09 Disember 2011

Perkahwinan Kebaratan

Salam,




Saya tak mau cakap benda ni salah atau betul. Saya tak tau.
Saya tak tau ia adalah amalan agama atau cuma budaya sesuatu bangsa.




@ Baju nikah mesti warna putih. Dulu tak pun.
dulu masa saya kecik tak de pun beriya-riya pengantin nak kene pakai baju putih time akad nikah. pakai je baju apa apa pun, cuma ia simple sikit dari baju bersanding. maybe ikut omputeh kot kawen mesti pakai baju putih.


*ajja ajman*


@ Buat akad nikah di masjid. Ada yang anggap ia wajib.
sebenarnya akad nikah tak kisah kat mana pun. Elok di rumah je. Buat kad masjid mungkin nak senangkan tok imam. tapi ia bukan wajib pun.


@ Waktu akad nikah mesti pegang bunga. Rimasnya.
dulu time bersanding je atau jemput menantu. sekarang time baca akad, pengantin perempuan mesti pegang bunga. apesal hah? arggg majlis kawen makin complicated pulak sekarang. mengarut. nak tak nak mesti saya pun terikut-ikut dengan trend mengarut ni.


*pinjam gambar kat hafizudddin, lembayung dan BAK*

@ Cium lebih lebih lepas akad nikah. Perlu ker...
hah ni malu, kekadang saya tengok lepas akad nikah, makcik pakcik sebelah pulak beriya-riya suruh pengantin lelaki cium pipi.. dahi.. pengantin perempuan. tak cukup sekali disuruhnya berkali-kali. kalau kat bilik xpe gak, ini penuh satu masjid tengok diorang. malulah oi. ustaz azhar idrus cakap, tak payah.


@ Acara melempar jambangan bunga.
kalau kat hotel, perkawinan orang-orang "urban", kawan-kawan pengantin perempuan sibuk berebut nak jambangan bunga tu supaya jodoh dia datang pas ni, mengarut gak. 


*lempar sekuntum je bunga, tak membazir*


@ Upacara berjalan di aisle. Mecam gereja kan.
aisle yang dihiasi bunga bunga, kelopak bunga ditabur... diakiri dengan pelamin. hmm cantik tapi.. azza tau benda ni memang budaya dari barat. pelamin pulak budaya dari india. Naim dan tokwan, kalau baca entry ni azza nak tanya boleh tak kita buat benda ni? 


@ Potong kek. Dah sebati dengan melayu.
hehehe hari jadi saya pun saya beli kek jugak. papa baca doa selamat. xde niat apa pun. maybe sebab kek itu cantik, so best gak kalau ada atas meja masa sambut birthday. time kawen mesti kena ada kek kan. orang malayu dulu, cubit dan suap pulut kuning kan.




@ Tunang atas pelamin.
hah ini trend baru ni. saya tak paham sangat. berapa ribu pulak nak menguruskan perihal tunang ni? mekap dah heavy semacam, duduk atas pelamin siap pegang bunga. Sok kawen nak duduk atas apa pulak. Ada lak tu boleh pulak bergambar sesama dengan tunang lelaki. lelaki tu siap pakai baju melayu sedondon. pelik nya. Dulu dulu saya tengok tunang perempuan duduk dalam bilik je. pakai simple je tak yah nak berbulu mata pelesu sangat lah.


*ajja ajman lagi*

@ pre-wedding photoshoot
ramai ek sekarang buat pre-wedding photography. yela sejak photographer tumbuh bagai cendawan ni. hmm azza takde lah baik sangat. pernah jugak bergambar cenggini zaman muda muda dulu. tapi... seriously korang nak letak gambar cenggini kat banner@bunting pastu letak depan rumah sehari sebelum korang akad nikah.. really? letak gambar pegang-pegang dalam kad kahwin dimana korang hanya akan bernikah dua bulan dari sekarang?


lagi satu, saja nak cakap for my wedding photo, i mean during the ceremony or post-wedding photoshoot, saya betul-betul tak nak pengantin lelaki nampak macam gay. pls pls pls. tak nak laki buat gaya muncung-muncung sebab nak jaga hati perempuan tu, pastu siap pegang belon , lollipo dan teddy bear bagai... erkk.. macho je okay.



@ dress, no more kurung or kebaya
amboi hang kemain, macam lah cek tak tau. cek ni hari hari stalker blog photography tau. la ni depa tak pakai baju kurung dah, depa dengan pengapit pengapit depa, sepupu sepapat semua pakat pakai dress no... kemain hang. hehe, azza suka juga tengok, tapi dress yang menutup auratlah. tak adelah macam dalam gambar ni. 


@Kad Kahwin 
sekarang macam berlumba lumba buat kad kawin gempak gempak. saya tertanya-tanya, kemana tetamu simpan kadgempak gempak itu sebulan dua selepas perkahwinan itu? saya nak buat kad jemputan kahwin macam Bella dan Edward sahaja, mungkin rm0.10 sekeping. Duit jimat untuk buat kad boleh saya salurkan kepada Candy Buffet. Huhu. Eh ini pun nak contohi barat gak. Ah mana yang baik ikut jelah.






Kesimpulan, ada benda kat atas ni yang Azza nak praktiskan dan ada jugak nak elakkan. 
Wassalam.




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

29 ulasan:

Hana berkata...

informasi yang bagus..

