09 Januari 2012

Jalan Singkat ke Cameron Highland

Assalamualaikum, 




Ni ada pengumuman bagi sesiapa yang belum tahu lagi. Bagi orang Pahang, Kuala Lumpur, Kawasan Pantai Timur dan yang berdekatan untuk ke Cameron Highland, marilah kita mencuba jalan baru untuk ke sana dengan memerlukan hanya 3 jam lebih, tol rm8 dan minyak tak sampai RM30 (bergantung jenis kereta). Sepanjang hidup ini, saya orang Pahang pun tak pernah jejak kaki ke Cameron Highland. Maklumlah, Cameron Highland tu terletak di Pahang, tapi kami  terpaksa kena ikut Tapah, Perak lepas tu patah balik ke Pahang untuk ke Cameron Highland. Tak sanggup oh.


Sekarang boleh ikut Raub sahaja. Kami orang Bentong memang suka sangat lah. Dalam masa 2 bulan dah 2 kali kami pergi sana. Seronok sebab tak sejuk sangat, tak panas sangat. Sesuai lah nak rehatkan minda. Pertama kali pergi, kami tak bawak sweater pun. So siapa siapa yang terlintas di hati rasa nak pergi leh je terus pergi. Secara ringkas..


KL - BENTONG - RAUB - CAMERON HIGHLAND


Kalau secara detailnya..

KL - HIGHWAY KARAK - BENTONG - RAUB - SUNGAI KOYAN - POST BETAU - TANAH RATA - BRINCHANG - hoyyehhh!!


Pertama kali kami pergi sana, kami sekeluarga duduk di Country Lodge di Brinchang, kali kedua pulak kami duduk di kampung melayu Taman Sedia. Dua dua seronok. Di Brinchang, kita boleh lah jalan kaki untuk ke bandar membeli barang atau jalan-jalan di pasar malam/pasar pagi. Barang semua murah-murah. Bagi saya, ia adalah syurga makanan sebab banyak makanan kegemaran saya kat situ. Strawberry celup coklat, brokoli-cendawan-kimcan goreng tepung, dadih strawberry, keledek rebus, jagung mutiara bakar, cekodok labu dan macam macam lagi. Sedap!!

Sekor strawberry di Opah Strawberry Farm. Nak buat camne bukan musim strawberry.

Set scone Abg Epul punya. Abg Epu, pinjam gambar ye.


Bebudak sekarang memang susah nak amik gambar, sememeh betul.
Saya kecik kecik suka je posing. Tak ikut mood pun.



Di Taman Sedia pulak, kena naik kereta la untuk jalan jalan. Sebab jauh dari tempat lain. Tapi jangan risau, kat Taman Sedia ada juga kebun mini strawberry. Semua pemiliknya Melayu. Ada satu kebun Strawberry ni nama dia Opah Strawberry Farm. Perh kat sini je kami lepak berjam-jam. Sebab dia ada jual makanan berasaskan strawberry yang dia tanam tu. Sedap sangat sebab fresh! Muffin, *Scone, Aiskrim, dadih, madu dan strawberry jam dan topping strawberry. Semua homemade. Fresh sebab dia buat sikit sikit tetapi kerap. Kalu muffin dia tu memang cepat habis, tapi jangan risau, jap lagi opan tu hantar dari rumah dia. Pekena panas panas memang perghh...

Cakap banyak pun tak guna. Jom layan Gambar. Oh ya ni semua gambar dari trip kedua je. Masa pergi trip pertama seorang pun tak bawak camera. Tu yang semangat nak pergi kali kedua tu. Haih..

Baby Ikmal adalah retis pada dua hari berturut-turut. Untung la kau Ikmal..


The gedik group, dalam camera gambar korang ler banyak sekali. Fine.

Pohon Seram nama dia. Kak Yani ni karang kena sorok dengan hantu kopek baru tau.


Semua nak bergambar dengan bunga yang sama. 
Padahal banyak lagi bunga lain kat Rose valley tu. Motiff???


Tak mekap tapi gatal gatal tangan try eye shadow biru mama punya. 
Semua mata jadi biru. Hampeh betul.

Bersama retis, baby Ikmal.

Gambar terakhir, barulah ada gambar Azza sorang itu pun ada gak hantu jealous nak 
interframe tak belakang.. ambik la nak sangat..



Sekian info dan sedikit gambar dari percutian saya bulan lepas. Maaf ler gambar tak menarik sebab kami tak ada DSLR. Tak mampu + Tak reti.. So yang paling penting yang saya nak highlight kan adalah, kalau korang pergi Cameron Highland sila singgah di OPAH STRAWBERRY FARM di Taman Sedia hokkayyy. Bantu lah perusahaan bumiputera. Sure terpikat dengan muffin made by opah. Sekali rasa pasti beli lagi 10 biji. Keh keh keh.

