30 Julai 2012

Sesiapa Ada Trypophobia?

Assalamualaikum,


Semalam saya berbuka dengan kawan.
Sambil online tengok apa yang menarik.
Lepas tu dia suruh saya taip kat google image "Trypophobia"
Then dia cepat cepat lari ke belakang laptop.
Boleh?


Saya pun taip la tah apa yang menarik sangat,
Lepas habis je loading...
Saya tengok gambar di barisan atas sekali.
Tak sempat tengok gambar lain...
Tak sempat scroll ke bawah pun...
Saya terus lari jauh jauh!


Garu badan, garu kepala, bulu roma meremang. Erkkkkkkk!!!


Nak tengok korang ada Tyrpophobia ke tak?


Sila google image TRYPOPHOBIA sendiri.
Sebab saya malas nak tepek gambar kat sini.

Good luck!




*jangan marah saya kalau tak pasal pasal dapat satu penyakit baru


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

25 Julai 2012

Ingatkan

Assalamualaikum, 




Sempena bulan ramadhan ni, saya teringin nak memperingatkan sesuatu kepada pembaca dan diri saya sendiri. Tentang pandangan kita terhadap orang yang nak berubah ke arah kebaikan. Saya bukanlah pandai sangat bab agama, jauh sekali nak menjadi ustazah jelmaan. Ustazah jelmaan, bak kata sesetengah ummah melayu yang pantang melihat orang nak menasihat orang lain.




Hehe saya juga salah satu dari ummah melayu sebegitu, yang cepat berasa jengkel apabila ada seseorang yang bersemangat menasihati kita supaya membuat kebaikan. Dia berniat baik menyampaikan dakwah, sedangkan dalam hati kita terus berbisik begini "ek eleh berlagak ustazah pulak eh, baru buat baik sikit kemain eksyen".




Tahlah, memang susah nak berhati suci. Sedikit sebanyak mesti ada rasa jengkel, rasa 'eh-ko-pehal', dan rasa macam nak marah kat orang yang nak mnyeru kebaikkan ni. Kita rasa macam eh tak payah lah nak berlagak alim padahal kita kenal la dia siapa dulu. Kalau orang tu memang dah sedia baik kita layankan je, tapi kalau orang tu tak lah baik mana pada asalnya, apabila menasihat kita, kita cepat rasa jengkel. Kenapa ye?




Kebanyakkan perasaan jengkel ni muncul sebab kita tak nak buat. Iya.
Mama saya selalu pagi petang siang malam suruh saya mengaji. 
Tapi saya tak nak buat. Saya nak buat bila saya rasa nak mengaji.
Bukan disuruh atau dipaksa.
Memang jengkel juga. 
Tapi saya cuba diam saja. Mama tak salah apabila dia suruh saya mengaji. 




Begitu juga isu bertudung, legging, tutup aurat, couple, konsert, dan sebagainya.
Masalahnya orang kita ni cepat melenting.
Lepas tu keluar bermacam alasan tidak munasabah.
Lantas jawapan tidak bijak itu memalukan diri sendiri.
Paling teruk apa bila sibuk pula menyalahkan orang lain.


Orang tak pakai tudung: Tau tak, couple tu haram tau. Pegang tangan macam pegang babi.
Orang ada couple: Eleh at least aku pakai tudung. Lagi baik dari freehair.


Orang ada couple: Tau tak, bertudung tu wajib tau. Tudung kan tutup rambut.
Orang tak pakai tudung: Eleh at least aku ni tak ada couple, tak pernah pegang tangan lelaki. Lagi satu tudung tu tak wajib, tutup aurat tu wajib okehh.




Jadinya perdebatan to rotate macam tu jelah. Tak kemana.





So dengan ni, marilah kita ikhlaskan diri kita, terutamanya diri saya sendiri. Saya tulis  ni adalah atas kesedaran saya sendiri. Yang selalu cepat jengkel apabila "orang jahat menasihati kita". Kalau tak nak ikut nasihat tu kita diam sahaja dan bersyukur kerana ada lagi orang yang mengingatkan diri kita. Wassalam...



XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

19 Julai 2012

Jom Kurus Bersama Kevin Zahri

Assalamualaikum, 


Haritu saya ada pergi talk Jom Kurus by Kevin Zahri tau.
Best gak walau ralat sebenarnya malam sabtu tu ada kendurik kat kampung.
Tapi dah book awal awal dah nak buat macamana kan.
Mama pun balik kampung awal sangat.


Macam macam la boleh belajar.
Nak kira BMI, BMR, DCR, LOA...
Hah juling mata korang kalau saya letak formula dia kat sini tau.
Kekdah nya malas la nak letak formula tu takut Kevin marah pulak.
Sapa nak berlajar beli la E-Book yang dia jual kat blog dia.


Formula Kevin ni mudah je, tak de pantang tak de ikat perut.
I loike! He said he took chocolate almost single day tau.
Teh tarik setiap kali sarapan.
Dia cakap 'nikmat itu penting! hukumnya wajib!'.
Hehe pandai dia tarik perhatian kami.


So petuanya, yang penting kita kena kenal tubuh badan kita.
Kenal apa yang kita makan, dan kira kalori pemakanan kita seharian.


Antara hipotesis yang saya tangkap:

Umur meningkat, metabolisme menurun.
Jantina perempuan, metabolisme kurang dari lelaki.
Berat meningkat, kalori makin banyak diperlukan.
Semakin tinggi tubuh badan, semakin banyak kalori diperlukan.


