06 Disember 2011

Ombak Rindu Novel dan Filem

Salam, 


Ombak rindu. Novel yang saya baca pada 2002, masa saya tingkatan dua.
Ombak rindu. Filem saya tonton, tahun 2011 setelah berbulan menanti berdasarkan entry ni.




Novel dan Filem, terlalu banyak perbezaan. Bukan sahaja diringkas tapi diubah. Fauziah Ashaari penulis asal pernah cakap, dia berharap penerbit dan pengarah sila lah rendah rendahan diri untuk berjumpa dengannya tentang perubahan jalan cerita itu.


Bagi saya pulak, saya tak expect apa apa, dengan harapan tak kecewa kalau tak mencapai expectation. Walaubagaimana pun tetap kecewa. Seribu satu persoalan bermain dalam otak semasa menonton cerita ni. Mengada-ngadakan saya saya. hew hew hew.


@ kenapa izzah pakai tudung?
@ kenapa Izzah tak gugur? Elok je mengandung.
@ kenapa kawan Izzah tu pergi ke KL sekali.
@ Hariz accident kat Cameroon Highland eh?
@ kenapa rumah Hariz rumah kampung bukan apartment double storey?
@ kenapa isteri pakcik Taha sakit, bukan dia pun jahat ke sebenarnya?
@ kenapa tempoh perkawinan Hariz dan Izzah dua tahun je, bukan ke 5 tahun?
@ kenapa isteri pemandu, pergi sekali hantar barang dapur ke pada Izzah.
@ kenapa rumah Izzah dan Hariz, sama je dengan rumah Dato' Sufiah? Jiran kew....
@ ahh macam macam lah persoalam, penyibuk nya saya. Patutnya tengok je lah kan?




Tapi apa apa pun banyak jugak kelebihan cerita ni.


@ emosi saya masa membaca sama macam semasa saya menonton, iaitu pada babak Izzah mengejar kereta Haris sampai jatuh, jatuh jugak lah air mata ni. hew hew hew.


@ katil kayu diorang sama yang saya bayangkan 9tahun lepas, masa baca novel. Babak izzah tanggalkan stokin Hariz pun menyentuh perasaan di kalbu. Sama rasa dia. Cuma kat novel, di sofa ruang tamu, dalam filem kat atas kerusi di anjung rumah.


@ rumah dalam filem yang di tepi pantai saja kot nak kaitkan dengan tajuk filem OMBAK RINDU. Macam dalam Twilight : Breaking Dawn pun tak ada babak main catur tapi dalam filem ada pulak, saja nak kaitkan dengan image pada cover novel itew..


@ sweet je Izzah mengandung, then diorang bercuti atas boat. Kalau dalam novel, diorang bercuti dalam bilik di apartment je, sambil menengok gambar lukisan diorang sendiri, hariz upah pelukis melukis semula gambar yang penyiasat mak Hariz, Dato' Sufiah upah suh ambik gambar. *faham tak ayat ni?*


@ suka time, Hariz suruh Izzah suruh urut kaki dia, eii ngadanye Hariz. pastu suka time Hariz bagi hadiah jam kat Izzah, sweet walau xde dalam novel. then, time izzah doa masa Hariz nak kacau Izzah. Suka Izzah cakap, "saya tak mengandung, saya memang mual dan pening bila datang bulan"...




Arg banyak lagilah perbezaan nya, contohnya ada cerita pasal adik kandung Hariz, Izzah pergi University, ada lelaki suka kat Izzah, pasal Mila bomohkan Hariz, pasal adik Hariz iaitu Hazirah,  Dato Sufiah mati akhirnya, dan macam macam lagi. Ala cerita ni 2 jam je tak muat lah nak cerita semua kan.




Ini pulak komen dari seorang forumer dari Cari.Com, WanZulina.

Wah nmpaknya mcm komen yang aku baca mengenai OR ni. Aku dah khatam baca novel ni 10 thn yg lepas. Well ini antara novel yg mmg aku suka beside DONIA karya Damya Aimal. (Tul ke ejaan mcm ni?). Tapi kalau nak compare antar OR dan LBS (Lagenda Budak Setan) jauh OR ni lagi baik. Ni aku nak komen sikit watak-watak dlm citer OR ni.