Rean berkata...

yg pasal tunang tu pelik, skrg ni org tunang macam dah nak bersanding sbb dgn pelamin bagai..

Tanpa Nama berkata...

Jauhilah sesuatu majlis yang dilaknati Allah,kalau majlis perkahwinan yang make-up pengantin perempuan itu bukan muhrim(lelaki lembut yang berlagak perempuan) dan pengantin yang tak menutup aurat...maaf sekadar berkongsi ilmu

Rosalia berkata...

semua dh ikut adat bukan agama hhurm. simple lg bgs nty lebih berkat. insyaallah.

Sha. N. berkata...

Mungkin time kite kahwin..kite??hahha..
Trend dah berubah..heeeeeeeeee

Sha. N. berkata...

Maksud aku, kembali pada asal..
Reverse trend.. hehehe..*ikut suke je kasi term*
Macam trend baju style 70/80 an yg popular..heeeeee

PURPLEVIOLET berkata...

orang sekarang kalau kahwin nak yang gah je kan?tak faham betul la.sedangkan perkahwinan yang kecil2 lebih berkat rumahtangganya.perkahwinan yang terlalu gah akan dilaknat Allah.

#azfa tak kahwin lagi tapi azfa tahu pasal ni.cuma nak kongsi pengetahuan.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

salam azza.Peh!Bagus2


kehdupan orang melayu lebih kepada barat.

kembali kepada sunnah rasullullah saw..Insha Allah. semua simple dan menarik sahaja.

Azza Azman berkata...

@PURPLEVIOLET kalau azza teringin nak perkahwinan yang cantik tapi tak gah boleh tak?? gah gah ni membazir... erk kalau tak bagi door gift boleh tak?

Azza Azman berkata...

@Sha. N. sha, pakai songket... arggg seram.. panas.

Azza Azman berkata...

@Rosalia adat selagi tak menyalahi agama boleh kot kan?

Azza Azman berkata...

@Tanpa Nama IsyaAllah kite kene ambik tukang mekap perempuan, dah nama mak andam kan,,, sekarang muncul pulak pak andam hehehe.

Azza Azman berkata...

@iMBobo tah nye berapa pulak lah nak kene spend untuk tunang kan... bazir..

Azza Azman berkata...

@Onitsuka_hana thanks awak!

-atiQah- berkata...

paling tak suka tgk org buat pre-wedding photoshoot pastu pegang2 tgn. lps tu hebahkan kat org lain. dah la buat salah, hebahkan pulak. tak paham btol. -_-"

Azzam Fadzil berkata...

sume da ikut Barat..
nak sangat moden smpai ikut adat agama lain...
itulah dunia akhir zaman..

ade positif dan ade negatif kn..
praktikkan yg positif dan jauhi yang negatif..hehehe =)

Unknown berkata...

yang berjuta tak kira lagi tu.hahaa

admin AlKhattab Batik berkata...

Budaya membazir tu yg paling tak bagus utk majlis walimah dan tunang nie.. Benda yg baik, disusah2 kan...itu yg buat ramai anak2 muda brtungkus lumus bekerja tanpa mengerti erti sebenar bekerja & mencar rezeki. hanya kerana nk tutup mulut org, "aiik,simple nye kenduri kawin die.." Astaghfirullah.. Reminder to me, myself and others.

Tanpa Nama berkata...

betul tu...skrg ni mcm2 kan..tp time JS kahwin dulu msh kuno..simple aje..hehe

cukup dgn gambar utk kenangan shj. hihi

Unknown berkata...

huhuhu yg pelik time tung pon xnk kalah....dunia2....
yg pntg kalo sykawen telur, pulut kuning tu wajib ada! barulah kemelayuan asli...
ala yg pntg niat....kannnn

Namee Roslan berkata...

trend lah azza. macam2 wedding skang ni. yg lain pun terikut. namee kdg2 rse nk buat wedding biasa. hanya nikah..tp bila tgk majalah..lawa2 wedding..aiisshhh..

Azza Azman berkata...

tu lah pasal namee,, semua azza suka tengok tapi bila pk balik arghh bykknya nak kene buat... hadoi.. tapi cantik..

NUR AMINA berkata...

Akak kawin dulu lagi sempoi, buat yang wajib ja

Tanpa Nama berkata...

majlis nikah+kenduri kahwin saya simple giler tp ade org2 yg bercakap bukan2 gak... parent saye nk simple jer janji dahulukan yg wajib... org skrg mengukur darjat dgn sebuah majlis perkahwinan... oh melayu semakin hilang nilai keislaman....

HyRoSSa NeNy berkata...

saya betul2 wish untuk kawen yg betul2 sederhana...sbb tak suke jd centre of attraction...sbb ase mcm malu sgt jd org yg paling diperhatikan dlm satu2 majlis...

tapi kdg2 bile kite kawen simple...org lua sebok ngate kan...

... berkata...

entry ni best! :)

suriani ismail berkata...

alamak mcm tekena batang idung sendiri tapi pengajaran sebenarnya

Azza Azman berkata...

@suriani ismail tak ada pengajaran apa pun surianim ni cuma pendapat je. saya pun suka dgn english style tema perkahwinan.

Azza Azman berkata...

@HyRoSSa aNniE saya pulak suka jadi perhatian macam pwinncessss... hahahha