So semua ada kena-mengena.
Setelah campur darab bahagi ikut formular dia, saya perlukan 1,279.9 kcal untuk seharian.
1,278.9 kcal ni kira kalau saya nak kekalkan berat badan saya lah.
Alamak satu set burger McD pun dah lebih ni. 
So kemungkinan besar berat badan saya akan bertambam tahun demi tahun.


Best la Kevin ni ajar, macam macam la kan.
Kiraan berapa lama kita kena diet pun dia ajar.
Eg : Dengan pengambilan 1200 kcal sehari Azza akan turun ke 42 kg dalam 60 hari.
Semua tu ada la formula dia. yang penting ikut.


Lagi satu ilmu senam dan makanan.
Sebijik karipap sama kcal dengan sepinggan nasik.
So baik makan je nasik terus kan.
Tak perlu la nak alas perut kengkonon alih alih 4 bijik karipap kau bantai.


Senam pun sama macam bawak kereta.
Kalau bawak kat highway kereta tak guna banyak minyak kan?
Kalau banyak berenti-renti kat traffik light confirm cepat je minyak sampai ke E.
So kalau nak lemak dalam badan cepat habis, senam dgn cara Stop Go Stop Go.


EH banyak lagi lah petua dia ajar. Rugi la kalau semua share kat sini.
Hehehe kedekut ilmu lak aku. Padahal malas nak nulis.


Talk Jom Kurus ni bertempat ni hospital Prince Court.
Mati mati saya ingat Prince Court kat belakang Pavilion jah.
So naik tren berenti kat KLCC, jalan ikut bridge ber aircond tu ke Pavi.
Sekali tengok itu Prince Hotel daaaa..... matik lah!


Pastu tanya orang kat situ, dia cakap dekat je prince court ni.
Saya dan Oli pun jalan dah. Sekali jauh gila. 
Sebab nak kejar masa kan tu yang rasa jauh tu. Lecak gak la ketiak.
Masa balik okay jah. tak la jauh mana.


Paling best dia ada citer kes dia macam gaduh dengan HerbaLife dan Alpha Lipid tu.
Dia nak terangkanfakta  je kat fans dia di facebook.
Tapi ada la 2 3 ketul marah sebab apa yang dia cakap bertentangan dengan product tu.
Last sekali dia padam lah sebab tak mau kacau periuk nasik orang.
Yang penting dia kata product tu murah kat kat oversea.
Tapi bila masuk Malaysia, masuk pulak MLM harga berganda.


So pepandailah kita nak makan apa yek.
Mahal ke murah ke.
Pantang ke idak ke.
Banyak ke sikit ke.
Terpulang.


Yang penting....... Kevin panggil saya, Si Manis uolsss..
Melting.....


XOXO, Azza Azman 
Jika Suka Jom LIKE

10 Julai 2012

Selamat Hari Jadi, Papa!

Assalamualaikum,


Hari ni genaplah umur papa 51 Tahun. Hmm not sure papa suka ke tak saya sebut umurnya di sini tapi tak apa lah yang sure papa tak baca blog ni huhu. Happy birthday PAPA!


Dari tanggal 10 Julai 1961, papa dilahir oleh nenda tercinta, Wan Cu Hamidah. Arwah uwan selalu cerita la masa kecik dulu papa ni baik sangat orangnya. Tak nakal, bijak, suka menolong orang tua. Kira atuk sayang sangat la dengan papa sampai beli TV sebab papa penat la nak pergi tengok TV kat rumah orang bayar 20sen.


Anaknya Farah ucapkan semoga Papa dipanjangkan umurnya bersama ketajaman akal dan iman. Semoga Papa sentiasa bahagia bersama Mama dan akak, kakngah, paan, aness dan daniel sampai bila bila. 


Ya Allah, bantu elakkan lah papa daripada semua kepayahan yang menyusahkan, berita berita yang merunfsingkan dan segala yang buat papa tempuhi dengan berat. Kurniakan pada papa keselamatan, dalam peliharaan darimu ya Allah. 


Kurniakan juga kasih sayang dari semua orang disekelilingnya, hindarilah dia dari fitnah yang mengaibkan, kata kata menyesatkan dan dari sebarang kejahatan.


Ampunkan dosa-dosa papa, segala kesalahan nya, terimalah segala kebaikkannya. Dan sihatkkan lah tubuh badan dan mindanya dengan segala kesenangan dunia dan akhirat. Amin..


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

03 Julai 2012

Gambar Lama Jangan DIkenang

Assalamualaikum, 


Walau tajuk jangan dikenang.
Tapi nak jugak kenang sampai merembes air mata darah.
Huwaaa.... sedih bila tengok gambar gambar lama ni.
Cepat betul la masa berlalu.
Lagi sedih bila compare muka lama dengan yang sekarang.
PENUAAN jelas kelihatan!


Salah satu sebab tetiba rasa terkenang-kenang. 
Sebab gambar ni.


Sedih campur syukur.
Dulu selalu la sakit.
Deman boleh kata tiap bulan.
Masuk air, inject sana, inject sini.
Even gambar ni pun tak tau la bila.
Sampai lupa la kan.
 

Pastu bila tengok gambar ni baru la perasan..
Barulah sedar diri.. baru lah faham maksud maksud kata orang..
Dulu muka aku ada la shape, ada la tirus sikit.. *matilah veranganss*
Sekarang ya hampunnn, molat sana sini k.


Last sekali gambar Daniel sengal.
La  dulu ku tengok dah macam batang mancis dah.
Kuruihh tetiba kepala je besar. Cute la pulak.
Dah besar ye ko sekarang Daniel.  


Dah sesi kenang kenangan.
Sila hidup di alam nyata.


XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE