20 September 2012

Berapa Belanja Untuk Majlis Pertunangan Sekarang?

Assalamualaikum,


Sekarang ada 3 trend utama di facebook: Kahwin, Tunang, Baby. Full stop. Oh lagi satu MLM.



Panjang tajuk kita hari ini. Tajuknya jenis soalan pulak. Iya memang benar saya betul betul bertanya berapa ye pebelanjaan untuk majlis tunang sekarang ini? Saya rasa seperti tua dan out to date pula. Sedangkan umur saya sama dengan kawan kawan yang bertunang.


Dulu, saya pernah mengikuti beberapa adat pertunangan yang diaturkan dalam keluarga saya. Malah tidak lah lama sangat, paling baru kita kira 3@4 tahun lepas mungkin. Hanya barisan keluarga sahaja sebagai tetamu untuk sesi berbalas pantun. Saya yang hadir pun hanya untuk mengangkat dulang. Kemudian duduk di belakang berborak sesama sepupu. Yang tua berbincang di hadapan. Si pen'tunang' lelaki di luar rumah, si pen'tunang' perempuan buat air minuman dan hidangan makanan.


Selesai bincang, tunang lelaki masuk untuk makan. Makanlah kami sambil bergurau senda, berkenalan dengan keluarga sana. Tiada pelamin mewah, tiada bunga hidup di tangan, tiada seinci rias wajah, malah yang si lelaki tidak lah berbaju melayu siap bersampin.





Tapi sekarang nampaknya sesi petunangan itu menjadi semakin meriah. Jika dulu keluarga perempuan gunakan masa sepenuhnya berkenalan bermesraan dengan keluarga lelaki, sekarang sudah sibuk melaya tetamu sahabat handai yang hadir. Malah disiapkan 2 @ 3 buah khemah diluar untuk meja makan bagi tetamu yang hadir. Belum cerita pelamin 'mini' tapi siap dengan bunga mawar segar dan lampu chandeliar bercahayakan 10 biji mentol.


Baju pen'tunang' juga sudah tidak seperti dulu. Dulu pakai mana baju terbaik yang sedia ada. Sekarang, siap veil bermanik. Aduh, aku yang masih belum bekerja pula yang pening kepala. Mungkin keperluan masa kini sudah berlainan dengan masa dahulu. Dulu tiada photographer yang sudi mengahabiskan kodak (filem) untuk majlis serba ringkas. Dulu tiada sesiapa yang menyediakan pelamin 'mini' untuk pen'tunang' perempuan. Dulu tiada facebook untuk meng'invite' kawan kawan ke majlis pertunangan. Dan dulu tiada segala jenis kemudahan untuk mengaturkan majlis serba indah dalam masa yang singkat ini asalkan poket berisi. Sekarang dunia serba ringkas, semua mudah diaturkan. Mungkin sebab itu.







Tapi berapa perbelanjaan yang diperlukan untuk sebuah majlis 'ringkas' pertunangan ya?

XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE & Share

18 ulasan:

MISS Z BERCELOTEH berkata...

tunang skng dah mcm kahwin....
ttg kos tu miss z pun bfikir juga..kalau ikut sgt khndak kita,kena guna duit yg byk..tp lbh baik utamakn yg pntg dulu

chenthagila berkata...

ini cuma pendapat sy; mgkin kerana sekarang kebanyakkannya, jodoh (bakal tunang) datang dari negeri berlainan, yg perlu travel 7-8jam utk sampai ke rumah si gadis, bukan seperti dahulu yang biasanya cuma orang sekampung. Jadi, tidak manis kalau hanya menyediakan persiapan ala kadar untuk menyambut tetamu yang datang berjam-jam dari jauh. At least, biar tetamu rase disambut dan dirai.

tapi, sy bersetuju yg majlis pertunangan skrg trlalu 'over'. cukup dengan bersederhana saje :)

Salina Salmee Ali berkata...

makan2 utk orang datang, baju, cincin, hantaran yg simple2, pelamin mini..rasa nye total dalam 2k ~ huhu..unless kalo amik catering mahal2, n jemput ramai org komfem lagi mahal la..

fini zaini berkata...

trend bertunang skang mmg grand..siap ade pelamin bagai2...tp ye lh, byk duit...teman dlu nan hado, sarung cincin dlm blk ajo...ekekkeke

Mar Mansor berkata...

ikut kemampuan memasing..yang pasti kena la beringat sbb kita cuma bertunang bukan kita kawin..hehehee
klu kawin tu ye la.."raja sehari"

Rapunzeel Cikilolo berkata...

betul. semua ni berdasarkan kemampuan. kalo tak mampu, sederhana je la...

maszull berkata...

assalamualaikum azza...betul tu trend skg ni majlis bertunang dah mcm kenduri kawin kan...ikut kemampuan masing2...:)

pelangi chenta berkata...

sebenarnya time tunang buatlah seringkas mungkin.sy wat camtu.tapi bila ada orang tua dan keluarga lain jadinya bertambah meriah.awak jangan risau.insya allah pasti ada jek yang akan sponsor awak nanti.majlis yang baik jgn ditangguhkan

Namee Roslan berkata...

sekarang pertunangan orang buat besaran. pelamin pun tempah dah macam pelamin nikah tu. makin banyak belanja. namee tak plan nak tunang, ingat nak kahwin terus je lah. mudah.

Azza Azman berkata...

@Namee Roslan azza pun kalau boleh nak buat gitu je, tapi ramai yang buat besaran atas desakan family gak. ramai yang sponsor katanya? jimat la juga walau besar besaran kan?

Azza Azman berkata...

@pelangi chenta tulahbenda baik jgn tangguhkan. tapi bukan saya ler. hihi. mintak mintaklah ramai yang nak sponsor hehe.

Azza Azman berkata...

@maszull ramai yang mampu kan.. sbb tu diorang buat meriah meriah... tapi bukan ke sebaik baik petunangan adalah yang disembunyikan?

Azza Azman berkata...

@Rapunzeel Cikilolo sarung cincin atas sofa je hehehhe

Azza Azman berkata...

@Mar Mansor takut hilang pulak seri ye tak? time tunang pun dah makeup tebal bagai hehe. letak sebagai profile pic facebook hehe.

Azza Azman berkata...

@Salina Salmee Ali termasuk cincin dan pelamin ke rm2000? eh okay lah tu kan... masih boleh dipertimbangkan la. patut la ramai tunang meriah.

Azza Azman berkata...

@chenthagila betul tu... klu boleh siapkan makanan yang banyak dan sedap sedap untuk mereka. siapkan juga bekal, kalu dah pejalanan dari perlis tu kesian jugak.

kawan azza ada tunang, khemah sampai 6. phiuwww....

Azza Azman berkata...

@MISS Z BERCELOTEH ramai ikut resmi artis kot? ni artis dan orang kaya lah yang mulakan trend ni...

Mohammad Syakir Hassan berkata...

keberkatan daang dari Allah...lagi sederhana lagi Allah suka.