AA - Lakonan best sesuai sbg Haris (hensem, berkarisma, garang, ada lawak2 sikit)
MK - Ok je. Actually boleh cari pelakon lain yg lagi baik sbb watak Izzah ni sbg ustazah bg aku MK tak berapa sesuai. At least cari pelakon wanita yg pandai mengaji al-Quran. Kalau Tiz Zaqyah mungkin ok. Well anyway MK punya lakonan pun bagus jugak. Dia nmpak matured di samping AA. 

LS- wow mmg kelas cuma kdg2 aku tgk minah ni mcm physco jer. Tp bila diganding dgn AA dan MK yang matured, LS nmpak jauh mcm budak2. Tp lakonan LS mmg mantap. Biasa LS ni agak kayu kalau berlakon filem mcm dlm citer LBS. Tp utk filem ni dia bagus pulak. 
BP - watak mail mmg polos, baik dan tak mengecewakan.
AM-mmg sesuai lah sgnr Datuk Dufiyah. Gaya tak kesian slang omputeh dia tu. 
Pak Dollah - Jd hero.. hahaha.. bg aku sbb pak dollah bongkarkan rahsia lah dia jd hero OR nih. he..he.. kalau pak dollah tak bongkarkan rahsia tu, smpai mati Haris takkan sedar diri. Mcm ibu dia tu jugaklah. 

Ok itu komen utk para pelakon dan watak2. Skrg ni aku nak komen pasal adegan yg baik dan yang tak logik dlm citer OR ni. 

Adegan yang ok /  baik / menyentuh hati:
1) Masa Haris bernikah dgn Izzah dan bg hantaran jam tgn. Actually kelakor tp sgt simbolik. 
2) Masa kenduri pak dollah nak naik haji. Masa Haris peluk izzah dlm bilik. Alamak sedih tul masa ni. Tersentuh hati aku lagi2 bila tgk AA menangis. Sedihnya. Tp xdelah aku smpai nangis. Banding tgk citer korea lagi sedih ooo. ngalir air mata. 
3) Semua adegan romantik antara Izzah dan Haris lepas Haris rasa bersalah pukul Izzah sbb dia sangka yg Izzah pregnant.
4) Masa mail menyelam cari jam Izzah. Macho tul Mail. he..he..
5) MAsa Mila jumpa Izzah kat bendang. MAsa ni Mila nmpak baiknyer. xde maki2 hamun. Terima kenyataan mcm tak percaya pulak. 
6) Masa Mail bawak Haris naik motor, AA duk tgk jer atas moto. Nmpak sgt mcm tak biasa naik motor ke atau kekok ke ntah. tgk mmg lawak ah.
4) Semua adegan LS mengamuk, maki hamun Haris bila Haris katatak nak kahwin dgn dia. Aku suke masa LS sebut SIAL kat Haris. Selambe jer. Real tul lakonan minah ni. Wah nmpak garang dan physco minah ni. 
5) MAsa Pak Dollah bongkarkan rahsia pasal Haris anak angkat Datuk Sufiyah. Tersentap Datuk Sufiyah dan Mila lebih2 lagi. Tu yg smpai terkeluar perkataan SIAL pd laki sendirik pulak tu. Smpai aku dgn member siap buat lawak akta Pak Dollah hero dlm citer ni. 

Ada byk lagi tp tak larat lah nak komen sume.

