26 Disember 2011

Candy Buffet, Anyone?

Assalamualaikum, 


Meh nak cerita haritu ada buat besday adik saya Anis, kelam kelibut pat pat pat tetibe dah Maghrib, semua sibuk masak, yang laki beli barang, so tak ada sapa nak hias meja to make it fun. Papa dan Paan reti buat ala ala formal je, biasa lah orang lama. Ala nak yang funky monkey tu. Apa tah nama dia..





Oh ya teringat masa gambar orang kahwin kat blog hafizudin hamdan. So saya terfikir ada tak orang yang boleh buat party yang ada Candy Buffet tu sebab nak buat sendiri memang tak ada masa. Macam-macam nak kena pikir. Siapa nak potong bawang. Siapa nak beli ais kat kedai. Nak cari hadiah untuk birthday girl pun makan 3 hari dengan Nani. Huhu.


Ehsan gambar dari Hafizudin Hamdan
Ehsan gambar dari Hafizudin Hamdan
Ehsan gambar dari Hafizudin Hamdan


Berminat sangat dengan Candy Buffet tapi serius bila pikir pikir semula, semuanya kena buat sendiri. But then saya ada terbaca di Entry Afiqah tentang penerangan yang bagus pasal Candy Buffet. Hmm nice... Lepas tu baca yang dia ada ambil tempahan Candy Buffet / Dessert Buffet. Awesome!


Dia cakap Candy buffet ni sebenarnya satu meja khas buffet untuk dessert. Selalunya digunakan ketika :
  • majlis perkahwinan, 
  • hari jadi, 
  • cukur jambul, 
  • majlis hari raya
  • lain-lain yang bersesuaian.

Ehsan gambar dari angeltreat

Ehsan gambar dari artistiquecakes

Perghh boleh lah rehat sikit macam ni. Ala setakat nak layan bebudak bukan nak makan mee kari sangat pun. Bagi je kek sebijik, gula gula sebijik, they might be feel like heaven ya know? Mak bapak dah boleh le melahap makanan lain tanpa risau lagi. Lagi satu, candy buffet ni cantik sangat. Rasa berseri seri album perkahwinan kalau ada gambar ni. Ingat tak kat entry ni saya ada cakap nak buat candy buffet. Yess!



Just name it, babe, antara Dessert yang Atiqah boleh sediakan adalah:
  • kek
  • cupcake
  • macaron
  • fancy cookies
  • puding
  • homemade chocolate
  • candies
  • lolipop
  • apam polkadot
  • chocolate fountain with fresh fruit, marshmallow
  • lain-lain dessert yang anda inginkan. 

Ehsan gambar dari manolobrides


Oii macaron pun ada ni yang excited ni. Semua dia boleh buat dan uruskan. Takyah lah pening pening kepala lagi kan. Meja dan hiasan meja disediakan oleh Cik Atiqah. Tema akan berdasarkan apa yang kita nak, imagine je hehehe. Dessert yang akan disediakan juga berdasarkan pilihan kita.



Tunggu apa lagi? TEMPAH SEKARANG. 
Servis ini bermula Februari 2012 !


Sebarang pertanyaan, sila sms ke 014 7939261 atau emailkan ke atiqahkj@gmail.com


For more information just go to...




XOXO, Azza Azman 
 Jika Suka Jom LIKE

14 ulasan:

Unknown berkata...

tetiba datang idea nak buat majlis harijadi anak..tahun depan..:p
nak tiru macam dalam gambar2 ni la..;)

Azza Azman berkata...

hohoho thanks to photogapher dan CIk ATiqah!

NIZAM berkata...

whoa! cantik sangat. comel! :)) tibe2 sy rasa sy pun nak wat bufday party camtu. hehe.

-atiQah- berkata...

hihihihi..terima kasih azza. :)

Rosalia berkata...

seronoknya azza :D teringin jgk la nk buat. agak2 nak berangan lah ada org buatkn kita candy buffet ni.

Azza Azman berkata...

@Rosalia jOM TEMPAH KAT cIK aTIQAH...

Azza Azman berkata...

@niezam COMEL KAN? SILA LA BUAT.....

Namee Roslan berkata...

eh tp zaman skangdah mula buat macam concept small party untuk wedding. comel :) emm, teringin. :Phehehheh.

Azza Azman berkata...

@Namee Roslan Namee nanti kawen jemput la azza yek... leh g dgn shafa hehe..

Admin berkata...

banyak cup kek tu

Syat0za Zai berkata...

apek dan ainee? haha :D

cantekkkkk gambar tu! :D
dan byk cupcake =..=

CikNuwairah berkata...

wahhh..klu de org wat majlis kt kita cenggini alangkah indahnye..huhuhu..
colourful nye cup cake dia..(berangan jap)..:P

Rean berkata...

cantik candy buffet tu..ni klau ltk mmg budak2 je keliling meja tu hehe

Nizam Ijam berkata...

cantik2 semua..