03 September 2012

Raya dan Wedding!

Assalamualaikum, 


Entry ni dah lama dah publishnya tapi baru sekarang upload gambar. Nasib la malas gila dulu sebab kecut perut dok memikirkan nak daki Gunung Kinabalu. Ni dah balik dari KK baru edit sikit entry ni.


Seminggu selepas raya, siapla berkonvoi mengabiskan beras rumah masing masing. Kebetulan memang saya nak pergi KL untuk persiapan mendaki Gunung Kinabalu dan lapor diri, kita shoot terus raya rumah kengkawan dan bekas cikgu tersayang. Muahaha.


Jumaat haritu kan cuti merdeka, jadi ramai yang buat makan makan. First kami pergi rumah Dib kat cheras nun. Sedap gila mak dia masak. Dah la semua lapar sebab dah masuk petang tapi lunch tak lagi. Mak dia masak kari kepala ikan, ayam masak merah, sambal udang petai dan lain lain. Tangkap woo~~


Dah senja tu kami gerak ke USJ pulak ke rumah Cikgu Raja, bekas cikgu pengawas dan cikgu BM. Geng kitorang kebanyakkan nya pengawas so itu la dia. Sampai sampai e dah magrib, tak sempat borak panjang, budak lelaki pergi surau kat depan rumah. Kami berjimba dalam bilik anak dia. Posing tak tentu hala.

 Lihatlah kami dah serupa mak orang

 Padahal yang baju pink tu je yang dah kahwin

Tangan sila taruk kat perut sebab cover buncit

Lepas tu baru kenduri ramai ramai kat bawah. Isteri Cikgu Raja masak nasi ayam. Sedap sangat. Tapi ambil sikit je sebab dah melantak habis kat rumah Dib siang tadi. Sayang...

 Memang malang sikit lah duduk dekat dengan balang air.

 Cikgu Raja berbaju merah yang kat tengah-tengah. Awet muda kan?

Tengah tengok cerita kartun. Layan...

Esoknya pula, sambung lagi beraya. Plus ada wedding jugak. Kawan lama masa sekolah dulu dah kawen dah. Serba purple. Ramai perasan husband dia muka muda je kan. Untung na... Balik kerja tengok muka suami, hilang letih. Eh?


Masa ni kita nak bergambar dengan pengantin, tapi dia busy la pulak sebab nak hantar keluarga mertua balik. So kita bergambar dengan kek pengantin saja. Boleh lah kan.


Saya suka baju yang color purple tu. aduhh....







Semua gambar kita upload. Muntah la korang. Lagi pun semua gambar ni saya ambil di facebook kawan kawan saja. Maklumlah tak ada camera sendiri kan. Mintak halal yek. Banyak gambar sebab excited jumpa kawan lama. Semua dah cun cun dah.


Selepas puas bergambar, baru lah ada tetamu VIP sesat datang, dah kena teman diorang makan la pulak. Si Yani dengan Si Alia. Okay fine since korang kan VIP.




Selamber gila lah minah penang ni dressing awek korea untuk datang wedding dan beraya. Huhu. Tak apa. body U macam model so pakai apa pun kena. Lepas wedding kita serang rumah hapiz pulak. Mak dia masa special, tak ingat nama dia apa, tapi lebih kurang macam 'gulai diraja' macam tu. Sedap..... untung la kawan kawan aku ni semua mak pandai masak haha.

Bergambar dengan Awek Penang sebab dia nak balik dah.


Kucing kucing kat rumah Hafiz sangat lah comel. (^_^)

Budak lelaki pun serupa bapak orang jugak.

Cilok dari Instagrm Si Yani. Halal ye.

Mukaku senget. Whatever.

Badanku pulak senget. Lantakkk...

Last sekali raya rumah Izad pula. Tapi memasing sudah kekenyangkan, kemengantukan, kegemukan semua. Tak ada gambar di snap kan.Masing masing dah slow je suap mee goreng yang mak Izad masak. Tapi slow slow pun habis jugak la. Sebab sedap jugak. Hihihi.


Lepas tu pergi Jusco sekejap, tukar seluar jeans. Seluar sahaja okay. Baju dengan tudung still yang sama. Selesa sikit nak beli barang. Barang untuk ke Gunung Kinabalu! Wait!


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

5 ulasan:

Rapunzeel Cikilolo berkata...

meriah :)

Qaseh Gifts berkata...

bestnya gathering :-)

-atiQah- berkata...

wewwitt..bju JM tu... ;)

zila manaf berkata...

lagi lagi? hehe

Namee Roslan berkata...

azzaaa!! baju kita smaa!! yay! cuma namee in toupe.hehehe!