Adegan yang kelakar / tak logik /boring :
1) Ikut novel Izzah tinggal di apartmen tp dlm citer ni rumah kat area sawah padi. ehem.. mcmmana tu. 
2) Rumah datuk sufiyah pun kat area sawah padi, tp kenapa office kat KL. Haris ni naik heli gi office ke? 
3) kenapa tiba2 ada Cameron Highland? Business Datuk Sufiyah ni proses teh ke? Patut Cameron tu tak payah ada pun takpe. 
4) Masa LS jumpa Izzah bg tau masa kecik dia dan Haris selalu main di Cameron. Bila besar selalu tgk wayang. tp yg lawak nyer siap tunjuk tiket wayang. Cuma tak logik kalau org kaya mestilah tgk wayang yg high class. tp tiket wayang yg Mila tunjuk ialah tiket wayang biasa jer. 
5) masa kat hospital bila Haris dah sedarkan diri. Tiba2 Datul Sufiyah boleh cabut alat bantuan pernafasan dan matikan suis. Panggillah doktor ke nurse ke. Pastu suntinglah adegan Haris dah sedar. Rasanya xde hospital mcm tu kan. Mesti Doktor ataupun nurse dah dtg. 
6) Masa MK jumpa LS kat bendang. Tiba2 tup2 nmpak mic kat belakang baju MK. Kantoi....
7) Baju2 kurung MY kenapa kain satin nipis. Patut sbb org kmpng gunalah baju kurung kain cotton. Baru nmpak sesuai. 
8) Masa Datuk Sufiyah halau Izzah takkan lah Izzah tak mampu nak beli hp sendiri smpai HP pun kena rampas. melampau jugak. Pastu kereta VIva pun nak ambik jugak ke. Kata org kaye. sedekahkan je lah. Takkan Haris tak bg bini dia pape kete. takkan VIVA pun kete kompeni jugak kot. 

Oklah aku bg 3 bintang utk citer OR ni. Aku tak berapa suka citer cintan cintun yg melayan perasaan sgt ni. Aku lg suke AA dlm KL Gangster banding OR ni. tp utk org yg bercinta dan suami isteri mungkin suka citer ni. Bg aku Novel paling sesuai adaptasi jd drama compare to movie. Sbb movie masa terhad, so byk citer yg tergantung dan lari dr novel yg sebenar. Patut izzah smbung belajar embik engineering kalau tak silap. dan pak Toha dtg dan ugut izzah. tp ye  lah kan movie masa terhad. Anyway karya Osman Ali tak mengecewakan. Aku suke citer Osman Ali ialah citer CUN. jln yg simple, scene yg cantik dan kelakar. 

Utk mereka2 yg belum menonton OR ni, pergilah tgk. Sokonglah industri filem Malaysia. Tak sabar nak tunggu KL Gangster 2. KAlau AA ada aku tgk. Kalau xde mintak maap. he..he..


Papepun, cerita ni best. Sila tonton untuk sapa yang belum tonton. Toksah lah tunggu kat youtube pastu komplen cerita ni tak best. 


*Updated : Saya tengok cerita ni lagi sekali dengan family pulak. Still ada feeling sedih lagi.


Wassalam.


XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

31 ulasan:

Unknown berkata...

cerita ni mmg best... walau pn timbul mcm2 sb x same kat dlm novel... mcm sy x bace novel pn... so, x tahu mcm mane crite dlm novel tu...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu.html

Abang Zam berkata...

tahu tak ombak rindu dah ada the siries?

Namee Roslan berkata...

aaa, tak pernah baca novel..so kena tgk cite ni !!! semua kata best. ni yg teruja nk tgk nih .:D

syakirahmn berkata...

memang lain sikit kan plot cta dia. dh tak ingat sangat cta novel dia. lamaaaa dh kot baca.

tp kalau bicara hati, boleh ingat pulak stiap benda. haha

mIss toRayAkI berkata...

salam

bagi saya yang membaca novel ombak rindu ni,feel membaca adalah lagi best dari menonton filem.sekian..:-D

Jay berkata...

teringin nak tgok sebenarnya tapi takut ego sang lelaki akan hancur dek filem ni..takut leleh air mata..hihi..but mmg tgh leleh air mata pun coz baru je break..hurm..
:(

NIZAM berkata...

pendapat sy la kan, jika baca novel, jgn bg high expectation sgt kot. sy pun tak tgk lagi filem ni. tp novel pernah la baca. sama macam twilight. taktau pun ada novel. jadi kita tak expect cite die same. sy penah kecewa bila tgk ayat2 cinta. sangat lain kot dengan novel. jadi, takyah baca novel kalo nak tgk filem. hehe. lagipun bila baca novel setiap orang ada dia punya expectation dan perception tersendiri tentang watak2 tu.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Pendapat Naim kan. lebih baik tidak difilemkan kerana banyak aksi x patut dipertontonkan kepada umum

tambahpula, majoriti kita beragama Islam yang berpegang teguh pada Quran dan Sunnah..

itu pendapat Naim. :)

FaKArePa!n berkata...

nk kna bca novel ni neh.. filem dah tgok, tp novel sy blum bca..rsa x lgkap plak..