Disebabkan ada banyak lagi gambar yang nak di share, saya nak buat entry sambungan, khas untuk lawatan ke Opah Strawberry Farm je. Jangan marah ye sebab banyak gambar. Opah Strawberry Farm sangat best!


* Scone - small Scottish quick bread especially popular in the United Kingdom, the United States, Canada, Australia, New Zealand, Belgium and Ireland..




XOXO, Azza Azman
Jika Suka Jom LIKE

25 ulasan:

Bella Heuheu ❤ berkata...

azza mekap. yeszaaaaa :D

Unknown berkata...

huhuhu okeh2 take note! kali petama entah bila ak sampai...tibe2 pavlova belegar dlm ingatan...~~~

Farhanhanif91 berkata...

dah byk kali lalu jalan tu...tapi serius bahaya masa tu sebab baru buat dan byk tanah runtuh...bila malam pulak gelap je..langsung xde lampu....xtau la skrg camne...hehehe =)

NUR AMINA berkata...

Akak pun nak ke Cameron 18hb ni ada mesyuarat. 2 hari ja kat sana, harap2 sempat pegi Opah strawberry farm.

mrspuex berkata...

thx for sharing the info..

mmg bestkan gi cameron..bln 11 aritu dh pegi..tp rs cm nak pegi lagik..udara yang nyaman, sejuk..besttt...:D

KAMIHIDUP berkata...

seronoknya. seriously KAMI tak pernah pergi sana.

Botak berkata...

cuba jalan baru bakal mengundang padah., baik² cepat sampai terus lewat.. :D

Un Phat Lee berkata...

naik lagi cepat.naik jet pejuang.gua boleh bagi free pamphlet die.haha

Unknown berkata...

wah seronoknyaa......

Izzul Amir berkata...

Hehe naiss.. Mcm sedap. Takde dslr pon gambar cantik ;)

Unknown berkata...

pernah pegi tapi tak tahan jalan belit cam ular..cam nak muntah

kalau ikut sini ok ker jalannya

syakirahmn berkata...

nampak mudaaa ah. XD

mmg budak2 skrg leceh kot nak ambik gamba. banyak songeh. -___- haha

Rean berkata...

bestnye jenjalan di cameron :)

zerous berkata...

tercari2 juga panduan kalau nak jenjalan ke Cameron ni, wife dah lama teringin pegi sana, tapi batasan masa membatasi misi kami sekeluarga...

Namee Roslan berkata...

aaa, dunia strawberry. namee teringin nk g tapi namee tak tahan jalan bukit yg pusing3 tu. namee muntah teruk gila kot time study trip dulu..:(

Farah Deeb berkata...

Cepatlah sambungan. Tak sabo nak nengok Opah ni ngeh ngeh...
My latest Entry :)
WW:Mee Celop Thai

Aku Budak Nerek berkata...

Hmmm...betul sesangat. Koi orang Temerloh, tapi baru berapa kali jer sampai kat Cameron. Pasei jauh nak naik dari Tapah! Ada jalan baru nie, rajin laa sikit nak manjat bukit kot..apa pun Cameron DaBoom!!

Tanpa Nama berkata...

insyaallah saya akan kesana 24hb ni...nak tanye...ok x jalan tu???saya dari jb...so saya ke kl dulu dan terus ke bentong...ikut apa yang blogger beritahu...

Tanpa Nama berkata...

As salam,
Saya dari Segamat. Cuti Minggu ni try la jalan baru - Segamat- Gemas- Bahau-Triang-Bera-Temerloh-Jerantut-Kuala Lipis-Felda Sg. Koyan- Pos Betau-Tanah Rata-Brinchang---perghhh penat giler drive keter Wira SE Manual.
Kalau auto mungkin tak penat sket. Masa balik je pening sket coz x ikut panduan GPS..naik highway dr Bentong - Temerloh.
Jalan kalau dari Jerantut Kuala Lipis tu..puh..mmg mencabar..naik bukit turun bukit, jalan sempit lak tu. Cuma bila dh masuk Felda Sg. Koyan- Pos Betau..baru lega..jalan lebar dan selesa..cuma ada la sket area tanah runtuh...

pelangi chenta berkata...

sy baru nak pergi awal bulan depan.otw balik dari bercuti kat perak cadang nak singgah di cameroon jap

syaffeka berkata...

koi org raub oiiii..hoho mai terjah jiran bentong mai..ekekeke

Unknown berkata...

@Aku Budak Nerek salam,saya nak tanya berapa jam dr temerloh ke cameron?

Unknown berkata...

teringin nak ke sana.. :)

Teena Tna berkata...

thanx for that info !! kite pun 2 mggu lepas baru g cameron, best3..

btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa@blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Mane yg dekat yer ikut k.l atau raub yer..?