Semua benda tak kekal kt dunia ni.
Cube lapangkan minda dan pikir2 kan.