Azza Azman berkata...

@naim betullah cakap kamu tu naim, mungkin tak perlu adegan suami isteri tu... er pandapat saya pulak, edegan tu mungkin OKAY kalau Maya Karin tak pakai kemban.

Azza Azman berkata...

@niezam iya saya memang tak bagi high expectation pun, tapi tulah yang saya cakap dalam entry, kepala ni still nak compare dengan novel, cis cis dan cis...

Azza Azman berkata...

@Jay alamak ciannya JAy, putus ke? g tengok Puss in Boot lah jangan tengok Ombak rindu karang melarat pula kesedihan itu..

Azza Azman berkata...

@mIss toRayAkI saya pun sama sekian. hahaha..

novel sangat best, saya ambik masa yang lama tau nak bayangkan muka hariz dan izzah masa baca novel dulu.

Azza Azman berkata...

@mIss toRayAkI saya pun sama sekian. hahaha..

novel sangat best, saya ambik masa yang lama tau nak bayangkan muka hariz dan izzah masa baca novel dulu.

Azza Azman berkata...

@syakey sebab bicara hati baru lah jugak berbanding Ombak Rindu..

Azza Azman berkata...

@Abang Zam ombak rindu the siries kat channel mana?

Sha. N. berkata...

Banyak review OR positif tapi tak terasa nak tengok pun...hehehe....

... berkata...

saye x berjaye menghayati cite ni 100%..mungkin sebab mmbe kt sebelah asyk kacau je kot..tao la dy dah tgk dulu..grr..geram je ngn dy tu..hehe

Azza Azman berkata...

@Sha. N. sha mestilah kan... ko kan suka cerita korea... tak main lah filem melayu ni...

Azza Azman berkata...

@Dhia BellamiZam lain kali meh tengok dengan Azza, azza bukan jenis spoiler tau. walau dah tengok suka diam je bila tengok lagi sekali.

Unknown berkata...

pergh gile teliti...hehehe..tapi ok lah cter tu..ada gak org nangis..bukana da jugak, tapi ramai org nangis..haha

Jay berkata...

takper..biar sedih dalam gembira...hati bersedih tapi tetap gembira untuk gembirakan org lain:)

Sha. N. berkata...

Hahahha.. Tak de la macam tu.. Aku tengok jugak cerita melayu tapi OR ni walaupun promosi hebat, aku tak rasa nak tengok pun.. Mungkin sebab pelakon kot...Maya karin cakap sebutir sebutir dalam movie ni.. hahahaha

Azza Azman berkata...

Jay sedih dalam gembira ke gembira dalam sedih ni... sabarlah yek... nanti ada lah jodoh tu..

Jay berkata...

kedua-duanya aza..insyallah...sekrang jay tawakal jer..:)

SyasyaHaha berkata...

haha sampai detail giler ye awk dan blogger nih tgok..:D

Rean berkata...

rasanya filem ni suam-suam kuku je..xde yg special sgt..tp yg pelik scene serious org boleh gelak huhu..

Azza Azman berkata...

@Jay takpe ALLAH nak bagi jodoh yang lebih baik tu jay...

Azza Azman berkata...

@SyasyaHaha gigihkan saya... ala ni pun sebab baca novel dia...

Azza Azman berkata...

@iMBobo cerita ni meletop jugak lah, 5 juta dah kot kutipan dia. Tapi biasalah mana ada filem yang perfect.. filem ni masih byk yang boleh diperbaiki..

nuriz berkata...

banyak jugak ye perbezaan dalam novel dan filem. memang dalam novel boleh cerita panjang2..
dengarnya pengarah nak buat drama bersiri pulak..em mungkin boleh cerita banyak2 lagi..mesti best