04 Januari 2012

Cinta Gadis Sunti/Gedikssss

Salam, 


Mungkin saya terlalu kolot, mesti depa kata "apa pun tak boleh". Iya memang tak boleh. Kecik lagi tak boleh bercinta tau? Biasa orang yang bercinta sebelum kahwin, mesti diorang ada plan nak mendirikan masjid. Bercinta ni untuk mereka dalam proses kenal mengenali. Tapi budak kecik bercinta untuk apa ya? Tak kan nak dirikan masjid di tingkatan dua.


Ada beberapa pendapat kenapa budak sekolah ber"couple"
@ Bersaing dengan kawan, tak mau nampak seperti tak laku
@ Paras rupa, boleh berbangga kalau dapat pasangan hensem/cantik
@ Dorongan kawan, couple je lah sebab kawan kawan dah suai padankan
@ Status, cheer leader kena copule denga ketua bola baseball, boleh naik status
@ Mencabar cikgu, cikgu tak bagi tapi saja nak couple jugak baru dapat kepuasan
@ Study. Sekolah saya dulu ada satu couple, boyfriend dapat 11A, girlfriend t 9A 
SPM .
@ Menunjuk di Facebook. MENUNJUK DI FACEBOOK? lihat contoh dibawah.................




Mereka selalu sangat cerita pasal boyfriend di Facebook. Awaklah BF terhebat, paling comel macam artis korea dan paling alim di sekolah. Kejap kejap edit gambar berdua letak bentuk love kat tengah-tengah. Tak pun, disebabkan korang tak pernah jumpa kat luar sekolah, korang gabungkan gambar korang menjadi satu, letak ayat cinta kat atas. Co cweett...




Kengkadang saya selalu tertanya-tanya, mereka betul betul bercinta kah? Sampai satu tahap wujudkan lelaki itu sebenarnya. Kenapa BF diorang tak komen pun tak bawah status tu. Saya selalu terpikir mereka ni sengaja mengadakan watak si teman lelaki di Facebook untuk tujuan tertentu.



Berdasarkan status di atas yang saya petik secara random di wall facebook dan edit wajah dan nama sebenar...

@ Mungkin mereka tak mau diganggu oleh lelaki gatal yang lain. So create non-existing BF.
@ Mungkin untuk kelihatan hot, ada ramai yang cuma memikat dia. Bila kawan sekelas baca bikin kecoh woo...


Yang ni aku tak tau kenapa mereka nak cerita semua benda di Facebook.. I was like, hmm do i care?? Status mereka mesti pasal lelaki. Balak, mamat, pakwe, ex sana ex sini dan banyak lagi perkataan baru yang budak sekarang guna. Ada mamat terpandang mata kau pun mungkin kau akan kecoh di status Facebook juga.



Yang ini pulak tanda budak sekarang sudah menipis rasa malunya. Perasaan sebagai seorang remaja perempuan tu memang saya tak nafikan, tapi bila dah luahkan di Facebook, saya rasa ini sudah lain macam. Sekali lagi, update pasal jantan memanjang. Pening saya.


Pasal hantaran ni pulak, okay maybe bukanlah gadis sunti, tua sikit mungkin. Status dia bikin perempuan lain rasa terbakar beb. Okay mungkin korang boleh cakap saya ni pengdengki, tak boleh tengok orang senang atau apa jelah. Tapi apa tujuan sebenar mereka sebarkan perihal diri di Facebook? Saya sering tertanya tanya kat diri sendiri. Kau tak takut ke kang ada yang busuk hati mandrem kau ke, rompak rumah kau ke, tak pun fitnah gambar gambar kau. Akibat sikap kau yang selalu menunjuk nunjuk tu, boleh makan diri kelak


Kesimpulannya, adik adik semua janganlah tunjuk sangat kisah percintaan kamu di Facebook, kami yang tua ni berbulu mata dik. Cubalah update apa benda nasihat cikgu kat sekolah pagi tadi, leh share share dengan kitorang. Kami tak nak baca tak boleh jugak, dah terpampang di wall kami... Nak remove tak sampai hati pulak, kami tau adik tengah kumpul kawan sampai full kan nanti boleh tulis nama "SALIMAH GOMEZ FULL" makna orang lain tak boleh add dah. Itu tanda kamu dah capai taraf hot di kalangan rakan rakan. Betul tak? 


Okay bye. Maaf buat yang terasa. Semoga jadi pengajaran kat adik adik semua.


*Semua status diatas adalah benar, bukan rekaan.
** Ini belum lagi sentuh tentang gambar dengan couple pulak... 




XOXO, Azza Azman
 Jika Suka Jom LIKE

9 ulasan:

Jo Qusary berkata...

Huiyoo, advanced betul anak dara sunti zaman skg... sampaikan boipren pun boleh dicipta dlm FB... tak pernah terpikir dek otak kopiku yg dah tua kerepot neh... aku dah masuk 30 tahun nie baru je nak belajar bercinta, huhuhuk...

P/S: Tak tahan baca bahasa gedik Salimah Gomez, hahahaha....

Gadis Pantai Timur berkata...

Facebook banyak merosakkan remaja sekarang.rasa meluat jugak lah baca status kat FB.Bila baik,bukan main status jiwang.bila gaduh,macam2 perkataan memalukan keluar.Hilang mruah macam tu je,terutmanya girl.Lebih baik bercinta dgn Allah dari manusia.Allah yang jadikan kita,kenapa kite lebih hargai bf/gf dari Allah yang telah wujudkan kita kat muak bumi ni.

farysa berkata...

budak sekolah zaman sekarang advance terlebih
lagi cakap lagi diorang buat

niezam berkata...

antara perkara paling best sementara tunggu cikgu nak masuk clas adalah bergosip. haha. tak kesah la lelaki ke perempuan. eh, die dh clash ek? eh, die ada couple baru ek. adeyh. budak baru tu cun kot. n blabla.

maszull berkata...

assalamualaikum azza..yer la budak2 skg ni kekadang bercinta asyiklah tulis ntah apa2 kat wall fb tu mengalakan org dewasa la plak...:)

Aimie Diyanna (I'Me Dianna) berkata...

hahhaa cam poyo je ahhh bebudak efbiieee sekarang ni.. :) teehehe.. Entry akak mmg superbb....

NUR AMINA berkata...

Akak tau anak-anak akak pun ada fb tapi tak add pun, entah2 rosak bahasa jgk, bercintan cintun dlm fb...kena check ni! Takut jugak dok mengata anak org tapi anak kita sendiri...Nauzubillah....

syakey berkata...

macam2 sebab munasabab yang teramatlah tidak releven kenapa perlu bercouple. lama lama, dah jadi trend, lepastu putus kapel lain putus kapel lain. haih~

Namee Roslan berkata...

namee xtau mana dtg istilah..kalau takde bf maksud tak laku ??? ada bf tu seolah wajib. patutnya takde bf lah kita mahal. ye tak ? ni dah jadi lumba2 plak nk ada bf.